Anda di halaman 1dari 33

PENGENALAN

Pentadbiran dapat ditakrifkan sebagai perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan,

dan pemerintahan. Aktiviti bagi menyelia dan menguruskan sesuatu perkara mahupun kawasan

memerlukan sebuah tempat yang tetap dan memenuhi keperluan politik, sosial dan ekonomi.

Sebuah negara yang ingin mencapai kemajuan dan pembangunan sudah pasti memiliki sebuah

sistem pentadbiran yang sistematik. Sebelum sesuatu kawasan dipilih untuk dijadikan pusat

pentadbiran, terdapat sejarah yang panjang berkenaan dengan tempat yang dipilih sebelum

dibangunkan secara pesat. Kawasan yang menepati ciri-ciri pembangunan terbaik, wajar

dipertimbangkan oleh pihak yang berkaitan bagi melicinkan pentadbiran daerah, negeri mahupun

negara.

Sebuah negara yang berdaulat sudah pasti mempunyai sebuah pusat pentadbiran yang

strategik dan cukup untuk memuatkan aspek-aspek penting dalam kawasannya bagi menjamin

kelancaran pentadbiran dan pemerintahan. Putrajaya merupakan suatu contoh terbaik sebagai

sebuah pusat pentadbiran yang sistematik dan bertumpu. Putrajaya dibincangkan kerana

pembangunannya dibina sendiri oleh anak tempatan. Antara perkara yang akan dibincangkan

ialah latar belakang Putrajaya, perkembangan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran dari tahun

1995 hingga 2020 dan perkembangan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran daripada aspek sosial.

Putrajaya yang bermula dari sebuah ladang pertanian mula berubah wajah seawal tahun 90-an

bagi di bawah rancangan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) yang turut kawasan sekitar

seperti Cyberjaya. Oleh itu satu kajian dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai

perkembangan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran dari tahun 1995 hingga 2020.
1.0 LATAR BELAKANG PUTRAJAYA

Nama Putrajaya diinspirasikan daripada nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama

iaitu negarawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj. Perkataan “Putra” bererti putera atau anak

lelaki dalam bahasa Sanskrit manakala perkataan “jaya” pula membawa erti kemenangan atau

kejayaan. Perkataan Putrajaya dapat difahami secara simbolik dengan membawa maksud

kejayaan anak lelaki. Hal ini dapat dikuatkan lagi apabila Putrajaya dibina serta dibangunkan

oleh anak tempatan sepenuhnya. Putrajaya merupakan sebuah pusat pentadbiran yang bercorak

bandar pintar dan futuristik dalam memacu kemajuan Malaysia dan mula dirancang sejak awal

1993.

Menjelang akhir abad ke-20, Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia pada

ketika itu mula menjadi sesak dan padat seiring pertambahan kenderaan. Hal ini seterusnya

membawa kepada pencetusan idea sebuah pembinaan kawasan baharu yang lebih sistematik bagi

menggantikan fungsi Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat pentadbiran. Kerajaan Persekutuan

ketika itu telah pun mempertimbangkan dua kawasan bagi dijadikan pusat pentadbiran

persekutuan yang baharu iaitu Bukit Tinggi di Pahang dan Prang Besar di Selangor. 1 Pada masa

yang sama iaitu pada tahun 1995, projek Koridor Multimedia Malaysia sedang giat dijalankan

bagi membawa Malaysia ke arah pembangunan digital. Setelah tinjauan dilakukan Prang Besar

telah dipilih kerana kedudukannya yang strategik kerana terletak diantara Kuala Lumpur dan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).2

Seawal 2 Jun 1993, kawasan yang terlibat dalam pembangunan Putrajaya seperti

tapak asal Prang Besar telah giat menjalankan usaha pembersihan kawasan dan melibatkan

beberapa buah sungai utama yang berada di situ seperti sungai Limau Manis, sungai Chuau dan
sungai Bisa. Pada awal tahun 1994, 5 buah konsep perancangan dan pembangunan telah

dicadangkan oleh perunding-perunding tempatan bagi pembinaan Putrajaya. Namun begitu,

hanya satu konsep telah dipilih iaitu konsep bandar raya dalam taman. Setelah dijalankan

penelitian dan penambahan kepada konsep asal. Pelan Induk Putrajaya (Putrajaya Masterplan)

telah diluluskan oleh kerajaan.

Pada 20 Julai 1995, sebuah upacara telah dilangsungkan bagi menandatangani perjanjian

mengenai penubuhan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kemudian Upacara

Pelancaran Pembangunan Putrajaya dan Mercu Tanda telah berlangsung pada 29 Ogos 1995 di

Taman Putra Perdana. Taman Putra Perdana telah menjadi sebuah simbol ikonik kerana

membuktikan bahawa sebuah tanah yang dahulunya sebuah estet yang dikenali sebagai Prang

Besar akan berubah kepada sebuah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Taman ini

berkeluasan 154 ekar dan terletak di Lingkaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Presint 1.

Putrajaya bermula daripada sebuah kawasan yang berada di dalam negeri Selangor iaitu

Prang Besar. Prang besar merupakan sebuah kawasan yang diserahkan kepada tentera oleh pihak

British sebagai tanda penghargaan ketika berlaku Perang Dunia Pertama. Kawasan Prang Besar

merupakan kawasan ladang pertanian ataupun estet kelapa sawit. Pada awalnya, kerajaan

Persekutuan telah mengemukakan konsep bandar dalam taman atau bandar pintar yang

membawa imej Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran yang sistematik dan teratur serta

menjamin kelestarian sosial. Putrajaya mempunyai keluasan sebanyak 49 km² dan dibahagikan

kepada beberapa Wilayah kecil yang dikenali sebagai presint. 3 Terdapat sebanyak 20 presint

secara keseluruhan di Putrajaya yang mana setiap satu daripadanya mempunyai peranan
tersendiri dalam menjalankan fungsinya bagi menjadikan Putrajaya sebuah pusat pentadbiran

yang mencakupi aspek sosioekonomi, pentadbiran sistematik dan pembangunan ketamadunan

moden.

Pembinaan Putrajaya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr.

Mahathir Mohamad . Beliau menjangkakan Putrajaya akan dibangunkan sebagai sebuah bandar

termoden di dunia yang mempamerkan keindahan seni bina , landskap dan suasana di

persekitarannya. Sebagai sebuah pusat pentadbiran dan lambang kepada aspirasi Malaysia,

pembinaan Putrajaya berpaksikan kepada 3 unsur utama iaitu hubungan manusia dengan Sang

Pencipta , alam semula jadi dan sesama manusia.

Pada awalnya, Putrajaya telah mendapat cadangan reka bentuk pembinaan daripada

pelbagai konsep dan unsur tersendiri. Antara konsep perbandaran yang dikemukakan ialah

bandar dalam Taman, Bandar Linear, Konsep Bulan Sabit, Sub-Urban dan konsep dibina dengan

alam semula jadi. Cadangan Konsep Bandar dalam Taman telah dipilih kerana lebih menepati

sebagai sebuah bandar baharu yang lebih moden dan terancang.


(5 Konsep awal perancnagan Putrajaya)

Kerja-kerja pembinaan Putrajaya telah bermula seawal bulan Ogos 1995 dan dijangka

siap dalam dua fasa. Fasa pertama pada minggu pertama bulan Jun 1999 iaitu selama hampir 5

tahun. Manakala fasa 2 siap pada tahun 2010. Putrajaya terdiri daripada 400 hektar Tasik buatan

manusia dan 197 hektar untuk kawasan Wetland yang berperanan sebagai kawasan takungan air

utama di Putrajaya. Putrajaya turut memperkenalkan ciri tersendiri dengan menghasilkan

kawasan pinggir air dengan panjang mencapai 38km yang mengelilingi Pulau buatan utama di

Putrajaya seperti Presint 1.

Perbadanan Putrajaya (PPJ) telah ditubuhkan di bawah Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta

536) pada1 Mac 1996 bagi mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Fungsi

pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan diamanahkan kepada PPJ. PPJ

berperanan penting dalam menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar moden dan berprofil

tinggi dengan misinya “Menerajui Perancangan Pembangunan dan Perkhidmatan Perbadanan

untuk Kesejahteraan Putrajaya melalui tadbir urus cekap dan berkesan”. PPJ juga mempunyai

visi yang cukup jelas dalam menjadikan Putrajaya sebagai sebuah kawasan yang selamat serta

menyokong nilai-nilai utama falsafah pembinaannya melalui visi “Ke arah Putrajaya Mampan
2020”. Pada masa yang sama, Putrajaya telah mencatatkan bilangan penduduk yang tinggi iaitu

seramai 0.1 Juta dengan wajaran 2, 418 orang per satu kilometer setakat tahun 2022. 4

Pada masa yang sama sebuah badan yang berasingan telah dibangunkan bagi

melaksanakan segala kerja-kerja dan projek pembinaan yang berkaitan dengan pembangunan

Putrajaya. Badan tersendiri utama ialah Putrajaya Holdings (PJH ). PJH telah diperbadankan

pada 19 Oktober 1995 dengan misinya untuk mereka dan membangunkan secara komprehensif

pelan strategik 20 tahun, Pelan Utama Putrajaya (Putrajaya Masterplan). PJH merupakan sebuah

syarikat subsidiari KLCC Holdings Sdn. Bhd. Sehingga hari ini sebanyak 20 projek

Pembangunan di Putrajaya merangkumi bangunan pejabat, pusat komersial dan perumahan telah

dikelola oleh pihak Putrajaya Holdings.


2.0 PERKEMBANGAN PUTRAJAYA SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN BAGI

PERSEKUTUAN MALAYSIA DARI TAHUN 1995 HINGGA 2020.

Pembangunan Putrajaya telah bermula sejak tahun 1995 dengan bermulanya

diperbadankan Putrajaya Holdings dan Perbadanan Putrajaya sebagai dua badan dan organisasi

utama yang bertanggungjawab dalam membina dan membangunkan segala infrastruktur bagi

melengkapkan Putrajaya sebagai sebuah bandar moden berteknologi di samping mengekalkan

konsepnya sebagai sebuah bandar pintar dalam taman yang menerapkan unsur-unsur utama

falsafah pembinaannya. Putrajaya merupakan sebuah bandar yang tidak menekankan pembinaan

bangunan-bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Sebaliknya, pembinaan Putrajaya

ditampilkan dengan nilai-nilai estetika dan minimalis, sesuai dengan matlamat asal

penubuhannya sebagai sebuah pusat pentadbiran yang lebih terancang dan teratur. Pelbagai jenis

binaan telah dibina merangkumi kompleks-kompleks utama kerajaan, Perdana Putra iaitu pusat

pentadbiran persekutuan dan pejabat Perdana Menteri, Masjid Putra bagi memenuhi unsur

hubungan manusia dengan Pencipta serta pelbagai lagi tempat-tempat penting yang berperanan

dalam menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar pentadbiran yang komprehensif dan berdaya

saing.

Kawasan Perang Besar dahulunya sebuah estet yang berada di bawah daerah Sepang di

dalam negeri Selangor . Satu perjanjian berhubung dengan penubuhan pengambilalihan kawasan

tersebut untuk dijadikan sebuah persekutuan telah ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda

Yang Di-pertuan Agong pada ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan pemerintah

Selangor iaitu pemangku Sultan Selangor, Raja Idris Shah. 5 Perjanjian itu memperuntukkan
bahawasanya dengan penyerahan Putrajaya kepada kerajaan persekutuan , kerajaan persekutuan

memberi sejumlah RM200 Juta dan RM7.5 juta pada setiap tahun kepada kerajaan Negeri

Selangor selama-lamanya.

Kerja-kerja pembinaan giat dijalankan sehingga selesai fasa pertama pada tahun 1999.

Fasa pertama pembinaan Putrajaya pada tahun 1996 ialah Pembinaan Kompleks Jabatan Perdana

Menteri (Perdana Putra), Dataran Putra, dan Masjid Putra. Perdana Putra mempunyai enam blok

bangunan yang terdiri daripada Blok Utama dan diapit oleh East Wing (Sayap Kanan) dan West

Wing (Sayap Kiri). Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah telah dijadikan inspirasi kepada

pembinaan sebuah kubah di atas blok utama Pejabat Perdana Menteri. 6 East Wing menempatkan

pejabat-pejabat khas Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri, Setiausaha

Parlimen Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Lembaga Penasihat. Manakala, Ketua Setiausaha

Negara, Bahagian Kabinet dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan diletakkan di West Wing. 7

Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada

tahun 2000 mengumumkan bahawa Putrajaya akan dijadikan sebuah Wilayah Persekutuan dan

mesyuarat Kabinet telah bersetuju dengan cadangan itu pada 18 Oktober 2000. 8 Pada 1 Februari

2001, Putrajaya telah pun diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ke-3 selepas Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Putrajaya dapat dibahagikan kepada 20 presint. Daripada jumlah tersebut terdapat lima

kategori yang utama iaitu Presint Kerajaan (1030.2 ekar), Presint Awam dan Kebudayaan (358.6
ekar), Presint Komersial (257.7 ekar), Presint Pembangunan Campuran (314.5 ekar) dan Presint

Sukan dan Reksreasi (678.1 ekar).9

Menurut orang sumber, Encik Fariz Rezza Ahmad Subki , beliau mengatakan Putrajaya

merupakan sebuah bandar yang cukup strategik dari segi perancangan jalan, infrastruktur dan

banggunan. Beliau turut mengatakan presint 2 dan 3 menempatkan banggunan-banggunan

kerajaan yang berpusat. Presint 7,8,9 dan ke atas menempatkan banyak rumah-rumah kediaman

manakala di Presint 15 ditempatkan pejabat-pejabat kedutaan asing. 10

Menurut beliau juga, Putrajaya boleh dikatakan 90% siap seawal tahun 2012 dan telah

mula didiami dan menjalankan fungsinya. Baru-baru ini, sekitar tahun 2020 pelbagai aktiviti

pembangunan yang berfokus kepada pembinaan kediaman mula mendapat perhatian namun

tidaklah dijalankan dalam skala yang besar.

2.1 MASJID PUTRA

Masjid Putra merupakan satu bentuk manifestasi terhadap salah satu unsur utama

pembinaan Putrajaya iaitu hubungan manusia dengan Sang Pencipta. Masjid Putra terletak di

Presint 1. Lebih tepat berdekatan Bulatan Dataran Putra dan bersebelahann dengan banggunan

Perdana Putra. Masjid ini selesai dibina pada 1999. 11 Masjid Putra dapat memuatkan seramai

10,000 jemaah dalam satu-satu masa di dalam komplekas masjid. Masjid ini turut menyediakan

kawasa lapang yang berturap sahan bagi memuatkan 5,000 lagi jemaah sebagai ruang tambahan.

Pembinaan masjid ini sangat memainkan peranan penting kepada Putrajaya sebagai pusat

pentadbiran. Masjid Putra telah berperanan sebagai sebuah hab hentian untuk penjawat awam

yang bekerja di Putrajaya untuk beribadah terutamanya bagi muslim lelaki yang perlu
menunaikan kefardhuan pada setiap hari Jumaat. Masjid Putra telah menjadi sebuah syiar bagi

agama Islam yang merupakan agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia.

Seni bina masjid Putra mempamerkan ciri-ciri seni bina Islam Parsi pada zaman Safavid

yang dipengaruhi oleh Islam-Arab dan Parsi. Masjid Putra turut menjadikan masjid-masjid

masyhur di seluruh dunia seperti Masjid Raja Hassan di Maghribi dan Masjid Sheikh Omar di

Baghdad sebagai rujukan dalam mempersembahkan hiasan dalaman masjid yang indah dan

cantik.12

2.2 ISTANA KEHAKIMAN (PALACE OF JUSTICE)

Bagi memenuhi matlamat utama Putrajaya sebagai sebuah bandar pentadbiran, telah

dibina sebuah banggunan yang berfungsi sebagai kompleks mahkamah di Presint 3. Banggunan

utama Istana Kehakiman mempunyai 5 tingkat dan terdapat 2 tingkat yang bersambungan di

sebelah kiri dan kanan banggunan utama, membentuk sayap kiri dan kanan. Istana Kehakiman

telah rasmi dibuka pada tahun 2004. 13 Seni binanya mempamerkan ciri-ciri seni bina Islam

dengan pengaruh Maghribi. Binaan Istana Kehakiman turut mengambil inspirasi budaya Islam

klasik daripada Taj Mahal di India dari segi landskap, Banggunan Sultan Abdul Samad dengan

budaya Moor dan juga Palladian yang mewakili pengaruh klasik Barat.

Pembinaan Istana Kehakiman turut mengambil kira seni reka bentuk banggunan yang

berdekatan seperti banggunan Perdana Putra dan banggunan-banggunan di sekitar Presint 3,

Putrajaya.14 Istana Kehakiman turut menempatkan beberapa pejabat kerajaan persekutuan,

perpustakaan dan muzium lawatan awam bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan

tentang sistem kehakiman dan perundangan khususnya di Malaysia dengan gaya artikulasi yang
menarik.15 Terdapat enam buah Mahkamah Rayuan, dua buah Mahakamah Persekutuan dan 20

buah Kamar Hakim di Istana Kehakiman.16

(Istana Kehakiman, Putrajaya, Presint 3)

2.3 KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

Sebuah kompleks yang menumpukan tentang aktiviti dan hal ehwal Islam telah dibina di

Putrajaya bagi menempatkan pejabat utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan keluasan sebanyak 2.28 hektar, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) ini terletak di presint 3

Putrajaya. Kompleks ini telah dibina dengan 4 buah blok banggunan yang lengkap dengan

pelbagai kemudahan dan fasiliti moden. Sesuai dengan konsep bandar pintar Putrrajaya dan

fungsi kompleks ini berkait hal ehwal Islam, seni bina dan reka bentuk banggunan telah direka

dengan mengekalkan seni bina Islam tradisional dan mengharmonikannya dengan reka bentuk

seni moden.17

Reka bentuk banggunan ini telah diilhamkan oleh perumpamaan cahaya dalam al-Quran

secara khususnya merujuk kepada Surah Nur (23:45) di mana sumber cahaya digambarkan

sebagai kristal tertutup, bercahaya seperti bintang cemerlang. Lantaran itu, seni bina dinamik

dihasilkan di mana cahaya dapat menembusi dan memasuki ke dalam banggunan. 18 Berkuatkuasa
1 Disember 2016, JAKIM telah mula beroperasi di bangunan baharunya di KIP, Presint 3,

Putrajaya yang mana sebelum ini berpusat di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana. Kuala

Lumpur19

2.4 BANGUNAN KERAJAAN PARCEL F, PUTRAJAYA

Pada tahun 2019 sebuah banggunan Kompleks Kerajaan yang dikenali sebagai Parcel F

telah siap dibina sepenuhnya dan menelan kos pembinaan melebihi RM1.8 billion. Parcel F mula

diduduki dan menjalankan fungsinya mulai 1 Januari 2020 dengan melibatkan 5000 kakitangan

dari 11 jabatan agensi kerajaan.20 Kompleks ini bagaimanapun menghimpunkan 10 blok dan 9

menara pejabat. Menara 1 menempatakan Suruhanjaya Perkhidamatan Awam manakala Menara

2 akan menempatkan Jabatan Audit Negara.21 Projek ini merupakan projek pertama kerajaan

yang mengaplikasikan Building Information Modelling, BIM dari peringkat reka bentuk

sehinggalah ke peringkat pengurusan fasiliti. Kompleks ini terletak di Presint 1 dan berada di

atas tanah seluas 33.47 ekar. Antara agensi atau jabatan kerjaan yang berada di dini termasuklah

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Audit Negara, Jabatan Perancang Bandar dan

Desa, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Landskap Negara, Biro Pengaduan Awam

dan Jabatan Perangkaan.22


3.0 PERKEMBANGAN PUTRAJAYA SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN

DARIPADA ASPEK SOSIAL

Bagi memenuhi keperluan sumber manusia yang menjadi penggerak utama jentera

kerajaan di peringkat pusat khususnya di Putrajaya, pelbagai perancangan dari aspek sosial

seperti pembangunan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan dilaksanakan semenjak awal

penubuhan bandar pintar ini. Putrajaya telah dihubungkan dengan adanya jaringan pengangkutan

awam seperti bas-bas pengantaraan dan perkhidamatan Trasit Aliran Ringan (LRT) serta

jaringan lebuh raya yang pelbagai.23

3.1 JARINGAN LEBUHRAYA

Lebuhraya yang menghubungkan Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti

KLIA dan Kuala Lumpuur dibina secara praktikal dan lebih berkesan. Antara lebuhraya yang

terlibat dalam menghubungkan Putrajaya ialah Lebuh Raya Utara-Selatan (North South Central

Expressway Link, NSCEL) dan Lebuh Raya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley

Expressway).24 Putrajaya yang dikelilingi oleh bandar-bandar utama seperti Bangi, Kajang dan

Puchong turut dihubungkan oleh beberapa jalan utama dan lebuhraya seperti Lebuh Raya

Puchong-Damansara dan Lebuh Raya KL-Seremban. Putrajaya yang berperanan sebagai Pusat

Pentadbiran turut merangsang pertumbuhna ekonomi bandar-bandar di sekitarnya.25

Kebanyakan penduduk di Putrajaya terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan

kerajaan yang bertugas di Kementerian dan Jabatan-jabatan kerajaan. 26 Walaupun penduduk


Putrajaya majoritinya terdiri daripada mereka yang berkerja dari jam 8 hingga 5 petang,

tanggapan bahawa semangat kejiranan di antara penduduk tidak mesra dan renggang tidak

dipersetujui oleh Encik Fariz. Beliau menekankan bahawa keperluan penduduk Putrajaya

terpenuhi dengan adanya pusat –pusat komuniti untuk penduduk putrajaya. Penjawat awam turut

didberikan kemudahan perumahan dan kuaters untuk didiami.

3.2 PUSAT KOMUNITI

Kompleks Kejiranan telah dibina di presint-presint yang menjadi kawasan kediaman

penduduk seperti Presint 8, 9, 11 dan 16. Pembinaan Kompleks Kejiranan in telah dimulakan

seawal tahun 2000 bagi menyemarakkan semangat kekitaan dan membina sebuah komuniti yang

kuat dan teguh di bawah satu wawasan kemajuan bersama. Setiap Kompleks Kejiranan

dilengakpi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang penting dalam kehidupan masyarakat.

Terdapat Pusat Pembelajaran Kejiranan yang menjadi satu pusat sehenti (one-stop centre)

penting dalam menyediakan satu tempat yang yang lengkap dari segi kemudahan carian

maklumat dan buku-buku rujukan serta memberi peluang kepada masyarakat Putrajaya menimba

ilmu dan meluangkan masa khususnya pelajar dan murid-murid sekolah dengan aktiviti yang

bermanfaat.

Putrajaya juga merupakan sebuah bandar yang cukup terancang kerana dapat memenuhi

keperluan sosial penduduknya. Banyak kemudahan yang disediakan khususnya buat penjawat

awam yang berkeluarga dan menetap di Putrajaya. Terdapat trek berbasikal, kolam renang,

gelanggang badminton dan skuasy serta banyak lagi kemudahan yang menarik untuk kegunaan

warga Putrajaya27.
3.3 INSTITUSI KEAGAMAAN

3.3.1 Surau Al-Mizan

Surau al-Mizan atau dahulunya dikenali sebagai Surau Presint 8 juga telah mula dibuka

seawal tahun 2000. Surau Al-Mizan memperlihatkan seni landskap yang menarik dengan

keadaannya yang menjadikan kolam ikan mengelilingi kawasan dewan solat. Pembinaan Surau

bagi memenuhi keperluan penduduk setempat cukup membuktikan pembangunan Putrajaya

sebagai pusat pentadbiran yang mampan menerapakan konsep ketamadunan hidup beragama

yang utuh. Pada tahun 2006 pengurusan surau ini telah diserahkan kepada Jabatan Agama

Wilayah Persekutuan atas arahan Majlis Agama Wilayah Persekutuan. Pada Januari 2007, surau

ini telah dinaiktaraf sebagai sebuah surau Jumaat dan ahli jawatankuasa pengurusan surau yang

baharu mula dilantik pada 22 Mac 2008. Melalui Mesyurat Agung pada tarikh tersebut,

pegurusan lama telah menyerahkann tanggujawab menguruskan surau kepada anak kariah.

3.3.2 Kuil Dewi Sri Lalithaambigai Alayam

Bermula dengan sebuah rancangan untuk membina sebuah kuil pada tahun 2003 kini

proses pembinaan masih giat dijalankan. Idea dan lakaran awal bagi kuil ini telah mendapat

beberapa kali mendapat komen daripada PPJ atas dasar-dasar tertentu. Hanya pada tahun 29

September 2012, PPJ meluluskan pelan binaan daripada arkitek. Proses pecah tanah dan upacara

doa bagi pembinaan kuil ini telah berlangsung pada 2013 dan pembinaan telah mula dijalankan. 28

Tujuan utama pembinaan kuil ini adalah untuk memenuhi keperluan hampir 250 keluarga dan
1000 penjawat awam yang menetap di Putrajaya dan mengambil kira daerah Sepang yang turut

mempunyai hampir 300 buah keluarga dan 1000 orang India yang datang bekerja di Putrajaya

untuk mempunyai sebuah kawasan untuk menjalankan ibadah. Ditegaskan, hampir 15 buah kuil

tekah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya yang menggunakan tapak

asal bagi 4 buah estet getah iaitu Prang Besar, Raja Alang, Galloway dan Bukit Perang. Majoriti

penduduk estet merupakan orang India Selatan yang dibawa ke Malaysia untuk mengusahakan

estet tersebut. Pembinaan kuil ini diharapkan akan menjadi satu wadah memupuk kesatuan

dalam komuniti masayarakat Hindu yang tinggal di Putrajaya. Namun demikian, pembinaan kuil

ini memerlukan dana yang cukup besar sehingga menyebabkan pembinaannya sering tergendala

sehinga kini. Apabila siap kuil ini akan menjadi mercu tanda bagi orang India dan salah satu ikon

bagi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia. 29

(Gambar menunujukkan pembinaan kuil yang tergendala dan struktur kuil yang masih

belum lengkap)

3.3.3 Methodist Centre Putrjaya- Cyberjaya (MCPC)


MCPC merupakan sebuah pusat keagaamaan bagi komunti Kristian yang tinggal di

kawasan Cyberjaya dan Putrajaya.. MCPC merupakan gereja kecil yang ditubuhkan pada tahun

2011 seiring dengan pertambahan penganut Kristian di kawasan kejiranan di dua buah bandar

tersebut. Pada awalnya dikenali dengan nama Putrajya Preaching Methodist Point (PPMP)

sebelum dijenamakan semula sebagai MCPC pada tahun 2012. Pusat keagaaman ini mempunyai

dua cawangan iaitu di NeoCyber 2 dan juga di Putrjaya; Neocyber 2 diadakan upacara

sembahyang manakala di Puttrajaya dianjurkan pengajian al-Kitab mingguan pada setiap hari

Rabu. Pada hari Sabtu diadakan pertemuan Kumpulan Belia dan bermula jam 8:30 pagi pada

setiap hari Ahad akan berlangsung aktiviti ibadah yang menjadi rutin bagi penganut Kristian.

Penubuhan MCPC tidak lain hanyalah untuk memenuhi keperluan kehidupan beragama bagi

umat Kristian yang berorientasikan kepada komuniti dan keluarga yang terdiri daripada penjawat

awam, pekerja ekspatriat dan juga pelajar asing di Putrajaya. 30

3.4 PUSAT MEMBELI BELAH

3.4.2 Alamanda Putrajaya

Terdapat juga kedai runcit, pusat pakaian dan pusat memebeli belah di Putrajaya.

Alamanda Putrajaya yang terletak di Presint 1 telah dibuka dan mula beroperasi pada Ogos tahun

2004. Alamanda Putrajaya merupakan gedung beli belah pertama di Putrajaya dan telah menjadi

satu-satunya pusat membeli belah yang berpusat di Putrajaya dengan binaan setinggi tiga tingkat.

Pusat beli-belah Alamanda Putrajaya menawarkan pelbagai jenis pilihan kemudahan dan

rangkaian kedai termasuklah kedai produk kecantikan, pakaian, barang dapur, makanan,

panggung wayang, dan bermacam lagi pilihan hiburan untuk seisi keluarga. Alamanda

berkeluasan 1.05 Juta kaki persegi dan merupakan kompleks beli-belah bertaraf dunia.31
3.4 INSTITUSI KESIHATAN

3.4.1 Hospital Putrajaya

Dibuka kepada awam secara rasmi pada tahun 1998, Hospital Putrajaya merupakan

sebuah hospital milik kerajaan yang telah dibina atas tanah seluas 11 hektar yang berada di

Presint 7; hospital ini mula beroperasi degan kapasiti katil hanya sebanyak 369 buah. Sistem

Malumat Penuh Hospital (Total Information Hospital System – THIS) telah digunapakai bagi

menguruskan dan mengekalkan operasi harian hospital sesuai dengan kedudukannya yang berada

di dalam MSC. Hospital Putrajaya secara berperingkat mula dinaik taraf dan menambah baik

servis dengan memperkenalkan bahagian baharu seperti pembukaan Pusat Penyelidikan Klinikal

di Putrajaya pada tahun 2010 dan Unit Kesihatan Awam pada tahun 2001 dengan seorang

pegawai dan pada tahun 2008 ditambah baik dengan tambahan seorang lagi pegawai bagi

melicinkan urusan pengurusan.32 33


Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perundingan

pesakit luar, pembedahan am, traumatologi, pediatrik pergigian dan juga psikiatri. Apabila fasa

dua siap sepenuhnya, Hospital Putrajaya mampu untuk menawarkan sehingga 400 katil bagi

menampung keperluan pesakit.

3.5 PUSAT KONVENSYEN

3.5.1 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

PICC telah dibina diatas tanah yang dianggarkan seluas 1.5 Juta kaki persegi dan terletak

berdekatan puncak Taman Puncak Selatan di Presint 5. Reka bentuknya telah mengambil

inspirasi sebuah alat perhiasan Melayu ,“Pending Perak” iaitu kepala tali pinggang persalinan

Melayu. PICC memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial berikutan fungsinya yang

bertindak sebagai tempat berkumpul sekalian masyarakat untuk tujuan rasmi. PICC juga sering
menjadi tempat masyarakat melangsungkan istiadat konvokesyen Institut pengajian tinggi,

persidangan, forum, bahkan acara perkahwinan. Persidangan pertama yang berlangsung di PICC

ialah Persidangan ke-10 Pertubuhan Kerjasama Islam pada Oktober tahun 2003. 34

(Laluan masuk utama ke PICC)

KESIMPULAN

Putrajaya merupakan sebuah bandar raya pintar yang dibangunkan oleh anak tempatan

dan telah berjaya menjadi sebuah penanda aras bagi negara Malaysia. Pembangunan Putrajaya

sebagai sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan telah menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Bahkan, negara Indonesia mula menjadikan Putrajaya sebagai rujukan utama dalam usaha

mereka membina sebuah pusat pentadbiran baharu yang akan didirikan di Kalimantan yang

memindahkan ibu kota negara itu dari Jakarta. Putrajaya semakin giat mendapat pengiktirafan

sama ada di peringakat temapatan mahupun antarabangsa. Putrajaya telahpun menyambut ulang

tahun ke-25 pada bulan September 2020 dan telah memperlihatkan bahawa Putrajaya sentiasa

berusaha ke arah mencapai kemampanan daripada pelbagai aspek. Reka bentuk banggunan yang

moden telah memperkemaskan lagi imej Putrajaya sebagai sebuah Pusat Pentadbiran

Persekutuan Malaysia.

Nota Hujung
1
A Nazri Abdullah. “Putrajaya lambang identiti bangsa”. Berita Mingguan (Kuala Lumpur), 20

Ogos 1995.
2
ibid
3
Prof Madya Dr Ahmad Munawar Ismail. “Putrajaya agar identiti warisan kita kekal”. Berita

Harian (Kuala Lumpur), 28 Jun 2018.


4
Mohd Yusrizal Ab Razak. “Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2022”.

https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/current-population-estimates-malaysia-

2022 ( diakses pada 11 Jun 2023)


5
Mohd Nizam Yatim, “ Urutan Peristiwa Penting Mengenai Putrajaya.” Bernama (Kuala

Lumpur), 7 November 2000


6
Noraida Mat Saman. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya). Kuala

Lumpur: Arus Intelek Sdn. Bhd, 2011.


7
ibid
8
Amir Zakaria. Sejarah Edisi ‘Siapakah’. Petaling Jaya: Impiana Publications & Distributors

Sdn. Bhd. 2021


9
Rohani Karim, “Presint Putrajaya,” Telekom Smart School,

https://tiklputra.tripod.com/presint.htm ( diakses pada 3 Julai 2023)


10
Encik Faris Rezza Ahmad Subki, 6, Jalan P14C 2/7, Presint 14, 62050 Putrajaya. Penduduk

Putrajaya sejak 2019, (tarikh ditemubual 21 Jun 2023)


11
Mohammad Saifullah, ” What to do at the Putra Mosque in Putrajaya”

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2019/05/08/putra-mosque-putrajaya (3 Julai 2023)


12
Naimah Darmis, “Kenali Masjid Putrajaya yang Unik: Masjid Putra”

https://www.ceriasihat.com/kenali-masjid-putrajaya-yang-unik-masjid-putra/ (3 Julai 2023)


13
Safarway, ”Palace of Justice” Safarway, https://www.safarway.com/en/property/palace-of-

justice (diakses pada 5 Julai 2023)


14
Perbadanan Putrajaya, “Ichonic Architecture: Palace of Justice”

https://www.ppj.gov.my/en/page/istana-kehakiman-1?slug=senibina-ikonik ( diaskes pada 6 Julai

2023)
15
Safarway, Op.Cit. baris 5
16
Timothy Tye, “The Palace of Justice, Putrajaya”

https://www.penang-traveltips.com/malaysia/putrajaya/palace-of-justice.htm ( diakses 6 Julai

2023)
17
Perbadanan Putrajaya, “ Pelancongan Islam: Kompleks Islam Putrajaya”,

https://www.ppj.gov.my/page/kompleks-islam-putrajaya?slug=pelancongan-islam ( diakses pada

6 Julai 2023)
18
RSP, “Islamic Complex Putrajaya”, https://rsp.sg/rsp_work/islamic-complex-putrajaya/

( diakses pada 6 Julai 2023)


19
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, “Sejarah JAKIM” https://www.islam.gov.my/ms/info-

korporat/profil-jakim/sejarah ( diakases pada 6 Julai 2023)


20
Wartawan Sauara Merdeka, “SPA, Jabatan Audit Negara antara yang akan menghuni Parcel F

Putrajaya”, https://suaramerdeka.com.my/spa-jabatan-audit-negara-antara-yang-akan-menghuni-

parcel-f-putrajaya/ (diakses pada 6 Julai 2023)


21
JPT Consulting Engineers Sdn. Bhd, “Parcel F, Putrajaya”

https://www.jpt.com.my/portfolio/parcel-f-putrajaya/# ( diakses pada 6 Julai 2023)


22
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya, “Pembangunan Bangunan-Bangunan

Kerajaan Di Parcel F, Putrajaya”

https://www.jkrwpp.gov.my/pembangunan-bangunan-kerajaaan (diakses pada 6 Julai 2023)


23
Noraida Mat Saman, Op.Cit. 121
24
Noraida Mat Saman, Op. Cit
25
Noraida Mat Saman, Op.Cit. 115
26
Encik Fariz Rezza bin Ahmad Subki, Op.Cit.
27
ibid
28
Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam Wilayah Persekutuan Putrajaya,

“Site Progress”, https://putrajayatemple.org.my/site-progress/ (diakses pada 9 Julai 2023)


29
Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam Wilayah Persekutuan Putrajaya,

“Who we are “ https://putrajayatemple.org.my/about-us/ (diakses pada 9 Julai 2023)


30
Sheila Lee, “ Methodist Center Putrajaya-Cyberjaya”, https://church.com.my/methodist-

centre-putrajaya-cyberjaya.html ( diakses pada 8 Julai 2023)


31
Alamanda Shopping Center, ” About”, https://www.alamanda.com.my/about-us/?

utm_medium=cpc&utm_source=google&utm_campaign=always+on&utm_content=sitelink&gcl

id=CjwKCAjwzJmlBhBBEiwAEJyLu5sQaLbV3hjesg46f_s6vpUbrEPnx1TiGrmI7pKeuM1zeU

bafAWc9xoCteQQAvD_BwE ( diakses pada 6 Julai 2023)


32
Clinical Resarch Malaysia, “Hospital Putrajaya”, https://clinicalresearch.my/portfolio/hospital-

putrajaya/#1604553287383-4f25e99c-d3b52337-66c57e3c-218a ( diakses pada 9 Julai 2023)


33
Hospital Putrajaya, “Public Health Unit”,

https://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/2014-06-24-03-38-57/19-unit ( diakses pada 9

Julai 2023)
34
Visit Selangor “Putrajaya International Convention Center (PICC)”

https://www.visitselangor.com/putrajaya-international-convention-center-picc/ ( diakses pada 9

Julai 2023)
BIBLIOGRAFI

Alamanda Shopping Center, ” About”, https://www.alamanda.com.my/about-us/?

utm_medium=cpc&utm_source=google&utm_campaign=always+on&utm_content=sitelink&gcl
id=CjwKCAjwzJmlBhBBEiwAEJyLu5sQaLbV3hjesg46f_s6vpUbrEPnx1TiGrmI7pKeuM1zeU

bafAWc9xoCteQQAvD_BwE

Amidah Hamim, Abdul Halim Ahmad Tajuddin. Mahathir: Mermatabatkan Maruah Bangsa.

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, 2003

Amir Zakaria. Sejarah Edisi ‘Siapakah’. Petaling Jaya: Impiana Publications & Distribtors Sdn.

Bhd, 2021

Clinical Resarch Malaysia, “Hospital Putrajaya”, https://clinicalresearch.my/portfolio/hospital-

putrajaya/#1604553287383-4f25e99c-d3b52337-66c57e3c-218a

Fatmawati Akip. Selangor dan Kuala Lumpur. Seri Kembangan: Pustaka Kelisa, 2019

Hazlifa Ariffin. Prasarana IT di Putrajaya. Dewan Siswa 1997, November 1997. 20-21

Hospital Putrajaya, “Public Health Unit”, https://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/2014-

06-24-03-38-57/19-unit

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya, “Pembangunan Bangunan-Bangunan

Kerajaan Di Parcel F, Putrajaya” https://www.jkrwpp.gov.my/pembangunan-bangunan-kerajaaan

Leslee. I LOVE KL: A funny bone tour of Kuala Lumpur and other fascinating places in

Malaysia. Kuala Lumpur: Leslee, 2019

Mahayudin Hj.Yahaya, Mohd. Zaki Ahmad, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali,

Ayadurai Letchumanan. Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam ( 500-1918). Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd., 2019

Mohammad Saifullah, ”What to do at the Putra Mosque in Putrajaya”

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2019/05/08/putra-mosque-putrajaya

Nada Haifa. Tarikan Wilayah Persekutuan. Rawang: Pustaka Minda Aktif, 2016
Naimah Darmis, “ Kenali Masjid Putrajaya yang Unik: Masjid Putra”

https://www.ceriasihat.com/kenali-masjid-putrajaya-yang-unik-masjid-putra/

Noraida Mat Saman. Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur: Arus Intelek, 2011

Perbadanan Putrajaya, “Ichonic Architecture: Palace of Justice”

https://www.ppj.gov.my/en/page/istana-kehakiman-1?slug=senibina-ikonik

Perbadanan Putrajaya, “Pelancongan Islam: Kompleks Islam Putrajaya”,

https://www.ppj.gov.my/page/kompleks-islam-putrajaya?slug=pelancongan-islam

Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam Wilayah Persekutuan Putrajaya,

“Site Progress”, https://putrajayatemple.org.my/site-progress/

Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam Wilayah Persekutuan Putrajaya,

“Who we are “ https://putrajayatemple.org.my/about-us/

Ridzuan Amin. Malaysia, Dahulu dan Sekarang. Butterwoth: Golden Books Distributors,2015

Rohani Karim, “Presint Putrajaya,” Telekom Smart School,

https://tiklputra.tripod.com/presint.html

Safarway, ”Palace of Justice” Safarway, https://www.safarway.com/en/property/palace-of-justice

Sheila Lee, “ Methodist Center Putrajaya-Cyberjaya”, https://church.com.my/methodist-centre-

putrajaya-cyberjaya.html

Visit Selangor “Putrajaya International Convention Center (PICC)”

https://www.visitselangor.com/putrajaya-international-convention-center-picc/

Zari Mahmood. Vision City Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Amber Pacific Sdn .Bhd, 2005

LAMPIRAN

Orang sumber
Nama : Encik Fariz Rezza bin Ahmad Subki

Alamat : 6, Jalan P14C 2/7, Presint 14 62050 Putrajaya.

Pekerjaan : Guru

Keterangan : Menetap di Purtrajaya sejak empat tahun kebelakangan bermula tahun 2019

sehingga kini dan bekerja di Ampang


Pelan Induk Putrajaya 1997
Pembinaan Kompleks Seri Perdana

Pembinaan Istana Kehakiman


Pembinaan Masjid Putra

(Kompleks Islam Putrajaya)


(Tapak kuil terakhir sebelum dirobohkan, satu pokok mangga yang dianggap tempat suci bagi

penganut di kuil)

(Keratan Akbar berkaitan Pembinaan Kuil Putrajaya)


Transkripsi Temu Bual

Nama: Encik Fariz Rezza bin Ahmad Subki

Tarikh Temubual: 21 Jun 2023

1. Latar belakang orang sumber

- Menetap di Purtrajaya sejak empat tahun kebelakangan dan bekerja di Ampang.


Bermula tahun 2019 sehingga kini.

2. Bagaimana Putrajaya dilihat sebagai sebuah bandar strategik bagi mencerminkan imej
Malaysia?

- Bandar yang strategik dari segi perancangan jalan, infrastruktur dan banggunan ?
Terancang, kerana setiap presint telah dikhaskan tujuan tertentu. Contoh presint 2 dan
3 banggunan pejabat-pejabat kerajaan yang berpusat. Presint 7,8,9 dan ke atas banyak
untuk kediaman. Manakala present 15 ditempatkan pejabat kedutaan asing

3. Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia dilihat sebagai sebuah bandar yang
menekankan asapek pembangunan moden, bagaimana menanggapi pernyataan itu ?

- Saya bersetuju, Putrajaya dianggap Moden kerana kemudahan yang disedikan. Dia
menepati ciri-ciri gaya hidup moden; yang saya katakan moden ialah maksudnya,
mengikut waktu bekerja normal orang kebanyakan iaitu daripada 8 pagi hingga ke 5
petang. Walaupun dengan jumlah penduduk yang agak padat dan jumlah kenderaan
yang banyak, tapi masa yang diambil untuk sampai ke tempat kerja dari kediaman
tidak terlalu singkat dan tidak terlalu panjang. Menepati ciri kehidupan moden , di
mana orang perlu pergi bekerja dan apabila waktu pulang dari kerja, waktu 5 petang
ke atas. Tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke rumah.

4. Setakat tahun 2020, apakah pembangunan yang dapat dilihat ?

- Tak banyak pembangunan baharu, boleh dikatakan 90 peratus siap seawal tahun
2012, telah diduduki dan mula beroperasi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tak
banyak pembangunan baharu. Unit unit kediaman yang sudah ada sejak tahun 2012.
Cuma baru-baru in ada dua tiga projek pembangunan kondominum yang baharu tapi
bukan di seluruh Putrajaya. Hanya di satu dua kawasan sahaja.

5. Putrajaya sebagai pusat pentadbiran, bagaimana daripada aspek sosial, dapat memenuhi
keperluan penduduk Putrajaya iaitu yang kita tahu kebanyakan terdiri daripada penjawat-
penjawat kerajaan sendiri ?

- Jika dilihat dari aspek sosial ianya sebuah bnadar yang sangat sesuai untuk didiami
oleh penjawat awam yang berkeluarga kerana kemudahan yang disediakan lebih dari
mencukupi untuk memnuhi keperluan sosial keranan adanya pusat membeli-belah,
adanya kedai runcit, adanya pusat pakaian dan juga kemudahan sukan ada banyak
kemudahan sukan. Dwan badminton dewan skuasy, kolam renangn trek berbssikal
dan macam-macam lagi kemudahan sosial yang memenuhi kehendak sosial sebuah
keluarga dan seorang penjawat awam, jadi tak perlu keluar daripada kawasan
Putrajaya untuk bersosial.

6. Baru baru ini, lebih kurang 10 tahun kebelakang, Putrajaya juga ingin ditampilkan
sebagai sebuah pusat pelancongan ?

- Saya menyokong idea tersebut, kerana sebenarnya sudah pun dilaksanakan dari
dahulu lagi. Sebelum ini 10 tahun yang dulu pun dah mula ada festival yang dipanggil
Floria Putrajaya. Floria Putrajaya satu acara tahunan, kalau saya tak salah mungkin 2
tahun sekali, ataupun mungkin tahunan. Yang dianjurkan setaiap tahun di presint 3 ,
4 saya tak pasti. Yang pasti ia merupakan tarikan pelancongan ke Putrajaya . Selain
itu ada juga karnival belon panas di putrajaya yang menjadi tarikan pelancong setiap
tahun
dan juga bentuk muka bumi Putrajaya yang menarik iaitu tasik-tasiknya dan taman-
taman semulajadi. Semua itu menarik minat pelancong. Sebenarnya dah bermula dari
awal penubuhan Putrajaya lagi.

Anda mungkin juga menyukai