Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Kedatangan penjajah British menyebabkan Malaysia melalui satu proses modenisasi yang
mana telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan kolonial British. Proses modenisasi ini
bermaksud perubahan yang berstruktur atau berstrategi di mana matlamat, metod dan
ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilakukan. Kesan
daripada proses modenisasi inilah menyebabkan pelbagai perubahan dan penyesuaian
telah dilakukan atas asbab kepentingan peribadi pihak penjajah British.

Kesan proses modenisasi ini dapat dilihat jelas dalam tiga perspektif iaitu prespektif ekonomi
dan perspektif politik dan pespektif agama.

1.1 PERSPEKTIF EKONOMI

Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan kepincangan ekonomi terhadap variasi etnik di


Malaysia sehingga menyebabkan rusuhan kaum berlaku pada tahun tersebut. Berdasarkan
peristiwa tersebut, kerajaan pada masa itu telah berusaha mewujudkan integrasi ekonomi
bagi menjaga setiap kepentingan bagi kumpulan etnik di Malaysia.

Antara usaha kerajaan dalam meningkatkan keharmonian antara kaum di Malaysia


ini adalah dengan mewujudkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi
Baru dan Dasar Penswastaan. Matlamat dasar dan rancangan ini dilaksanakan adalah
bertujuan untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan perkapita dan
menambahkan lagi peluang pekerjaan tanpa mengira bangsa. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk mempercepatkan proses penyusunan semula msayarakat Malaysia bagi
menyeimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum

Etnik di Malaysia ini perlu bersikap bergantung antara satu sama lain dalam
meningkatkan ekonomi di negara ini supaya pengasingan ekonomi yang wujuk sejak zaman
penjajahan dapat dihapuskan dan pengagihan ekonomi dapat diseimbangkan sekaligus
memansuhkan sistem pengagihan ekonomi yang diperkenalkan melalui dasar pecah dan
perintah pada zaman era penjajahan dahulu.

Pada Julai 1997, krisis ekonomi yang melanda negara ini yang mana menyebabkan
matawang negara kita ditutup lemah sehingga mencecah RM 5 berbanding dolar AS.
Kemudian, pasaran saham juga merudum pada waktu tersebut menyebabkan banyak

1
syarikat swasta dan kerajaan sendiri mengalami kemerosotan dan menyebabkan pekerja
ramai dibuang akibat penjimatan kos pengurusan.

Perdana Menteri pada tahun tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuat
solusi terbaik iaitu menolak bantuan dari tabung dunia akibat memikirkan kesan jangka
panjang yang boleh mengggat kestabilan ekonomi negara. Pendekatan yang beliau
gunakan ialah dengan memajukan sektor ekonomi yang melibatkan setiap etnik di negara ini
sehingga kemelut krisis ekonomi ini dapat ditangani dengan baik.

Malaysia telah berjaya beralih dari ekonomi berasaskan sumber kepada ekonomi
yang pelbagai dan dipacu oleh pelaburan melalui kerjasama sektor swasta, sektor awam
dan sektor asing. Kerjasama sektor awam dan swasta diteruskan memandangkan terdapat
kekuatan milik pasaran dan kekuatan milik bersama sekaligus menjadikan ekonomi dan
negara ini lebih kukuh dan sempurna.

Bank Dunia sendiri telah mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai salah satu negara
yang tergolong dalam “keajaiban ekonomi asia timur” (World Bank, 1993). (Snodgrass,
1995) mengatakan ekonomi Malaysia merupakan kejayaan pembangunan ekonomi dalam
masyarakat yang terkandung pelbagai etnik dan budaya.

Bagi mereka, anak kunci dalam ekonomi Malaysia ialah hubungan etnik yang harmoni.
Penyelesaian ekonomi sahaja tidak memadai kerana seperti yang kita sedia tahu akan
hubung kait ekonomi dan etnisiti ni amat rapat kerana jika masalah ekonomi terjadi maka
secara tidak langsung masalah etnik juga akan berlaku seperti ketiakpuashatian dan
sebagainya.

Kesimpulanya sebarang penyelesaian terhadap sesuatu masalah ekonomi di Malaysia mesti


mengambil kira juga impaknya terhadap hubungan etnik.

1.2 PERSPEKTIF POLITIK

Perjalanan politik di negara kita mempunyai sejarah dan asal usul yang mana timbul pada
ketika isu perkauman ditiupkan. Kesan daripada ini wujudlah masyarakat majmuk di
Malaysia sejak dari zaman pemerintahan British.

Orang Melayu menubuhkan UMNO bagi mempertahankan hak orang Melayu yang mana
telah digugat oleh perlembagaan Malayan Union yang diatur sendiri oleh pihak penjajah
British. Penubuhan MCA pula tindakbalas daripada kaum Cina terhadap zaman darurat bagi
melindungi kepentingan kaum Cina itu sendiri. Begitu juga dengan MIC yang mahu

2
mendapatkan juga hak walaupun mereka adalah kaum minoriti. PAS pula membawa prinsip
untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan Islam dan perjuangan untuk menegakkan negara
Islam. Bagi Sabah dan Sarawak pula, parti-parti komponen dalam gabungan Barisan
Nasional tetap menjadi sasaran utama Kerajaan Persekutuan dalam memantapkan
gabungan pemerintahan bagi menyalurkan hasrat kerajaan di Sabah dan Sarawak, yang
memiliki banyak kawasan pedalaman dan rakyat yang berbilang etnik dan suku kaum

Kesimpulannya, perkembangan politik di Malaysia jika dilihat dari sudut hubungan etnik
memperlihatkan usaha setiap kaum bagi mencapai perpaduan. Namun begitu, pengalaman
sejarah menunjukkan isu perkauman tidak boleh diperjudikan semata-mata untuk
kepentingan parti dan kaum. Dalam pada itu, pihak kerajaan perlu melaksanakan sistem
pentadbiran dan pemerintahan dengan adil, bijaksana dan berkesan serta berdasarkan
prinsip dan semangat perlembagaan Malaysia yang dikongsi bersama agar seluruh rakyat
menikmati hasil kemerdekaan.

1.3 PERSPEKTIF AGAMA

Agama merupakan satu institusi yang penting dalam kehidupan manusia tambah pula dalam
suasana kehidupan rakyat Malaysia. Betapa pentingnya nilai agama ini sendiri dapat dilihat
dalam prinsip rukun negara yang pertama iaitu percaya kepada tuhan dan ini menunjukkan
penanda aras jati diri rakyat di Malaysia ini ialah agama.

Di Malaysia agama islam adalah agama persekutuan dan agama selain dari pada islam
boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan di kalangan orang islam. Dalam agama
Islam sendiri kita dapat lihat anjuran untuk hidup dalam masyarakat majmuk seperti mana
disebut oleh Allah dalam al Quran

“Wahai umat manusia ! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu
berkenal – kenalan, beramah mesra dan mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya
semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya.” (AL Hujurat, ayat
13)

Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dalam Islam di mana agama lain bebas
diamalkan dengan aman. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat dibenarkan untuk
didirikan. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling

3
melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Contohnya,
orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina
dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di
pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animism. Interaksi antara mereka
mampu membina ikatan sosial yang kuat dengan perbezaan agama anutan. Perkara ini
dapat diperhatikan dalam perayaan agama dan kebudayaan seperti Hari Raya, Hari Tahun
Baru Cina, Deepavali, Keamatan, Gawai Dayak dan Hari Krismas masing-masing telah
dikongsi dan raikan bersama dan bazaar Ramadan dinanti-nantikan oleh penganut agama
lain.

Dalam konteks perbezaan amalan beragama, masih banyak ruang nilai


kemanusiaan yang boleh dikongsi bersama dan mampu mengikat individu dan kumpulan
yang berbeza agama ini untuk berhubungan sesama mereka. Kepelbagaian anutan,
fahaman dan amalan agama di Malaysia merupakan suatu model yang sukar dibandingkan
dengan negara luar. Jalinan hubungan antara agama yang positif perlu dipupuk agar
keharmonian sosial menjadi lebih segar.

4
2.1 Berikan sebab mengapa zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggap sebagai
zaman kemuncak pluralistik di negara kita.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum
pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat
ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Para
pengkaji sosial mengaitkan suasana Alam Melayu pada waktu sebelum kedatangan orang
Eropah sebagai sebuah wilayah yang berfungsi sebagai tempat pertemuan pelbagai
tamadundan budaya utama dunia. Keadaan ini berlaku kesan daripada faktor alam iaitu
tiupan angin dan arus laut yang membawa pedagang dari seluruh dunia ke Alam Melayu
(Ahmad Ali Seman, 2014).

Tanah Melayu yang dikelilingi dengan laut pada zaman dahulu merupakan sebuah
kepulauan yang sangat strategik dalam kegiatan perdagangan. Kedudukan Tanah Melayu
berada di tengah-tengah laluan perjalanan dari China ke India. Ditambah lagi dengan ciri-ciri
Tanah Melayu yang mampu menjadi pusat persinggahan sementara khususnya ketika
peralihan angina monsun kerana Tanah Melayu mempunyai banyak gunung-ganang.
Kerajaan kelautan(Maritime) yang meluas menyebabkan proses migrasi dan kerajaan awal
wujud di Nusantara (Ali, 2016).

Dari segi kegiatan perdagangan, fakta ada menyatakan bahawa bangsa Melayu
yang wujud di Tanah Melayu merupakan golongan peniaga dan pedagang. Menurut Ahmad
Ali Seman (2014), dalam kalangan pedagang yang datang ke Tanah Melayu ketika itu
adalah mereka yang datang dari India dan Arab. Kedatangan mereka di Tanah Melayu
mewujudkan kepluralitian masyarakat seperti yang dapat dilihat berlaku di Melaka.

Ciri-ciri pluralisme ini berlaku tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau kuasa.
Malahan kehebatan kepulauan Melaka menyebabkan 84 jenis bangsa berdagang di
kepulauan tersebut. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan ini telah mengangkat
martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa
besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan
berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Menurut Hassan (2003)
kejayaan ini juga disebabkan kebijaksanaan pemerintah negeri Melaka. Sebagai contoh,
wujudnya undang-undang yang menjadi panduan pentadbiran Melaka seperti undang-
undang Melaka dan undang-undang laut Melaka. Kegemilangan Melaka diperakui sehingga

5
digelar sebagai ‘Cosmopolitan City’ dan juga disamakan dengan kegemilangan Venice di
Itali.

Walaubagaimanapun, suasana pluralisme ini dihapuskan ketika kedatangan penjajah


Eropah. Penjajah Eropah telah membawa masuk sistem pentadbiran negara masing-masing
dan ada pula yang membawa masuk kaum lain ke tanah jajahan. British membawa masuk
pekerja dari China dan India ke Tanah Melayu dan kesan daripada itu telah menggalakkan
perkembangan masyarakat pluralistik. Hal ini disebabkan olah faktor geografi Tanah Melayu
yang strategik telah menjadikannya sebagai pusat perdagangan yang terkemuka, maka
British hanya memfokuskan dikawasan-kawasan pelabuhan seperti Pulau Pinang, Melaka
dan Singapura. Pendekatan tipu helah dan ugutan atau ‘diplomasi kapal perang’ menjadi
cara bagaimana British mampu untuk memaksa raja-raja Melayu menyerahkan negeri-
negeri Melayu kepada British.

Ketika British menjajah Tanah Melayu, dasar mengasingkan agama dan sains
diteruskan. Oleh itu, pentadbiran negara diasingkan dengan sultan mengurus agama dan
adat resam, manakala British menguruskan negara. Keadaan ini berbeza dengan sistem
pemerintahan sebelum itu yang mana raja berkuasa secara mutlak (Ahmad Ali Seman,
2014). Pengambil alih kuasa ini menyebabkan hak pentadbiran negeri oleh sultan
diketepikan sama sekali. Para pembesar juga menerima tempiasnya apabila hilang
kelayakan untuk mentadbir negeri dan menjaga daerah-daerah yang merupakan pusat
kuasa dan ekonomi. British telah memperkenalkan sistem pentadbiran pengagihan kuasa
iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan.

Masyarakat pluralistik mula terbentuk apabila masyarakat Cina dari negara China
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh
itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Pengaruh masyarakat
Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya
telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.Wujudnya
golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysiadan
mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Masyarakat India pula berasal datang dari India Selatan iaitu dari Negapatam dan
Madras. Suasana di negara India yang dilanda kemiskinan sekaligus mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negara – negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu.
Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
menguasai negeri-negeri Melayu.

6
Penghijrahan etnik Cina dan India ke Tanah Melayu telah digalakkan untuk
memenuhi kepentingan ekonomi dan politik British. Orang Cina digalakkan membuka
lombong-lombong bijih timah dan emas. Etnik Cina datang ke Tanah Melayu tanpa
membawa kaum keluarga kerana mereka perlu menumpukan perhatian terhadap pekerjaan
memenuhi kehendak ekonomi-politik British. Dalam proses ini asimilasi budaya antara etnik
Cina dan India tidak berlaku kerana setiap etnik masing-masing menjalankan kehidupan
dalam kelompok sendiri. Namun, proses akomodasi sosial berlaku kerana akomodasi sosial
membenarkan setiap kaum Melayu, Cina dan India menjalankan kehidupan berasaskan
sistem sosial masing-masing secara harmonis.

Hubungan etnik antara kaum Melayu, Cina dan India berjalan lancar dari segi politik
terutamanya ketika mendapatkan kemerdekaan sejak keputusan pilihan raya tahun 1955.
Sebelum merdeka, Parti IMP ketika itu adalah sebagai langkah awal Dato’ Onn Jaafar untuk
mewujudkan kesepakatan kaum sebagai fokus utama dan syarat penting oleh pihak Inggeris
untuk memberi kemerdekaan terhadap Tanah Melayu ketika itu. Akhirnya melalui
perbincangan bersama maka kata sepakat tercapai (Halim, 2013).Maka dengan itu wujudlah
Parti Perikatan, gabungan UMNO,MCA dan MIC. Parti Perikatan mengamalkan sikap tolak
ansur dan kerjasama antara etnik. Malah, Tuanku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana
Menteri kerana keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk
bertolak ansur dalam banyak perkara. Hasil daripada pembentukan masyarakat pluralistik
maka berlaku perubahan pada sistem dan corak politik di Malaysia.

Kesimpulannya, apabila masyarakat yang terdiri daripada berbagai kaum memahami


sejarah kelahiran dan asal keturunan mereka dengan tidak merasakan bangsa lain adalah
hina sekaligus membentuk negara sejahtera dalam ruang lingkup kemanusiaan sejagat.
Prinsip dan hakikat kemanusiaan inilah yang menjadi dasar perpaduan dalam masyarakat
pluralistik diMalaysia.

7
2.2 Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dikatakan menyumbang kepada
pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan megandungi unsur – unsur sejarah lama


pada zaman Kerajaan Melayu lama dan juga budaya penjajahan asing yang mana kesan
daripada itu membentuk amalan masyarakat setempat.

Elemen tradisi ini menjadi sebati kepada negar sehingga menjadi identity bagi
negara berdaulat ini. Peranan tradisi juga diangkat dalam perundangan dan dilestarikan
dalam budaya, sosial dan pentadbiran negara serta menjadi tunjang kepada falsafah
negara.

Keharmonian negara ini juga disebabkan oleh unsur tradisi ini di mana ia menjadi
prasyarat kepada permuafakatan serta persefahaman yang boleh diterima oleh kaum
melayu dan bukan melayu sekaligus mengangkat martabat negara ini di mata dunia.

Empat aspek dalam perlembagaan persekutuan wujud kesan daripada unsur tradisi
iaitu institusi beraja, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai
bahasa utama serta hak istimewa orang Melayu. Aspek aspek ini telah menjadi kontrak
sosial yang membentuk masyarakat majmuk yang saling bertoleransi.

8
3.0 Cabaran bagi mewujudkan masyarakat harmoni.

POLITIK
- SISTEM POLItIK NEGARA
- PERBEZAAN AGAMA DAN
BUDAYA
- CABARAN WAWASAN 2020
- PENGASINGAN SISTEM
PENDIDIKAN

CABARAN
YANG
DIHADAPI
SOSIAL
EKONOMI - DASAR PECAH
- JURANG PEKERJAAN PERINTAH BRITISH
- PERBEZAAN SEKTOR - PENGASINGAN SISTEM
EKONOMI PENDIDIKAN

RAJAH 2 MENUNJUKKAN GAMBARAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM


PEMBENTUKAN MASYARAKAT HARMONI

3.1 Cabaran Dari Segi Politik

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerjaan untuk menyatupadukan masyarakat
pluralistik di negara ini. Walaubagaimanapun terdapat banyak cabaran yang boleh
menjejaskan usaha-usaha tersebut.Antara cabaran tersebut ialah sistem politik di Malaysia
adalah sistem politik berbentuk keetnikan atau perkauman. Walaupun bernaung di bawah
satu payung (BN), namun masih terdapat parti politik yang berjuang menjaga ekonomi,
pendidikan, agama, hak dan masa depan etnik mereka sahaja.

Sistem politik perkauman ini telah menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal
dan mengganggu usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnikdi Malaysia

Cabaran dari sudut perbezaan agama dan kebudayaan berlaku apabila penganut agama
tidak memahami kehendak agama masing – masing dan tidak memahami budaya antara
kaum sehingga menyebabkan banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13 Mei 1969.

9
Selain itu, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi
melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.Dalam
wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk
dihadapi seperti berikut.Jadi bukan satu langkah mudah untuk kerajaan melaksanakan
wawasan 2020. Antara cabarannya ialah membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara selain membentuk
dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan satu bentuk
demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi
oleh negara-negara membangun.

Seterusnya, kelemahan sistem pendidikan negara dalam memupuk kesepaduan kaum


dan etnik di Malaysia menjadi cabaran kepada kerajaan. Antara kelemahannya ialah sistem
pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi
tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan
aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk
mengekalkan perpaduan di negara kita. Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan
banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang
sanggup dan mampu menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini.

3.2 Cabaran Dari Segi Sosial

Antara cabaran dari segi sosial ialah pemisahan penempatan masyarakat.Hal ini kerana
kesan dari sistem ‘pecah dan perintah’ British, faktor geografi yang jauh juga menyumbang
kepada cabaran kepada kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat seperti Sabah,
Sarawak dengan semenanjung. Hal ini boleh menyebabkan kurangnya interaksi dan
komunikasi dek kerana faktor geografi, hasilnya semangat kekitaan dan etnosentrisme
menjadi semakin tebal khususnya di Sabah dan Sarawak.

Pemisahan dalam pendidikan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british
memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-
masing dalam menjalankan PdP. Akibatnya interaksi berlaku hanya dalam satu-satu etnik
sahaja. Mereka tidak memahami budaya lain selain budaya dan adat mereka sahaja.

3.3 Cabaran Dari Segi Ekonomi

Antara cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan
di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah
sepertimana dinyatakan sebelum ini.Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan

10
telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.Akibat daripada dasar yang
dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang.Perbezaan pekerjaan inilah telah menghalang interaksi antara etnik
dalam bidang ekonomi.

Perbezaan sektor ekonomi juga akan membawa kepada jurang pendapatan dan jurang
antara miskin dan kaya. Ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik negara.Pengaruh
ekonomi bebas juga merupakan antara cabaran untuk menyatupadukan masyarakat kerana
hal ini akan membawa satu-satu etnik tidak mementingkan interaksi dengan etnik lain. Apa
yang penting bagi mereka ialah mendapat keuntungan hasil dari aktiviti ekonomi mereka.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan perlembagaan dan dasar pembangunan politik, ekonomi dan sosial
telah digunakan dalam usaha membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan
sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan
dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur
antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020
yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus
memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan,etnik, agama malah kefahaman politik harus
memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan,
kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi,
budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan
budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa
Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera.

11
RUJUKAN

Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah,

Keluarga Dan Pendidikan (The Challenges of Multi-Racial Integration in Malaysia:

Historical, Family and Education Perspective). Jurnal Hadhari: An International

Journal, 2(1), 61-84.

Ahmad Ali Seman PhD & Warti Bt Kimi. (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Ali, I. (2016). Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah

Maritim di alam Melayu. Susurgalur, 1(2).

Haji Salleh Buang. (1997). Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia. Selangor:

Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halim, K., & Hasnan, K. (2013). Dinamisme politik dan pembangunan: antara

mempusakai tradisi vs melestarikan perubahan; pengalaman UMNO dalam

teras upaya-bina negara bangsa idaman. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/3990/


[2018, March 3]

Hassan, Z., & Omar, R. (2003). Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu pada Zaman

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Retrieved from


http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/361/ [2018, March 2]

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006).

Hubungan Etnik Di Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Omar, R., & Pandian, S. (2006). Falsafah pemikiran politik Dr. Mahathir Mohamad. Jurnal

Kemanusiaan, 4(2).

Retrieved from Utusan Borneo Online:

http://www.utusanborneo.com.my/2017/06/03/sarawak-sabah-contoh-integrasi-dan-
perpaduan

12

Anda mungkin juga menyukai