Anda di halaman 1dari 2

KERAJAAN - MENTERI KE-2

KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH


MENINGKATKAN PRESTASI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan,
rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang yang
saya hormati tapi tidak sekali kali saya geruni dan seterusnya ahli-ahli dewan
sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Bergerak selaku YB menteri kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah
dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “kebenaran membawa telefon
bimbit ke sekolah tidak meningkatkan prestasi ". Jadi saya memohon agar definisi
usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu
“kenenaran membawa telefon bimbit ke sekolah meningkatkan prestasi"

TYDP,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang


dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang
mengatakan bahawa "____".

Baiklah , terus kepada sesi penghujahan saya di bawah kata kunci “ memudahkan
mencari maklumat “

Dalam sesi penghujahan ini TYDP , saya akan jelaskan , bagaimana telefon bimbit ini
membolehkan kita mencari maklumat dengan mudah.

TYDP , seperti yang kita sedia maklum , kemudahan mencari maklumat sekarang
berada dihujung jari sahaja . Kita tidak mahu melahirkan generasi seperti peribahasa
" katak di bawah tempurung" . Justeru, penggunakan telefon bimbit wajar untuk
dimanfaatkan oleh para pelajar. Dengan jaringan atas talian yang semakin maju dan
mudah untuk dimiliki , pelajar boleh menggunakan telefon bimbit untuk melayari
jalur lebar dan mencari maklumat tambahan berkenaan mata pelajaran yang
dikehendaki .

Pelbagai alternatif pembelajaran secara atas talian yang wajar untuk dimanfaatkan
oleh pelajar hari ini . Contohnya , guru-guru menggunakan aplikasi Youtube sebagai
medium pengajaran interaktif bersama pelajar. Ini disebabkan oleh variasi
kandungan yang telah dimuatnaik sebagai video yang mampu menarik perhatian dan
fokus pelajar terhadap seusatu perkara .

Maka , pelajar juga mampu melakukan pembelajaran secara bersendirian di rumah


dengan memanfaatkan aplikasi-aplikasi pembelajaran yang ditawarkan atas talian .
Lantaran itu , penggunaan telefon bimbit yang efisen dapat membawa implikasi
positif kepada penggunanya terutamanya dalam kalangan pelajar . Di samping itu ,
dapat mengurangkan penggunaan kertas . Hal ini kerana , kertas ini dapat
mengakibatkan pencemaran alam . TYDP , semakin banyak bilangan kertas yang
diperlukan , semakin banyak pokok yang kita perlu tebang . Sekali gus dapat
memberikan kesan buruk kepada bumi.

Seterusnya TYDP , setelah kita menggunakan kertas tersebut , lambat laut , kertas itu
akan dibuang juga . Jika hendak dibandingkan dengan telefon , ia akan menyimpan
pelbagai maklumat yang kita perlukan di dalam data kita tanpa membuat pembaziran
kertas .

Maka TYDP , jelaslah bahawa “___” .

Baiklah terus kepada indikator ketiga kami di perwakilan kerajaan di bawah kata
kunci “ Mengurangkan Isu Beg Berat “

TYDP , menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , isu berkaitan beg berat
murid merupakan isu yang telah berlarutan sekian lama . Jadi TYDP , bagi
mengurangkan isu beg berat ini , pihak atasan perlu membenarkan pelajar membawa
telefon bimbit mereka ke sekolah di bawah pengawasan pihak sekolah .

Kerana apa ? Sebenarnya TYDP , beg sekolah menjadi berat adalah kerana setiap
subjek di sekolah mempunyai buah buku yang banyak . Misalnya 3 atau 4 buah buku
untuk setiap subjek . Bukan itu sahaja malahan pelajar akan menjadikannya satu
alasan untuk tidak hadir ke sekolah . Hal ini akan mewujudkan , kemerosotan
kehadiran pelajar ke sekolah TYDP. Inilah sebab kami katakan , telefon bimbit perlu
dibenarkan untuk dibawa ke sekolah supaya dapat meringankan beg pelajar .

Kerana semua kemudahan seperti aplikasi belajar , latihan pengukuhan atau buku teks
sekalipun sudah berada di hujung jari . Ini amat memudahkan pelajar dan guru untuk
belajar .

Demikian , kehadiran pelajar juga akan meningkat sekaligus dapat meningkatkan


prestasi semua pelajar dengan baik .

Justeru TYDP , dengan kelebihan-kelebihan telefon bimbit yang telah dibincangkan


sebentar tadi , saya Sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini
seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini
dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai