Anda di halaman 1dari 20

FOLIO GEOGRAFI

Tingkatan 1 2016
Pengangkutan Awam Di Bandar Bukit Mahkota,
Hulu Langat, Selangor

Nama : Muhammad Hariz Syahmi


Kelas : Tingkatan 1 Intan
Guru : Encik Abu Bakar Maan
2. SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif Kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian

7 Rumusan

8 Rujukan

9 Lampiran
1.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi 2016 dengan jayanya. Insha
Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi di Bandar Bukit
Mahkota. Saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama
daripada beberapa pihak. Dengan itu, saya mahu mengambil peluang ini untul mengucapkan
terima kasih kepada mereka.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru penilai
saya iaitu Encik Abu Bakar bin Maan kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar
dalam menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada
orang ramai yang sudi menjadi responden saya dalam kajian ini dan telah mengambil masa untuk
melengkapkan borang soal selidik yang telah saya sediakan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang telah
memberi bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak memahami apa yang diajar oleh
guru. Akhir sekali, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang
telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Jasa mereka semua
akan dikenang sepanjang hayat saya. Kajian ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian
ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Saya juga dapat memupuk semangat
patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini

Sekian, terima kasih.


2.0 PENDAHULUAN

Saya telah memilih Bandar Bukit Mahkota sebagai kawasan kajian untuk mengenal pasti
konsep dan jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan Bandar Bukit Mahkota. Melalui
kajian ini, saya dapat mengenalpasti kepentingan pengangkutan awam, masalah-masalah yang
dihadapi dan cadangan-cadangan untuk mengatasi permasalahan pengangkutan awam di
kawasan tersebut.

Kajian ini mengambil masa selama 6 minggu untuk disiapkan. Sepanjang tempoh
perlaksanaan kajian, saya telah dapat menimba pengalaman dan memperoleh pengetahuan yang
berfaedah berkaitan bidang geografi kawasan tempatan.

Kawasan ini berdekatan dengan rumah saya. Hal ini telah memudahkan saya dan rakan-
rakan membuat kajian selepas waktu persekolahan. Dalam masa ini, saya mesti menyiapkan
projek ini dan menghantarkannya pada masa yang ditetapkan supaya boleh diberi penilaian oleh
guru penilai saya.

Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis
pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di
kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

a) Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya

iaitu Bandar Bukit Mahkota,Hulu Langat, Selangor.

b) Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan

sistem pengangkutan di kawasan kajian.

c) Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di

kawasan kajian.

d) Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan

terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

e) Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah

yang dihadapi di kawasan kajian.

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas

mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti

jenis-jenis pengangkutan yang ada.


4.0 KAWASAN KAJIAN

Peta: Lokasi Kawasan Kajian, Bandar Bukit Mahkota

Bandar Bukit Mahkota merupakan perbandaran baharu di daerah Hulu Langat, Selangor
Darul Ehsan, Malaysia. Dihubungkan terus melalui persimpangan Putra Mahkota EXIT 213 ke
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Mes-e37.png, perjalanan ke pusat Bandaraya Kuala
Lumpur dari persimpangan ini hanya memakan masa 30 minit.

Kawasan ini dibawah pentadbiran MPKJ. Kawasan Ini terletak di tengah-tengah kawasan
yang begitu pesat dengan pembangunan. Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai, taman
perumahan, sekolah dan banyak lagi. Kawasan ini berada di kawasan tanah pamah dan beralun.
Perbandaran yang hampir lengkap ini telah dibangunkan sejak tahun 1997 lagi oleh
Bangi Heights Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat pemaju hartanah terkemuka UM Land
Berhad dan Lion Group. Terletak di atas kawasan seluas 898 ekar yang pada asalnya kawasan
ladang kelapa sawit sebelum di majukan peringkat demi peringkat dengan pelbagai projek
perumahan dan perniagaan. Kini, Bandar Bukit Mahkota telah menjadi Taman perumahan yang
moden dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.

Perbandaran terancang serta kedudukannya yang amat strategik di kedudukan paling


selatan negeri Selangor Darul Ehsan menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Seri Putra
sebagai kediaman mereka yang paling ideal. Perbandaran lain yang berhampiran ialah Bukit
Mahkota di sebelah selatan, Bandar Baru Bangi di sebelah utara, Wilayah Persekutuan Putrajaya
di sebelah barat dan KLIA Sepang serta Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di sebelah barat
dayanya.

Prasarana di kawasan kajian ialah:

1. Balai Polis Bangi


2. Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra
3. Pejabat Pos Bandar Seri Putra
4. Masjid Bandar Seri Putra
Komuniti di kawasan Bandar Bukit Mahkota dan sekitarnya:

No Nama pembangunan Jenis hartanah Tahun siap


The Apex, Putra Hills
1 81 unit banglo. Masih dalam pembinaan Tiada Info
Residency
505 unit pangsapuri dengan kemudahan
2 Pangsapuri Putra1 Tiada Info
kondominium. Masih dalam pembinaan
Legundi Residensi -
3 3 unit banglo, 16 unit semi-d, 52 unit kluster Nov 2013
Phase 11A
Legundi Residensi -
4 1 unit banglo, 12 unit semi-d, 52 units kluster Apr 2013
Phase 11B
Laman Indah Parcel 1 56 unit teres, Parcel 2
5 Laman Indah May 2011
65 unit teres, Parcel 3 63 unit teres.
Meranti 22 unit teres, Sena 44 unit teres,
6 Rimbun Suria Mac 2010
Cengal 21 unit teres
7 Anjung Suasana 8A 92 unit semi-d Dec 2009
Castanea 1 50 unit teres, Castanea 2 2 unit
8 Castanea Residences
semi d
9 Vista Seri Putra 700 unit pangsapuri
10 Seri Melati 359 unit pangsapuri
11 Seri Mawar 359 unit pangsapuri
12 Seri Dahlia 336 unit pangsapuri
13 Putra Tropika 249 unit teres
14 Putra Villa 152 unit town house
15 SeriPutra5 Putra 96 unit teres, D'Putra 56 unit semi-d
16 Putra Terrace 250 unit teres
17 Princeton Residences 62 unit semi-d
18 D'Sentral 399 unit teres
Nusa - 144 unit, Putra - 146 unit, Aman - 72
19 D'Puncak
unit, Unggul - 56 unit teres
20 Acasia 125 unit teres

21 Putra Hills Residency 261 lot banglo


Kemudahan Perbankan yang ada kawasan berhampiran Bandar Bukit Mahkota:

1. Cawangan Bank Simpanan Nasional, No. 1, Jalan SP 1/5,


2. Mesin ATM, CDM, Cheque Deposit Machine Maybank di stesen minyak Petronas, Jalan
SP 1/9,
3. Sebuah pasaraya besar antarabangsa dan beberapa kompleks perniagaan berkonsepkan
street mall juga dalam perancangan untuk dibina di Bandar Seri Putra.

Pendidikan (Pra sekolah) yang ada kawasan berhampiran Bandar Bukit Mahkota:

1. An-Nur Ilmu Montessori


2. Excel Edukid Centre
3. Pasti Al-Faizin
4. Q-dees Bandar Seri Putra
5. Tadika Al-Fatih
6. Tadika Kemas Bandar Seri Putra
7. Tadika Krista Bandar Seri Putra
8. Taska BondaMama Bandar Seri Putra
9. Taska Duniaku Ceria Bandar Seri Putra
10. Tadika Seri Pelangi Bandar Seri Putra
11. Taska Tunas Al-Fatih
12. The Little Caliphs Bandar Seri Putra
13. Tadika Bestari Ceria Bandar Seri Putra

Sekolah bantuan kerajaan:

1. Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra


2. Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota
3. Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra

Kolej yang ada ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Jaringan Jalan Raya

Kawasan Kajian ini mempunyai sebuah stesen KTM Komuter iaitu Stesen Komuter
Bangi yang terletak di dalam Laluan Rawang-Seremban.

Apa yang menarik tentang kawasan kajian ini adalah jaringan lebuhrayanya yang serba
lengkap menghubungkan penduduknya ke semua destinasi di Malaysia dengan mudah dan
efisyen. Penduduk di Bandar Bukit Mahkota mempunyai pilihan Lebuhraya berikut;

1) PLUS
2) Elite
3) LEKAS

Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Bandar Bukit Mahkota terletak bersebelahan
dengan Nilai Golf & Country Club turut menambahkan lagi glamournya kawasan ini.
5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

a) Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem

pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian

saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat

laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan

kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya di

Bandar Bukit Mahkota

b) Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau
pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung
apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian
bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya
temu bual ini dibuat dengan orang ramai , orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

c) Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang
terdapat dalam peta, dan rujukan peta di perpustakaan . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah
buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat ibu bapa yang
tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian.
Merujuk dan mencari maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat
dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan
daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang
kawasan kajian secara lebih terperinci.
6.0 DAPATAN KAJIAN

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Pengangkutan awam merupakan system pengangkutan


yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam
darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM
Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit) . Contoh
pengangkutan awam ialah, KTM Komuter, Teksi dan Bas Rapid KL.

JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis

pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis

pengangkutan awam yang digunakan iaitu :

1) Bas/Van sekolah

Bas/van sekolah ini bewarna oren . Pemandu biasanya , mengangkut

seramai 20 orang jika membawa van manakala 30 orang jika membawa bas sekolah .

Bas/van sekolah ini memudahkan ibu bapa pelajar yang bekerja dan menjamin

keselamatan para pelajar .

2) Teksi

Teksi merupakan pengangkutan awam penduduk Bandar Bukit Mahkota yang tidak

mempunyai kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah. Pada kebiasaanya penduduk

Bandar Bukit Mahkota akan menghubungi pusat hentian teksi di kajang untuk mengambil

mereka di kediaman dan seterusnya menghantar mereka ke destinasi yang hendak

ditujui. Penduduk akan dikenakan kenderaan mengikut jarak jauh .


KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI BANDAR BUKIT
MAHKOTA

Hasil daripada pemerhatian saya, terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di

Bandar Bukit Mahkota.

1) Mengangkut Penumpang
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Bandar Bukit
Mahkota ini sangat penting untuk mengangkut penumpang. Saya sendiri kadang kala jika
pulang ke rumah dari sekolah akan menggunakan pengangkutan ini. Saya akan
menggunakan pengangkutan bas sekolah untuk pulang ke rumah.

2) Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas


Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa kita menggunakan
pengangkutan awam ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika
kebanyakan penduduk di Bandar Bukit Mahkota menggunakan pengangkutan awam, ia
akan menggunakan penggunaan kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri
yang boleh memuatkan sejumlah lebih dari 5 orang bagi sebuah bas.Ini akan dapat
mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di kawasan Bandar Bukit Mahkota ini yang
begitu padat dengan penduduk.

3) Menjimatkan Kos
Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam akan
menjimatkan kos. Ini berlaku kepada diri saya sendiri,saya balik sendiri dengan menaiki
penganggkutan awam seperti bas sekolah. Jika saya menggunakan bas, kos yang
ditanggung lebih rendah daripada menaiki teksi.

4) Sumber Pendapatan
Melalui temubual saya dengan pemandu teksi, iaitu Muhd Salim. Dengan adanya
pengangkutan awam ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Seterusnya
menambahkan pendapatan penduduk. Begitu juga dengan temubual saya dengan Muhd
Ikhwan yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan perkhidmatan bas sekolah
sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Selain itu, pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak positif kepada
penduduk di sini.
Masalah Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

-Masalah Pengangkutan Awam di Bandar Bukit Mahkota Selangor ialah seperti berikut:

1) Pencemaran Udara
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan
meningkatkan pencemaran udara. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam yang
menggunakan minyak diesel yang menyebabkan bas mengeluarkan asap yang lebih
banyak berbanding minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih, penggunaan
minyak diesel ini akan menambahkan pengeluaran karbon monoksida yang akan
mencemarkan udara. Pencemaran udara ini akan menyebabkan kesihatan penduduk
terjejas.

2) Sikap Tidak bertolak ansur


Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, sepanjang saya menggunakan
pengangkutan awam terutama bas, pemandu bas gemar membunyikan hon yang amat
kuat dan bunyi enjin yang kuat akibat tidak sabar dan tidak boleh bertolak ansur yang
akan menyebabkan mengganggu ketenteraman penduduk di sini

3) Kenaikan Kos Penyelengaraan Kenderaan


Melalui pemerhatian saya, kebanyakkan pegusaha bas/van sekolah terpaksa
menangung kos operasi yang tinggi yang seperti permit kenderaan, kos petrol, kos
penyelenggaran berkala bulanan dan kos-kos sampingan yang lain.
.
Cadangan Untuk Penambahbaikan Pengangkutan Awam Di Bandar Bukit Mahkota

Melalui pemerhatian saya, saya mencadangkan supaya mengutkuasakan undang undang bagi
mengurangkan masalah pengangkutan awam yang berlaku. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut
wikipidia "satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu
memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya
lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-
duanya" .

Seterusnya, saya mencadangkan supaya pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk


mengunakan petroleum tanpa plumbum. Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan ke udara .

Selain itu, saya juga turut mencadangkan supaya, pemandu bas atau lori yang
mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau lebih dikenali
sebagai Catalytic converter . Dengan penggunaanya, kita dapat mengurangkan pengeluaran
asap merbahaya.

Akhir sekali, cadangan yang saya boleh berikan ialah, pihak pengurusan perlu
mengurangkan kos operasi . Hal yang demikian pihak kerajaan perlu memberi subsidi seprti
minyak diesel atau alat ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam agar tambang
dapat dikurangkan.

Walau apapun, saya bersyukur kerana pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak
untuk menjaga alam sekitar sentiasa terjamin . Saya berharap semua pemandu bas awam akan
berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan
tidak berlaku.
Responden

Pencemaran Bunyi

Sikap Tidak Bertolak Ansur

Kenaikan Kos Penyelenggaran


Kenderaan

Carta Masalah Pengangkutan dan Bilangan Responden

Masalah Pengangkutan Responden


Pencemaran Bunyi
5
Sikap Tidak Bertolak Ansur
4
Kenaikan Kos Penyelenggaran Kenderaan
3

Jumlah 12

Jadual Masalah Pengangkutn dan Bilangan Responden


7.0 RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah istem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak

menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya

ialah teksi dan van/bas sekolah . Pengankutan awam adalah penting di Bandar Bukit Mahkota
kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri .
Kepentingan lain ialah, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di
Bandar Bukit Mahkota. Selain itu, ia juga dapat mengangkut penumpang seperti pelajar dan
pekerja kilang dan dapat menjimatkan kos penduduk Bandar Bukit Mahkota .

Walau bagaimanapun, penduduk di Bandar Bukit Mahkota menghadapi beberapa masalah


berkaitan pengangkutan awam seperti, jangka masa lama, tambang mahal, keselamatan
penumpang dan pencemaran udara. Saya mencadangkan beberapa langkah / perkara untuk
mengurangkan masala-masalah tersebut seperti menguatkuasakan undang-undang , penggunaan
petrol tanpa plumbum , mengurangkan kos operasi dan menggunakan penapis asap / catalytic
converter .

Saya berharap agar pihak berwajib akan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh
penduduk di Bandar Bukit Mahkota. Saya bangga kerana pihak berwajib berusaha memperbaiki
perkhidmatan pengangkutan awam di Bandar Bukit Mahkota.

Tuntasnya, saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Bandar Bukit


Mahkota memberi banyak faedah kepada penduduk . Dengan pengangkutan awam , ia
memudahkan pergerakan saya untuk ke sesuatu tempat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan
harian saya.
8.0 RUJUKAN

1. LAMAN WEB

:http://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengangkutan awam-di.html

:http://en.wikipedia.org/wiki/bandarseriputra

2. Buku teks tingkatan 2:

Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003,

Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

3. Buku teks tingkatan 3:

Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3,

Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


9.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai