Anda di halaman 1dari 2

Cabaran-cabaran dalam pengukuhan perpaduan kaum.

Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan mengeratkan perpaduan


dan hubungan yang baik dalam kalangan entik yang menjadi rakyat Malaysia, masih
terdapat beberapa kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini.
Keharmonian hubungan etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang
mampu menjejaskan hubungan antara etinik dan perpaduan masyarakat majmuk di
Malaysia. Terdapat tiga cabaran utama yang menjadi tajuk utama daripada 21 orang
responden yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam masyarakat kita iaitu
terdiri daripada cabaran dari segi politik, ekonomi dan cabaran dari segi keagamaan
dan kebudayaan.
Cabaran dalam pengukuhan perpaduan kaum yang pertama adalah dari segi
politik. Dunia politik sememangnya penuh konroversi dimana terdapat pebagai
indicidu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingannya sendiri. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat segelintik ahli politik yang tidak amanah dengan
menggunakan taktik kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan
mengapi-apikan sentimen perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini
menyebabkan kaum seolah-olah berdendam, bersangka buruk dan tidak mahu
berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. Cabaran ini juga timbul apabila
sesetengan kaum tidak mahu menerima pemimpin yang bukan terdiri daripada kaum
mereka sendiri dan sentiasa mencari kesalahan pemimpin tersebut untuk
menampakkan kepinccangan kepimpinan. Selain itu, politik juga boleh menimbulkan
perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan
kepentingan etinik tertentu dibuat tanpa diambil kira kepentingan smua pihak. Jika isu
perkauman seperti bahasa, kebudayaan pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi
diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, pasti tindakan ini tidak
akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
Cabaran pengukuhan perpaduan kaum yang seterusnya adalah dari segi ekonomi.
Cabaran dari segi ekonomi ini telah lama terjadi sejak zaman penjajahan lagi
terutamanya pada zaman penjajahan British. Proses menuju kearah perpaduan negara
adalah suatu perkara yang kompleks, dimana konfliks mungkin akan berlaku secara
langsung dan tidak langsung dalam menangani perbezaan sosio budaya dikalangan
kepelbagaian kumpulan etnik. Ketika zaman penjajahan, British telah
memperkenalkan satu kaedah ekonomi secara berkelompok yang dikenali sebagai
pecah dan perintah iaitu rakyat bukan sahaja dipisahkan dari segi aktiviti ekonomi,
tetapi rakyat pada waktu itu ditetapkan mengikut tempat yang berbeza berdasarkan
kaum yang sama. Semasa dasar ini dikendalikan, masyarakat Melayu dan orang asli
ditempatkan di di kawasan luar bandar atau dikawasan tepi pantai kerana waktu itu
masyarakat Melayu mahir dalam perikanan dan pertanian. Manakala, masyarakat
Cina pula ditempatkan di bandar-bandar atau di lombong-lombong bijih timah kerana
mereka mahir dalam bidang perlonongan dan perdagangan. Selain itu, masyarakat
India ditempatkan di ladang-ladang getah. Perpidahan dari segi ekonomi ini
mennyebabkan berlakunya jurang antara kaum-kaum tersebut dan menimbulkan
perasaan iri hati dalam kalangan mereka kerana tindakan berat sebelah yang
dilakukan oleh British. Kesan daripada hal ini begitu mendalam sehingga masih dapat
dilihat sehingga kini. Pada pasa ini kita dapat melihat bahawa masyarakat Cina
mendominasi bidang perdagangan dan masyarakat india masih ramai yang terlibat
dalam bidang perladangan manakala selintir masyarakat Melayu masih giat
malakukan aktiviti perikanan dan pertanian di luar bandar. Pemisahan ini menjadikan
interaksi antara kaum menjadi sukar. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu memberi
peranan penting dalam membuka pekerjaan yang mana memberi peluang yang sama
kepada semua kaum. Pembangunan ekonomi merupakan nadi kepada keajuan negara
dan bangsa, maka sistem pemisahan dari segi ekonomi ini seharusnya dibendung agar
sifar perkauman yang menebal dalam kalangan masyarakat majmuk dapat
dihapuskan.
Cabaran dalam pengukuhan perpaduan kaum yang terakhir adalah dari segi
keagamaan dan kebudayaan. Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik
mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Cina dan
India terus dengan sistem hidup berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap
kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka dan
mengutamakan kelompok etnik mereka. Ini merupakan cabaran yang tidak dapat
dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan , budaya dan agama mereka
yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap
kebudayaan dan bahasa mereka dan takut identiti budaya mereka hilang seiring
hilangnya keistimewaan mereka dalam negara. Di samping itu, terdapat juga batasan
dan peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana
pabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang
terjadi dalam kalangan bahasa lain.

Anda mungkin juga menyukai