Anda di halaman 1dari 12

Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana

Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata “Modal insan


bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi
serta akhlak yang tinggi”. Dalam nada yang
serupa,integriti telah mengajar sekalian anak watan
Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka
benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak
bangsa menjadi dewasa.

999 bukanlah satu nombor misteri dan bukan juga


nombor kecemasan.Nombor tersebut apabila
ditambahkan dengan 1 akan menjadi 1000, dan apabila
dikalikan dengan 1000 akan menjadi sejuta. Maka, jutaan
terima kasih saya kuntumkan buat saudara pengerusi,
barisan kehakiman penuh berintegriti menyerap
semangat keris Kemerdekaan, barisan kehormat yang
dihormati, seterusnya hadirin dan hadirat yang diberkati,
Salam Satu Integriti, Salam Satu Malaysia, salam ceria
berbaurkan kemesraan.
Sistem pendidikan, teras integriti bangsa Malaysia.
Begitulah indahnya alunan gabungan aksara yang
membentuk mauduk pidato saya pada hari ini. Konotasi
frasa sistem pendidikan , teras integriti bangsa Malaysia,
ditakrifkan sebagai penerapan unsur integriti dalam
pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan
merupakan tunjang pembentuk jati diri bangsa yang
berintegriti.

Secara kasarnya integriti seseorang itu adalah


manifestasi keperibadian dan tingkah lakunya setelah
mengharungi dan mengalami proses pendidikan,
pelajaran dan sosialisasi. Oleh itu, peranan keluarga,
sistem persekolahan dan keadaan sekeliling boleh
mempengaruhi integriti seseorang. Secara kasar juga
integriti tidak boleh dikuatkuasakan menerusi undang-
undang. Bagi mengulas dan mengupas perihal ini, saya
akan mengemukakan 4 konteks utama dalam pidato saya
pada hari ini.
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pembentuk
masyarakat berintegriti
2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan acuan
keseimbangan masyarakat
3. Misi Nasional pemacu pembentukan bangsa
berintegriti
4. Kokurikulum… Kurikulum … Wahana penyemaian
integriti

Sidang pendengar budiman yang saya muliakan sekalian,

Konteks pertama, Falsafah Pendidikan Kebangsaan


pembentuk masyarakat berintegriti. Pendidikan
merupakan salah satu komponen atau asas penting yang
boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat
membina masyarakat Malaysia yang berintegriti,
bermoral dan beretika. Kita perlu bersikap adil dengan
tidak menafikan bahawa agenda ini telahpun terkandung
dalam sistem pendidikan kebangsaan. Hari ini,
pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka
yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan
untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT, buta jati
diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab
sopan.

Usaha ini adalah sejajar dengan agenda pembinaan


modal insan yang berkualiti tinggi sebagaimana yang
digagaskan oleh kepimpinan negara. Agenda ini perlu
digerakkan atas kesedaran bahawa pada hari ini sistem
pendidikan negara perlu melahirkan para pelajar yang
lebih daripada sekadar memilik kemahiran 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira). Malah pelajar yang
cemerlang akademik dengan pencapaian A dalam semua
subjek di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM sekalipun
belum mencukupi untuk memastikan mereka
mempunyai keupayaan untuk berhadapan dengan
tuntutan dan cabaran dalam dunia tanpa sempadan
dengan persaingan sengit langit terbuka.

Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan


anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk
teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak
kita mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak,
kemahiran yang bersifat `hands on’ serta kemahiran
interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran
(marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Konteks kedua, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


acuan keseimbangan masyarakat. Atas kesedaran ini,
Kementerian Pelajaran telah merangka sebuah pelan
induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan. Bertemakan, `Merintis Pembaharuan’, pelan
ini dirangka agar dapat menjadi pengisian untuk
memenuhi kehendak Wawasan 2020, iaitu hasrat untuk
menjadi masyarakat sebuah negara maju yang mengikut
acuannya sendiri, iaitu masyarakat yang mencapai
kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik,
sosial, kerohanian dan kebudayaan. Bak teratai terapung
di atas permukaan air, akarnya mencecah muara, pucuk
pun jauh menggapai purnama.
PIPP juga dirangka bagi menyokong hasrat Misi Nasional
yang memberikan penekanan ke atas pembangunan
modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya
(capacity building) sebagai pendekatan utama bagi
melonjak ke status negara maju, melalui penekanan
terhadap pembangunan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif serta pengamalan nilai, etika dan moral yang
tinggi seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti
Nasional (PIN).

Sidang hadirin tonggak kegemilangan negara sekalian,

Dalam teras Membina Negara Bangsa, misalnya, integriti


menjadi asas kepada pembentukan masyarakat negara
bangsa yang hendak dilahirkan. Masyarakat Bangsa
Malaysia yang ingin diwujudkan dalam teras ini adalah
sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal,
patriotik dan cintakan negara. Melalui teras
Membangunkan Modal Insan, hasrat kementerian adalah
untuk melahirkan masyarakat yang berpegang kepada
sistem nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia, berakhlak
tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Seperti mata
pisau, semakain diasah semakin tajam.

Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti


disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah,
guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah
yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang
mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap
warganya.

Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan,


integriti merupakan dorongan dalaman agar guru
melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-
baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri.

Dalam teras Membangunkan Modal Insan, hasrat


kerajaan adalah untuk melahirkan modal insan yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi,
berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan
berinteraksi dengan berkesan; berkeyakinan tinggi,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal serta mampu
bertindak secara rasional; sentiasa menghormati
kelainan orang lain dan perbezaan individu; serta
berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan di
dalam keluarga dan masyarakat, seperti yang
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,

Dalam konteks menjayakan PIN, Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM) menyedari bahawa ‘Pendidikan Integriti’
amat penting dan sekolah mempunyai peranan yang
amat penting dalam membantu kerajaan menggerakkan
pemahaman terhadap PIN.

Penyemaian nilai integriti turut dilakukan melalui mata


pelajaran secara khusus seperti Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru
merupakan penentu utama kepada kejayaan usaha
melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga
telah berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di
dalam kursus-kursus kepimpinan dan latihan keguruan.
Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI),
pelatih didedahkan dengan elemen integriti melalui topik
Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, manakala bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP),
melalui topik Tatanegara dan Sivik Kewarganegaraan.
Kepentingan amalan integriti turut diterapkan melalui
Program Bina Insan Guru. Paling penting, elemen integriti
disebut sebagai salah satu elemen yang perlu diamalkan
oleh para pendidik di dalam buku ‘Budaya IPG’.

Selain penerapan nilai integriti melalui kurikulum,


Integriti juga disampaikan menerusi kegiatan
kokurikulum. Penerapan nilai integriti melalui
kokurikulum ini dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai
aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang
mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-
sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang
menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka.

Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat


penting bagi memastikan warga pendidik sentiasa
menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti
dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus
mampu membentuk keperibadian pelajar yang
berintegriti.

Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan


yang berkesan merupakan tonggak utama dalam
mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti. Oleh
itu, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan atau
dipertanggungjawabkan kepada warga pendidik semata-
mata, tetapi ia memerlukan penglibatan semua pihak.
Tanpa penglibatan yang jitu, usaha Kerajaan akan
menjadi pincang dan hasrat untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berintegriti akan tinggal
sebagai harapan.
Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,

Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan


integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya
bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak
bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya
ingatkan , pada hari ini, impian kita adalah untuk
menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan
terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban disambar
helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang,
jangan jadi macam katak dibawah balang kaca, dapat
melihat, namun tidak tahu apa-apa, mari bangkit dan
sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin
gemilang. Sekian, Salam Nasionalisme.

Anda mungkin juga menyukai