Anda di halaman 1dari 3

Arahan : Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek penggunaan ejaan, kata,

imbuhan dan struktur ayat.

1. Kerajaan nasihati orang ramai agar kurangkan menggunakan air, aktiviti luar,
pembakaran terbuka dan cukup minum air pada tempoh cuaca panas dan
kering.
 Orang ramai dinasihati kerajaan agar mengurangkan penggunaan air,
aktiviti luar, pembakaran terbuka dan minum air secukupnya pada
tempoh cuaca panas dan kering.

2. Adalah dimaklumkan mesyuarat ini terpaksa tertangguh pada lain-lain tarikh


disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan dan tarikh mesyuarat akan
diberitahu saya kelak.
 Dimaklumkan bahawa mensyuarat ini terpaksa ditangguhkan oleh
sebab perkara yang tidak dapat dielakkan dan tarikh mesyuarat akan
saya beritahu kelak.

3. Apa kenyataan rasmi tentang menular virus influenza A hanya boleh


Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan bagi mengelakkan masyarakat
menerima laporan yang salah.
 Apa-apa kenyataan rasmi tentang penularan virus Influenza A hanya
boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
mengelakkan masyarakat daripada menerima laporan yang salah.

4. KPM ingin dapatkan dapatan data-data perlaksanaan pakaian kasut hitam di


peringkat sekolah dan setiap sekolah perlu mengisi borang soal-selidik kajian
pelaksanaan ini sebelum atau pada 31 Januari.
 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mendapatkan dapatan
data pelaksanaan pemakaian kasut hitam pada peringkat sekolah dan
setiap sekolah perlu mengisi borang soal selidik kajian pelaksanaan ini
sebelum atau pada 31 Januari.

5. Lumba haram di jalanraya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 42(1)


Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa memperuntukan penjara maksima
lima tahun dan denda minima RM5,000 hingga RM15,000 jika didapati
bersalah.
 Berlumba haram di jalan raya ialah kesalahan di bawah Seksyen 42(1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara
maksimum lima tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM15,000
jika seseorang itu didapati bersalah.

6. Di antara cabaran-cabaran penting ialah bagaimana kita mempastikan


kelestarian kualiti hidup pada masa hadapan terjamin. Dengan perkataan lain,
kita harus mempastikan apa yang diminati oleh kita pada masa kini akan juga
dinikmati oleh generasi pada masa hadapan.
 Antara cabaran penting adalah cara kita memastikan kelestarian kualiti
kehidupan pada masa hadapan terjamin.Dengan perkataan lain, kita
harus memastikan apa-apa yang kita minati kini akan juga dinikmati
oleh generasi pada masa hadapan.

7. Paling mengecewakan majikan adalah apabila golongan mahasiswa memberi


tumpuan kejayaan dalam bidang akademik. Golongan mahasiswa harap
kejayaan itu mampu menjamin masa depan yang lebih baik. Ini tidak
seharusnya berlaku kerana universiti ialah tempat yang paling sesuai untuk
mahasiswa membina nilai kepemimpinan, keusahawanan, yakin dan mahir
keindividuan.
 Perkara yang paling mengecewakan majikan ialah golongan
mahasiswa terlalu memberikan tumpuan pada kejayaan dalam bidang
akademik. Golongan mahasiswa berharap kejayaan itu mampu
menjamin masa depan yang lebih baik. Perkara ini tidak seharusnya
berlaku kerana universiti ialah tempat yang paling sesuai untuk
mahasiswa membina nilai kepimpinan, keusahawanan, keyakinan dan
kemahiran individu.

8. Usaha memastikan anak-anak kita terus kuasai berbagai bahasa terutamanya


bahasa English, maka usaha untuk mendaulat Bahasa Melayu amat wajar
sekali dipertingkatkan.
 Dalam usaha untuk memastikan anak-anak kita terus menguasai
berbagai-bagai bahasa terutama bahasa Inggeris, maka usaha untuk
mendaulatkan bahasa Melayu amat wajar ditingkatkan.

9. Kejayaan luar biasa ini diperolehi dari hasil sokongan padu pengemar filem dan
peminat Ejen Ali yang telah beberapa kali menonton filem tersebut di pawagam
sejak dari hari pertama tayangannya. Filem Ejen Ali The Movie, menampilkan
sebagai filem animasi tempatan nombor satu di Malaysia serta berada di
kedudukan ke-tiga bagi kategori kutipan filem tertinggi sepanjangan tahun.
 Kejayaan luar biasa ini diperoleh sebagai hasil daripada sokongan padu
penggemar filem dan peminat Ejen Ali yang telah beberapa kali
menonton filem tersebut di pawagam sejak hari pertama tayangannya.
Filem Ejen Ali The Movie, tampil sebagai filem animasi tempatan
nombor satu di Malaysia serta berada pada kedudukan ketiga bagi
kategori kutipan filem tertinggi sepanjang tahun.

10. Setengah ibu bapa terlalu pentingkan kerja sehingga mengabaikan


tanggungjawab mereka pada anak-anak. Sifat keibubapaan di dalam diri
mereka semakin hari semakin hilang tanpa mereka sedari. Oleh kerana itu, kes
penderaan di kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat.
 Sesetengah ibu bapa terlalu mementingkan pekerjaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Sifat
keibubapaan dalam diri mereka semakin hari semakin hilang tanpa
disedari oleh mereka. Oleh sebab itu, kes penderaan dalam kalangan
kanak-kanak kini semakin meningkat.

Anda mungkin juga menyukai