1.0 Pendahuluan
Integrasi nasional merupakan salah satu usaha yang berterusan ke arah menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia. Dalam konteks ini, identiti nasional perlu
dipertahankan bagi memastikan perpaduan antara masyarakat majmuk di Malaysia dapat
dipelihara. Dari sudut sejarah, kedatangan golongan imigran secara besar-besaran ke Tanah
Melayu bagi memenuhi tuntutan imperialisme Barat telah mewujudkan masyarakat majmuk di
negara ini. Walaubagaimanapun, dasar penjajahan British memperlihatkan jurang antara kaum
yang menjadi isu dan agenda utama dalam hubungan etnik sekaligus menggugat pembentukan
integrasi nasional di Malaysia. Menurut Hablillah (2015), usaha ke arah mengintegrasikan
perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat diterima oleh orang bukan Melayu dan
inilah yang merupakan salah satu agenda di sebalik penjajahan British sebelum Merdeka.
Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan dalam pentadbiran British menjadi titik permulaan
berlakunya jurang perkauman sekaligus memberi kesan jangka panjang terhadap integrasi
nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Buktinya, permasalahan melibatkan kaum
di Malaysia masih lagi berlaku sehingga kini berikutan sikap segelintir golongan yang sengaja
melakukan provokasi dengan menyentuh sensitiviti kaum-kaum tertentu. Justeru, tidak dinafikan
bahawa isu dan cabaran dalam pembentukan integrasi nasional perlu dipandang serius oleh
semua rakyat tanpa mengira kaum dan etnik.
Menurut Dr. Chandra Muzaffar, jika dilihat pada dari segi perkembangan hubungan etnik,
kontroversi kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa fasa di mana fasa pertama
bermula pada tahun 1950-an yang lebih kepada isu kewarganegaraan dan kontrak sosial
[ CITATION Has091 \l 1033 ]. Fasa kedua ialah pada tahun 1960-an yang panas dengan isu
bahasa sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), fasa ketiga pada tahun 1970-an dan
1980-an yang memperlihatkan krisis mengenai kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan
etnik serta fasa terakhir iaitu pada tahun 1990-an sehingga kini di mana isu-isu agama begitu
kuat mempengaruhi hubungan antara kaum di negara ini [ CITATION Has091 \l 1033 ].
Berdasarkan perkembangan tersebut, isu-isu melibatkan hubungan etnik dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial sememangnya wujud sejak era penjajahan British dan menjadi cabaran
terbesar yang wajar ditangani dalam pembentukan integrasi nasional.
1
2.1 Aspek politik
Impak penjajahan dan kemasukan imigran pada era British telah membentuk sosio politik
yang baharu di Tanah Melayu. Pengenalan gagasan Malayan Union bagi memudahkan urusan
pentadbiran British membawa kepada titik tolak perjuangan orang Melayu dalam menentang
gagasan tersebut. Hal ini kerana gagasan tersebut dianggap memberi keuntungan kepada
orang bukan Melayu sekaligus mengancam kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
sebagai penduduk asal. Namun, penubuhan United Malays National Organisation (UMNO)
yang bertujuan membela hak Melayu berjaya menggagalkan rancangan pembentukan Malayan
Union pada bulan Jun 1946 [ CITATION Rus03 \l 1033 ]. Dalam masa yang sama, orang Cina juga
telah menyuarakan reaksi mereka terhadap Malayan Union melalui pertubuhan, kesatuan dan
akhbar-akhbar Cina (Hablillah, 2015). Justeru, dapat dilihat bahawa kesan penjajahan British
telah mewujudkan politik tanah air yang bersifat perkauman. Menurut Abdul Rahman & Azmi
Arifin (2015), kemuncak politik bersifat perkauman semakin meruncing pada tahun 1950-an
apabila keadaan politik di Tanah Melayu kuat dipengaruhi oleh fahaman komunal. Dalam
konteks ini, parti politik khususnya parti pembangkang cenderung untuk menyuarakan tuntutan
bagi membela hak kaum masing-masing. Tambahan lagi, tindakan segelintir pemimpin parti
yang mengambil kesempatan dengan memperalatkan isu-isu perkauman untuk kepentingan
individu mendorong semangat etnisiti yang menebal dalam kalangan etnik tertentu.
2
2.2 Aspek ekonomi
Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan semasa era pentadbiran British di Tanah
Melayu memberi kesan yang amat mendalam terhadap pembentukan integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum terutamanya dari segi ekonomi. Menurut Tan (2010),
dasar ekonomi dualisme bersifat pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah Inggeris
mengakibatkan etnik Cina telah menguasai sektor ekonomi moden di kawasan bandar. Hal ini
menunjukkan bahawa pengenalan kaum mengikut ekonomi dan perbezaan sektor pekerjaan
yang dilaksanakan oleh British telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum yang amat
ketara. Situasi ini menyebabkan berlakunya etnosentrisme dalam kalangan etnik tertentu
terutamanya apabila timbul perasaan tidak puas hati dan syak wasangka. Secara tidak
langsung, pembentukan integrasi nasional lebih mencabar sekiranya wujud perasaan negatif
atau sikap prejudis dalam masyarakat berbilang kaum. Bukan itu sahaja, dasar penjajahan
British turut mencorakkan pemisahan penempatan yang menyukarkan proses integrasi antara
kaum. Hal ini kerana perbezaan tempat tinggal menyebabkan masyarakat berbilang etnik tidak
dapat berkomunikasi dengan baik seterusnya mencetuskan sikap prejudis antara kaum.
3
dan bukan bumiputera serta penduduk bandar dan luar bandar semakin melebar terutama sejak
2009 [ CITATION Ain18 \l 1033 ]. Kajian ini memperlihatkan masih berlakunya jurang ekonomi
antara masyarakat berbilang kaum dan etnik mengikut ciri penempatan sehingga beberapa
tahun yang lalu. Hal ini membuktikan dasar yang dilaksanakan oleh British memberi kesan
jangka panjang terhadap sektor ekonomi di Malaysia. Justeru, cabaran dalam bidang ekonomi
perlu ditangani secara berterusan melalui dasar-dasar yang mengambil kira keperluan semua
kaum agar kesepaduan nasional antara masyarakat majmuk di Malaysia dapat dibentuk.
Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai penghinaan agama yang bersifat provokasi semakin
tular dalam kalangan etnik yang berbeza. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Fuziah Saleh, angka aduan yang diterima sebanyak 10,000 berkaitan kes penghinaan
agama Islam sangat membimbangkan kerana boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum (Hajar, 2019). Dalam konteks ini, tindakan menyentuh sensitiviti
agama oleh golongan tertentu secara tidak langsung akan menggugat perpaduan kaum yang
4
pelbagai di Malaysia. Isu-isu melibatkan agama sebenarnya telah lama dicetuskan oleh pihak-
pihak tertentu seperti golongan ekstremis agama atau golongan yang cuba menimbulkan sikap
prejudis terhadap kaum tertentu dengan menyentuh sensitiviti agama. Hasnah Hussiin (2009)
menyatakan bahawa golongan ekstremis agama sering menggunakan isu agama untuk
membentuk kebencian dan porak peranda dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Hal ini menunjukkan bahawa usaha dalam membentuk integrasi nasional di
Malaysia amat mencabar sekiranya masyarakat berbilang etnik tidak dapat menerima dengan
terbuka perbezaan agama dan amalan kebudayaan yang menjadi pegangan kaum tertentu.
Justeru, setiap anggota masyarakat perlu memupuk sikap saling mengormati agama dan
budaya etnik lain bagi mengikis perasaan syak wasangka seterusnya menghapuskan
diskriminasi kaum mengikut pegangan agama.
3.0 Penutup
Secara keseluruhannya, integrasi nasional masih sukar dicapai sekiranya setiap kaum
masih memiliki perasaan kekitaan dengan mengutamakan kepentingan kaum masing-masing.
Menurut Mansor, Abdul Rahman & Ainuddin (2006), integrasi nasional penting kerana ia akan
mengikis sentimen perkauman yang boleh merobohkan benteng perpaduan sebagaimana yang
telah berlaku pada 13 Mei 1969. Dalam konteks ini, pembentukan satu identiti nasional dapat
membuang sikap prejudis, stereotaip, etnosentrisme dan etnisiti sekaligus mengapuskan konflik
dan ketegangan antara kaum. Justeru, masyarakat majmuk di negara ini seharusnya sentiasa
bersedia dalam kerjasama sosial antara kaum bagi mengelakkan perselisihan faham yang tidak
diingini. Hakikatnya, masalah perkauman masih tetap berlaku sehingga ke hari ini terutamanya
dalam era globalisasi yang kian mencabar. Hal ini kerana ruang lingkup dunia yang semakin
luas terbuka memudahkan penyebaran maklumat palsu oleh pihak tertentu yang sengaja
mencetuskan provokasi terhadap etnik tertentu. Bukan itu sahaja, pengaruh dari luar juga
menjadi faktor penting terhadap kesulitan mencapai integrasi nasional di Malaysia. Contohnya,
isu ‘The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination’ atau
dikenali sebagai ICERD dilihat sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang
Melayu dan Islam serta menjadi antara isu sensitif di Malaysia yang diperjuangkan oleh kaum
tertentu. Justeru, jelaslah bahawa cabaran dalam pelbagai aspek perlu diatasi dengan
sewajarnya berpandukan perlembagaan persekutuan dan kontrak sosial agar integrasi nasional
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
5
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman, & Azmi Arifin. (2015). Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan
Kemerdekaan . Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ainiza. (2018, Oktober 30). Segera rapatkan jurang pendapatan antara kaum. Retrieved from Utusan
Online: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/segera-rapatkan-jurang-pendapatan-
antara-kaum-1.778073
Hablillah. (n.d.). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga, Pendidikan
dan Agama. Retrieved from Academia Edu:
https://www.academia.edu/4668003/CABARAN_INTEGRASI_ANTARA_KAUM_DI_MALAYSIA_PE
RSPEKTIF_SEJARAH_KELUARGA_PENDIDIKAN_DAN_AGAMA
Hajar . (2019, Mac 13). Jakim terima 10,000 aduan hina agama Islam. Retrieved from Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jakim-terima-10-000-aduan-hina-agama-islam-
201006
Hasnah Hussiin. (2009). Artikel Kenegaraan dan Hubungan Etnik. Pahang: Penerbit Universiti Malaysia
Pahang.
Laporan Khas. (2018, November 23). Penolakan ICERD Malaysia di Mata Dunia. Retrieved from
MalaysiaKini: https://pages.malaysiakini.com/icerd/my/
Mansor, Abdul Rahman, & Ainuddin. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor: earson Malaysia
Sdn. Bhd.
Mohamed Ali, & Ayu Nor Azilah. (2017). Impak Penjajahan British dan Jepun Terhadap Hubungan
Melayu-Cina di Tanah Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 4 Bil 2, 94-106.
Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tan. (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa Dalam Sistem Pendidikan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.