Anda di halaman 1dari 22

1

USUL: KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF

MURID

TEKS YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI.

Terima kasih yang dipertua dewan, yang dihormati sidang dewan Kabinet

kerajaan dan rakan-rakan baharu di pihak pembangkang serta warga dewan

yang bersidang. Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia saya titipkan

buat semua. Pada hari ini kita bersidang bukan untuk bertikam lidah apatah lagi

bermain madah tetapi untuk membahaskan usul Secara ilmiah,usul berbunyi

“KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID.”

Tuan dipertua serta ahli-ahli yang berhormat sekalian,

Lazim perbahasan kita mulakan dengan memberikan definisi usul.

Pertama kemajuan teknologi bermaksud penjanaan maklumat atau penemuan

ilmu yang memajukan pemahaman hubungan saintifik atau teknologi .Definisi

ini merangkumi definisi kemajuan saintifik, kemajuan pengetahuan saintifik dan

kemajuan teknologi.

Kedua menyemai sikap positif murid pula memberi maksud seseorang

yang ingin meningkatkan diri dan inginkan pencapaian yang cemerlang dalam

hidup.

Di zaman modernisasi saat ini, teknologi telah menjadi keperluan dasar

setiap orang. Peranan teknologi sangat berpengaruh untuk menunjang kegiatan

sehari-hari. Tak terkecuali dalam bidang pendidikan. Teknologi dalam erti kata

yang meluas dan tiada takrifan yang spesifik. Selagi ia menyampaikan


2

maklumat dan melebarkan sayap maklumat sedikit sebanyak berkaitan dengan

teknologi. Malah, teknologi dapat mengintegrasikan komputer dan internet

dalam sistem informasi lainnya menjadi alat untuk memperdayakan proses

pembelajaran yang lebih kreatif dan kompetitif. Para pelajar di IPT juga banyak

menggunakan teknologi terutama dalam membantu mereka mencari maklumat.

Teknologi merupakan satu konsep yang luas. Teknologi maklumat atau

IT dan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang

diperlukan untuk pemprosesan data. Penggunaan komputer dan perisian untuk

mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan

mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Malah, teknologi mengikut takrifan pertama ialah pembangunan dan

penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk selesaikan masalah.

Teknologi ini juga, sering berkait rapat dengan rekaan dan ’gadjet’

menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Perkembangan teknologi ini

berlaku dengan pantas sekali. Malah, ada yang berpendapat perkembangannya

sepantas kilat. Di sebabkan oleh jaringannya yang aktif maka menjadikan

teknologi ini sentiasa bergerak pantas.Penggunaan teknologi dalam

pembelajaran dapat membentuk sikap positif dikalangan murid itu sendiri.

Sekian dengan pentakrifan usul.

Kegiatan belajar dan mengajar yang dulu hanya bergantungkan buku teks,

kini telah berinovasi menjadi serba digital. Berkat kemajuan teknologi, proses

pembelajaran jadi lebih interaktif dan menyenangkan. Tak hanya media

belajarnya saja yang berubah, guru juga dituntut bergerak mengikuti


3

perkembangan zaman. Hal ini tidak lain demi kemajuan generasi muda yang

akan menjadi penerus bangsa.

Tuan yang dipertua,

Secara perangkumannya kami sepakat menyatakan pendirian bahawa

pihak kerajaan mencadangkan agar usul “kemajuan teknologi menyemai sikap

positif murid” dapat diterima atas rasional sikap positif murid yang inginkan

kejayaan dapat dibentuk dengan penggunaan teknologi secara terkawal. Usul

wajar diterima dewan berdasarkan tiga elemen utama iaitu kemajuan teknologi

terutama dalam bidang ict akan memudahkan murid mendapatkan

maklumat. Kedua kemajuan teknologi telefon pintar memudahkan

komunikasi melalui laman sosial dan ketiga kemajuan teknologi akan

menjimatkan kos serta masa dan untuk hiburan.

Untuk bertembung kes dengan kami dimeja kerajaan pihak pembangkang

perlu membuktikan KEMAJUAN TEKNOLOGI DAPAT MENYEMAI SIKAP

POSITIF MURID dengan melihatkan kelemahan –kelemahan ketiga-tiga

elemen yang kami nyatakan dengan menilai isu demi isu tidak dapat

diselesaikan.

Kita beralih pula kepada peranan pasukan selaku Perdana Menteri saya

akan membentangkan hujah pertama iaitu kemajuan teknologi terutama

dalam bidang ict akan memudahkan murid mendapatkan maklumat.

Kemudian menteri kedua akan membentangkan hujah kedua iaitu kemajuan

teknologi memudahkan komunikasi melalui laman sosial dan ketiga


4

kemajuan teknologi akan menjimatkan kos serta masa dan untuk hiburan.

Seperti biasa menteri ketiga akan membidas segala hujah dari pihak

pembangkang seterusnya meranapkan perjuangan mereka.

Warga dewan sekalian.

Ayuh kita analisis hujah pertama kabinet kerajaan dibawah kata kunci

kemudahan teknologi terutama dalam bidang ict akan memudahkan

murid mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui

medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan murid-murid mendapatkan

maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Murid – murid boleh

melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet. Murid- murid

juga boleh mencari jawapan bahan-bahan pembelajaran seperti contoh – contoh

karangan atau contoh -contoh ayat. Perkara ini membuat murid rajin berusaha

untuk mendapatkan maklumat dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan

oleh guru.

Melalui internet kita akan menerima maklumat dengan lebih

pantas.Carian maklumat juga tidak dihadkan.Maklumat carian bukan saja dalam

bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta

grafik, audio, animasi dan lain-lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-

macam maklumat kita boleh perolehi melalui kemajuan teknologi internet.Ada

berita,laporan cuaca,sukan,pasaran saham,hiburan dan kadang-kadang kita akan

berjumpa maklumat yang kita sendiri tak pernah fikir.


5

Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi internet.Sekalipun

kita sudah terlepas isu terbitan cetakan tetapi kita masih ada peluang

membacanya menggunakan internet. Hal ini sangat penting kerana dapat

mendedahkan murid kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat

dan dalam usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT.Melalui

cara ini , murid lebih didedahkan kepada world wide web(www.)( dengan izin

yang dipertua) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh

murid tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet

dimana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan

kadar segera.

Kenapa saya katakan ianya dapat menyemai sikap positif murid kerana

murid akan lebih berdikari dan tidak bergantung kepada guru sepenuhnya dalam

usaha mereka untuk mendapatkan sesuatu jawapan bagi kerja yang mereka

perlu siapkan. Mereka juga dapat di didik supaya lebih bertanggung jawab

dalam menyiapkan tugasan mereka . Selain itu murid juga akan menjadi lebih

rajin kerana mudahnya mencari maklumat hanya dihujung jari dengan kemajuan

teknologi internet.

Secara tidak langsung usaha murid –murid ini menjadikan mereka

seorang yang rajin belajar dan murid yang berdisiplin. Mereka akan sentiasa

membuat kerja rumah yang diarahkan oleh mana-mana guru dengan mudah

melalui carian maklumat dari internet. Murid yang rajin dan sentiasa

menyiapkan tugasan akan menjadi murid contoh kepada murid lain. Tanpa

sedar ia memberi kesan positif kepada persekitarannya.


6

Sekian terima kasih hujahan saya akan disambung oleh menteri

seterusnya.

TEKS KETUA PEMBANGKANG.

Terima kasih tuan yang dipertua, rakan hadirin pihak pembangkang dan

seterusnya pihak kerajaan dan ahli-ahli yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatul dan selamat bersidang.

Selaku ketua pembangkang pada hari ini kami tidak bersetuju dengan gagasan

usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi iaitu KEMAJUAN
7

TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID kerana terdapat juga

kesan negatif dalam teknologi terhadap murid. Sebelum diteruskan kepada

arena penghujahan tuan yang dipertua kami menerima definisi konsep yang

telah dikemukakan oleh Perdana Menteri namun kita perlu halusi satu persatu

sebelum meluluskan usul ini.

Tuan yang dipertua,

Sebentar tadi yang berhormat melalui hujah pertama iaitu kemudahan

teknologi terutama dalam bidang ict memudahkan murid mendapatkan

maklumat. Bidasan saya amat mudah,terdapat kesan negatif perkembangan

teknologi maklumat (ICT). Antaranya , mendatangkan kesan negatif dalam

berlakunya jenayah siber.Semakin maju teknologi maklumat semakin

meningkat jenayah siber. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti

penipuan atas talian, berlaku transaksi palsu, buli siber dan sebagainya.

Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem

pertananan Negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan

sesebuah Negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian

juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

Murid juga berkemungkinan melayari laman sesawang yang tidak

bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk

melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan

benteng agama yang tidak kukuh.

Melalui laman sesawang tidak bermoral ini generasi muda akan mudah

terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang
8

tersebut. Bahan –bahan lucah sering menjadi kegilaan remeja kerana dapat

dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut

dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan

jati seorang pelajar.

Di samping itu, kesan daripda penyebaran laman web secara tidak

terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah sosial yang semakin

menjadi-jadi sehingga ke kancah zina.Contohnya , isu video porno tersebar

dikalangan masyarakat. Keseronokkan menonton bahan lucah mendorong

individu melakukan seks bebas. Kesan daripada ini akan mendorong kepada

perlakuan membuang bayi tidak berdosa. Justeru untuk mengatasi masalah ini

berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan ini harus

ditutup rapat terutamanya internet.

Berdasarkan hakikat inilah saya katakan bahawa penggunaan kemajuan

teknologi seperti internet ini lebih banyak menyumbang kepada perkara yang

negatif berbanding positif. Murid sangat sukar dikawal walaupun ibu bapa

melarang mereka untuk melayari laman – laman yang terlarang tetapi mereka

dengan sikap ingin tahu yang tinggi dan ingin cuba pasti akan membuka atau

menonton website (dengan izin yang dipertua)yang terlarang.

Sekian terima kasih.


9

HUJAH MENTERI KE 2

Terima kasih yang dipertua dewan.

Yang dihormati rakan-rakan seperjuangan perwakilan kerajaan, rakan-

rakan baharu perwakilan pembangkang serta warga dewan yang bersidang.

Assalamualaikum saya titipkan buat semua. Bertindak selaku menteri kedua

barisan kerajaan saya tetap yakin dan percaya terhadap pendirian kami bahawa

usul Kemajuan Teknologi dapat menyemai sikap positif murid wajar diterima

dewan atas rasional kemajuan teknologi telefon pintar memudahkan

komunikasi melalui laman sosial. Izinkan saya memulakan gerak kerja

dengan membuat semakan semula terhadap definisi yang dibidas oleh ketua

pembangkang.

Kemajuan teknologi telefon pintar juga menjadikan murid lebih positif

kerana dapat berhubung dengan mudah walaupun berada dalam jarak jauh

mahupun dekat. Kemajuan teknologi telah menghasilkan banyak alat

komunikasi seperti e-mel, skype, whatsapp, telegram(dengan izin yang

dipertua) dan sebagainya. Penggunaan pelbagai alat komunikasi ini

mendedahkan murid kepada pebagai sosiobudaya masyarakat dunia. Malah, ada

juga murid yang menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan

(chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta


10

bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru mereka boleh

bertukar-tukar maklumat budaya,sejarah dan geografi antara rakan siber

mereka.

Kemajuan teknologi juga akan menjimatkan kos serta masa dan untuk

hiburan. Selain berkomunikasi menggunakan teks penggunaannya juga

dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video dimana kita boleh

berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing -

masing dengan menggunakan video call(dengan izin yang dipertua). Sebagai

contoh pelajar sabah dengan pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke

semenanjung dapat menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan

panggilan video di aplikasi whatapps yang terdapat di telefon pintar dan

ternyata lebih menjimatkan wang.

Murid juga berhibur dengan pelbagai cara dengan kemajuan

teknologi pada zaman sekarang ini. Murid boleh menonton drama, filem dan

mendengar muzik dengan melayari laman web seperti youtube, dailymotion dan

sebagainya. Terdapat juga pelbagai permainan di atas talian yang boleh

dimainkan bersama pemain dari pelusuk dunia. Secara tidak langsung murid

dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari alam maya. Murid juga dapat

mengurangkan stress belajar dan peperiksaan dengan mencari hiburan yang

sesuai.

Kemajuan teknologi juga dapat menjimatkan kos seperti kos panggilan

telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos

panggilan seperti menggunakan telefon analog adalah sangat tinggi jika


11

panggilan antarabangsa. Tetapi dengan penggunaan skype, panggilan video

whatsapp, telegram adalah sangat jimat kerana tiada caj yang dikenakan. Murid

juga dapat menjimatkan kos membeli buku untuk mencari maklumat kerana

boleh mencari maklumat melalui melayari internet. Secara tidak langsung dapat

menjimatkan kos dan masa serta tidak membebankan pelajar. Sekian selesailah

sesi bidasan dari kami.

HUJAH MENTERI PEMBANGKANG KEDUA

Terima kasih buat tuan yang dipetua dewan, barisan pembangkang dan

deligasi kerajaan serta warga dewan yang saya muliakan.

Assalamualaikum dan salam persidangan saya hulurkan .Dewan yang mulia,

Selaku pembangkang kedua pada hari ini saya masih lagi berdiri teguh dalam

membangkang penuh usul ini melihatkan kepada pendirian kami iaitu


12

kelemahan – kelemahan kemajuan teknologi seperti murid akan menjadi

kurang fokus pada pelajaran.

Kemajuan teknologi juga boleh melekakan seseorang murid daripada

fokus kepada proses pembelajarannya. Murid akan banyak menghabiskan

masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya

untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut

diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan

melayari laman sosial seperti facebook, twitter, instragram (dengan izin yang

dipertua) dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman

sosial dengan terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumuskan

pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi

akademik dan gagal menyempurnakan tugas mereka sebagai murid sekolah.

Seharusnya, perkara ini perlu dikawal dan di dalam diri pelajar perlu ditanam

sikap yang positif sebelum nasi menjadi bubur.

Selain itu murid juga mudah terikut budaya negatif yang dilihat atau

ditonton dalam laman-laman sesawang yang dilawati.

Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang, Datuk

Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali

budaya barat seperti “Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” (dengan izin

yang dipertua)yang menjerumus kepada pemikiran remaja di Malaysia kepada

budaya yang tidak sihat. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan

pelajar terjerumus kepada masalah gangsterisme di Malaysia. Sememangnya

pelajar harus bersosial tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di


13

samping itu, pelbagai aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di

laman sosial menyebabkan murid suka untuk menghabiskan masa dengan

permainan tersebut. Hal ini banyak memberi impak yang buruk terhadap murid

kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya

mereka lakukan sehingga terabai tanggungjawab mereka sebagai murid. Malah,

ia juga membawa kesan negatif yang amat teruk sekali seperti keruntuhan

akhlak dalam kalangan murid sekolah.

Kemajuan teknologi seperti gadjet telefon pintar juga menyemai

sifat malas. Contohnya penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa

kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam

aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan

dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada murid. Murid kini

lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat

merisaukan kerana ia banyak mendatangkan kesan negatif. Antaranya murid

akan menjadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini

tidak sepatutnya terjadi kerana ia akan merosotkan prestasi murid sewaktu di

dalam kelas. Aktiviti sukan yang dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk

mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh itu, murid harus

bergiat aktif untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi lahiriah dan

rohaniah. Akan tetapi, mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum

hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk

memenuhi keperluan mereka sendiri seperti untuk menghabiskan masa dalam

melayari laman sosial seperti Tik Tok yang semakin viral dikalangan murid.

Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dari segi minda dan
14

ia memberi impak di masa akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan

melahirkan pelajar yang kurang inovatif.

Tuan yang dipertua ,

Sekatan dalam penggunakan teknologi perlu kerana kesan negatif

terhadap murid lebih banyak berlaku dari kesan positif. Harapan saya agar

sidang dewan dapat menilai isu ini dengan lebih mendalam. Sekian bidasan dari

saya.

HUJAH MENTERI KETIGA


15

Bismillah hirahman nirahim terima kasih tuan yang dipertua. Rakan –

rakan di kabinet kerajaan dan perwakilan pembangkang serta seisi dewan yang

bersidang sekalian. Assalamualaikum dan mohon bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua,

Pada hari ini usul masih samar betapa dewan ini perlu yakin dan percaya

KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID.

Tuan yang dipertua premis kami di kabinet kerajaan juga kekal sama , kami

katakan melihat kepada kelebihan dan kebolehupayaan kemajuan teknologi

maka sikap positif murid dapat disemai.

Tuan yang dipertua,

Menggalas mandat sebagai menteri ketiga pada hari ini dua obligasi akan

saya laksanakan. Yang pertama saya akan membidas segala hujah di meja

pembangkang dan yang kedua saya akan menegakkan kembali perjuangan kami

di kabinet kerajaan.

Baiklah tuan yang dipertua tanpa membuang masa ayuh kita mulakan dengan

sesi bidasan hujah. Saya akan membidas hujah ketiga mereka di bawah kata

kunci kemajuan teknologi akan menyebabkan murid terikut budaya

negatif.

Tuan yang dipertua

Yang berhormat di meja pembangkang tidak menunjukkan bagaimana

proses kemajuan teknologi tidak menyemai sikap positif murid. Namun kami
16

katakan dengan melihat kepada adanya kebaikan dan manfaat kemajuan

teknologi ia mampu menyemai sikap positif.

Tuan yang dipertua.

Kita lihat dengan adanya teknologi murid dapat mengakses maklumat

dengan menggunakan internet hanya di hujung jari. Menggunakan teknologi

dalam bilik darjah berpotensi untuk mencipta peningkatan motivasi murid,

peningkatan interaksi sosial, hasil positif, pembelajaran murid dipertingkatkan

dan penglibatan murid dipertingkatkan. Teknologi mampu membuka kunci

pembelajaran dengan semua murid. Kesimpulan Seperti yang anda lihat,

teknologi mempunyai lebih banyak hasil positif daripada negatif. Ia membantu

murid-murid belajar dalam bentuk yang berbeza, ia membolehkan mereka

melibatkan diri dalam aktiviti yang berbeza, dan ia memperkayakan pendidikan

mereka dengan membenarkan mereka bekerjasama dengan orang dari seluruh

dunia.

Contohnya ,Media sosial meningkatkan pengetahuan otak murid. Dengan

media sosial murid dan guru boleh mendapatkan lebih banyak maklumat untuk

membantu satu sama lain belajar. Media sosial adalah alat pembelajaran yang

hebat. Media Sosial mempunyai banyak kesan positif terhadap pendidikan

termasuk komunikasi yang lebih baik, maklumat tepat pada masanya, bersosial

dalam talian, pembelajaran, meningkatkan kemahiran, membuat kerjaya antara

lain.

Tiada halangan, Komunikasi kini mudah,dalam kes situasi apabila anda

ingin menyampaikan sesuatu dengan segera kepada seseorang, telefon bimbit


17

dan e-mel berguna. Hubungan yang diperkukuh, Teknologi telah memudahkan

untuk terus berhubung dengan kenalan lama, dan juga telah membantu

mengukuhkan hubungan.

Terpengaruh atau tidak kepada budaya negatif adalah bergantung kepada

seseorang. Jika didikan agama dan didikan keluarga cukup murid akan tahu

membezakan mana yang betul dan mana salah. Jadi tiada istilah mereka akan

terpengaruh. Dalam soal ini ibu bapa akan memainkan peranan masing -masing

agar anak-anak mereka tahu kesan buruk jika salah guna kemudahan teknologi.

Dalam penggunaan telefon pintar ibubapa boleh menetapkan syarat kepada

anak-anak agar penggunaan kemudahan teknolgi terkawal. Sekian bidasan dari

kami.
18

HUJAH MENTERI PEMBANGKANG KETIGA

Terima kasih yang dipertua dewan,

Yang dihormati tuan speaker dewan , barisan obligasi kerajan, pakatan

pembangkang serta warga dewan yang saya muliakan. Assalamualaikum

warahmatullahiwarakatuh salam muafakat dan selamat bersidang semuanya

Tuan yang dipertua,

Kami diperwakilan pembangkang masih lagi yakin dan percaya bahawa

usul kemajuan teknologi menyemai sikap positif murid wajar dibangkang seisi

dewan berpaksikan pendirian kami kelemahan-kelemahan kemajuan teknologi

gagal menyemai sikap positif murid. Baiklah bertindak selaku pembangkang

ketiga pada hari ini saya akan membidas atas bidasan menteri ketiga, membidas

ketiga-tiga hujah perwakilan pembangkang seterusnya menegakkan kembali

kes-kes kami dari perwakilan pembangkang pada hari ini warga dewan sekalian.

Baiklah tanpa membuang masa ayuh kita lihat apakah yang telah diperkatakan

oleh menteri ketiga sebentar tadi warga dewan sekalian.


19

Yang pertama, pada hari ini mereka telah menuduh pembangkang kedua

tidak membuktikan bagaimanakah teknologi menjejaskan kemahiran sosial kita

secara negatif?

Apabila masa yang dihabiskan pada peranti meningkat, masa yang

dihabiskan secara bersemuka dengan rakan sebaya dan orang dewasa

berkurangan. Ini boleh membawa kepada rasa pengasingan dan kesunyian,

dalam kajian menunjukkan bahawa remaja yang melaporkan paling sedikit

interaksi secara bersemuka dan paling banyak masa di skrin mempunyai kadar

kesunyian dan kemurungan yang paling tinggi. Dalam dunia sekarang sudah

tentu kita tidak mahu murid-murid menjadi seorang yang murung kerana tidak

dapat berkawan dengan kawan-kawan di sekolah. Ini kerana komunikasi

bersama kawan di realiti lebih baik daripada di alam maya.

Masa di skrin yang dilanjutkan boleh mengakibatkan kesan kesihatan

seperti insomnia, keletihan mata, dan peningkatan kebimbangan dan

kemurungan di kalangan murid. Mereka juga mungkin akan menggunakan Web

Gelap untuk berdagang bahan dan data yang dicuri. Ini akan mengundang

aktiviti jenayah dikalangan murid dibawah umur.

Kemajuan teknologi juga menghalang murid-murid untuk berfikir secara

kreatif dan kritis kerana terlalu bergantung kepada bahan yang diperolehi dari

internet. Murid tidak mampu mengeluarkan idea sendiri dalam menjawab soalan

walaupun mudah. Ini juga membimbangkan kerana murid akan menjadi lembap

dalam pemikiran dan kemungkinan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan

dengan baik dan membunuh kecemerlangan mereka apabila mereka tidak


20

berfikir menjawab soalan , ahirnya mereka jadi malas berfikir. Kesannya murid

akan mendapat keputusan yang teruk dalam ujian. Perkara ini dapat dibuktikan

dengan berita harian online pada 4 Mac 2015 keputusan yang diumumkan pada

tahun 2015 mencatatkan penurunan keputusan cemerlang berkurang sebanyak

1565 hal ini disebabkan pemikiran para pelajar yang masih rendah. Warga

dewan sekalian ini membuktikan bahawa dengan kemajuan teknologi kita tidak

mampu untuk menyemai sikap positif murid iaitu budaya yang rajin.

Kemajuan teknologi juga boleh menyebabkan ketagihan dan boleh

menjejaskan kemahiran komunikasi kita. Murid lebih berasa seronok

menghabiskan masa dengan melayari internet dari melakukan aktiviti luar

seperti bersukan dan sebagainya. Kurangnya berbual sesama rakan sebaya

menyebabkan mereka menjadi seorang yang pendiam dan pemalu atau anti

sosial. Saya bawakan satu bukti, menurut jurnal pengajian melayu jilid 16 2016

mendapati bahawa 5 salah laku anti sosial teknologi dilakukan oleh remeja

lelaki dan menyumbang hampir 64.4% daripada keseluruhan salah laku anti

sosial warga dewan sekalian. Anti sosial merupakan budaya yang negatif. Saya

kira usul kita hari ini wajar kita bangkang tuan yang dipertua.

Maka disini kami pihak pembangkang telah menunjukkan bahawa

kemajuan teknologi tidak mampu menyemai sikap positif murid sebaliknya

mendatangkan budaya negatif.


21

HUJAH PENGGULUNGAN KERAJAAN

Terima kasih tuan yang dipertua,

Bertemu kita dalam sesi penggulungan sebagai senjata terakhir dalam

pertaruhan kami pada hari ini.

Tuan yang dipertua,

Usul masih sama iaitu kemajuan teknologi dapat menyemai sikap positif

murid. Kita beralih terus kepada obligasi saya yang pertama iaitu kita lihat apa

masalah di meja pembangkang yang tidak habis-habis mengecilkan skop

perdebatan kita sejak dari awal lagi tuan yang dipertua.

Ini kerana penggunaan teknologi sememangnya membantu murid dalam

pembelajaran malahan dalam kehidupan juga. Dengan menggalakkan lagi


22

penggunaan teknologi kepada murid di sekolah tidak mustahil dapat

meningkatkan kecemerlangan murid. Jelas terbukti ramai murid yang lebih

berpengetahuan tinggi dan lebih berinovasi dengan pendedahan penggunaan

teknologi. Terutamanya teknologi ict dan komunikasi sangat membantu murid –

murid dalam pembelajaran . Oleh itu, saya menegaskan bahawasanya kemajuan

teknologi sememangnya dapat menyemai sikap positif murid .

HUJAH PENGGULUNGAN PEMBANGKANG

Terima kasih yang dipertua,

Dalam sesi penggulungan ini akan saya buktikan kepada anda kemajuan

teknologi tidak dapat menyemai sikap positif murid. Di mana lebih banyak

kesan negatif yang berlaku dalam penggunaan teknologi oleh murid berbanding

kesan positif. Terutamanya dalam penggunaan internet, penggunaan internet

sangat sukar untuk dikawal kerana tertalu banyak unsur yang mendorong murid

untuk melakukan perkara negatif seperti malas belajar, leka dengan permain

video,membuang masa dan sebagainya.Murid juga juga jadi malas bersosial,

suka menyendiri dan kurang mahir berkomunikasi secara bersemuka

Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul KEMAJUAN

TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID dikaji semula untuk

kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai