Anda di halaman 1dari 2

Teks Perdana Menteri Upih pinang seludang kelapa, Kicauan burung di balik pohonan, Salam sejahtera pembuka bicara,

Gelanggang debat saya mulakan. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Saudari/Tuan Speaker Dewan , para hakim yang merupakan peneraju ke arah neraca keadilan, barisan pembangkang yang saya geruni, serta hadirin dan hadirat sekalian, sambutlah salam satu Malaysia daripada saya. Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini untuk mempertahankan tajuk perbahasan kita iaitu Keluarga Penyumbang Utama Melahirkan Remaja Cemerlang. Hadirin yang saya hormati, Sebelum kaki mengorak langkah, bibir mengatur kata-kata, izinkan saya menghuraikan mutiara kata dalam perbahasan pada hari ini. Menurut ensiklopedia bahasa Melayu, keluarga didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah. Manakala

Memetik kata-kata daripada ahli psikologi antarabangsa Allen V Sappora pada tahun 2007, kata beliau, sebuah keluarga tidak akan membiarkan sesiapa ketinggalan, beliau turut bersetuju bahawa keluarga sangat penting dalam pembentukan psikologi, mental, emosi, dan kognitif individu. Ini jelas menunjukkan kepentingan peranan keluarga dalam usaha melahirkan remaja yang cemerlang. Merenung pula peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya, selaras dengan penyataan tersebut, pendidikan awal berbentuk informal daripada anggota keluarga merupakan pemangkin kepada pendidikan formal di sekolah kelak. Ini jelas memberitahu kita keluarga sememangnya memainkan peranan yang peri pentingnya dalam pembentukan akhlak dan pendidikan remaja. Oleh itu, pada pagi ini, saya selaku Perdana Menteri akan mempertahankan usul pada hari ini iaitu Keluarga Penyumbang Utama Melahirkan Remaja Cemerlang di bawah kata kunci didikan agama. Agama merupakan benteng kepada segala kemaksiatan. Semua agama mengejar penganutnya berbuat baik. Seperti yang barisan pembangkang dan hadirin sekalian sedia maklum, keluarga merupakan insan pertama yang akan berinteraksi dengan anak-anak, bukannya guru mahupun orang lain, tetapi keluarga, oleh itu, institusi ini diibaratkan seperti cerucuk di dalam sesebuah bangunan yang kukuh. Institusi keluarga mamainkan peranan yang amat penting untuk mewarnakan kehidupan anak-anak yang diumpamakan seperti sehelai kain putih yang suci dan ikhlas. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera, anggota keluargalah yang terlebih dahulu memulakan pendidikan agama yang berbentuk informal. Selepas anak-anak membesar dan menjejakkkan kaki ke alam persekolahan mereka akan didedahkan kepada pendidikan agama dan pendidikan moral, namun menurut buku SIL international tahun 1999, pendidikan formal ini ialah proses melatih dan membangunkan individu bukannya menerapkan ajaran asas kepada pelajar berkenaan, dalam erti kata lain, asas didikan agama datang daripada keluarga juga, bukan?

Menurut kajian Research Bulletin of NIER negara Jepun tahun 1981, pendidikan keluarga memiliki peranan asli dalam pendidikan, perwatakannya adalah bagi membina sentimen keinginan, pendirian, dan membantu melalui aspek rutin dalam hidup yang berlaku dalam hubungan antara ibu bapa dengan anak. Sudah terang lagi bersuluh, pendidikan keluarga amat penting dalam pembentukan remaja yang cemerlang. Institusi keluarga ialah asas bagi segala pendidikan yang kukuh bagi generasi muda. Setiap kali berlakunya masalah kebejatan sosial, pasti ramai pihak yang menuding jari ke arah institusi keluarga dan menyalahkan ibu bapa. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya kebejatan sosial, dan anggota keluarga merupakan insan yang cuba mengekang remaja daripada terjerumus dalam kancah ini. Ibu bapa dan anggota keluarga lain terutama datuk dan nenek yang berpengalaman telah menasihati remaja agar beragama sejak kecil lagi. Asas yang kukuh telah dibentuk untuk melahirkan remaja yang kalis pengaruh. Dengan asas agama yang kuat, remaja tidak mudah terjerumus dalam kancah sosial, malah segala usaha mereka direstui dan diberkati Tuhan.

Sebelum saya berundur, ingin saya tegaskan bahawa saya bersetuju sepenuhnya bahawa keluarga merupakan penyumbang utama melahirkan remaja cemerlang. Akhir kata, mari kita merenung kata hikmah ini rumah adalah akar kepada segala-galanya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai