Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Semantik merupakan salah satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna. Menurut
Ullman (1972) menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan maksud sesuatu
perkataan, sekali gus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara
maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna. Bagi konsep pragmatik
pula, bidang ini lebih menjurus kepada pemilihan kata yang sesuai untuk digunakan semasa
menyatakan sesuatu ujaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016:1229), pragmatik
mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan
sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya, bidang ini lebih bersifat praktikal,
banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenar terdapat atau akan timbul.

Peribahasa adalah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasa
merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Sapiah Haji Said (2004) pula
mendefinasikan ayat yang tersusun pendek menepati makna dan pengertian yang ingin
disampaikan sejak turun-temurun menurut Abdullah Yusof, Alias dan Mohd Ra’in (2009),
mendefinisikan peribahasa mempayat atau kelopok kata yang yang mempunyai susuan yang
tetap dan mengandungai pengertian yang tertentu. Kiasan yang digunakan berbentuk
tradisional dan tetap yang diturunkan dari generasi ke generasi

Peribahasa tercipta dari pengalaman kehidupan harian sesuatu masyarakat. Peribahasa


juga merupakan satu sindiran dan pengajaran orang terdahulu yang diturun sejak berzaman.
Ini menunjukkan orang dahulu menggunakan bahasa kiasan untuk meluahkan sesuatu
kebenaran. Masyarakat Melayu atau masyarakat Jepun yang masih memegang tradisi
ketimuran terkenal dengan kesantunannya dalam mengungkapkan sesuatu perkara. Hal ini
jelas diperlihatkan melalui pemakaian bahasa masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu
dalam komunikasi. Menurut Hasmah Haji Omar (2015) dalam peribahasa tergambar fizikal,
alam dan budaya Melayu serta minda mereka semuanya tersimpul dalam bahasa yang
ringkas, padat dan indah.

Bagi memenuhi syarat kursus BML3083 Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu
bagi sesi 2018/2019, penyelidik ditugaskan untuk membuat laporan mengenai ‘Inovasi
Pengajaran Semantik dan Pragmatik dalam Bahasa Melayu’. Tugasan ini merangkumi konsep
inovasi dan jenis-jenis inovasi, ulasan kebaikan dan kelemahan. Oleh itu, penyelidik telah
memilih tajuk daripada performa yang diberikan iaitu Peribahasa.
2.0 Konsep-konsep

2.1 Konsep Inovasi dan Jenis-jenis Inovasi

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2016:580), konsep inovasi merupakan


sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Inovasi
juga merupakan perihal atau tindakan mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. Menurut
Stopper (2006) dalam Adenan Ayob, Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa dan Aida Suraya Md
Yunus (2011), inovasi boleh didefiniskian sebagai memperkenalkan sesuatu yang baru dalam
pasaran. Manakala, Mitra (2001) dalam dalam Adenan Ayob, Kamariah Abu Bakar, Zakaria
Kasa dan Aida Suraya Md Yunus (2011), pula menyatakan bahawa inovasi merupakan
eksploitasi yang berhasil dari suatu gagasan baru. Oleh itu, inovasi merupakan antara kriteria
yang penting selain daripada ciri kreatif dalam diri seseorang. Ciri penting ini dapat membuat
penambahbaikan dalam sesuatu bahan atau teknik untuk menjadikannya lebih canggih atau
menarik.

Terdapat beberapa jenis inovasi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan,
antaranya ialah inovasi multimedia. Pada masa ini, elemen multimedia sangat digalakkan
untuk digunakan di sekolah selaras dengan Pengajaran dan Pembelajaran abad ke-21. Oleh
itu, guru perlu peka terhadap perubahan dalam pengajaran dan tidak hanya menggunakan
kaedah tradisional ketika mengajar. Antara bahan multimedia yang boleh digunakan ialah
komputer, video, audio, teks, grafik, animasi dan sebagainya. Menurut Adenan Ayob,
Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa dan Aida Suraya Md Yunus (2011), dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, komputer menjadi salah satu kompenan penting yang berfungsi
sebagai orang tengah antara guru dan pelajar. Sebagai guru, bekerjasama dengan komputer
tidak seharusnya diabaikan. Hal ini kerana, dengan menggunakan komputer setiap guru boleh
merancang pengajaran mereka dengan pelbagai kaedah lebih-lebih lagi pengajaran yang
mampu membawa keseronokan kepada murid. Sebagai contoh, pengajaran makna akan
menjadi lebih menarik dan seronok apabila guru menggunakan inovasi multimedia sebagai
set induksi ataupun Bahan Bantu Mengajar. Pengajaran makna sukar diajar oleh itu, dengan
menggunakan multimedia dalam pengajaran murid akan lebih tertarik dengan topik yang
diajar.
Inovasi yang akan penyelidik gunakan dalam pengajaran peribahasa adalah Video
Scribe. Penyelidik telah memilih Video Scribe dalam sesi PdPc bagi menerangkan isi
pelajaran dan penilaian terhadap tajuk peribahasa. Pendekatan ini akan menarik minat murid
untuk mempelajari topik peribahasa pada hari tersebut. Oleh itu, murid akan lebih
menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan
aplikasi ini lebih bersifat Pembelajaran Abad ke-21. Oleh itu, kaedah ini sangat bersesuaian
dengan peredaran masa kerana aplikasi ini lebih canggih berbanding guru menggunakan cara
tradisional dalam pengajarannya. Dengan penggunaan aplikasi ini, murid akan lebih
terangsang dan mampu untuk menarik tumpuan mereka.

Mengikut “Piramid Pembelajaran” (National Traning Laboratoris, 2002),


menunjukkan bahawa sesi pengajaran yang menggunakan multimedia akan meningkatkan
tahap ingatan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dimana sebanyak 10% pelajar akan ingat
dengan membaca, 20% dengan mendengar dan 30% dengan melihat visual. Daripada
peratusan tersebut dapat di simpulkan bahawa pembelajaran menggunakan Video Scribe yang
menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut mampu meningkatkan daya ingatan pelajar
terhadap tajuk peribahasa. Seterusnya, guru juga dapat penilai tahap penguasaan dan
kefahaman murid terhadap topik yang telah dipelajari.

2.2 Konsep Pengajaran & Pembelajaran

Menurut Adenan Ayob, Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa dan Aida Suraya Md
Yunus (2011), pengajaran merupakan proses memindahkan ilmu dari seseorang atau sesuatu
kepada individu yang lain seperti pemindahan ilmu dari seorang guru kepada murid, dari
komputer kepada murid, dari buku kepada murid dan sebagainya. Proses pengajaran
dilakukan adalah untuk mengembangkan potensi dalam diri seseorang terutamanya murid. Di
samping itu, proses pengajaran dilakukan untuk membolehkan individu mengaplikasikan
ilmu serta menyumbang kepada kemajuan agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Selain itu, mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan, memberi galakan,


membimbing, memberi dan meningkatkan kemahiran, meningkatkan keyakinan, menanam
nilai-nilai murni dan luhur terhadap pelajar yang masih belum mengetahui (Salihan Sias,
2001). Beliau turut menyatakan bahawa proses mengajar mempunyai konsep yang sangat
luas. Hal ini disebabkan proses mengajar bertujuan untuk menjadikan seseorang individu itu
terutamanya pelajar lebih bertanggungjawab dan mampu menjana fikirannya untuk terus
berjaya. Kejayaan ini akan dicapai sekiranya prroses pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan mencapai tahap pengajaran yang berkesan.

Konsep pembelajaran merupakan proses atau kegiatan pemerolehan maklumat dan


pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Proses pembelajaran berlaku sepanjang sepanjang hayat manusia dan boleh berlaku di mana-
mana sahaja. Dalam konteks pendidikan, proses pembelajaran melibatkan dua pihak iaitu
guru dan murid. Guru akan berusaha bersungguh-sungguh semasa mengajar supaya murid
dapat menguasai isi pembelajaran dan mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses
dalaman diri seseorang. Manakala ahli-ahli behavioris pula menyatakan bahawa
pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku iaitu cara seseorang bertindak dalam
sesuatu situasi.

Begitulah konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh guru kepada
murid di sekolah. Malah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu guru perlu
kreatif dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima sesuatu perubahan dalam pengajaran.
Hal ini demikian kerana melalui era globalisasi guru perlu mahir untuk mencipta pengajaran
dan pembelajaran yang akan meninggalkan kesan jangka masa panjang dalam diri murid.
Pengajaran dan pembelajaran yang bermakna akan dapat meningkatkan tahap pemahaman
murid terutamanya murid kelas lemah. Contohnya, dalam pengajaran bahasa iaitu pengajaran
makna guru menggunakan teknik ‘permainan maya’ yang merupakan Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21. Permainan tersebut akan merangsang murid untuk berfikir
sekaligus menarik minat mereka.

2.3 Konsep Peribahasa

Peribahasa adalah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu merujuk kepada
maksud berkias, berlapik dan tersirat. Definisi peribahasa adalah pelbagai. Luqman Ariffin &
Abu Khair Atan (2001) mengatakan peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan
pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala tingkah
laku manusia dan alam sekeliling. Definisi ini turut disokong oleh Mohd Tajuddin Abdul
Rahman (1984) di mana beliau mengatakan peribahasa lahir daripada pengalaman dan
pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat masa dahulu. Orang melayu dahulu
melihat alam sebagai ruang lingkup yang penting sebagai tempat kediaman dan alam
dijadikan panduan serta pengalaman untuk generasi yang kemudian. Tambahan lagi, Mereka
mencipta peribahasa dengan menggunakan perbandingan alam, benda, haiwan dan
pengalaman hidup sebagai pengalaman dan peringatan hidup yang berguna. Contohnya,
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Indirawati Zahid (2004:20) mengatakan peribahasa terbentuk daripada penyusunan


dan penggunaan bahasa yang indah. Tambahan lagi, beliau juga mengatakan bahawa
peribahsa merupakan cabang kekayaan bahasa yang dimiliki oleh semua bahasa dan
merupakan satu ungkapan di mana isinya mengandungi maksud tersirat sebagai kelancaran
dalam berkomunikasi. Pengertian ini disokong oleh Tan Ang Gaik (2007: 10), yang
mendefinisikan peribahasa sebagai satu daripada bentuk bahasa kiasaan yang mendukung
makna yang sopan dan halus serta disusun dalam ungkapan yang indah dan menarik.

Peribahasa mencerminkan kebijaksanaan dan kepintaran masyarakat dahulu yang


digunakan sebagai peringatan, nasihat dan pengajaran untuk tujuan kebaikan dan mencegah
keburukan. Aristotle mendefinisikan peribahasa sebagai bahagian daripada kebijaksanaan
dahulu kala yang menghindarkan kerosakan dan kebinasaan untuk meringkaskan keterangan
dan kepintaran (Winstedt, 1950: 2). Definisi ini turut disokong oleh Indirawati Zahid (2004:
21), yang mengatakan bahawa terdapat banyak peribahasa Melayu yang berfungsi untuk
tujuan ingat-mengingati. Asmah Haji Omar dalam Faridah Noor Mohd. Nor dan Maya
Khemlani David (2007: 22) juga mengatakan bahawa peribahasa merupakan satu cara orang
Melayu untuk memberi nasihat berkaitan perkara yang kurang baik serta mengelakkan untuk
menjatuhkan air muka seseorang. Contohnya, peribahasa melayu yang berbunyi ‘tangan
mencencang, bahu memikul’ yang bermaksud sesiapa yang memulakan sesuatu, maka dia
perlu bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang akan berlaku. Abdullah Hussain
(1975), peribahasa mula digunakan apabila manusia mula mengenal peradaban, ketika
organisasi mula diatur dan batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan untuk
menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia.

Takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Baharu (1992), peribahasa ialah
ayat atau kelompok kata (frasa/klausa) yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu. Mengikut Kamus Fajar (1984) pula,, peribahasa ialah
patah-patah kata, rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud
tertentu. Contohnya, ‘bagai kaca terhempas ke batu‘ membawa maksud terlalu sedih atau
kecewa. Setiap susunan kata adalah mempunyai maksud yang tertentu. Contoh peribahasa
tersebut tidak boleh ditukarkan susunannya kerana tidak akan membawa maksud peribahasa
tersebut.

Rentetan daripada setiap definisi-definisi yang telah diberikan oleh pelbagai ahli
bahasa di atas, peribahasa adalah merujuk kepada satu makna, iaitu peribahasa ialah salah
satu daripada warisan generasi lampau yang merupakan salah satu seni percakapan yang
popular dalam kalangan masyarakat melayu. Pemikiran masyarakat melayu disampaikan
secara tersurat dan tersirat menggunakan peribahasa yang turut menyerlakan satu gambaran
nilai sosial, moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat. Melalui peribahasa ini
turut memperlihatkan hasil interaksi mesyarakat melayu dahulu dengan persekitaran mereka
seperti benda serta alam flora dan fauna.

2.3.1 Perumpamaan
Menurut Awang Had Salleh dan Abdul Razak Abu (1990), perumpamaan
adalah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas
berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu, atau
yang membandingkan sesuatu dengan benda lain boleh diertikan sebagai
peumpamaan. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Zaitul Azma Zainon
Hamzah (2006), yang mendefinisikan perumpamaan sebagai
peribahasayang mempunyai maksud yang berlainan daripada perkataan-
perkataan yang membentuknya. Perumpamaan biasanya menggunakan
kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti.
Perumpamaan juga dkenali sebagi simile iaitu sejenis gaya bahasa
perbandingan atau peribahasa yang bersifat perbandingan dua perkara
yang sebenarnya berlainan atau perbandingan satu hal dengan sesuatu
yang lain tetapi sengaja dianggap sama (Nik Hassan Basri, 2007).
Pendapat ini turut disokong oleh Harahap (1996), yang mentakrifkan
permupamaan sebagai perbandingan dua perkara yang berbeza tetapi
dianggap sama. Terdapat dua jenis perumpamaan iaitu perumpamaan
yang menyebut perbandingan dan perumpamaan yang tidak
menggunakan kata penunjuk.

Jenis perumpamaan
1. Perumpamaan yang menyebut perbandingan
Perumpamaan jenis ini biasanya menggunakan perkataan-perkataan
tertentu sebagai perkataan bak, seperti, bagai, iarat, umpama, laksana
dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh perumpamaan yang
menyebut perbandingan berserta maksudnya :
a) Bagai kucing dengan panggan
Maksudnya : Orang lelaki dan perempuan jangan dibiarkan bergaul
kelak sembang lakuanya.

b) Seperti gergaji dua mata


Maksudnya : Orang yang mendapat faedah daripada dua pihak yang
bergaduh dengan berpura-pura baik dengan kedua-duanya.

c) Seperti kacang lupakan kulit


Maksudnya : Orang yang melupakan asal-usulnya atau melupakan
orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

d) Umpama kayu lampung, belum ditolak tumbang sendiri


Maksudnya : Orang yang bodoh lagi penakut memang mudah
digertak dan menurut apa-apa yang diperintahkan.

2. Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk.


Perumpamaan jenis ini tidak menggunakan perkataan tertentu. Oleh yang demikian, ia sukar
ditentukan bahawa ia tergolong dalam peribahasa perumpamaan, pepatah atau bidalan.
Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan
pelbagai perkara seperti tentang persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya.

2.1 Tentang hubungan persaudaraan, persahabatan dan kasih


a) Bersaksi ke lutut
Maksudnya : Mengambil adik-beradik, saudara-mara atau sahabat handai untuk
menjadi saksi.
b) Potong hidung rosak muka
Maksudnya : Kerana merosakkan nama baik kaum keluarga, kita sendiri turut
mendapat malu

2.2 Tentang perantauan, pekerjaan, kerja yang berfaedah atau sia-sia


a) Baru hendal bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya
Maksudnya : Bar mendapat keuntungan sudah hendak berbelanja besar, akhirnya
akan habislah modal
b) Ikan biar dapat, serampang jangan pokah
Maksudnya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah sampai dapat
faedahnya.

2.3 Tentang kekerasan hati dan kedegilan


a) Dianjak lalu dianggur mati
Maksudnya : Orang yang telah menetapkan katanya dan tidak hendak
mengubahnya lagi.
b) Dibakar tak hangus
Maksudnya : Orang yang sangat degil susah hendak diperbaiki

2.4 Tentang kesusahan yang dialami


a) Minum rasa duri makan serasa lilin, tidur tak lena mandi tak basah
Maksudnya : Perihal keadaan seseorang yang sangat susah hati
b) Disangka langit rendah, di pandang dekat dicapai tak dapat
Maksudnya : Janganlah memikirkan sesuatu itu mudah belaka, cuba sendiri
barulah tahu.

2.3.2 Bidalan dan Pepatah Dalam Semantik

Bidalan dan pepatah ialah peribahasa yang terdiri daripada ungkapan yang ringkas lagi
bijaksana yang mempunyai makna selapis. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kedua-dua
jenis peribahasa itu dipakai juag untuk menyatakan makna dua lapis.

Makna selapis yang dimaksudkan itu ialah apa sahaja yang dikatakan oleh ungkapan-
ungkapan dalam bidalan dan pepatah itu, maka itulah maksudnya. Oleh sebab itu, bidalan dan
pepatah agak susah dan agak sukar untuk difahami maknanya, lebih-lebih lagi kerana
ungkapan ini amat ringkas dan padat kata-katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan antara bidalan dengan pepatah.


Bidalan lebih kerap digunakan dan di dalam bidalan itu terdapat perbandingan dan teladan
tertentu, manakala pepatah pula ringkas dan padat. Susunan perkataan atau ungkapan yang
terdapat pada pepatah lebih menunjukkan kebijaksanna. Pepatah member pengajaran yang
benar.

Walaupun terdapat perbezaan antara pepatah , namun, kedua-duanya tetap


menunjukkan keunggulan pemikiran, baik yang terdapat pada bentuk dkedua-duanya itu,
mahupun yang terdapat pada makna atau maksud yang hendak disampaikan. Baik bidalan
mahupun pepatah tetap dapat menyentuh citarasa fikiran kita apabila digunakan dalam
suasana yang tepat.
Di antara bidalan dan pepatah yang mempunyai makna selapis adalah seerti berikut:

a. Anak emas.
b. Biar lambat asal selamat.
c. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
d. Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.

Bidalan dan pepatah yang mempunyai makna dua lapis, ungakapnnya atau patah
perkataannya yang disusun bukan sekadar satu ayat atau ayat-ayat yang lengkap tetapi ianya
boleh juga wujud dalam bentuk serangkap pantun dua kerat. Hal ini dapat dijelaskan dengan
contoh berikut:

a. Bergalah hilir tertwa buaya,


Bersuluh dibulan terang tertawa harimau.
b. Lain biduk lain digalang,
Lain bengkak lain menahan.
c. Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.
d. Ikut hokum menyiat daging,
Sakit di awak sakitlah di orang.

Selain itu terdapat juga bidalan dan pepatah yang mempunyai tiga baris atau empat
baris. Bentuk yang sebegini kadang-kadang menjadikannya seprti pantun, walaupun cirri-ciri
pantun tidak terdapat padanya. Contoh-contoh bidalan dan pepatah yang seumpama itu
adalah:

a. Sayang emak saying sahaja,


Sayang bapa menambah harta,
Sayang saudara sama ada.
b. Lain padang lain belalang,
Lain lubuk lain ikannya,
Lain negeri lain adatnya.

Daripada contoh yang telah dinyatakan, dapatlah dipastikan bahawa bidalan dan pepatah
mempunyai makna selapis atau dua lapis dan lebih. Melalui pembacaan saya dapat
mengemukakan contoh bagi makna tersebut. Antaranya adalah:

a. Makna selapis: Belum duduk sudah terlunjur


Ertinya adalah belum memperoleh sesuatu dihajati tetapi sudah berasa gembira.
b. Makna dua lapis: Dimana bumi dipijak,
Disitu langit dijunjung.
Ertinya, walaupun dimana kita berada kita mesti mematuhi adat dan peraturan tempat yang
kita kunjungi.

Dalam contoh bidalan atau pepatah di atas yang mempunyai makna selapis, kita dapat
melihat maksud bidalan atau pepatah tersebut digambarkan oleh ungkapan-ungkapan yang
membina bidalan atau pepatah tersebut. Perkataan belum dan sudah yang digunakan
menunjukkan perbualan antara dua pihak. Manakala makna dua lapis pula, Dimana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung member erti bahawa sikap saling hormat sesame manusia.
Perkataan dipijak dan dijunjung menggambarkan juga kepada tentang kelakuan, perbuatan.

Bidalan dan pepatah adalah peribahasa yang banyak menggunakan makna selapis
berbanding makna dua lapis. Hal ini kerana maksud setiap yang terkandung di dalamnya
merupakan maksud sebenar. Peribahasa makna dua lapis, kebanyakannya terkandung dalam
perumpamaan dan juga simpulan bahasa. Hal ini kerana maksud yang mendukung ayat
tersebut mempunyai makna yang berbeza dan mempunyai maksud lain daripada perkataan
sebenar.

Walaubagaimana pun pembahagian peribahasa masih lagi kabur namun kebanyakan


ianya terbahagi kepada empat termasuklah simpulan bahasa, perumpaamaan, pepatah dan
bidalan. Tetapi, kesemuanya membawa makna dan menyampaikan mesej yang baik kepada
semua lapisan masyarakat. Mesej yang disampaikan, bertujuan untuk mendidik, disamping
menyelitkan nilai-nilai moral.

2.3.3 Pepatah

Pepatapah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa. Pepatah dapat dilihat seakan-akan
sama dengan bidalan. Sungguhpun demikian, pepatah mempunyai sifat rangkaian kata yang
berkerat0kerat atau berpatah-patah tetapi memngandungi unsure pengajaran. Setiap rangkai
kata terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah seseorang
itu membuat perbilangan. Pepatah ini juga dapat dikaitkan dngan undang-undang, adat
istiadat atau peraturan masyarakat.

Pepatah yang terdapat dalam sesubah masyarakat bukan hanya member gambarkan
berkaitan sifat dan nilai anggota masyarakat malah ianya juga merupakan sumber pendidikan,
iaitu untuk menjadikan mereka ahli masyarakat yang berhemah tinggi.
Makna yang tersirat dalam pepatah ini biasanya dihayati oleh anggota masyarakat.
Terdapat banyak pepatah yang memberikan makna yang boleh membentuk peribadi manusia.
Tunjangan yang bermula daripada masyarakat yang mungkin kecil kelompoknya akan menjdi
aspirasi kepada satu bangsa dan satu Negara. Ada pepatah yang dapat membentuk masyarakat
menjadi orag yang bijaksana. Terdapat juga membentuk masyarakat yang penyayang dan
sebagainya.

Penggunaan pepatah dalam pengajaran Bahasa Melayu

Dalam konteks pendidikan, pepatah merupakan aspek Bahasa Melayu yang indah. Menurut
Koh Boh Boon, pengajaran pepatah di sekolah menengah cenderung berpusatkan guru sahaja,
iaitu dengan guru membrikan penjelasan tentang maksud pepatah yang hendak diajarkan dan
para pelajar hanya terlibat secara pasif cebagai penerima maklumat. Keadaan ini
menunjukkan pelajar tidak terlibat aktif dalam pembelajaran untuk berfikir secara kreatif dan
kritis untuk mengenalpasti maksud sesuatu pepatah itu disampaikan melalui analogy yang
digunakan untuk menilai sejauh mana tepat atau kesesuaian pepatah dalam konteks
penggunaanya.

Satu kesan yang sangat buruk adalah pelajar tidak memahami dan menghayati erti
pepatah dan mereka berkecenderungan untuk menghafal maksud pepatah tersebut. Rentetean
daripada sikap ini, lama-kelamaan membuatkan para pelajar beranggapan bahawa pepatah
Melayu sebagai satu aspek Bhasa Melayu yang tidak bermakna ataupun “mati”. Oleh hal
yang demikin, sebagai seorang pendidik mereka perlu memikirkan cara yang berkesan untuk
mengakis pemikiran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu. Para guru juga perlu memahami
sifat istimewa pepatah Mlelayu seandainya ingin mengajar pelajar untuk menjamin
keberkesanan pengajaran tersebut. Sebagai seorang berbangsa melayu, kita perlu menghayati
dan mengagumi akan pepatah Melayu sebagai warisan kebudayaan Melayu.

Contoh pepatah termasuklah:

1. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.


Maksud: Susah memilih kerana kedua-duanya adalah penting.
2. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah
Maksud: Orang berpangkat berselisih, rakyat yang merana.
3. Harapkan pagar, pagar makan padi
Maksud: Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
4. Sehari selambar benang, lama-lama jadi kain
Mkasud: Sedikit demi sedikit usaha, akhirnya akan berhasil juga.
5. Biar putih tulang, jangan putih mata
Maksud: Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu
6. Genggam bara api, biar sampai jadi abu
Maksud: bersabar melakukan kerja yang susah sehingga Berjaya.
7. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Maksud: Buang yang jahat, ambil yang baik.

Berdasarkan contoh yang telah disenaraikan, kita dapat melihat bahawa orang-orang dahulu
bukan hanya sekadar prihatin terhadap alam seskeliling tetapi juga bijak berfikir dengan cepat
dan boleh membuat perbandingan sekali gus member takrifannya. Tegasnya kita dapat
melihat sesuatu yang amat unik, menarik dan istimewa sekali dalam pepatah yang diberikan
dalam hubungannya dengan kehidupan masyarakat Melayu baik yang silam mahupun yang
ada masa sekarang. Sebagai pewaris anak bangsa, kita seharusnya menjaga warisan Melayu
yang diamanhakan ini agar tidak hilang ditelan zaman.

3.0 Aplikasi Video Scribe

3.1 Konsep

Dalam wikipedia disebutkan bahwa:

VideoScribe is software for creating whiteboard animations automatically. It was launched in


2012 by UK company Sparkol. By October 2013 it had more than 100,000 users. 1
Videoscribe adalah software yang bisa kita gunakan dalam membuat design animasi berlatar
putih dengan sangat mudah. Software ini dikembangkan pada tahun 2012 oleh sparkol ( Salah
satu perusahaan yang ada di Inggris ). Dan tepat setahun setelah dirilis dan dipublikasikan,
software ini sudah mempunyai pengguna sebesar 100.000 orang lebih.

Dalam Tirtamedia (2017) dinyatakan, “Videoscribe is a unique way to create engaging


animated videos quickly and easily. You are empowered to bring impact to your message
without technical or design knowledge”. Media ini merupakan media komunikasi yang
dibuat si pengirim kepada si penerima tanda melalui simbol-simbol yang ada di
whiteboard animation. Dengan adanya simbol-simbol berupa: kata-kata, kalimat disertai
gambar dan audiovisual akan membantu si penerima tanda dengan mudah memahami apa
yang hendak dipesankan oleh si pengirim.

3.2 Kelebihan
Kelebihan Video Sribe yang pertama adalah dapat menarik minat pelajar dalam
pembelajaran. Hal ini demikian kerana aplikasi ini menyediakan bahan pengajaran. Pelajar
dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung kerana aplikasi powtoon memaparkan bahan pengajaran disamping ia
mempunyai pelbagai jenis animasi yang bergerak-gerak semasa guru memaparkan bahan
pengajaran di dalam bilik darjah tersebut. Paparan Video Scribe ini adalah dalam bentuk
video. Paparan dalam bentuk video ini sememangnya dapat menarik minat pelajar untuk
belajar di dalam bilik darjah.

Mengikut “Piramid Pembelajaran” (National Traning Laboratoris, 2002),


menunjukkan bahawa sesi pengajaran yang menggunakan multimedia akan meningkatkan
tahap ingatan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dimana sebanyak 10% pelajar akan ingat
dengan membaca, 20% dengan mendengar dan 30% dengan melihat visual. Daripada
peratusan tersebut dapat di simpulkan bahawa pembelajaran menggunakan Video Scribe yang
menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut mampu meningkatkan daya ingatan pelajar
terhadap tajuk peribahasa. Seterusnya, guru juga dapat penilai tahap penguasaan dan
kefahaman murid terhadap topik yang telah dipelajari.

Selain itu, aplikasi Video Scribe juga dapat membawa keseronokan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana di samping Video Scribe dapat
memaparkan bahan pengajaran ia juga dapat memaparkan unsur animasi kartun orang yang
bergerak-gerak. Ini dapat menjadikan proses pengajaran di dalam bilik darjah lebih seronok
dengan adanya unsur animasi sebegini. Pembelajaran sebegini sememangnya dapat
mewujudkan keseronakan pelajar dalam belajar.

Seterusnya, kelebihan penggunaan Video Scribe juga adalah lebih bervariasi. Ini dapat
dilihat dengan adanya pelbagai jenis unsur animasi yang terdapat dalam aplikasi tersebut.
Guru dapat memilih animasi yang berlainan dalam menghasilkan bahan pengajaran yang
akan digunakan di dalam bilik darjah. Penggunaan Video Scribe dalam menghasilkan bahan
pengajaran dapat menjadikan sesebuah pengajaran itu lebih bervariasi kerana terdapatnya
pelbagai teknik dan unsur animasi dalam menghasilkan bahan pengajaran tersebut. Ini juga
dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

3.3 Kelemahan
Walau bagaimanapun, aplikasi Video Scribe juga mempunyai kekurangannya. Hal ini kerana
aplikasi Video Scribe bergantung kepada sambungan rangkaian internet. Penggunaan
aplikasi Video Scribe memerlukan penggunaan rangkaian internet kerana aplikasi ini
dilakukan secara atas talian. Guru perlulah memastikan semasa menggunakan aplikasi ini,
rangkaian internet perlulah sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya guru dapat
menghasilkan bahan pengajaran tanpa sebarang masalah.

Selain itu, aplikasi Video Scribe amat memerlukan kemahiran asas untuk
menggunakannya. Jika seseorang guru tidak mempunyai kemahiran asas, sudah tentu akan
mendatangkan sedikit kesukaran dalam menghasilkan bahan pengajaran menggunakan
aplikasi ini. Guru juga memerlukan lebih masa untuk menyiapkan video sekiranya tidak
mempunyai kemahiran. Oleh itu, guru yang ingin menggunakan aplikasi ini mestilah
mempunyai kemahiran asas untuk menggunakan aplikasi Video Scribe ini.

Seterusnya, dalam Video Scribe terdapat sesetengah ikon-ikon untuk aksesori yang
masih banyak yang berkunci. Hal ini demikian kerana Video Scribe mempunyai tiga pilihan
pengguna iaitu percuma, profesional dan institusi. Aplikasi ini yang biasanya digunakan oleh
kebanyakan guru adalah aplikasi Video Scribe yang percuma iaitu hanya dibenarkan
menggunakannya selama 7 hari sahaja. Jadi, sesetengah animasi dalam Powtoon masih lagi
locked. Justeru, kekangan ini menyebabkan guru hanya menggunakan sesetengah ikon-ikon
yang terdapat dalam Powtoon dalam menghasilkan bahan pengajaran.

Berikut merupakan kekurangan yang terdapat dalam aplikasi tersebut.


Walaubagaimana pun, kekurangan bagi pihak sekolah juga tedapat sekiranya ingin
menggunakan aplikasi ini. Kekurangan ini lebih befokus kepada sekolah pedalaman atau
sekolah yang kurang kemudahan seperti projector, slide dan speaker. Sekiranya, guru ingin
menggunakan aplikasi ini, guru perlu memastikan kmudahan yang perlu digunakan itu ada.
Di sekolah pedalaman juga kurang jaringan internet. Hal tersebut juga telah membuatkan
penggunakan aplikasi ini terbatas. Oleh itu, guru pelu menyediakan dan muat turun sebelum
memulakan kelas.

4.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai