Anda di halaman 1dari 37

SMK ABDUL JALIL

HULU LANGAT

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

PT 2
2015

MIGRASI PENDUDUK
TAMAN IMPIAN LANGAT

Nama : Nur Farahaien Natasya Binti Ahmad Zainal


Tingkatan : 2 Amanah
Nombor K/P : 010507-01-1374
Guru Geografi : Pn. Noorazah binti Abdul Hamid

[1]
Isi Kandungan
1.0 Jadual Kerja 3

2.0 Pendahuluan 4

3.0 Objektif Kajian 5

4.0 Kaedah Kajian 6

5.0 Kawasan Kajian 7


4.1 Peta Negeri Selangor 8
4.2 Peta Daerah Hulu langat 9
4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian Taman Impian Langat 10

6.0 Dapatan Kajian 11


6.1 Konsep migrasi penduduk 11
6.2 Pola migrasi penduduk 11
6.3 Jadual dan graf 13
6.4 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 16
6.5 Kesan migrasi dalaman 20
6.6 Langkah-langkah mengatasi kesan migrasi dalaman 23

7.0 Rumusan 26

8.0 Lampiran 27

8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 27


8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan 28
maklumat
8.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 29
8.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 30
8.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 31
8.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 34
8.7 Lampiran 7 : Dapatan Kajian Migrasi Taman Impian 35
Langat

9.0 Rujukan 36

2
1. Jadual Kerja
Bil Hari Tarikh Aktiviti
1 Rabu 8/9/2015 -Mendengar taklimat
-Menerima tajuk Kajian Geografi Tempatan [KGT]
-Migrasi penduduk di Taman Impian Langat
-Cara menulis muka surat hadapan dan isi kandungan

2 Khamis 9/9/2015 -Menulis jadual kerja lengkap dan draf borang selidik
-Mendapat penerangan tentang cara menulis KGT
-Pendahuluan
-Okjektif kajian
- Kaedah kajian

3 Khamis 17/9/2015 -Menulis kajian tentang migrasi penduduk di Taman impian


Langat berserta jadual dan graf
-Menulis rumusan KGT

3
2.0 Pendahuluan
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran
Geografi tingkatan dua bagi tahun 2015. Kajian ini mengambil masa lebih kurang sebulan.
Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi
dalaman di kawasan Taman Impian Hulu Langat membentuk graf dan seterusnya mengenal
pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat jenis-jenis pola
migrasi di kawasan kajian dan membentuk graf kajian ini.selepas itu di dalam kajian ini juga
saya akan melihat faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman serta kesan migradi dalaman
terhadap kawasan kajian dan alam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-
langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.

Rasional pemilihan Taman Impian Langat, Hulu Langat Selangor adalah kerana ia
merupakan salah satu kawasan tanah yang terdiri daripada tanah rezab kerajaan. Sebahagian
besar penduduk di kawasan ini seratus peratus adalah terdiri daripada kaum bumiputera
yang berbangsa Melayu. Rata-rata penduduk di Taman Impian Langat ini majoritinya adalah
bekerja di dalam sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta.
Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga
terlibat dengan pekerjaan di dalam sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan.
Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan Taman Impian Langat,
Hulu Langat Selangor mempunyai pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi
dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh melihat kesan dan juga langkah mengatasi
dalam kajian ini nanti.

4
3.0 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah:

1. Memahami konsep migrasi penduduk.


2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di Taman Impian Langat, Hulu Langat
Selangor.
3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di. Taman Impian Langat, Hulu
Langat Selangor.
4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Impian Langat, Hulu Langat
Selangor.
5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di
Taman Impian Langat, Hulu Langat Selangor
6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.

5
4.0 Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian
antaranya ialah pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah
kaedah yang dijalankan dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan
disekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang dipeolehi ke dalam
bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.

Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya.


Dengan bantuan pihak pemetaan Pejabat Daerah Hulu Langat Selangor maka saya dapat
gambaran yang lebih jelas dari aspek luas kawasan, jenis kegiatan, potensi mengikut
pandangan Pejabat Daerah serta peta daerah.

Selain daripada dua kaedah di atas, saya juga turut menjalankan kaedah temu bual
seramai 5 orang di sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan penjelasan serta gambaran
tentang kawasan kajian pada masa dahulu serta perubahan sehingga masa kini. Melalui temu
bual ini juga saya dapat menilai pendapat yang diberikan tentang permasalahan yang wujud
serta idea mengatasi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Di samping itu juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap
20 responden, dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang
berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap
alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan empat kaedah kajian ini maka sudah pasti
menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

6
5.0 Kawasan Kajian
Secara umumnya Taman Impian langat terletak di Hulu Langat Selangor sejauh 35 kilometer
dari Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun Taman Impian Langat 7 kilometer dari
bandar Cheras berada dalam laluan utama dari lebuh raya Kajang- Kuala Lumpur. Selain
daripada itu Tampan Impian Langat ini juga terletak berhampiran dengan bandar Kajang dan
bangi . Taman Impian langat berada dalam kawasan tanah rezab kerajaan. Bentuk muka
buminya merupakan tanah tinggi yang telah diratakan..

Namun kawasan kajian hanyalah tertumpu di 2 Jalan yang terdiri dari penghuni 20
buah keluarga. Kebanyakan penghuninya adalah terlibat dengan sektor perkhidmatan dan
sektor swasta., ada juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya
seperti jaringan pengangkutan jalan raya, saliran paip air bersih, serta institusi kerajaan
seperti Sekolah Kebangsaan Abdul Jalil Hulu Langat, Klinik Kesihatan Batu 12, Klinik
Desa, IKBN Dusun Tua dan sebagainya. Ia juga berhampiran dengan kawasan perkelahan
dan pusat rekreasi iaitu seperti sungai congkak , sungai gapai dan sebagainya.

7
5.1 Peta Negeri Selangor

8
5.2 Peta Daerah Hulu Langat

9
5.3 Peta Lakar Kawasan kajian Taman Impian
Langat

Kg.Selat,
Kg.Paloh
Layang-Layang
Kg.Dusun
Kiri

10
6.0 Dapatan Kajian
Kg.Parit 4,5,6,7 dan 8
6.1 Konsep migrasi penduduk
Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari
suatu kawasan ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh
penduduk yang inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih baik. Misalnya
penduduk di Hulu Langat berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sektor
perkhidmatan dan sektor perindustrian. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf
hidup dengan gaji yang lebih baik.

6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian


Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Migrasi luar bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Hulu Langat yang berhijrah dari luar bandar
ke luar bandar seperti kawasan perkampungan dan kawsan felda dan sebagainya ke
kawsan Taman Impian Hulu Langat sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa
dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor perindustrian, mahupun untuk
menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta.

b) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah dari bandar yang telah selesai
menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta
ataupun yang telah bersara pulang ke tempat asal. Misalnya ada sebahagian penduduk
Taman Impian Langat yang bekerja di bandar pulang semula ke Taman Impian

11
Langat selepas tamat perkhidmatan dan bersara. Dan ada juga segelintir yang
menyambung pelajaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke
Kampung halaman setelah tamat belajar.

12
6.3 Jadual dan Graf

JANTINA

10%

LELAKI
perempuan

90%

UMUR

1, 5% 1, 5% 1, 5%
4, 20%
20 - 29
30 - 39
40 - 49
50 - 59
60 - 69
13, 65%

13
SKOR JENIS PEKERJAAN
1, 5%
2, 10%
7, 35%

KERAJAAN
SWASTA
PENIAGA
10, 50% PESARA

SKOR TEMPOH TINGGAL

15
< 10 TAHUN
10 13
> 10 TAHUN
> 20 TAHUN
5
7 0

14
SKOR FAKTOR MIGRASI

8
8
7 ARAHAN MAJIKAN
MENGIKUT KELUARGA
6 MELANJUTKAN PELAJARAN

5 PELUANG PEKERJAAN
4 BERSARA
4 PERKAHWINAN

3 BENCANA ALAM
2 2 2 DASAR KERAJAAN
2 KEMUDAHAN ASAS
1 1
1 KADAR UPAH
0 00 0 0 PETEMPATAN BARU
0 MENINKATKAN TARAF HIDUP

15
6.4 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman
penduduk di kawasan kajian

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya
ialah:
a) Meningkatkan taraf hidup
Kemudahan asas yang lebih selesa adalah amat dititik beratkan dalam cara
hidup moden masa kini. Ianya amat diperlukan oleh setiap orang bagi bagi
memastikan kehidupan yang lebih selesa selari dengan tuntutan hidup zaman
sekarang. Tidak hairanlah bila data dapat dibuktikan dengan ramai penduduk
Taman Impian Langat menjadikan peningkatan taraf hidup faktor utama mengapa
mereka berpindah ke kawasan kajian.

b) Petempatan baru
Bagi tujuan mencari ketenangan hidup yang jauh dari hiruk-pikok kehidupan
kota, berhijrah ke kawasan luar bandar adalah merupakan satu langkah yang
sangat tepat. Kebanyakan pemaju perumahan memilih untuk membina kawasan
petempatan baru di kawasan luar bandar atas sebab faktor di atas. Justeru itu
melalui kajian ini didapati petempatan baru menjadi faktor yang kedua penting
bagi para penduduk Taman Impian Langat mengapa mereka bermigrasi.

c) Peluang pekerjaan
Walaupun kawasan Taman Impian adalah merupakan kawasan penempatan luar
bandar kerana berada di dalam mukim Hulu Langat, tetapi kedudukannya adalah
sangat hampir dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan wilayah
ekonomi yang lain seperti Putrajaya, Petaling Jaya dan lain-lainnya. Wilayah-
wilayah ini menjanjikan peluang pekerjan yang sangat banyak.

16
d) Melanjutkan pelajaran
Terdapat juga penduduk yang mendapat peluang menyambungkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan sebagainya. Oleh kerana Hulu Langat terletak
berdekatan dengan pusat pengajian tinggi maka mereka memilih untuk berhijrah
kesini bagi memudahkan urusan mereka dalam proses melanjutkan pelajaran.

e) Arahan Majikan

Terdapat penduduk yang behijrah ke Taman Impian Langat kerana mendapat


arahan dan peluang kenaikan pangkat yang memerlukan beliau berpindah ke
kawasan Hulu Langat Hulu Langat.

f) Bersara
Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi
migrasi dalaman di kawasan Taman Impian Langat. Misalnya terdapat penduduk
di kawasan kajian ini yang pernah berkhidmat sebagai polis, tentera dan guru
akhirnya pulang semua ke kampung halaman setelah tamat perkhidmatan
(bersara).

g) Kemudahan asas

Hulu Langat adalah merupakan kawasan luar bandar yang mempunyai


kemudahan asas yang baik seperti sekolah, masjid, air, elektrik dan lain-lain.
Keselesaan hidup masih boleh di perolehi di kawasan Taman Impian Langat maka
mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan sini. Kawasan
yang dituju terdapat kemudahan yang baik seperti jaringan pengangkutan yang
cekap, klnik , kolej, pasaraya dan sebagainya.

17
h) Nilai atau Patriotisme
kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara Malaysia yang
aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat
kepada kita semua.

18
Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan
kajian

Melanjutkan
pelajaran di
IPT dan kolej
Menikmati
Kemudahan
Arahan
Asas yang
majikan
selesa

Faktor
mempengaruhi
migrasi
dalaman di
Taman Impian
Langat Penempatan
Bersara baru

Meningkatk
Peluang
an taraf
pekerjaan
hidup

19
6.5 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan
kajian:
a) Kesan positif
a. Penduduk bertambah
i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke luar bandar atau bandar ke
luar bandar menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara
tidak langsung menyumbang kepada tenaga buruh yang lebih
ramai. Lain-lain mengambil bahagian untuk membangunkan
kawasan ini. Pertambahan penduduk di bandar pula merancakkan
lagi kegiatan ekonomi.

b. Taraf hidup meningkat

i. Penduduk yang berhijrah ke Taman Impian Langat akhirnya


pulang semula ke tempat asal iaitu memperolehi pekerjaan yang
lebih selesa sebagai guru, jururawat dan sebagainya yang mana
mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu
memiliki rumah yang lebih selesa.

c. Pasaran bertambah
i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara
tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi
barangan siap semakin bertambah.

20
b) Kesan negatif
a. Masalah pengangguran
i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang
dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga
asing seperti Nepal dan Bangladesh ke Taman Impian Langat
telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung
menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk
tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Dengan ini maka wujud masalah pengangguran di kawasan kajian
ini.

b. Masalah sosial
i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan ini,
maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan vandalisme
dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini
kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat
adalah tinggi di samping tiada pekerjaan.

c. Komposisi penduduk berubah


i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri
daripada kaum Melayu dan belia yang berusia diantara 18 – 40
tahun. Dengan ini komposisi kaum-kaum yang lain tiada di
kawasan kajian kerana Taman Impian langat merupakan kawasan
tanah rezab Melayu .

d. Nilai dan patriotisme


i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Taman Impian
Langat mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf
hidup penduduk yang selesa.

21
Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan
kajian

22
Penduduk
bertambah

Masalah
Pengangguran Taraf hidup
meningkat

Kesan positif
dan negatif
migrasi dalaman
di Taman Impian
Langat

Pasaran
Masalah Sosial bertambah

Komposisi
penduduk
berubah

23
6.6 Langkah-Langkah mengatasi kesan migrasi dalaman
penduduk di kawasan kajian
a) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Taman Impian Langat pihak


berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri
hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa.
Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan
industri makanan ringan seperti kerepek dan juga kuih karas dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang


Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Taman Impian Langat dengan
kerjasama penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini
diwujudkan bagi mengatasi masalah pecah rumah dalam kalangan belia di kawasan
kajian. Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak
berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam
membanteras jenayah yang berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan


Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang
tinggal, bagi menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh
meningkatkan kesihatan penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti

24
klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan
proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan mewujudkan peluang
pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif dari
berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di Taman Impian
Langat

d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan
harmoni di samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

25
Peta Minda 3: Langkah-langkah mengatasi kesan migrasi
dalaman penduduk di kawasan kajian

Cadangan
mengatasi kesan
migrasi dalaman

Wujudkan rukun
Wujudkan Meningkatkan
tetangga dan
peluang kemudahan
kuatkuasa
pekerjaan kesihatan
undang-undang

26
7.0 Rumusan
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi
dalaman yang ada di Taman Impian Langat iaitu migrasi dalaman luar bandar ke luar
bandar dan migrasi bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah
melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor
industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan
mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan
yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga
turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk
meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga
masalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan
langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang
pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan
meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya
berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik,
pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur
sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

27
8.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

KEPADA YANG BERKENAAN


Tarikh:18/9/2015

Tuan,

Pengenalan Diri Murid Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Geografi Tempatan

Pembawa surat ini ialah Nur Farahaien Natasya Binti Ahmad Zainal bernombor kad
pengenalan 01050701-1374 ialah seorang murid tingkatan 2 Amanah di SMK Abdul
Jalil,43100. Pelajar ini sedang membuat Kerja Geografi Tempatan untuk peperiksaan akhir
tahun bagi permarkahan subjek Geografi seperti mana yang diwajibkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia mengikut format PT3 yang telah ditetapkan.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

28
Saya yang menurut perintah,

…………………………….....
(Sofea Nor Binti Molhit)
Pengetua,
Sek.Men.Keb.Abdul Jalil,
43100,Hulu Langat,
Selangor,Darul Ehsan
LAMPIRAN 2

Kepada Yang Berkenaan


…………………………
…………………………
…………………………
Tarikh:18/9/2015

Tuan,

Kebenaran Melawat Dan Mendapatkan Maklumat Bagi Tujuan Kajian Geografi


Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus
Geografi sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan akhir tahun.

3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah
mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama
kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA:

29
Saya yang menurut perintah,

…………………………….....
(Sofea Nor Binti Molhit)
Pengetua,
Sek.Men.Keb.Abdul Jalil,
43100,Hulu Langat,
Selangor,Darul Ehsan

LAMPIRAN 3

Tarikh:18/9/15

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Makluman Kepada Ibu Bapa Atau Penjaga Mengenai Kewajipan Melaksanakan Kerja
Kursus Geografi.

Merujuk perkara di atas, semua murid Tingkatan 2 yang menjalani peperiksaan akhir tahun
pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi mata pelajaran
Geografi

2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata
pelajaran Geografi tingkatan dua.

3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu
anak-anak dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, Terima Kasih.

30
Yang benar,

…………………………….....
(Sofea Nor Binti Molhit)
Pengetua,
Sek.Men.Keb.Abdul Jalil,
43100,Hulu Langat,
Selangor,Darul Ehsan.

LAMPIRAN 4

Tarikh;18/9/15

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus
Geografi (KKG)

Merujuk perkara di atas, saya Ahmad Zainal Abdul Aziz membenarkan anak saya Farahaien
Natasya dari tingkatan 2 Amanah untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi
Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan dua.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini
berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak
sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

31
……………………………….
( Dr Ahmad Zainal Abdul Aziz)

Alamat:
No.4,Jln Tmn Impian Langat 5,
43100,Hulu Langat
Selangor,Darul Ehsan
Telefon:0133635154

Lampiran 5
Borang Soal Selidik :

Kajian tentang isu tempat letak kenderaan di SMAJA

Nama

Jantina
1 Lelaki 2 Perempuan

Umur
20 - 29 1
30 - 39 2
40-49 3
50 59 4
60 - > 5

Pekerjaan

Jenis kenderaan

32
Sila tandakan [ ] bagi pilihan jawapan anda

1. Apakah punca kenderaan diparkir merata tempat di kawasan sekolah

Kekurangan lot parkir


Kenderaan diparkir sehingga mengambil
dua lot
Sikap para pengguna yang kurang
bermoral
Lain-lain

2. Kesan lot parkir tidak disediakan dengan cukup

Kenderaan diparkir secara tidak teratur


Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan
sekolah
Murid tidak dapat bergerak di dalam
kawasan sekolah secara teratur

3. Langkah-langkah mengatasi masalah isu parkir di kawasan sekolah

Menambah bilangan lot parkir


Meluaskan tapak lot parkir

33
Soalan Temu Bual

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Taman Impian Langat, Daerah Hulu Langat

1. Saudara berasal dari mana?

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

34
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi

dalaman di kawasan ini ?

6. Pada pendapat saudara, apakah kesan baik atau buruk migrasi dalaman di kawasan

ini?

7. Boleh saudara jelaskan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi di kawasan ini?

8. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?

35
LAMPIRAN 7 .
.
Dapatan Kajian Migrasi Taman Impian Langat

No.Rumah Jantina Umur Jenis Tempoh Faktor Status


Bil Nama
Pekerjaan tinggal Migrasi Warganegara
1 Tn Syamsul 2 ,Jln 4 L 45 2 2 12 1
2 Tn Arshad 4 ,Jln 4 L 46 2 1 12 1
3 Tn Moktar 8 ,Jln 4 L 47 1 1 1 1
4 Tn Khairul 10 ,Jln 4 L 42 2 1 11 1
5 En .Zul 12, Jln 4 L 38 2 1 12 1
6 Tn Tg Ruslan 14 , Jln 4 L 47 2 2 12 1
7 Cg Hazimin 16 ,Jln 4 L 35 1 1 12 1
8 Cg Saffian 18 ,Jln 4 L 46 1 2 12 1
9 Tn Halim 20 ,Jln 4 L 42 2 2 12 1
10 Tn Azhar 22 , Jln 4 L 47 3 2 11 1
11 Tn Khairil 2, Jln 5 L 38 1 2 9 1
12 Dr Ahmad Zainal 4,Jln 5 L 47 1 2 3 1
13 Tn Hj Hadi 6, Jln 5 L 48 2 2 11 1
14 Wan Zarinah 8, Jln 5 P 48 1 2 9 1
15 Tn Azizi 10 , Jln 5 L 45 2 2 11 1
16 En Yusuf 16 , Jln 5 L 65 5 2 5 1
17 Tn Baharun 24 , Jln 5 L 48 3 2 4 1
18 Tn Ruslan 26 , Jln 5 L 48 2 2 12 1
19 Cg Nazim 28 , Jln 5 L 36 1 1 3 1
20 Siti Nur Fadhilah 30 . Jln 5 P 27 2 1 4 1

[36]
9.0 Rujukan

1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan
Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks
Geografi Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan

3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan
Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

5. Chong Mui Sen,Azizan Bin Abu Samah,2003,Buku Teks Tingkatan Dua .Percetakan
Saufi,Kampung Baru ,Kuala Lumpur

[37]

Anda mungkin juga menyukai