HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan Hubungan Manusia dan Teknologi
2. Membincangkan etika dan peradaban dalam
penggunaan TMK
3. Menganalisis isu semasa TMK di Malaysia
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) PENGGERAK KESEPADUAN
NASIONAL
Pengenalan
DI MALAYSIA
-Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya
dari masa ke semasa. Seterusnya maklumat bermaksud data yang tersusun dan
komunikasi ialah proses saling menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak
ke pihak yang lain. TMK merupakan suatu alat perkongsian maklumat yang berpotensi
untuk mempertingkatkan kualiti Pendidikan, ekonomi, politik dan juga social, sama
ada digunakan secara formal ataupun tidak formal. Ianya melangkaui batas umur,
etnik, gender sama ada lelaki atau perempuan, orang kurang upaya, muda atau tua,
bangsa tanpa ada sempadan masa.
7.1 EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN
TEKNOLOGI
Evolusi dan perubahan teknologi akan terus meningkat dan berkembang dari satu
masa ke satu masa yang lain. Manusia perlu bersikap terbuka dan mengikut aras
kemajuan teknologi supaya tidak ketinggalan. Ilmu berkaitan teknologi perlu dititik
beratkan dan dikuasai bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran bagi mengikut
arus pengglobalan teknologi.
Impak Pengglobalan Teknologi Dalam Bidang
Pertanian
Dapat memberi keuntungan yang maksimum dan meningkatkan produktiviti serta
pengeluaran pertanian mampan.
Dapat meningkat dan menggalakkan operasi komersil berskala besar sama ada
dalam bentuk sistem perladangan berkelompok atau estet.
Dapat keuntungan yang optimumoleh sebab pengurangan penggunaan tenaga
buruh dan penjimatan kos operasi.
Meningkatkan pendapatan petani.
Impak Pengglobalan Teknologi Dalam Bidang
Pembinaan
Pemaju boleh melengkapkan projek dalam tempoh yang lebih singkat.
Dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dengan penggunaan pembinaan
yang lebih baik melalui jentera, peralatan, bahan dan pra perancangan projek
terperinci.
Dapat menjimatkan masa pembinaan dan penghasilan kualiti kerja yang baik.
Menjimatkan kos dengan mengurangkan penggunaan tenaga buruh.
Impak Pengglobalan Teknologi Dalam Bidang
Makanan
Penggunaan jentera berteknologi dalam kerja penanaman membolehkan
peningkatan dalam pengeluaran pertanian seperti dalam tanaman padi, sayur-
sayuran, kelapa sawit dan sebagainya.
Industri makanan yang dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak pada masa yang
singkat.
Penggunaan jentera berteknologi dapat membuka Kawasan baru untuk lading
pertanian dengan mudah dan cepat.
Teknologi dapat membantu membekal sumber makanan yang mencukupi.
Teknologi dalam industri makanan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan dapat
bertindak sebagai negara pengeluar makanan.
Impak Pengglobalan Teknologi dalam bidang
Ekonomi
Meningkatkan produktiviti pembuatan.
Meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara.
Menguatkan kapasiti inovasi.
Menambah bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan khususnya
dalam bidang teknologi.
Impak Positif Pengglobalan Teknologi Dalam
Bidang Komunikasi dan Hubungan
Perhubungan lebih mudah terutamanya jarak yang jauh.
Maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat walaupun jarak yang jauh.
Boleh saling kenal mengenali dengan individu lain sama ada yang kenali atau tidak
dengan menggunakan rangkaian atas talian.
Pelbagai kaedah untuk saling berhubung atas talian melalui pelbagai aplikasi seperti
WhatsApp, telegram, facebook, Instagram dan sebagainya.
Boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk berhubung dengan orang lain.
Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara individu atau kumpulan.
Impak Negatif Pengglobalan Teknologi
Dalam Bidang Komunikasi dan Hubungan
Mudah tersebar berita palsu dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan
silaturrahim.
Pembaziran masa kerana terlalu lama dalam laman social sehingga lalai dengan
tanggungjawab yang lain.
Boleh mendatangkan ketagihan media sosial sehingga menjejaskan kesihatan
mental dan fizikal.
Kurang aktiviti sosial secara bersemuka dengan orang lain.
SEJARAH EVOLUSI TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20,
banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sector elektronik,
sektor pengkomputeran dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu,
terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial yang
pertama ialah UNIVAC 1 yang direka bentuk oleh J.Presper Eckert dan John Maucly
untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan
mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan computer peribadi IBM pada tahun 1981.
Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan
mempunyai pelbagai fungsi. Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub
vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan
transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan
sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI)
7.2 KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN
TEKNOLOGI
Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun teknologi sejak zaman purbakala
lagi. Dunia masa kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi
moden. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan sehingga
memberi impak kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa
dunia ke alaf baru. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah memberi
kesan yang amat besar dan mengubah landskap kehidupan manusia sejagat tanpa
mengira peringkat usia. Manusia dengan teknologi tidak boleh dipisahkan kerana
banyak manfaat yang diperoleh melalui teknologi, termasuk dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK)
Kepentingan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) kepada Manusia
Mudah mendapatkan maklumat
Pada hari ini, maklumat hanya berada dihujung jari. Dengan erti kata lain, sesuatu
maklumat mudah untuk diperolehi dan diketahui. Pelbagai maklumat boleh diakses
melalui medium TMK seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan
maklumat tentang hal-hal berkaitan ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan
sebagainya.
Memudahkan komunikasi
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu melalui medium
TMK, pelbagai aplikasi dan laman sosial yang boleh digunakan seperti Facebook,
Twitter, Skype dan sebagainya. Dengan kemajuan ini manusia boleh berkomunikasi
secara atas talian dengan mudah dan cepat. Contohnya, ibu bapa boleh menghubungi
anak-anak yang belajar di luar negara dengan cepat dan mudah serta kos yang murah
dengan menggunakan aplikasi Skype atau whatsapp dan seumpamanya.
Mempercepatkan urusan
Dewasa ini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta boleh dilakukan secara dalam
talian dengan mudah. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti,
permohonan kerja, membeli-belah dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi
beratur Panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil
utiliti mereka di internet dengan mudah dan cepat.
Mudah dan cepat mengetahui perkembangan semasa
Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau
kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap
negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari
dalam dan luar negara.
Menceroboh Halaman W eb
Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh halaman web mana-mana Jabatan, organisasi
atau negara. Penceroboh akan dikenakan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan. Perbuatan
jenayah ini adalah bertujuan niat jahat seperti mendapatkan maklumat rahsia, mengambil wang
individu lain dan sebagainya.
W ujud budaya plagiarism (plagiat)
Plagiarism adalah perbuatan tidak sihat dalam dunia akademik. Hal ini kerana telah
mengambil hak cipta seseorang tanpa izin. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan amalan
kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan
sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
Penggodam maklumat
Kecanggihan TMK, membuka ruang kepada penggodam dan pengganas siber untuk
memusnahkan data dan mengubah system komputer. Selain itu penggodam boleh
menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan
organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
Perkara ini sangat membimbangkan, kerana boleh menjejaskan keselamatan individu, agensi
kerajaan dan swasta serta negara.