Anda di halaman 1dari 5

Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen.

Usul
perdebatan itu ialah "Kemajuan Teknologi akan melahirkan masyarakat
yang berilmu.". Sebagai Perdana Menteri, bentangkan usul anda.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada


hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan,
perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat


bersidang.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan mampu menghadapi cabaran


terutamanya kemelesetan yang sedang melanda dunia pada hari ini. Segala
perancangan dan pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan telah
membolehkan dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang
begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul hari ini ialah "Kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang
berilmu."

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyediakan hujah-hujah


(karuthugal)yang mantap (uruthiyaane) supaya usul yang dikemukakan dapat
disokong dengan kukuh. Hujah-hujah yang berikut akan disambung oleh Menteri
Pertama, manakala Menteri Kedua akan membidas (maruthu pesuthal) hujah-hujah
yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa
pihak kerajaan tidak akan ragu-ragu (avanambikkai) dengan hujah-hujah yang akan
kami bentangkan dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara sebulat
suara.

Tuan Yang Dipertua,

Kami akan meletakkan tiga indikator bagi memantapkan usul kami. Yang
pertama, saya katakan bahawa teknologi yang canggih akan mempercepat
pemindahan ilmu kepada rakyat. Jika kita mengabaikan teknologi yang sedia ada,
kita akan ketinggalan zaman. Indikator kedua ialah kemajuan teknologi akan
melahirkan masyarakat yang cerdik ICT. Indikator yang ketiga ialah teknologi
maklumat dan komunikasi yang canggih pada zaman ini akan merapatkan jurang
digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Apabila jurang digital
dapat diatasi, proses untuk memindahkan ilmu dapat dilakukan dengan lebih mudah
dan cepat. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi
yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu
diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak
pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum saya mengemukakan hujah untuk menyokong usul yang saya


bentangkan ini, saya ingin menjelaskan beberapa kata dan frasa yang mendasari usul
yang kami bawa. "Kemajuan" bermaksud perihal (situation) maju yang berkaitan
dengan taraf hidup. "Teknologi" pula bermaksud ilmu tentang cara mencipta
barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera (iyanthiram) dan
sebagainya. Perkataan "melahirkan" bermaksud mewujudkan atau membentuk.
Frasa "masyarakat yang berilmu" ialah penduduk atau modal insan yang mempunyai
pengetahuan. Tegasnya, kerajaan penuh yakin bahawa kemajuan teknologi yang
diusahakan oleh kerajaan akan mampu membentuk modal insan yang mempunyai
pengetahuan atau maklumat yang terkini.

Tuan Yang Dipertua dan Sidang Dewan yang dihormati,

Sejak zaman dahulu lagi, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu dengan berdasarkan kemajuan teknologi. Kemajuan
teknologi pada sesebuah negara amat penting kerana kemajuan bidang ini akan
mencorakkan pembentukan masyarakat. Dalam era globalisasi dan modenisasi ini,
masyarakat yang berilmu tanpa teknologi yang canggih akan dianggap sebagai
masyarakat yang mundur (pinthanggiye). Jadi, pihak kerajaan mempunyai keyakinan
yang tinggi bahawa kemajuan teknologi banyak membawa kebaikan kerana dapat
melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Hujah saya yang pertama untuk menyokong usul yang kami bawa ialah
teknologi yang canggih akan mempercepat pemindahan ilmu kepada rakyat.
Apabila rakyat didedahkan (arimugap paduthik kolluthal) dengan kemajuan
teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, sebilangan besar masyarakat
dapat menimba (perukki kolluthal) ilmu pengetahuan dengan mudah, cepat dan
murah. Melalui cara ini, ilmu yang terdapat daripada pelbagai sumber dapat
dipindahkan dan diterima dengan cepat oleh rakyat Malaysia. Sebagai contohnya,
teknologi internet telah membantu pembelajaran masyarakat di sesebuah negara.
Selain teknologi internet, teknologi komputer dan automotif dapat mengembangkan
ilmu seseorang dengan mempelajari perkara yang baharu. Ini telah menjurus (aim)
kepada penciptaan teknologi yang lebih canggih berbanding dengan sebelumnya. Hal
ini telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi dapat melahirkan masyarakat
yang berilmu.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua ialah kemajuan teknologi akan melahirkan


masyarakat yang cerdik ICT. Sejak tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menyediakan kemudahan ICT seperti komputer, internet dan barangan
elektronik yang lain di semua sekolah di negara kita. Kerajaan mengeluarkan
perbelanjaan yang mencecah (little) bilion ringgit kerana pihak kerajaan yakin
bahawa rakyat akan mempelajari pelbagai ilmu dan pengetahuan untuk
dimanfaatkan bagi kemajuan negara. Sebagai contohnya, pelajar dapat menyiapkan
tugasan atau kajian untuk memperoleh pelbagai maklumat melalui teknologi
maklumat dan komunikasi yang semakin popular pada era ini. Cara ini telah
menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknologi kepada para pelajar kerana
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini telah membuktikan bahawa
perkembangan teknologi, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi telah
melahirkan masyarakat yang cerdik atau celik (realize) komputer dalam bidang
teknologi.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah ketiga untuk menyokong usul kami ialah teknologi maklumat dan
komunikasi yang canggih pada zaman ini akan merapatkan jurang digital antara
penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah
melengkapkan kemudahan asas atau infrastruktur yang lengkap (puurthiyaane
adipadai vasathigal) di seluruh negara sama ada di kawasan bandar mahupun di luar
bandar atau kawasan pedalaman. Dengan adanya kemudahan ini, rakyat dapat
memanfaatkan pelbagai teknologi yang dimajukan oleh kerajaan. Sebagai contohnya,
dengan kemajuan dalam teknologi satelit dan jalur lebar tanpa wayar, banyak
perkhidmatan Internet tanpa wayar dapat dimajukan. Hal ini menyebabkan pihak
kerajaan dapat mendekatkan penduduk bandar dengan penduduk luar bandar
dengan menggunakan kemajuan teknologi. Apabila jurang ini semakin dekat,
pelbagai maklumat dan ilmu atau kemajuan kepada rakyat dapat disalurkan. Melalui,
usaha ini pihak kerajaan yakin bahawa matlamat wawasan 2020 akan dapat dicapai
apabila jurang digital dalam kalangan masyarakat dapat dihapuskan.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dihormati,

Kita perlu menerima hakikat (unmai nilavarethai eetruk kolle veendum)


bahawa kemajuan dalam bidang teknologi akan mempercepat pengaliran ilmu dalam
kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, perkembangan teknologi merupakan elemen
(muulap porul) penting yang perlu diberikan perhatian wajar (telivaane aarvam)
bukan sahaja oleh kerajaan, tetapi juga oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Dengan berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, saya menaruh keyakinan


yang tinggi (nambikkai vaithal ) bahawa Kemajuan Teknologi akan melahirkan
masyarakat yang berilmu. (Untuk memperkukuh hujah kami, Menteri Kedua nanti
akan menyambung perjuangan kami dengan mengemukakan hujah-hujah yang
mantap. Dengan ini, saya memohon keizinan (permission) untuk mengundur diri
(veliyeeruthal) buat sementara.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai