Anda di halaman 1dari 11

KERJA KURSUS SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1)

Tajuk : Sejarah Tempat Tinggal “Putrajaya”


Nama : Muhammad Zaim Bin Khairul Marhan
Kelas : 4 Jasmin 1
Isi Kandungan
Bil. Perkara Muka Surat
1. Kegiatan Masyarakat 3

2. Keunikan atau Keistimewaan 4

3. Asal Usul Nama Tempat 5

4. Peristiwa Penting 6

5. Peta Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya 7

6. Tempat-tempat Menarik di Putrajaya 8,9,10

7. Kesimpulan 11
2
Kegiatan Masyarakat
• Setakat 2012 hampir semua kementerian kerajaan Malaysia telah berpindah ke Putrajaya. Satu-
satunya kementerian yang tinggal di Kuala Lumpur ialah Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya.

• Pusat Beli-Belah Alamanda, yang terletak berhampiran dengan kementerian-kementerian


kerajaan di Presint 1, dibuka untuk orang ramai yang bekerja, bermain dan tinggal di Putrajaya.

• Pada tahun 2007, penduduk Putrajaya dianggarkan lebih dari 30,000, yang terdiri daripada
kakitangan kerajaan. Penjawat awam digalakkan berpindah ke bandar melalui pelbagai subsidi
kerajaan dan program pinjaman. Penduduk telah meningkat kepada 88,300 menjelang 2015.

3
Keunikan atau Keistimewaan
• Putrajaya membangun bermula pada 12 Oktober 1994. Ia dibangunkan oleh anak jati
Malaysia sendiri berbanding Kuala Lumpur yang menjadi bandar tinggalan penjajah pada
masa dahulu.
• Putrajaya yang dibina bercirikan budaya tempatan untuk tidak lupa akan warisan Malaysia.
Kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru buat Malaysia dalam pembinaan
bandaraya yang sangat moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri dan budaya tempatan.
• Selain itu, Putrajaya merupakan bandar contoh yang disertai taman yang lengkap dengan
jaringan informasi berdasarkan teknologi multimedia yang serba canggih. Ia juga
berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Sangat memudahkan bagi mereka yang mencari tempat ideal merangkumi
tempat pekerjaan, penempatan, bersukan dan juga pelbagai aktiviti rekreasi. Putrajaya
menjanjikan kehidupan yang selesa dan berkualiti kepada penduduknya.
4
Asal Usul Nama Tempat
• Putrajaya, yang pada asalnya bernama Prang Besar telah diasaskan pada tahun 1918
sebagai Air Hitam oleh British. Pada asalnya ia meliputi kawasan seluas 800 ekar
(3.2 km2), ia kemudian diperluaskan sehingga 8,000 ekar (32 km2), dan digabungkan
dengan kawasan ladang sekitar, termasuk Estet Raja Alang, Estet Galloway dan Estet
Bukit Prang.

• 'Putra' dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya'
yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah nama tempat Putrajaya yang
menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu dimana dahulu ianya
terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat.
5
Peristiwa Penting
• Prang Besar berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang
sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang mahu merampas
tanah orang asli bagi membina sebuah Kem Tentera.

• Tentera Bintang Tiga telah membuat hura hara bagi mencapai hasratnya untuk
mendapatkan tanah ini. Malangnya, tentera bintang tiga telah tertumpas
kerana mereka tidak tahu yang sebenarnya ketua kampung ini seorang tok
batin yang mempunyai ilmu harimau tanah hitam. Ilmu tersebut sangat kuat
yang boleh menjatuhkan musuh dengan mudah.
6
Peta Negeri
Wilayah Persekutuan Putrajaya

7
Tempat-tempat menarik
di Putrajaya
Dataran Putra

Taman Ekuestarian 8
Tempat-tempat menarik
di Putrajaya
Taman Putra Perdana

Kompleks Sukan Air 9


Tempat-tempat menarik
di Putrajaya
Masjid Putra

Monumen Millenium Alaf Baru 10


Kesimpulan
• Kita harus bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal. Kita perlu
menjaga tempat tinggal demi kesejahteraan generasi yang akan
datang.
• Kita juga perlu menghargai tempat tinggal agar kita menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam
sekitar.
• Selain itu, sikap menjaga alam sekitar menjadi kunci keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat kita yang berbilang kaum.

11

Anda mungkin juga menyukai