Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat

menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan

maklumat kepada penerima. Manakala teknologi komunikasi ICT pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan Mengakses maklumat.

Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf, modem dan sebagainya. Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek tele yang bermaksud sangat jauh. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu

dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja. Kaye dan medoff (2001) (dlm. Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad 2004) telah mengenal pasti lima ciri teknologi komunikasi iaitu khalayak, masa, paparan dan penyebaran, jarak dan penyimpanan. KHALAYAK Kita tidak lagi terikat dengan gaya komunikasi konvensional yang memerlukan interaksi dua hala secara bersemuka. Hari ini penggunaan Twitter, Facebook, talian bimbit, ruang chatting, emel dan perkongsian maklumat menerusi pelbagai sumber media massa telah menjadi satu

fenomena dan kewajipan. Dari orang dewasa hingga kepada anak anak disekitar umur 6 7 tahun, kebanyakkannya kini wajip mempunyai sebuah talian bimbit bagi tujuan komunikasi. Ini yang dinamakan sebagai teknologi komunikasi itu telah menular dan menjadi keutamaan dalam masyarakat hari ini. Persoalannya sekarang, bagaimana perkembangan teknologi komunikasi ini memberi sumbangan dan impak yang positif dalam pembangunan keluarga hari ini. Dewasa ini dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020 dan matlamat Gagasan 1Malaysia, maka istilah istilah satu rumah satu komputer, sebuah talian internet untuk setiap keluarga, program pemberian netbook percuma kepada pelajar tingkatan enam dan lima di setiap sekolah merupakan fenomena lazim yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat yang celik IT. Ini membuktikan bahawa kemajuan talian komunikasi hari ini perlu selari dan sejajar dengan pemikiran dan kebolehserapan masyarakat hari ini untuk menerima kemajuan aplikasi aplikasi tersebut. Usaha usaha ini dijalankan agar kita tidak tertinggal dalam capaian menikmati perubahan teknologi komunikasi terutama sekali yang melibatkan internet yang mana semakin hari semakin pantas kemajuan dan teknologi yang dialami. Ini kerana kemajuan yang dikecapi oleh media dan teknologi komunikasi mempunyai kesan dan impak positif yang sangat jelas terhadap pembangunan keluarga hari ini. MEMUDAHKAN KOMUNIKASI ANTARA KELUARGA Diantara sumbangan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga ialah memudahkan komunikasi antara keluarga. Sebagaimana kita tahu, dalam komunikasi aspek terpenting ialah perhubungan interpersonal yang dilakukan. Sehubungan itu, kekerapan berkomunikasi antara keluarga akan mengeratkan lagi pertalian yang sedia ada. Sebagaimana contoh yang kerap dipaparkan melalui iklan iklan menjelang perayaan Aidi Fitri. Iklan memaparkan walau jauh mana pun jarak seseorang anak, dengan kemudahan jaringan

telekomunikasi hari ini, jarak tidak lagi menjadi satu kekangan atau halangan dalam interaksi. Anak masih boleh berhubung dengan kedua ibu bapa atau adik beradik yang lain melalui telefon atau pun sidang video melalui perisian web. Antara web yang menyediakan kemudahan berinteraksi secara sidang video di website ialah Yahoo. Ini akan menghilangkan rasa rindu, mendekatkan jarak yang jauh dan mengeratkan talian kekeluargaan. Dengan nilai kos perkhidmatan yang murah, perisian yang senang untuk dikendalikan, teknologi komunikasi telah menjadi aspek penting dalam pembangunan keluarga hari ini terutama dari segi perhubungan. Paparan iklan itu merupakan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat. Ibu bapa dan anak saling berhubungan. Walaupun berada jauh beribu batu atas dasar pekerjaan ataupun pembelajaran, tanggung jawap diantara keduanya dan ruang untuk berinteraksi masih mampu dilakukan dalam suasana yang mudah. Ini merupakan kesan yang paling ideal dan utama dalam mengutarakan kemajuan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga dalam masyarakat hari ini. PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN BERITA Kemajuan yang dikecapi melalui perkembangan teknologi maklumat hari ini turut memudahkan perkongsian maklumat dan berita dalam usaha menambah ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran anak anak semakin mudah dalam mendapatkan maklumat tambahan selain apa yang mereka perolehi melalui pendidikan secara formal di sekolah dan institusi pengajian. PEMBERI ATAU PENYEBAR MAKLUMAT Liputan media serta jaringan telekomunikasi yang baik pada hari ini juga akan berinteraksi sebagai pemberi atau penyebar maklumat. Ini akan dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam pembangunan masyarakat. Maklumat maklumat seperti penyakit, kesan jenayah dan anasir anasirnya, boleh menjadi satu pembimbing atau peringatan kepada masyarakat. Ini

akan menghasilkan keluarga dan masyarakat yang peka kepada isu semasa dan keadaan persekitaran. SEBAGAI WADAH HIBURAN Media hari ini hasil daripada kemajuan teknologi maklumat turut menjadi satu wadah hiburan untuk seisi keluarga. Contoh paling mudah ialah pengenalan segmen Astro First yang dijalankan oleh pihak Astro iaitu penayangan filem filem terkini dipanggung wayang melalui medium televisyen. Ini membolehkan seisi keluarga menonton bersama di rumah. Dapat mengelakkan anak anak berpeleseran di panggung panggung wayang. Ruang untuk bersama ini sebenarnya boleh digunakan untuk mengeratkan lagi talian kekeluargaan sedia ada dalam usaha pembangunan keluarga yang lebih ampuh dan mampan. Ruang untuk anak dan ibu bapa untuk bersama lebih terbuka dan luas. MASA Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam Global Village dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain. Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini juga membuka peluang untuk berhubung secara terus dari bahagian - bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara - negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat. Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang berteknologi. Pada masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada perniagaan. Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat dari budaya yang berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis. Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi maklumat memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di manamana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Masyarakat juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu. Mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta

peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu Computer Programmers, System Analyzers,Hardware and Software Developersdan Web Designer. PAPARAN DAN PENYEBARAN Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting. Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada. Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk

diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa. JARAK ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang. PENYIMPANAN Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,

memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai