Anda di halaman 1dari 8

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 2172

FOLIO :
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA : MUHAMMAD AKMAL HAQIM BIN ZAIDI


NO K.P : 050113-08-0461
ANGKA GILIRAN : AKV0523EA012
KELAS : DEA SEMESTER 2
TAHUN : 1
NAMA PENSYARAH : PUAN HARWANI BINTI ABDULLAH
ISI KANDUNGAN
BI TAJUK MUKA SURAT
L
1 PENGENALAN 1
2 PEMBENTUKAN PERADABAN 2-3
MAJMUK DI MALAYSIA
3 KONSEP PEMBENTUKAN 3-4
NEGARA DAN BANGSA DI
MALAYSIA
4 REFLEKSI 5
5 SUMBER RUJUKAN 6

1.0 PENGENALAN
1.1
Pembentukan peradaban majmuk di Malaysia ia telah wujud hasil keterlibatan
masyarakat di pelbagai rantau, antaranya ialah Nusantara yang melibatkan
zaman prasejarah bemula empat dekad sebelum masihi. Oleh itu, di zaman
prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik atau sempadan negara bangsa
yang dikenali sebagai Tanah Melayu mahupun Malaysia. Namun ia telah pun
mempunyai sebuah unit geografi yang dikenali sebagai alam nusantara (Syed
Huseein Ali, 2017). Sehubungan itu, dalam konteks binaan bangsa Malaysia,
adalah perlu untuk dalami perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi
memahi etos budaya rantau Melayu sebagai teras penting dalam pembinaan
bangsa Malaysia.

2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA


2.1 PERADABAN PERIBUMI ALAM MELAYU
Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara,
Khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencukupi selatan siam,
semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo,
Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil
daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam). Selain itu, fenomena yang disebut
sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal
sebagai Kawasan strategik antara timur dan barat, pusat perdagangan dan pusat
aktiviti keagamaan.

2.2 TAMADUN ASIA (INDIA,CHINA,TIMUR TENGAH)


Peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia.
Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah sejak sekian lama
telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Oleh itu,
masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada kurun
ke -18. Selain itu, kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang
membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Akhir
sekali, peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di
Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya.

2.3 PERADABAN BARAT


Akibat peristiwa penjajahan yang berlaku, kita dapat melihat kesannya terhadap
sistem politik ekonomi dan sosial di Malaysia. Antara impak yang paling besar
dapat kita saksikan adalah kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Kesan Penjajahan Barat Dan Jepun
Terhadap Malaysia berdasarkan aspek politik, ekonomi dan social manakala
portugis adalah kuasa asing pertama yang menduduki Melaka sejak tahun 1511
hingga tahun 1641. Meskipun menjajah Melaka dalam tempoh yang lama,
Portugis tidak dapat menjayakan perluasan pengaruhnya. Mereka gagal
menawan Naning dan Rembau serta tidak berjaya mengembangkan agama
Kristian.

2.4 PERADABAN GLOBALISASI


Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek
kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuk
perkembangan bidang ilmu dan permikiran. Terdapat berberapa pembentukan
peradaban majmuk di Malaysia iaitu peranan pelaburan asing dalam
mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara,
peningkatan mobility sosial dan pengukuhan kelas menengah dan penonjolan
idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawab awam,
peraturan undang-undang. Oleh itu, disebalik kebaikan ini ada juga keburukan
kesan daripada globalisasi iaitu pengabaian keperluan asas hidup di rakyat
termiskin di banyak negara, kebajiran maklumat yang tidak berguna dan kualiti
alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan.

3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI


MALAYSIA

3.1 MENERANGKAN KONSEP NEGARA


Negara merujuk kepada masyarakat yang menetap di kawasan tertentu dan
wujud untuk memerintah kerajaan. Konsep negara ialah kerajaan berdaulat
bebas yang mentadbir wilayah yang diiktiraf oleh negeri lain (Ozrikimili 2017).
Negara ialah suatu persatuan politik yang mempunyai kuasa, dan
tanggungjawab dalam menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

3.2 MENERANGKAN KONGSEP BANGSA


Daripada segi sejarah, perkataan bangsa berasal dari bahasa Latin, yang
bermaksud "dilahirkan". la merujuk kepada tempat kelahiran seseorang yang
membawa kepada pembentukan sekumpulan besar manusia. Penggunaan
perkataan negara adalah sangat biasa dan mempunyai makna yang kompleks.
Selalunya, istilah negara digunakan untuk menggambarkan kumpulan etnik,
bahasa, dan budaya sesebuah komuniti.

3.3 MENERANGKAN KONGSEP NEGARA DAN BANGSA

Pada asasnya, istilah negara bangsa adalah gabungan dua dimensi utama iaitu
negara dan bangsa. Negara dibentuk oleh kewujudan tanah air, rakyat,
kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-undang. Kesemua
elemen ini saling melengkapi dan juga mengesahkan sistem kuasa dan autoriti.
Menurut Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara bangsa Eropah
bermula dengan lahirnya kumpulan negara yang menentang kuasa feudal dan
proses pembentukan sistem baru yang dinamakan kapitalisme. Di Eropah,
sebagai contoh, Britain telah wujud dahulu sebelum orang Eropah dan negara
Inggeris moden. Matlamat utama konsep ini adalah bagi mewujudkan perasaan
taat setia dan perpaduan antara rakyat. Negara bangsa ialah sebuah negara
dimana budaya majoriti rakyatnya berkongsi rasa perpaduan dalam identiti
nasional, budaya bersama, sejarah yang dikongsi dan bertindih dengan
sempadan politik wilayahnya sendiri.

4.0 REFLEKSI

Secara keseluruhannya, konsep pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang


melibatkan proses yang panjang. Namun begitu, walaupun ia merupakan proses
yang sukar, pembinaan negara bangsa amat penting dalam sesebuah negara
masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Pembinaan negara bangsa yang mantap
memerlukan penyertaan menyeluruh dari setiap anggota masyarakat dan jentera
kerajaan. Justeru itu, Malaysia harus bersedia dengan asas pegangan
nasionalisme yang betul iaitu nasionalisme yang dimiliki oleh sebuah
kumpulan. Tetapi jika nasionalisme yang dipegang itu masih lagi berasaskan
semangat assabiyah, maka negara tidak akan maju kerana banyak masa dan kos
terbuang begitu sahaja.
5.0 RUJUKAN

 MODUL UMUM KOLEJ VOKASIONAL MPU 2172


 https://bentuksejarah/948?/-id21742.com/76539835537
 https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/basic-
instrumental-analysis/konsep-negara-dan-bahasa-1/37069763
 https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/1.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai