Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION (DIS)

JANUARI / 2020

ADSM 2103

TAJUK : MENGHURAIKAN PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN ISLAM DAN


SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL YANG BERASASKAN RIBA.

NO. MATRIKULASI : 930820106064001

NO. KAD PENGENALAN : 930820-10-6064

NO. TELEFON : 011-10508043

E-MEL : azreen_amy93@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TANJUNG MALIM

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

SISTEM PERBANKAN ISLAM DAN


2 SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL DI 3-5
MALAYSIA
PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN ISLAM
3 DAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL 6-9
DI MALAYSIA
PENDAPAT PENGHARAMAN RIBA DALAM
4 ISLAM DENGAN HUJAH, DALIL DAN 9-10
CONTOH SEMASA
CONTOH AMALAN RIBA DALAM BENTUK
MUAMALAT/KEHIDUPAN SEHARIAN
5 MSYARAKAT MALAYSIA PADA MASA KINI 10-14
SERTA PENDAPAT FUQAHA DAN DALIL
YANG RELEVAN.

6 KESIMPULAN. 15

7 RUJUKAN 15

2
1.0 PENGENALAN

Aktiviti ekonomi Islam haruslah menepati fiqh muamalat supaya urusan berkaitan harta
menjadi lebih telus, suci dan bersih serta belandaskan syariat Islam. Dalam penulisan ini
membincangkan sistem perbankan Islam dan sistem perbankan konvensional. Penulisan ini
juga banyak perbezaan sistem perbankan Islam dan sistem perbankan konvensional di
Malaysia dan secara kseluruhannya dengan melihat mengapa riba diharamkan di dalam Islam
beserta contoh dan dalil-dalil.

2.0 SISTEM PERBANKAN ISLAM DAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL

Bertentangan dengan objektif penubuhan bank-bank konvensional, objektif penubuhan bank


Islam adalah berlandaskan dua faktor utama, iaitu faktor tuntutan agama dan faktor
keuntungan. Bagi bank Islam, sejarah penubuhannya bermula apabila tertubuhnya Mit Ghamr
Local Saving Bank di Mesir pada tahun 1963 tanpa menggunakan perkataan Syariah secara
rasmi. Bank ini berasaskan model ‘German Savings Bank´ yang diubahsuai berlandaskan
konsep Islam (Clement M. Henry, Rodney Wilson, 2004). Pada tahun 1973, Islamic
Development Bank (IDB) telah ditubuhkan pada sidang Menteri-Menteri Luar OIC
(Organisation of Islamic Conference). Negara-negara anggota OIC telah menyertai IDB dan
telah membantu mengembangkan bank Islam di negara-negara anggota. IDB juga terlibat
dengan aktif dalam menggunakan dana bank untuk membangunkan masyarakat muslim
sedunia (About IDB, 2007). Antara bank-bank Islam yang mula ditubuhkan adalah Dubai
Islamic Bank pada tahun 1975 diukuti dengan Faisal Islamic Bank of Sudan pada 1977, Faisal
Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank of Jordan pada tahun 1978, Islamic Bank of Bahrain
pada 1979, The International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg pada
1980 dan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Di sesetengah negara, sistem
perbankan Islam telah menggantikan sepenuhnya sistem kewangan konvensional. Bank Negara
Sudan telah mengarahkan semua bank di negara tersebut untuk mengharamkan riba dan untuk
menukar semua cara perbankan kepada sistem yang berlandaskan Syariah pada tahun 1984.

3
Di Malaysia, konsep kewangan Syariah bukanlah sesuatu yang baru, sejak
perkembangan Islam di kepulauan nusantara pada abad ke-12, undang-undang Islam dalam
perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan. Dalam Undang-Undang Melaka,
terdapat beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan
jual-beli. Transaksi Islam juga telah digunapakai oleh masyarakat petani di Kedah, Perlis dan
Perak sebelum kedatangan penjajah. Konsep yang digunapakai dikenali sebagai Al-Bay’ Al-
Wafa iatu jualan dengan pilihan untuk membeli balik. Amalan tersebut diamalkan kerana
mereka tidak mahu terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang
diuruskan oleh institusi ceti pada waktu berkenaan. Selepas kemerdekaan, permintaan untuk
mewujudkan satu institusi kewangan yang halal telah meningkat. Pada tahun 1963, Lembaga
Tabung Haji telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia menyimpan
duit untuk menunaikan ibadah haji (Asyraf Wajdi Dusuki, 2011).

Kejayaan Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan


kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya. Gerakan ini adalah hasil
pelbagai perbincangan dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa
wujudnya keperluan menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan Syariah. Gelombang ini
turut dicetuskan di peringkat antarabangsa di mana usul untuk menubuhkan bank Islam di
negara-negara Islam telah dibincang dalam Mesyuarat Kedua Menteri-menteri Luar Negara
Islam dalam tahun 1971. Hasilnya, kabinet meluluskan penubuhan bank Islam pertama pada
tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah
Akta Perbankan Islam 1983. Kira-kira sedekad selepas itu, bank-bank konvensional
mengambil inisiatif menawarkan jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka.
Pada tahun 2003, bank-bank Islam asing mula bertapak di Malaysia memulakan operasi
perbankan Islam (Asyraf Wajdi Dusuki, 2011).

Rajah 1: Ringkasan Perkembangan Isntitusi Kewangan Islam Di Malaysia

4
Sistem bank konvensional moden pula dikatakan telah wujud kira-kira 850 tahun yang
lalu. Walaubagaimanapun penubuhan Banco della Pizza di Rialto di Venice pada tahun 1587
dianggap sebagai titik permulaan perkembangan bank moden. Di England, bank konvensional
moden dianggap tidak wujud sebelum tahun1640 dan Bank of England hanya ditubuhkan pada
tahun 1694. Istilah bank boleh didefinisikan sebagai institusi kewangan yang berteraskan riba
iaitu penerimaan deposit dengan kontrak pemberian premium atau faedah dan penyediaan
hutang atau pembiayaan dengan dikenakan faedah. Perbezaan kadar faedah di antara produk
deposit dan pembiayaan adalah keuntungan kepada bank. Bentuk keuntungan yang diperolehi
bank seperti aset cair iaitu wang (Asyraf Wajdi Dusuki, 2011).

Menurut sistem konvensional, wang boleh diklasifikasikan sebagai komoditi yang


mempunyai harga di mana pihak yang memberi pinjaman berhak mendapat pulangan prinsipal
dan premium di atas wang yang dipinjamkan. Pelbagai produk yang dikeluarkan oleh pihak
bank konvensional yang terdiri daripada gadaian, kad kredit, overdraf dan pembiayaan peribadi
untuk jangka masa yang pendek. Bagi produk jangkamasa yang panjang pula termasuklah
seperti bon, bil perbendaharaan dan saham keutamaan. Kesemua produk yang dihasilkan oleh
bank konvensional ini boleh dikatakan mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana segala produk
yang dijalankan di institusi ini berasaskan keuntungan dalam bentuk bunga atau ‘interest’ ke
atas jumlah pinjaman yang diberikan pihak bank kepada pelanggan. Jadi timbul pelbagai
persoalan yang menyelubungi minda kita sama ada elok atau tidak kita menggunakan produk
tersebut. Tidak dinafikan terdapat unsur-unsur gharar (ragu-ragu/ketidakpastian) di dalam
semua produk bank konvensional ini (Asyraf Wajdi Dusuki, 2011).

5
3.0PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN ISLAM DAN SISTEM PERBANKAN
KONVENSIONAL DI MALAYSIA

Rajah 2: Perbezaan Sistem Perbankan Islam dan Sistem Perbankan Konvensional (asas)

Rajah diatas menunjukkan menunjukkan perbezaan sistem perbankan islam dan sistem
perbankan konvensional secara asas. Sesungguhnya fiqh muamalat ialah perkaitan dalam
mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan
syariat Islam dengan limitasinya akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada
sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya, inilah
matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.

Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan


sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik
6
yang akan menyusahkan pihak yang di tindas. Supaya semua kegiatan ekonomi yang
dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah
meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang
dilarang oleh Allah s.w.t. Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia
dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan
Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan
bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka
juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga,masyarakat dan negara. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong-
menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama. Supaya harta kekayaan
yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja.
Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing
asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t. (Abdullah Alwi Hassan, 2005).

Antara produk yang berlandaskan fiqh muamalat ialah perbankan islam seperti bank
islam, tabung haji dan juga bank mualamat. Insurans seperti takaful juga ialah produk
kewangan Islam. Sistem gadaian islam juga ialah produk kewangan Islam. Sistem perbankan
Islam boleh didefinisikan sebagai suatu sistem perbankan yang prinsip perjalanan dan
amalannya berlandaskan hukum Islam atau dalam bahasa Arab disebut sebagai Syariah. Ini
bererti segala operasi yang terdapat di dalam bank sama ada urusan penyimpanan wang
mahupun urusan pembiayaan dilakukan berlandaskan hukum-hakam Syariah atau sekurang-
kurangnya tanpa melanggar larangan-larangan yang telah diterapkan oleh Allah S.W.T. melalui
hukum-hakam Syariah. Penggunaan prinsip ini juga meliputi transaksitransaksi bank yang lain
seperti urusan kiriman wang, surat-surat jaminan, surat-surat kredit dan tukaran wang asing.

Di Malaysia, konsep kewangan Syariah bukanlah sesuatu yang baru, sejak


perkembangan Islam di kepulauan nusantara pada abad ke-12, undang-undang Islam dalam
perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan. Dalam Undang-Undang Melaka,
terdapat beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan
jual-beli. Transaksi Islam juga telah digunapakai oleh masyarakat petani di Kedah, Perlis dan
Perak sebelum kedatangan penjajah. Konsep yang digunapakai dikenali sebagai Al-Bay’ Al-

7
Wafa iatu jualan dengan pilihan untuk membeli balik. Amalan tersebut diamalkan kerana
mereka tidak mahu terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang
diuruskan oleh institusi ceti pada waktu berkenaan. Selepas kemerdekaan, permintaan untuk
mewujudkan satu institusi kewangan yang halal telah meningkat. Pada tahun 1963, Lembaga
Tabung Haji telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia menyimpan
duit untuk menunaikan ibadah haji.

Kejayaan Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan


kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya. Gerakan ini adalah hasil
pelbagai perbincangan dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa
wujudnya keperluan menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan Syariah. Gelombang ini
turut dicetuskan di peringkat antarabangsa di mana usul untuk menubuhkan bank Islam di
negara-negara Islam telah dibincang dalam Mesyuarat Kedua Menteri-menteri Luar Negara
Islam dalam tahun 1971. Hasilnya, kabinet meluluskan penubuhan bank Islam pertama pada
tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah
Akta Perbankan Islam 1983. Kira-kira sedekad selepas itu, bank-bank konvensional
mengambil inisiatif menawarkan jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka.
Pada tahun 2003, bank-bank Islam asing mula bertapak di Malaysia memulakan operasi
perbankan Islam.

Bank Islam merupakan salah satu daripada sembilan bank Islam di Malaysia yang
komited menjadi pengamal awal inisiatif Pengantaraan berasaskan Nilai yang disarankan oleh
Bank Negara Malaysia. Ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan industri kewangan Islam
ke tahap pertumbuhan seterusnya dengan memperkukuhkan impak institusi perbankan Islam
dalam menjana impak yang positif dan mampan kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar
dengan berpandukan Syariah dalam menentukan dasar nilai, moral dan keutamaan.
Kesungguhan kerajaan Malaysia untuk terus membangunkan sistem perbankan Islam ini turut
dimanifestasikan melalui pelan jangka panjang sebagaimana yang direkodkan dalam Pelan
Sektor Kewangan 2011-2020 antara lainnya menggariskan bahawa landskap sistem kewangan
Malaysia pada tahun 2020 dijangkakan mampu menghasilkan dimensi aktiviti kewangan Islam
yang lebih besar dengan lebih penekanan terhadap pengurusan dana Islam di Malaysia melalui
penubuhan bank pelaburan, pengurus dana dan penyedia khidmat nasihat kekayaan Islam

8
dengan jangkauan global dan bertaraf dunia (Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), 1989).
Dalam usaha untuk meluaskan sistem kewangan Islam hingga ke peringkat antarabangsa,
prinsip dan piawaian muamalat Islam hendaklah dijaga. Sistem kewangan Islam mesti
dilaksanakan atas dasar ilmu dan kesedaran Islam dengan memenuhi tuntutan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah (Asyraf Wajdi Dusuki, 2011).

4.0RIBA DIHARAMKAN DI DALAM ISLAM

Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar sebarang
prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara oleh kesemua empat
mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua bentuk urusan perniagaan
yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah dianggap tidak sah.

Riba

Paling yang ditekankan dalam fiqh muamalat ialah berkaitan dengan riba atau faedah. Hal ini
yang selalu masyarakat keliru. Namun, ada juga perkara-perkara lain yang dilarang yang akan
dinyatakan nanti. Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh
yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan ke atas principal yang mesti dibayar oleh
peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak mempunyai
pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyonghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengkatakan:

“Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba”. Padahal Allah telah
menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah
sampai kapadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil
riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

9
(Al-Baqarah: 275).

Sesunguhnnya, riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang
menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah
salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara
jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan
tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 278-279
dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah,
mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga
melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu
bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang
demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
(Surah al-Baqarah: 278-279).

5.0CONTOH AMALAN RIBA DALAM BENTUK MUAMALAT/KEHIDUPAN


SEHARIAN MSYARAKAT MALAYSIA PADA MASA KINI

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga
yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan
peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal,
membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya (Osman Sabran, 1997).

Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil

10
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain
dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini
boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu,
memperdaya, judi dan seumpamanya dan ini juga contoh amalan riba. Sekiranya seseorang
berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia
boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap
sebagai cara yang salah dan batil.

Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara
yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya: (Wahai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).

Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya
yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai
perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis
helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-
Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2,
hlm.268).

Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.

Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat
dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai
perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang
sebarang bentuk penipuan dalam perniagaan yang juga salah satu contoh amalan riba. Menipu
ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.

Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan
tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan
iklan-iklan yang palsu.

11
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah
dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah
paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat
yang sebenar adalah sebaliknya.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan
(yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan
mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik
makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.
Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan
agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang
sempurna).

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW
bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala)
banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan
menghilangkan barakahnya.

Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada
ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah
dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.

Rasuah

Rasuah adalah contoh riba yang juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh
berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang
beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan.
Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting,
membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan
projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servisyang dijanjikan. Pendek kata
tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.

12
Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain
seperti pertolongan, bantuan, hadiah, sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh
berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk
mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah
pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT
semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan
mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.

Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia
juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat
daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW
bersabda:

Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi
rasuah dan penerima rasuah.

Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti
perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi
tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar
keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.

Memonopoli barangan (ihtikar)

Contoh amalan riba yang lain ialah perbuatan memonopoli barangan keperluan awam yang
juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula,
beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan
berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual
dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan

13
kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang
berpendapatan rendah. Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;

Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar)
maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan
keadilan.

Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan
juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual
barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (Asyraf Wajdi Dusuki, 2011).

Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan
terhadap masyarakat umum. Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang
mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat
memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk
memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya.
Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul
fattah, Fiqh al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223).

Sesungguhnya, masih ada lagi perkara-perkara larangan Islam atau fiqh muamalat yang perlu
dijauhi oleh masyarakat Islam dalam menjalankan aktiviti ekonomi. Hal ini bukan sahaja
memberi kesan kepada urusan dunia tetapi juga akhirat yang semuanya ialah keburukan
semata-mata.

6.0 KESIMPULAN
14
Sesungguhnya, Islam adalah agama yang suci, produk dan perkaitan bidang ekonomi di
dalamnya sangat baik malah menjadi ikutan golongan bukan Islam kerana kebaikannya di
dalamnya sangat luas. Malah banyak produk konvensional yang mengikut prinsip dan larangan
fiqh muamalat dalam menjalankan kegiatan ekonomi Islam.

7.0 RUJUKAN

1-Abdullah Alwi Hassan. 2005. Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn Bhd.

2-Al-Fiqh al-Islami, Qararat wa Tawsiyyat Nadwah al-Barakah,


//www.islamfeqh.com/Kshaf/List/ViewDecisionDetails.aspx?DecisionID=1633.

3-Asyraf Wajdi Dusuki, “Sistem Perbankan Islam di Malaysia Dan Pengaruhnya Dalam
Transformasi Kewangan Dunia Islam”. Makalah, Karnival Transformasi Pengurusan Islam di
Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, 30 Sep-2 Okt 2011.

4-Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). 1989. Bank Islam Penubuhan dan Operasi. Kuala
Lumpur.

5-Osman Sabran. 1997. “Pinjaman Dan Pembiayaan Tanpa Riba: Kajian Terhadap Sistem
MuÑamalat Islam di Malaysia Masa Kini”. Tesis kedoktoran, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

6-Internet: https://www.ppim.org.my/fw-fwd-sim-artikel-islamik-ka/.2019

7-Internet: https://www.ppim.org.my/fw-fwd-sim-artikel-islamik-ka/.2019 .

15

Anda mungkin juga menyukai