Anda di halaman 1dari 4

Para murid yang dikasihi, majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk

senyap dan tumpukan perhatian pada majlis yang akan berlangsung.

Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Cairo. Diminta guru kelas mengambil kehadiran murid-murid

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En , Guru Besar Sekolah kebangsaan Kota diiringi
oleh penolong-penolong kanan pentadbiran sekolah.

Para guru dan murid dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Lagu
Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah.

Para guru dan murid sekalian dipersilakan duduk.

Ceria wajah dalam majlis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa.

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Negeri Sembilan negeri tercinta.

Yang Berusaha,
En Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota.

Yang Dihormati,
Tn Hj Ab Hamid Bin Ibrahim,
Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati,
Tn Hj Rusli Bin Said,
Penolong Kanak Pentadbiran.

Yang Dihormati,
Pn Noryah Binti Mat Ajid,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah dan kurnia-Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menghadiri perhimpunan rasmi serta
Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Ladang Cairo 2018.

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan untuk bacaan doa yang akan dibacakan oleh adik
Vaanisha a/p Sundhar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai bacaan doa.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Vaanisha a/p
Sundhar atas bacaan doa itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya, memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha, En Mohd


Zaidi Bin Hj Yusoff Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Cairo bagi
menyampaikan ucapan. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.

Setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.
Hadirin sekalian, tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Untuk itu, dipersilakan kumpulan
murid tahun 5 untuk mempersembahkan lakonan ringkas sempena sambutan pelancaran
bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2018. Majlis mempersilakan.

Setelah usher bersedia untuk gimik pelancaran.

Hadirin sekalian, Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, En Mohd Zaidi bin Hj Yusoff,
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Ladang Cairo diiringi oleh barisan Penolong
kanan Sekolah Kebangsaan kota untuk menyempurnakan gimik pelancaran bulan
kemerdekaan 2018. Majlis mempersilakan.

Setelah selesai gimik pelancaran.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik pelancaran dan
persembahan itu tadi.

Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara persembahan.
Dipersilakan kumpulan koir dari Kelas 5 Arivu dengan lagu “Aku Negaraku” . diikuti dengan
Kumpulan Koir 4 Arivu dengan lagu “” Dijemput pelajar dari 3 Arivu untuk menyampaikan
Sajak bertemakan Merdeka dan diikuti dengan pelajar dari 2 Arivu dengan Pantun
“Merdeka”.

Terima kasih atas persembahan tadi.

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema bulan
kemerdekaan. Untuk itu, para guru dan murid yang dikasihi dipersilakan untuk berdiri bagi
sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku Sehati Sejiwa, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya nyanyian lagu tema bulan kemerdekaan itu tadi, maka
berakhirlah majlis perhimpunan kita pada pagi ini.

Akar Keladi Melilit Selasih,


Selasih Tumbuh Tepi Jambangan,
Kalungan Budi Junjungan Kasih,
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Dicelah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Akhir kata, saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah dan silap
sepanjang pengendalian majlis. Sekian terima kasih dan salam hormat.

Anda mungkin juga menyukai