Anda di halaman 1dari 8

MENTERI PERTAMA – PIHAK KERAJAAN

Dengan lafaz Bismillahirahmanirohim………….saya buka arena perdebatan pada hari


ini.Terima kasih Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan kabinet kerajaan, pihak
pembangkang dan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan selamat bersidang.
Tuan yang dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah pimpinan kerajaan pada hari ini dewan
kembali bersidang untuk membahaskan beberapa usul yang begitu penting untuk
dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,


Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul pada hari ini yang berbunyi
“Pemakanan Asas Gaya Hidup Sihat”

Sesungguhnya, kesihatan yang baik menjadi idaman semua orang. Sihat ditakrifkan
sebagai tidak menghadapi sebarang penyakit. Konsep sihat menurut World Health
Organisation (WHO) ialah kesejahteraan hidup seseorang. Pemakanan merupakan
satu perkataan latin yang bermaksud memberi makan makanan yang
berkhasiat.Pemakanan yang mencukupi dan seimbang pula ditakrifkan sebagai
pengambilan yang cukup bagi setiap nutrient yang diperlukan dan penggunaan yang
betul bagi setiap kelas makanan untuk pertumbuhan, pemulihan dan fungsi badan
(menurut Baysal,2002).
Pemakanan juga bergantung kepada jenis makanan, kandungan dan peranannya
terhadap tubuh badan manuasia. Oleh itu, pilihan makanan yang betul, baik dan sesuai
akan menjamin kesihatan badan kita.

Tuan Yang Dipertua dan ahli dewan sekalian,


Hujah Utama Kerajaan pada hari ini ialah “ You Are What You Eat “ . Pepatah ini sangat
bertepatan dengan tajuk perbahasan kita pada hari ini. Kita adalah apa yang kita
makan. Sekiranya kita ingin sihat seharusnya kita mengamalkan makan secara sihat
dan seimbang. Makan makanan yang cukup nutirisi dapat membantu pembinaaan
tubuh badan yang kuat mengikut keperluan fizikal manusia. Sehubungan dengan itu,
fizikal yang berkeupayaan dapat menjadikan seseorang itu menjalani hidup dengan bik
dan sempurna.
Menurut Shariff et.al, (2008) kita akan jadi tidak sihat jika kita mempunyai tabiat makan
yang tidak sihat. Sebaliknya, jika kita mengamalkan tabiat makan yang sihat dan
mengikut saranan pakar nutrisi, kita akan jadi lebih sihat. Oleh itu, semua orang perlu
mengambil serius pengorbanan budaya pemakanan yang sihat.
Tuan Yang Diertua dan sidang dewan yang dimuliakan,
Pemakanan yang sihat melambangkan hidup yang sihat. Gaya hidup sihat adalah
dipengaruhi oleh penampilan diri tanpa penyakit. Penyakit yang wujud dalam
masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah
disusun oleh Allah swt. Dan mengikut sunnah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ini
berlaku akibat daripada kelalaian dan alpaan manusia kerana tidak menjaga
kesimbangan makanan dalam hidup.
Keseimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum.
Kegagalan menjaga kepentingan pemakananlah menjadi punca tercetusnya pelbagai
penyakit. Sepertimana yang termaktub dalam surah ar-Ruum, ayat 41 di mana Allah
mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat daripada
perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggunagjawab dan merasakan
akibat daripada perbuatan tersebut.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian,


Kebijaksanaan individu memilih dan menikmati kepelbagaian sumber makanan yang
dianugerahkan Allah adalah menjamin kesejahteaan hidup kerana pemakanan
berperanan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.
Saya Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.
MENTERI KEDUA – PIHAK KERAJAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan,
rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan
seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda
oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu
……………………………………………………

Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan
oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemakanan Asas Gaya Hidup Sihat”.
Gaya hidup sihat merupakan amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada
diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Kehidupan yang sihat adalah kehidupan
yang penuh ceria tanpa penyakit. Kehidupan yang ceria adalah kesan daripada
pemakanan yang sihat dan seimbang kerana semua nutri1en yang diperlukan oleh
badan telah dibekalkan secukupnya.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang


dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang
mengatakan bahawa
…………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………..

Sering timbul persoalan, bagaimana untuk mengetahui makanan yang dipilih atau
diambil di dalam pinggan itu benar-benar berkhasiat dan seimbang? Pemakanan
seimbang seharusnya merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah
yang bersesuaian mengikut keperluan pelbagai fungsi badan.

Pinggan Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sebagai pendekatan mudah bagi seseorang untuk memastikan pilihan makanan yang
diletakkan atas pinggan mengikut kuantiti yang sewajarnya.

Apa yang diperlukan hanyalah pinggan berukuran kira-kira 10 inci dibahagikan kepada
tiga bahagian menggunakan konsep suku suku separuh.

Konsep suku suku separuh ini bermaksud suku pertama pinggan diisi dengan sumber
karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin yang mampu membekalkan tenaga utama
kepada tubuh kita.
Suku kedua pula perlu disi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan
kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

Separuh bahagian pinggan pula diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang
kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untuk membantu

Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya. Secara purata, pengambilan air yang
disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya
seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil lagi dua
gelas air sebagai tambahan b agi mengelakkan dehidrasi berlaku.

Namun begitu, pengambilan lemak, minyak, gula dan garam juga perlu dikawal kerana
ia akan menyumbang kepada risiko penyakit kronik. Apa yang penting sekarang, kita
perlu bertindak untuk memulakan gaya pemakanan seimbang dan jadikan ia sebagai
amalan harian dengan mengekalkan tabiat yang baik ini.

Tuan Yang Dipertua,

Hujjah saya yang kedua adalah berdasarkan pendapat Pengerusi Pusat Pengajian
Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib yang berkata, faktor pemakanan tidak dikawal
menjadi salah satu punca yang mengundang masalah kesihatan kepada masyarakat di
negara ini.

Menurutnya, pengambilan makanan yang tidak teratur dan tinggi kandungan minyak,
lemak serta gula secara tidak terkawal boleh menyumbang kepada kenaikan berat
badan. Masalah obesiti ini boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik yang
lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan serangan jantung, katanya.

Tambahnya, tabiat masyarakat yang gemar makan pada lewat malam juga menjadi
salah satu punca masalah obesiti. Jika diperhatikan pada lewat malam, ramai
masyarakat kita mengunjungi restoran-restoran atau kedai makan.

Kebiasaannya, setelah makan pada lewat malam, kita akan terus tidur dan makanan itu
tidak akan menjadi sumber tenaga, sebaliknya ia tersimpan menjadi lemak. Sebaiknya
elak makanan yang berat dalam tempoh empat atau lima jam sebelum tidur,jelas
Ruzita.

Tuan Yang Dipertua,

Selain daripada itu, pengambilan sarapan pagi juga penting dalam gaya hidup sihat.
Kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan bahawa sarapan pagi penting untuk
kita. Sarapan merupakan makanan untuk otak. Otak akan menjadi lebih cerdas, peka
dan fokus kesan daripada bersarapan secara tetap dan konsisten.Individu yang
mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks membolehkan seseorang
pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan dapat menyelesaikan masalah
dengan baik. Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan
merangsang paras glukos dan mikro nutrient dalam otak. (Benton & Parker, 2008)

Menurut pakar pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul Halim, tidak
mengambil sarapan berkait rapat juga dengan masalah obesiti. Kajian mendapati,
perbuatan meninggalkan sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar.
Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan ringan bagi
menghilangkan kelaparan. Tabiat sedemikian akan mengumpul banyak lemak badan
apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara
kerap.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus
dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.


MENTERI KETIGA – PIHAK KERAJAAN

Terima kasih tuan speaker dewan.


Sayang-sayang buah kepayang ,
Sayang hujah pembangkang pincang ,
Jaga-jaga pihak pembangkang ,
Menteri ketiga datang bertandang .

Yang dihormati tuan yang dipertua, rakan-rakan perwakilan kerajaan , barisan kontradiksi
yang kelihatan goyah seberang sana ,seterusnya sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum , salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua,


Selaku diberi mandat sebagai YB menteri ketiga pada hari ini, saya akan menegakkan
hujah-hujah daripada pihak kerajaan dan mematahkan hujah rapuh lagi songsang
daripada pihak pembangkang.

Yang pertama  barisan yang berhormat pihmembidas isi serta izin laluan yang kami
berikan kedua   barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contoh  serta tidak
pula membidas kata kunci yang ketiga  ternyata yang berhormat barisan pembangkang
hanya menyatakan hujah berdasarkan pandangan sendiri tanpa bukti kualitataif dan
kuantitatif serta hanya menyatakan hujah berdasarkan bukti-bukti yang bersifat
terpencil.

Tuan yang dipertua,serta sidang dewan sekalian.berkat keamanan dan keharmonian


dibawah kepimpinan kerajaan pada hari ini,maka dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu isu yang saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul yang
berbunyi ”Pemakanan Asas Gaya Hidup Sihat”.

Namun begitu tuan yang dipertua,


Sebelum menegakkan hujah-hujah yang kukuh daripada pihak kerajaan pada hari
ini,pertamanya saya akan mematahkan hujah-hujah dangkal yang dibawa dimeja
pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang disebelah
sana tuan yang dipertua.

Tuan yang dipertua,terlebih dahulu saya akan membakar hujah-hujah rapuh yang telah
dibawa oleh YB menteri kedua.
pertamanya YB mengatakan bahawa
______________________________________________________

______________________________________________________________________
Sebenarnya tuan yang dipertua
______________________________________________

______________________________________________________________________

Seterusnya,hujah dangkal pihak pembangkang yang kedua


berbunyi________________
______________________________________________________________________

Tuan yang
dipertua,sebenarnya,_____________________________________________
______________________________________________________________________

Tuan yang dipertua,nampaknya pada hari ini pihak pembangkang mengeluarkan fakta
kes-fakta kes yang goyah.seterusnya,untuk merobohkan pondok usang barisan
pembangkang di seberang sana,saya akan mencantas hujah yang dibawa oleh YB
ketua pembangkang
iaitu_______________________________________________________.

Tuan yang dipertua,sebenarnya


_____________________________________________
______________________________________________________________________
.
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak pembangkang pada hari ini seakan burung
yang hendak terbang tidak bersayap,hendak hinggap tidak berkaki.

Baiklah tuan yang dipertua,setelah hujah dibidas,setelah hujah dicantas,


Kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan
membuktikan bahawa sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri dibarisan kerajaan
tidak bercakap diatas angin seperti pihak pembangkang diseberang sana tuan yang
dipertua.

Tuan yang dipertua,sebentar tadi YAB perdana menteri mengatakan bahawa ”You Are
What You Eat”. Kita adalah apa yang kita makan. Sempurna pemakanan kita,
Seimbang Gizi yang diterima oleh badan , maka sihatlah tubuh badan kita.
Kepentingan memikirkan keseimbangan dalam pemakanan adalah faktor
mempengaruhi sumber makanan yang terbaik. Oelh itu Saya menyokong 100% hujah
tersebut kerana sihat nya tubuh badan kita adalah bergantung kepada pemaknan yang
kita ambil. Diri yang bebas daripada penyakit mampu menjalani kehidupan yang tenang
dan selesa. Segala aktiviti dapat juga dijalankan dengan sempurna dan menjamin
kualiti hidup yang bermakna.

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua,kami yakini bahawa


Pemakanan sihat menjamin kesihatan tubuh badan dan secara tak langsung menjadi
tunjang gaya hidup sihat.

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata yang terakhir kami,sudah terang
lagi bersuluh bahawa Pemakanan Asas Gaya Hidup Sihat.

Sidang dewan sekalian,berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini,kami
akan tetap menegakkan yang hak dan menolak yang batil,bahawa usul yang dibawa
oleh YAB perdana menteri adalah sangat relevan dan efektif betapa sesungguhnya
dewan pada hari ini seharusnya yakin dan percaya bahawa kuantiti makanan yang
diambil juga perlulah seimbang dan bertepatan dengan keperluan yang sepatutnya
berdasarkan konsep 3S “ suku suku separuh yang terbaik. Konsep 3S yang diamalkan
itu menjamin keperluan sumber makanan yang seimbang dan melengkapi gizi yang
sepatutnya.

Pemakanan yang diamalkan juga mestilah mematuhi jadual pemakanan yang teratur.
Kita tidak sepatutnya meninggalkan plan pemakanan yang telah ditetapkan. Maka
dengan itu, keperluan tubuh badan sentiasa dijaga dan diberi perhatian. Tertinggalnya
satu waktu pelan pemakanan kita, maka terlepaslah tubuh badan kita daripada bekalan
zat dan tenaga yang diperlukan.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum kaki mengndur langkah,

Sebelum lidah berhenti berkata-kata.maka saya tegakkan kembali usul kami dipihak
kerajaan bahawa Pemakanan merupakan Asas Dalam menentukan gaya hidup sihat
dan berkualiti.

Maka wajarlah tuan yang dipertua,agar dewan menerima usul yang kami bawa dengan
sebulat suara.

Mohon untuk terus mencadang.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai