Anda di halaman 1dari 29

990907-01-6410

1.0 PENGENALAN

Pada hari ini masyarakat dapat menyaksikan alam sekitar sekeliling kita hampir menemui
pengakhiran hayatnya dan dibangkitkan dengan pelbagai isu yang memberi impak negatif
terhadap masyarakat dan alam sekitar. Dengan ini, kita dapat melihat bahawa kurang kesedaran
dalam penduduk tentang pembuangan sampah di negara ini. Masalah pembuangan sampah
merupakan antara masalah yang melibatkan alam sekitar dengan masyarakat. Namun tanpa kita
sedar, pembuangan sampah ini yang tidak sistematik menyebabkan pelbagai kesan negatif
kepada manusia dan alam sekitar. Pembuangan sampah yang tidak sistematik terdapat di
kawasan Bukit Gambir, Tangkak, Johor.

Bukit Gambir terdiri daripada Taman Mulia, Taman Cempaka, Taman Sri Jaya, Taman
Parit Jarum, dan lain-lain. Pembuangan sampah yang tidak terurus terdapat di merata tempat
namun, pembuangan sampah yang tidak sistematik sering terdapat di kawasan Taman Mulia.
Kajian ini dilakukan di Taman Mulia, Bukit Gambir. Responden juga terdiri daripada penduduk
Taman Mulia. Responden yang dipilih juga terdiri daripada pelbagai jenis umur, jantina, dan
bangsa. Menurut informer, beliau berkata sebelum ini pembuangan sampah di Taman Mulia
tidak menjadi masalah yang serius. Pembuangan sampah yang tidak sistematik meningkat
akibat sikap manusia yang sering lalai dan tidak bertanggungjawab. Beliau juga merupakan
responden daripada kajian ini. Beliau menetap di Taman Mulia, Bukit Gambir.

Penyelidik memilih tema 2 iaitu ekologi. Tajuk yang diutarakan oleh penyelidik ialah kajian
tentang amalan pembuangan sampah yang tidak sistematik dalam kalangan penduduk di Taman
Mulia, Bukit Gambir. Definisi ekologi menurut kamus Bahasa Melayu ialah pengkajian tentang
perhubungan di antara organisma dengan persekitaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
alam merujuk segala yang ada di langit dan bumi manalaka sekitar pula bermaksud di tempat
atau di sekeliling. Alam sekitar didefinisikan sebagai segala benda hidup dan bukan hidup yang
wujud secara semula jadi di permukaan bumi. Manusia akan bergantung pada sumber
semulajadi yang ada di muka bumi ini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat amalan membawa maksud kepada sesuatu yang
dilakukan sebagai satu kebiasaan. Sampah merupakan bahan sisa yang tidak diinginkan setelah
berakhirnya suatu proses. Manakala pembuangan sampah yang tidak sistematik merujuk
kepada amalan manusia yang membuang sampah yang tidak terurus. Penduduk membawa
maksud kepada sekumpulan orang yang hidup di sesuatu tempat dengan cara- cara dan

1
990907-01-6410

peraturan tertentu menurut sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua. Penduduk di Taman Mulia,
Bukit Gambir merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada kaum beberapa kaum iaitu
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup dengan aturan atau cara tertentu.

Secara umumnya, terdapat banyak maklumat dan kajian yang dijalankan mengenai
pembungan sampah yang tidak terurus dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah
Pembuangan sampah yang tidak sistematik ( http://www.slideshare.net ). Kajian ini dikaji oleh
Prezi pada 2015. Kajian ini menceritakan tentang punca pembuangan sampah dan kesan
daripadanya. Langkah mengurangkan kegiatan pembuangan sampah juga diterangkan dalam
kajian ini. Kajian yang seterusnya ialah konsep sampah dan pembuangan sampah
http://stikeskabmalang.wordpress.com yang dikaji oleh Febrina Ayunigntyas pada tahun 2009.
Penerangan dalam kajian ini tentang amalan pembuagan sampah yang tidak diurus dengan baik.

Rasional kajian ini dilakukan adalah kerana terdapat pembuangan sampah yang tidak
terurus yang menyebabkan kesan negatif terhadap penduduk. Pembuangan sampah bukan
sahaja memberi kesan negatif kepada manusia malah ianya juga telah menimbulkan masalah
terhadap alam sekitar di sekitar kawasan Taman Mulia. Hal ini kerana, ekoran peningkatan
jumlah penduduk dari semasa ke semasa yang tidak mengamalkan pembuangan sampah dengan
sistematik di taman tersebut. Masalah pembuangan sampah yang tidak terurus menyebabkan
pengkaji tertarik untuk melaksanakan kajian ini bertujuan bagi menyelesaikan masalah
pembuangan sampah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Mulia.

2
990907-01-6410

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif merupakan hal atau pokok yang dibincangkan sahaja dan tidak termasuk
pendapat atau prasangka sendiri. Selain itu, tujuan sesuatu perkara yang khusus ingin
dicapai, matlamat atau tujuan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Melalui objektif kajian
ini, pengkaji dapat mengenal pasti lebih lanjut tentang punca pembuangan sampah yang
tidak sistematik dan kesannya. Oleh itu, pengkaji akan memperoleh dapatan kajian
berpandukan objektif yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan
menyenaraikan dua objektif iaitu :

2.0 Mengenal pasti punca pembuangan sampah yang tidak diurus dalam kalangan
penduduk Taman Mulia, Bukit Gambir.
2.2 Mengkaji kesan pembuangan sampah yang tidak sistematik terhadap penduduk dan
alam sekitar di kawasan kajian.

3
990907-01-6410

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, kawasan kajian ialah satu elemen penting dan utama. Lokasi
kajian yang dilakukan lebih tertumpu pada kawasan di negeri Johor Darul Takzim iaitu di
kawasan Bukit Gambir, Tangkak, Johor. Kawasan kajian ini dijalankan adalah di Taman Mulia,
Bukit Gambir.

3.1 PETA NEGERI JOHOR

(Sumber: google.maps.com)

Malaysia Johor terletak di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. Negeri Johor terletak di
selatan Semenanjung Malaysia. Johor atau nama rasminya Johor Darul Takzim (JDT). Negeri
Johor mempunyai keluasan 18 986.88 kilometer persegi. Ibu negeri Johor pula ialah Johor
Bahru. Selain itu, negeri Johor juga bersempadanan dengan negeri Melaka, Pahang, Negeri
Sembilan. Terdapat 10 daerah dalam negeri Johor iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru,
Pontian, Kluang, Tangkak, Kulai Jaya, Mersing, Batu Pahat, dan Muar. Selain itu, negeri ini

4
990907-01-6410

mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Sarawak dan negeri ke-7 terpadat
dalam negara.

3.2 PETA DAERAH TANGKAK

(Sumber : https://www.google.com)

Daerah yang menjadi lokasi kajian adalah di daerah Tangkak. Daerah Tangkak
merupakan sebuah daerah daripada negeri Johor. Daerah Tangkak mempunyai 6 mukim iaitu
Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Pada mulanya, daerah ini
diisytiharkan menjadi Ledang pada 9.6.2008, dan kemudiannya, pada 17.12.2015 nama daerah
telah ditukarkan kepada daerah Tangkak. Daerah Tangkak mempunyai keluasan 97, 676
hektor. Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui lebuhraya Utara-selatan dan keluar
ke tol Tangkak dan Bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari susur keluar tol.

5
990907-01-6410

3.3 PETA TAMAN MULIA, BUKIT GAMBIR

( Sumber : google.maps.com )

Bukit Gambir (Poskod 84800) merupakan salah satu bandar terkecil di daerah Tangkak.
Skop kajian yang lebih kecil yang difokuskan oleh pengkaji adalah di kawasan Taman Mulia,
Bukit Gambir. Bukit Gambir terletak 25 kilometer dari bandar Maharani, Muar. Bukit Gambir
terdiri daripada banyak taman salah satunya ialah Taman Mulia, Bukit Gambir. Penduduknya
mempunyai kira-kira lebih 500 keluarga. Penduduk di Taman Mulia, Bukit Gambir terdiri
daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Isu pembuangan sampah di Taman Mulia sering
berlaku. Hal ini kerana, ekoran peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa yang tidak
mengamalkan pembuangan sampah dengan sistematik. Masalah pembuangan sampah yang
tidak terurus menyebabkan pengkaji tertarik untuk melaksanakan kajian ini bertujuan bagi
menyelesaikan masalah pembuangan sampah yang tidak sistematik oleh penduduk di Taman
Mulia.

6
990907-01-6410

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Perkataan metode membawa maksud cara melakukan sesuatu sistem manakala metodologi
merujuk kepada sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan, displin dan sebagainya menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
(2014). Pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk menghasilkan kajian yang berkesan
untuk kerja kursus tersebut. Tujuan metodologi digunakan dalam kajian yang bakal
dilaksanakan adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian
kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Antara perkara yang dibincangkan
dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan responden, cara mengumpul data serta teknik
memproses data dam mempersembahkan data.

4.1 Cara mendapatkan responden

Dalam sesuatu kajian yang dijalankan, pengkaji akan menggunakan responden sebagai
penyokong bagi data yang telah dikumpulkan. Responden merujuk kepada seseorang yang
menjawab soalan yang dilontarkar oleh pengkaji tentang tajuk kajian ini. Tajuk kajian ini
adalah amalan pembuangan sampah yang tidak sistematik dalam kalangan penduduk Taman
Mulia, Bukit Gambir. Pengkaji memilih 30 orang responden yang tinggal di kawasan sekitar
kajian untuk menjawab soal selidik.

4.1.1 Persampelan rawak mudah

Persampelan membawa maksud proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi
tujuan mewakili populasi sesebuah kajian. Selepas itu, sampel yang dipilih sekurang-
kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan populasi dalam penyelidikan. Persampelan
merupakan satu aspek yang penting dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidk
sesuai akan mengurangkan kesahihan dan kebolehpercayaan kajian. Semua individu yang
dikaji dipanggil responden atau elemen (Azlah Md.Ali.2009).

7
990907-01-6410

Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan teknik
persempelan rawak muda di mana setiap penduduk di kawasan yang berhampiran dengan lokasi
kajian dipilih sebagai responden. Persampelan rawak muda dilakukan terhadap penduduk
Taman Mulia, Bukit Gambir seramai 30 responden untuk memperoleh data yang tepat.

4.2 Cara Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji akan menerangkan cara yang telah digunakan untuk memperolehi
maklumat yang diperlukan dalam rangka mencapai tujuan penelitian bagi menyiapkan tugasan
ini. Tujuan yang diungkapkan dalam bentuk hipotesis merupakan jawapan terhadap pertanyaan
penelitian. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan pemerhatian. Seterusnya,
pengkaji telah mengumpul data dengan menggunakan kaedah perpustakaan serta mendapatkan
bahan rujukan daripada internet, bahan ilmiah dan majalah.

4.2.1 Data Primer

Data primer merupakan sumber maklumat yang diperolehi secara langsung. Data primer juga
dikenali sebagai sumber pertama. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
data primer ialah dengan menggunakan kaedah soal selidik dan pemerhatian.

4.2.2 Soal Selidik

Pengkaji telah membuat satu borang soal selidik yang mudah untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat tepat berdasarkan objektif kajian. Soal selidik adalah kaedah utama
dalam pemgumpulan data kerana dapat berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Terdapat 3
bahagian dalam borang soal selidik pengkaji iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A pengkaji
meletakkan demografi untuk responden manakala Bahagian B adalah mengenal pasti punca
pembuangan sampah yang tidak sistematik. Bahagian C pula pengkaji mengkaji kesan
pembuangan sampah yang tidak terurus. Borang soal selidik ini diberikan kepada penduduk
Taman Mulia, Bukit Gambir yang sudi memberikan kerjasama.

8
990907-01-6410

4.2.3 Pemerhatian

Pemerhatian adalah membuat tinjauan klinikal berkaitan sesuatu isu atau masalah dan
membina rumusan dapatan untuk menyelesaikan kajian ini. Kaedah ini merupakan kaedah
alternatif untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Kaedah ini memerlukan penyelidik
memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini penting supaya pengkaji lebih
memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

4.3 Data Sekunder

Data sekunder pula data yang diperoleh daripada penelitian dari sumber secara tidak langsung
melalui media pengantar. Pengkaji telah menggunakan kaedah keperpustakaan dan juga
melayari internet. Keadah rujukan ini adalah amat penting kepada pengkaji untuk dijadikan
sebagai rujukan.

4.3.1 Dokumentasi bahan rujukan

Rujukan merupakan sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan
bahan bertulis. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan
kepada umum. Bagi memperkukuhkan kajian terhadap isu pembuangan sampah yang tidak
sistematik, pengkaji melakukan rujukan daripada buku-buku ilmiah, majalah, dalam juga di
laman web. Rujukan ini juga dapat melengkapkan dan menambahkan fakta yang diperolehnya
tentang isu pembuangan sampah yang tidak sistematik.

4.3.2 Keperpustakaan

Pengkaji menggunakan kaedah keperpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan


data bagi membantu memudahkan kajian ini disiapkan. Pengkaji mencari bahan - bahan
rujukan tersebut yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Pengkaji mendapatkan rujukan di Pusat
Sumber Sekolah Menengah Bukit Gambir dan Perpustakaan Awam Bukit Gambir. Selain itu,
rujukan ini juga dapat menambahkan pemahaman tentang sesuatu konsep atau idea baru dan
meningkatkan hasil kerja kajian.

9
990907-01-6410

4.4 Cara Memproses Dan Mempersembahkan Data

Setelah maklumat dan data telah dikumpulkan oleh pengkaji melalui penggunaan beberapa
kaedah pengkaji akan memproses dan mempersembahkan data yang telah diperolehi. Pada
peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis secara deksriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik yang telah dijalankan untuk menghasilkan laporan
kajian. Data yang diperoleh daripada analisis ini, menggunakan kekerapan, peratusan, jadual,
graf, dan carta. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memproses data tersebut dengan
menggunakan skala YA atau TIDAK seperti yang berikut :

PERNYATAAN
YA
TIDAK

Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data kualitatif
merupakan data yang tidak boleh diukur melalaui skala nombor. Kaedah kuantatif pula
merujuk kepada data informasi yang berupa simbol angka atau bilangan. Berikut merupakan
instrument yang telah digunakan dalam data kualitatif dan kuantitatif.

Kaedah Instrument
Kualitatif Rujukan dan pemerhatian
Kuantitatif Borang soal selidik

10
990907-01-6410

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merujuk kepada keputusan analisis dan berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik yang telah dijalankan tentang punca dan kesan pembuangan sampah yang
tidak sistematik dalam kalangan penduduk Taman Mulia, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

5.1.1 Jantina

JANTINA BILANGAN ( ORANG ) PERATUS ( % )


Lelaki 14 46.7
Perempuan 16 53.3

Jadual 1 : Demografi Responden berdasarkan Jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2018

JANTINA

47%
53%

lelaki perempuan

Rajah 1 : Demografi Responden berdasarkan Jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2018

11
990907-01-6410

Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk di Taman Mulia, Bukit Gambir,
Tangkak, Johor. Berdasarkan jadual 1, hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden terdiri
daripada 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Dengan ini, dapat dilihat melalui graf di
rajah 1 yang menunjukkan peratusan lelaki sebanyak 46.7% manakala selebihnya iaitu 53.3%
merupakan peratusan responden perempuan.

5.1.2 Umur

UMUR BILANGAN ( ORANG ) PERATUS ( % )


Bawah 24 9 30
25-35 2 6.67
36-46 3 10
47-57 3 10
58-68 7 23.33
68 dan ke atas 6 20

Jadual 2 : Demografi responden mengikut peringkat umur

Sumber : Kajian lapangan 2018

UMUR

20%
30%

23% 6.67%
10%
10%

bawah 24 25-35 36-46 47-57 58-68 69 dan ke atas

Rajah 2 : Demografi responden mengikut peringkat umur

12
990907-01-6410

Sumber : Kajian lapangan 2018

Responden dalam kajian ini terdiri daripada enam peringkt umur, iaitu lingkungan 24 tahun ke
bawah, 25 tahun hingga 35 tahun, 36 tahun hingga 46 tahun, 47 tahun hingga 57 tahun, 58
tahun hingga 68 tahun, dan 50 tahun ke atas. Dalam jadual 2 dan rajah 2, responden yang
berusia dalam lingkungan 24 tahun ke bawah adalah paling ramai iaitu sebanyak 30% atau
seramai 9 orang. Terdapat 2 orang yang berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 35 tahun
yang bersamaan dengan 6.67%. 3 orang yang berumur dalam lingkungan 36 tahun hinggan 46
tahun dengan bersamaan 10%. Responden yang berusia dalam lingkungan 47 tahun hingga 57
tahun mewakili 10% atau 3 orang. Selain itu, bagi golongan yang berusia 58 tahun hinggan 68
tahun pula seramai 7 orang atau 23.33% manakala golangan yang berusia dalam lingkungan
69 tahun dan keatas sebanyak 20% atau seramai 6 orang.

5.1.3 Bangsa

Bangsa Bilangan ( orang ) Peratus ( % )


Melayu 15 50
Cina 9 30
India 6 20

Jadual 3 : Demografi responden mengikut bangsa

Sumber : Kajian Lapangan 2018

13
990907-01-6410

Bangsa

20%

50%

30%

Melayu Cina India

Rajah 3 : Demografi responden mengikut bangsa

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Responden dalam kajian ini, teridiri daripada tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Dalam
jadual 3 dan rajah 3, responden yang berbangsa Melayu merupakan paling ramai iaitu sebanyak
50% atau seramai 15 orang manakala 30% atau 9 orang merupakan responden Cina. Terdapat
responden India seramai 6 orang atau 20%. Bangsa responden diambil kira kerana responden
yang terdiri daripada pelbagai bangsa mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza
terhadap isu yang ingin dikaji.

14
990907-01-6410

5.2 PUNCA PEMBUANGAN SAMPAH YANG TIDAK SISTEMATIK DALAM


KALANGAN MASYARAKAT DI TAMAN MULIA, BUKIT GAMBIR.

5.2.1 SIKAP KURANG KESEDARAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

SIKAP KURANG KESEDARAN DALAM


KALANGAN MASYARAKAT
86.67% 86.67%
90.00% 73.33%
80.00% 66.67%
70.00%
60.00%
50.00% 33.33%
40.00% 26.67%
30.00% 13.33% 13.33%
20.00%
10.00%
0.00%
sampah dibuang kurang pengetahuan kurang pendidikan sikap malas untuk
merata-rata tentang tentang pengurusan mengitar semula
pengasingan sampah
sampah

Ya Tidak

Rajah 1: Sikap kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Menurut Kamus Dewan edisi keempat kesederan merujuk kepada perihal keadaan sedar
akan sesuatu, keinsafan bagi sesuatu. Berdasarkan borang soal selidik, punca utama
pembuangan sampah di Taman Mulia ialah sikap kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat
terhadap pengurusan sampah. Penduduk di Taman Mulia tidak mempratikan nilai sivik iaitu
nilai kesedaran dan kurang nilai prihatin terhadap alam sekitar. Kesedaran masyarakat dilihat
berada pada tahap terlalu rendah terhadap pengurusan sampah. Dengan ini, tindakan
membuang sampah merata-rata dengan andaian akan ada pihak yang mengambil peranan
membersihkan dan menguruskan sampah sarap tersebut.

Berdasarkan graf di atas menunjukkan sikap kurang kesedaran dalam kalangan


masyarakat di Taman Mulia terhadap pengurusan sampah. Penyataan yang pertama yang

15
990907-01-6410

berkaitan dengan punca utama ialah sampah dibuang merata-rata mendapat persetujuan
seramai 26 orang dan 86.67% dan tidak dapat persetujuan bagi penyataan ini sebanyak 4 orang
dan 13.33%. Bagi penyataan kedua yang dikemukaan kepada responden ialah kurang
pengetahuan tentang pengasingan sampah pula mendapat persetujuan 26 orang dengan
bersamaan 86.67% dan tidak dapat persetujuan seramai 4 responden iaitu 13.33% manakala
kurang pendidikan terhadap pengurusan sampah mendapat persetujuan responden seramai 22
orang dengan wajarannya 73.33% dan tidak mendapat persetujuan iaitu sebanyak 8 orang
dengan 26.67%.

Tambahan pula, penyataan keempat, sikap malas untuk mengitar semula juga dikatakan
sikap kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan mendapat persetujuan daripada
seramai 20 orang dengan peratus persamaan 66.67%. Ia juga tidak mendapat persetujuan bagi
penyataan ini sebanyak 10 orang bersamaan dengan 33.33%. Majoriti responden telah memilih
penyataan pertama iaitu sampah dibuang merata-rata. Hal ini kerana, sikap kurang kesedaran
dalam kalangan masyarakat terhadap pengurusan sampah di Taman Mulia, Bukit Gambir
menjadi punca utama pembuangan sampah yang tidak sistematik.

Kesimpulannya, min bagi punca sikap kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat
adalah sebanyak 78.34% dan bilangan responeden yang memilih ya seramai 24 orang.

5.2.2 PENGURUSAN PUNGUTAN SAMPAH YANG LEMAH

PENGURUSAN PUNGUTAN SAMPAH YANG


LEMAH
83.33% 83.33%
90.00%
80.00%
63.33% 60%
70.00%
60.00%
50.00% 36.67% 40%
40.00%
30.00% 16.67% 16.67%
20.00%
10.00%
0.00%
jadual pungutan pungutan sampah sikap sambil lewa tiada kemudahan
sampah yang tidak yang tidak pekerja pemungut pungutan longokan
tetap menyeluruh sampah sampah ' bulky '

Ya Tidak

16
990907-01-6410

Rajah 2: Pengurusan pungutan sampah yang lemah

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Pengurusan pengutan sampah yang lemah merupakan punca pembuangan sampah yang
tidak sistematik dalam kalangan masyarakat di Taman Mulia, Bukit Gambir. Pengurusan
pungutan sampah yang lemah merujuk kepada sistem yang diamalkan semasa memungut
sampah di sesuatu kawasan. Pekerja perlu memainkan peranan yang penting dalam
menguruskan memungutan sampah di taman-taman kerana dengan pengurusan pemungutan
sampah yang tidak cekap meninggalkan kesan buruk kepada penduduk sekitar dan
persekitaran.

Berdasarkan graf di rajah 2 menunjukkan hasil daripada persetujuan dan tidak


persetujuan bagi penyataan pengurusan pemugutan sampah yang lemah. Terdapat 25
responden memilih ya dengan bersamaan 83.33% dan 5 orang 16.67% iaitu memilih tidak bagi
jadual pungutan sampah yang tidak tetap. Dengan ini, pengkaji dapat simpulkan bahawa,
pekerja pemungut sampah tidak mengikut jadual pengutan sampah yang ditetapkan di kawasan
sekitar Taman Mulia. Selain itu, bagi pungutan sampah yang tidak menyeluruh merupakan
bilangan responden yang konsisten dengan responden bagi jadual pungutan sampah yang tidak
tetap.

Tambahan pula, 19 orang responden telah memilih ya dan 11 orang memilih tidak bagi
sikap sambil lewa pekerja pemungut sampah dengan wajarannya masing – masing 63.33% dan
36.67% manakala bagi penyataan tiada kemudahan pungutan longokan sampah ‘bulky’
merupakan 18 orang memilih ya dan 12 orang memilih tidak dengan peratus persamaan 60%
dan 40%. Jelaslah bahawa, majoritinya telah bersetuju bahawa pengurusan pungutan sampah
yang lemah merupakan salah satu punca pembuangan sampah di Taman Mulia Bukit Gambir.

Kesimpulannya, min bagi punca pengurusan pungutan sampah yang lemah adalah 22
orang responden yang bersetuju dengan bersamaan 73%.

17
990907-01-6410

5.2.3 KURANG PENGUATKUASAAN OLEH PIHAK BERKUASA

KURANG PENGUATKUASAAN OLEH PIHAK


BERKUASA
80.00% 76.67% 80.00%
73.33%
80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00% 26.67% 23.33%
30.00% 20.00% 20.00%
20.00%
10.00%
0.00%
tidak menyediakan kurang pemantauan tiada tindakan tegas kurang
tong kitar semula dan pengawalan yang diambil penguatkuasaan
pemungutan sampah terhadap aktiviti terhadap
pembuangan pembuangan
sampah haram sampah domestik

Ya Tidak

Rajah 3: Kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, penguatkuasaan merujuk kepada perihal atau
pembuatan menguatkuasakan sesuatu undang –undang. Dalam konteks ini, penguatkuasaan
oleh pihak berkuasa mempengaruhi pembuangan sampah oleh penduduk sekitar.
Penguatkuasaan adalah amat penting dalam menangani masalah pembuangan sampah di
kawasan sekitar taman tetapi berdasarkan penganalisisan daripada borang soal selidik
responden kebanyakkan memilih penyaataan ya bahawa kurang penguatkuasaan oleh pihak
berkuasa terhadap pembuangan sampah.

Perkara ini terbukti berdasarkan maklumat dikumpul, terdapat 24 orang responden 80%
memilih ya dengan penyataan tidak menyediakan tong kitar semula manakala seramai 6 orang
memilih tidak bagi penyataan tersebut dengan peratus persamaan 20%. Selain itu, penyataan
kurang pemantauan dan pengawalan pemungutan sampah adalah disebabkan oleh kurang
penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Dapatan kajian ini menunjukkan 22 orang responden
dengan 73.33% yang memilih kategori ya. Terdapat 8 orang yang memilih kategori tidak
dengan penyataan tersebut dengan wajarannya sebanyak 26.67%.

18
990907-01-6410

Di samping itu, dari aspek tiada tindakan tegas yang diambil terhadap aktiviti
pembuangan sampah haram, 23 orang memilih ya dan 7 orang memilih tidak bagi penyataan
itu dengan peratus persamaan masing – masing sebanyak 76.67% dan 23.33%, selain aspek
tersebut, terdapat juga aspek menyebabkan masyarakat membuangan sampah di taman adalah
kerana kurang pengatkuasaan terhadap pembuangan sampah domestik. Terdapat 22 orang
responden bersetuju dan 8 orang responden tidak setuju dengan aspek tersebut. Ia menunjukkan
peratusnya ialah 80% dan 20 %.

Kesimpulannya, kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa menyebabkan


peningkatan pembuangan sampah dalam kalangan masyarakat sekitar di Taman Mulia, Bukit
Gambir. Min bagi punca ini ialah 23 orang dengan bersamaan 78%.

5.3 KESAN AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH YANG TIDAK SISTEMATIK

TERHADAP MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MULIA,

BUKIT GAMBIR.

5.3.1 PENCEMARAN BAU

PENCEMARAN BAU
93.33%
100.00%
90.00%
73.33%
80.00%
70.00% 56.67%
60.00%
43.33%
50.00%
40.00% 26.67%
30.00%
20.00% 6.67%
10.00%
0.00%
bau busuk dan bau sampah yang longkang di kawasan
kurang menyenagkan dibakar taman berbau busuk
daripada sampah
reput

Ya Tidak Column1

Rajah 1: Pencemaran bau

19
990907-01-6410

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pencemaran bau perbuatan mencemarkan


kebersihan alam sekeliling yang mempunyai atau mengeluarkan bau busuk akibat daripada
perbuatan manusia. Dengan amalan pembuangan sampah yang tidak sistematik menyebabkan
berlakunya masalah pencemaran bau di Taman Mulia, Bukit Gambir. Pencemaran bau yang
berlaku akibat daripada pembuangan sampah oleh masyarakat sekitar meninggalkan banyak
kesan kepada penduduk dan persekitaran.

Rajah 1 menunjukkan pencemaran bau akibat daripada amalan pembuangan sampah


yang dilakukan oleh penduduk sekitar di Taman Mulia, Bukit Gambir. Soalan 1 yang disoal
kepada reponden ialah bau busuk dan kurang menyenangkan daripada sampah reput. Bagi
soalan ini, 28 orang iaitu sebanyak 93.33% yang setuju dengan kesan daripada amalan
pembuangan sampah di Taman Mulia dan hanya 2 orang dengan wajarannya 6.67% yang tidak
setuju dengan soalan yang kemukakan kepada mereka. Bagi penyataan kedua pula iaitu bau
sampah yang dibakar, terdapat 17 responden yang memilih kategori ya sebanyak 56.67%
manakala memilih katogeri tidak sebanyak 13 orang responden. Selain itu, bagi soalan 3 yang
dikemukakan kepada penduduk sekitar adalah longkang di kawasan taman berasa busuk.
Sehubungan dengan itu, seramai 22 responden bersetuju dan 8 orang responden tidak setuju
dengan peratus persamaan masing-masing 73.33% dan 26.67%.

Pengkaji dapat simpulkan bahawa, amalan pembuangan sampah oleh penduduk sekitar
di Taman Mulia, Bukit Gambir meninggalkan kesan pencemaran bau. Min bagi kesan ini ialah
sebanyak 74%.

20
990907-01-6410

5.3.2 PEMBIAKAN HAIWAN VEKTOR MENINGKAT

PEMBIAKAN HAIWAN VEKTOR


MENINGKAT
83.33%
90.00%
80.00% 70%
70.00% 53.33%
60.00% 46.67%
50.00%
40.00% 30%
30.00% 16.67%
20.00%
10.00%
0.00%
pembiakan tikus kehadiran lalat di pembiakan nyamuk
meningkat di kawasan di kawasan air
kawasan sekitar pembuangan bertakung
rumah sampah dan rumah

Ya Tidak

Rajah 2 : Pembiakan haiwan vektor meningkat

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Maksud pembiakan haiwan vektor meningkat menurut Kamus Dewan edisi keempat
ialah perihal atau perbuatan membiak oleh binatang secara bertambah di sesuatu kawasan
akibat daripada pembuangan sampah yang tidak diurus. Pembiakan haiwan vektor di Taman
Mulia, Bukit Gambir disebabkan oleh masyarakat kawasan tersebut tidak bertanggungjawab
dalam menguruskan sampah dengan sistematik. Sebagai contoh, penduduk di kawasan tersebut
tidak membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Mereka membuang sampah di longkang
dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pembuangan sampah yang tidak sistematik akan
meninggalkan kesan negatif iaitu peningkatan pembiakan haiwan vektor.

Perkara ini terbukti berdasarkan maklumat yang dikumpul, bagi soalan 1 yang
dikemukakan kepada responden ialah pembiakan tikus meningkat di kawasan sekitar rumah.
Responden yang paling tinggi memilih kategori ya iaitu seramai 25 orang 83.33% dan kategori
yang memilih tidak seramai 5 orang dengan persamaan 16.67% bagi soalan tersebut. Selain itu,
soalan 2 yang disoalkan ialah kehadiran lalat di kawasan pembuangan sampah dan rumah.

21
990907-01-6410

Terdapat 21 orang yang bersetuju dan 9 orang tidak bersetuju dengan wajaran masing – masing
70% dan 30%. Pembiakan nyamuk di kawasan air bertakung menyebabkan pembiakan haiwan
vektor meningkat. Menurut responden seramai 14 orang dengan 46.67% memilih kategori ya
dan 16 orang dengan wajarannya sebanyak 53.33% memilih kategori tidak.

Secara umumnya, amalan pembuangan sampah tentu meningkalkan kesan negatif iaitu
pembiakan haiwan vektor di kawasan pembuangan sampah mahupun sekitar kawasan
perumahan. Bagi kesan ini, minnya ialah separuh daripada bilangan responden iaitu sebanyak
21 orang 66.67%.

5.3.3 MENJEJASKAN SISTEM PERPARITAN

MENJEJASKAN SISTEM PERPARITAN


93.33%
100.00%
90.00% 76.67%
80.00% 70%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00% 30%
23.33%
30.00%
20.00% 6.67%
10.00%
0.00%
longkang akan air bertakung ganggu aliran air
tersumbat ketika hujan

Ya Tidak

Rajah 3 : Menjejaskan sistem peparitan

Sumber : Kajian Lapangan 2018

22
990907-01-6410

Menurut Kamus Dewan edisi kempat, sistem peparitan merujuk kepada cara atau
kaedah untuk melalukan sesuatu aturan untuk mengalirkan air secara terusan. Tabiat
masyarakat di kawasan sekitar Taman Mulia, Bukit Gambir membuang sampah sesuka hati ke
dalam sistem peparitan menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah aliran longkang
utama di kawasan tersebut. Keadaan diburukkan lagi dengan pembuangan sisa domestik
sehingga menyebabkan longkang dan lubang pembetung tersumbat dan menyekat aliran air
sehingga bertakung.

Berdasarkan graf di rajah 3 menunjukkan hasil daripada persetujuan dan tidak


persetujuan bagi penyataan 1 iaitu bagi kesan menjejaskan sisitem peparitan. Terdapat
responden yang paling tinggi iaitu seramai 28 orang 93.33% bersetuju dan juga hanya 2 orang
yang tidak setuju dengan penyataan tersebut. Selain itu, bagi penyataan 2 yang dikemukakan
kepada responden ialah air akan bertakung akibat daripada sistem peparitan yang tidak cekap.
Majoritinya bersetuju bahawa dengan pembuangan sampah yang tidak diurus akan
menyebabkan longakang akan tersumbat dan menjejaskan sistem peparitan. Seramai 21
responden 70% bersetuju dan 9 orang responden dengan peratusannya 30% tidak setuju bagi
penyataan 2. Bagi penyataan 3 ialah ganggu aliran air ketika hujan. Dengan pembuangan
sampah yang menjejaskan sistem perparitan dengan mengganggu aliran air ketika hujan.
Perkara ini dapat dijelaskan seperti berikut. Penduduk yang tinggal sekitar Taman Mulia telah
membuang sampah di longkang dan sampahnya akan tersumbat. Ia akan menggangu aliran air
longkang pada hari biasa manakala hari hujan akan melempah air longkong ke perumahan di
kawasan sekitar. Bagi penyataan ini, persetujuan seramai 23 orang dengan peratus persamaan
sebanyak 76.67%. Penyataan bagi tidak barsetuju adalah seramai 7 orang dengan bersamaan
sebanyak 23.33%.

Kesimpulannya, kesan yang ketiga daripada kurang kesedaran penduduk di Taman Mulia,
Bukit Gambir terhadap pembuangan sampah ialah menjejeskan sistem peperitan. Dengan
penjejasan sistem peparitan akibat daripada longkang tersumbat, air bertakung, dan gangguan
aliran air hujan. Min bagi kesan ketiga ialah 24 orang dengan wajaran 80%.

23
990907-01-6410

5.3.4 KESIHATAN DAN KESELESAAN PENDUDUK TERJEJAS

KESIHATAN DAN KESELESAAN PENDUDUK


TERJEJAS
90%
90%
80% 63.33%
70% 53.33%
60% 46.67%
50% 36.67%
40%
30%
20% 10%
10%
0%
kerap menghidap sampah tidak peningkatan kes-kes
bau busuk daripada dipungut penyakit disebabkan
sampah menjejaskan oleh haiwan vektor
pandangan mereka

Series 1 Series 2 Column1

Rajah 4 : Kesihatan dan keselesaan penduduk terjejas

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Menurut kamus dewan edisi keempat kesihatan merujuk kepada perihal sihat,
kesegaran, kebaikan seseorang, manakala keselesaan merujuk kepada perihal selesa, keadaan
rasa selesa bagi seseorang. Pembuangan sampah yang tidak sistematik dan tidak diurus dengan
baik di kawasan Taman Mulia, Bukit Gambir di mana tiada tong kitar semula yang disediakan
oleh pihak berkuasa, menyebabkan kawasan tersebut tidak mempunyai tempat khusus untuk
membuang atau mengitar semula bahan-bahan buangan. Dengan ini, mereka mengambil
inisiatif dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu, pembuangan sampah yang
tidak diurus memberikan kesan negatif kepada kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar
kawasan tersebut. Sisa-sisa pembuangan sampah ini juga membawa pelbagai wabak penyakit
yang disebarkan oleh haiwan-haiwan vektor seperti tikus, lipas, dan nyamuk. Sehungan dengan
itu, penularan pelbagai wabak penyakit kesan daripada amalan pembuangan sampah seperti
demam denggi, Taun, Malaria dan keracunan makanan. Secara langsung akan menjejaskan
kesihatan penduduk di Taman Mulia, Bukit Gambir.

24
990907-01-6410

Kesan yang seterusnya akibat daripada amalan pembuangan sampah yang tidak
sistematik ialah menjejaskan kesihatan dan keselesaan penduduk di Taman Mulia, Bukit
Gambir. Terdapat soalan yang disoalkan terhadap responden yang pertama ialah kerap
menghidap bau busuk daripada sampah. Majoritinya iaitu seramai 27 orang bersetuju dan
hanya 3 orang tidak bersetujuan dengan peratusnya sebanyak 90% dan 3% bagi soalan tersebut.
Selain itu, sampah tidak dipungut telah menjejaskan pandangan mereka pula seramai 11 orang
bersetuju dan 19 orang tidak bersetuju dengan wajaran masing – masing ialah 36.67% dan
63.33%. Selain itu, peningkatan kes-kes penyakit disebabkan oleh haiwan – haiwan vektor di
kawasan kajian. Terdapat 16 orang responden memilih kategori ya dengan peratusannya
sebanyak 53.33% dan mereka yang memilih kategori tidak seramai 14 orang responden dengan
wajarannya sebanyal 46.67%.

Secara umumnya, salah satu kesan daripada amalan pembuangan sampah yang tidak
sistematik merupakan kesihatan dan keselesaan penduduk terjejas. Min bagi kesan ini ialah 18
orang dengan peratusnya sebanyak 60%.

25
990907-01-6410

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti punca pembuangan sampah
yang tidak diurus dalam kalangan masyarakat Taman Mulia, Bukit Gambir dan mengkaji kesan
pembuangan sampah yang tidak sistematik terhadap masyarakat dan alam sekitar di kawasan
tersebut. Kesan menjejaskan sistem peparitan merupakan amalan pembuangan sampah yang
tidak sistematik merupakan majoriti penduduk di kawasan sekitar Taman Mulia, Bukit Gambir
bersetuju dengan kesan utama tersebut. Selain itu, borang soal selidik diberikan kepada 30
orang responden dan telah dianalisis untuk mendapatkan punca pembuangan sampah yang
tidak diurus dan kesan pembuangan sampah yang tidak sistematik dalam kalangan masyarakat.

Hasil kajian mendapati sebanyak 78.34% responden bersetuju dengan penyataan sikap
pembuangan sampah dalam kalangan masyarakat. Majoriti penduduk bersetuju dengan
penyataan ini. Selain itu, sebanyak 73% responden bersetuju dengan penyataan pengurusan
pungutan sampah yang lemah menjadi punca pembuangan sampah yang tidak sistematik dalam
kalangan penduduk. Bagi penyataan 3 pula sebanyak 78% bersetuju bahawa kurang
penguatkuasaan oleh pihak berkuasa mengakibatkan peningkatan pembuangan sampah.

Hasil kajian mendapati sebanyak 74% responden bersetuju dengan soalan 1 di bahagian
C iaitu pencemaran dan 66.67% responden bersetuju dengan penyataan iaitu peningkatan
haiwan vektor. Selain itu, bagi penyataan menjejaskan sistem peparitan ini sebanyak 80% yang
bersetuju dengan penyataan ini manakala bagi penyataan kesihatan dan keselesaan penduduk
terjejas pula bilangan yang bersetuju sebanyak 60%.

Kesimpulannya, amalan pembuangan sampah yang tidak sistematik membawa kesan


negatif kepada penduduk dan alam sekitar. Hasil kajian saya telah mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

26
990907-01-6410

RUJUKAN

Azlah Md ali (2009), Metodologi kajian. Dicapai pada Februari 15 ,2018 dari

studentsrepo.um.edu.My .

Febrina Ayunigntyas, (2009), Konsep sambah dan pembuangan sampah. Dicapai pada

March 18, 2018 dari http://stikeskabmalang.wordpress.com .

Google Maps (2005), Peta Bukit Gambir. Dicapai pada Februari 18, 2018, daripada

google.maps.com.

Google Maps (2005), Peta Daerah Tangkak. Dicapai pada Februari 18, 2018, daripda

https://www.google.com.

Google Maps (2005), Peta Johor Darul Takzim. Dicapai pada Februari 18, 2018, daripada

google.maps.com.

Kamariah Mohd. Saidin, (2003). Dari Era hijau : Pekhidamatan Pembuangan Sisa .Jilid

3, Putrajaya, Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2011. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Aziha Azmi, 2003, Dari Era hijau : Pengurusan Sisa Pepejal Tanggungjawab Bersama

Demi Mecapai Kehidupan Sejahtera, Jilid 4, Putrajaya, Universiti Putra Malayia.

Prezi (2009), Punca pembuangan sampah. Dicapai pada Februari 13 2018, dari

https://prezi.com.

See yin, (2014), Kesan Pembuangan Sampah Sarap, Dicapai pada March 24 2018, dari

https://prezi.com .

Sulaiman Zakaria, 2011, Dari Siri Menjana Minda : Alam Sekitar, Kuala Lumpur,

Penerbit Sinar Cemerlang.

27
990907-01-6410

LAMPIRAN

BAHAGIAN B: MENGANALISIS PUNCA PEMBUANGAN SAMPAH YANG TIDAK


SISTEMATIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI TAMAN
MULIA, BUKIT GAMBIR.

a) Sikap kurang kesedaran dalam kalangan masyarkat


Ya Tidak
B1 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 26 86.67 4 13.33%
1.2 26 86.67 4 13.33%
1.3 22 73.33 8 26.67%
1.4 20 66.67 10 33.33%
Min 24 78.34 6 21.66

b) Pengurusan pungutan sampah yang lemah

Ya Tidak
B2 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 25 83.33 5 16.67
1.2 25 83.33 5 16.67
1.3 19 63.33 11 36.67
1.4 18 60 12 40
Min 22 72.5 8 27.5

c) Kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa


Ya Tidak
B3 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 24 80 6 20
1.2 22 73.33 8 26.67
1.3 23 76.67 7 23.33
1.4 22 80 8 20
Min 23 77.5 7 22.5

28
990907-01-6410

BAHAGIAN C : MENGANALISIS KESAN PEMBUANGAN SAMPAH YANG TIDAK

SISTEMATIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI TAMAN

MULIA, BUKIT GAMBIR.

a) Pencemaran bau
Ya Tidak
C1 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 28 93.33 2 6.67
1.2 17 56.67 13 43.33
1.3 22 73.33 8 26.67
Min 22 74 8 26

b) Pembiakan haiwan vektor meningkat


Ya Tidak
C2 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 25 83.33 5 16.67
1.2 21 70 9 30
1.3 14 46.67 16 53.33
Min 22 66.67 8 33.33

c) Menjejaskan sistem peparitan


Ya Tidak
C3 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 28 93.33 2 6.67
1.2 21 70 9 30
1.3 23 76.67 7 23.33
Min 24 60 6 40

d) Kesihatan dan keselesaan penduduk terjejas


Ya Tidak
C4 Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1.1 27 93.33 3 6.67
1.2 11 70 19 30
1.3 16 76.67 14 23.33
Min 18 80 12 20

29

Anda mungkin juga menyukai