Anda di halaman 1dari 15

PERPADUAN KAUM

Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum


Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara.
Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang
membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .
Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar
pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan
kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu
dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan
penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang
diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran
dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan
ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza. Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersamasama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya
jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka
yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah
vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari
negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang
di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran
Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini
menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan
pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 19411945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan
integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina
dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan
menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina
terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk
membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali
sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah
kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya
keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan
bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan
berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih
memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat
dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan

anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.


Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCAMIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang
sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89
kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat
Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat
(PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya
telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut
sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat
segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif
berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana
kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian
besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan
yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari
laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak
penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala
Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan. Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung.
Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu
sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan
Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh
negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama
dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu
menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh
beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha
mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang.
Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal

ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya
perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,
slogan kata Satu Malaysia yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato
Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,
banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum
di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing
lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina,
Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati
lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang
sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat
harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik
kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan
rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat
sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia.
Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada
masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat
Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik
kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara,
seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat
memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan
bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri
mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu

sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai


kita roboh, nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi
negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana
rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan
sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara
rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal
yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan
keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan
kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan
wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan
sempurna dan bersikap bertolak ansur.
Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya
yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi
antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru
itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita
boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu
sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya
tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat
khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal
kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada
masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman
dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat
pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di
mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara
manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih
ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan
memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan
menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf
ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang
melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita
berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga
akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan
pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain.
Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah
dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia
dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia
telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa
pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam
mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan
itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang
berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara
kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh
demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya
supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat
dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN DAN MEMANTAPKAN
PERPADUAN KAUM
Kempen kerajaan
Pelbagai kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan di pelbagai peringkat untuk
memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum:
Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional - memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita - menggalakkan rakyat Malaysia supaya
berbudi bahasa - menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain - wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka
Gotong-royong/berkancang
Amalan bergotong royong di kawasan kediaman, sekolah, pejabat - mengeratkan
hubungan - aktiviti kemasyarakatan seperti ini menuntut penyertaan setiap kaum
- masyarakat bersatu padu memberikan sumbangan yang terbaik
Rumah terbuka
Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan - mengundang kenalan
datang ke rumah - peluang untuk saling mengenal antara satu sama lain mengukuhkan ukhuwah sesama anggota masyarakat

Sambutan perayaan peringkat kebangsaan


Kerajaan menganjurkan sambutan perayaan peringkat negeri dan kebangsaan rakyat berkumpul bersama-sama tanpa mengira kaum - sama-sama meraikan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni
Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan
Sambutan sebegini memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur - untuk menjayakan sambutan ini masyarakat
majmuk akan sama-sama berusaha agar sambutan tahunan ini dapat
direalisasikan dengan jayanya - penghayatan tema Hari Kebangsaan turut dapat
menyemai perpaduan - contoh 'Keranamu Malaysia' - semua rakyat
mengenepikan isu bangsa, agama dan budaya demi kesejahteraan negara rakyat yang di bawah identiti 1 Malaysia dapat lebih menghargai erti
kemerdekaan - menghargai keamanan yang dinikmati dan akan terus cuba
melestarikannya.
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah - memastikan hubungan
rapat dapat dijalin antara pelajar pelbagai kaum
Program PLKN
Remaja yang berumur 17 tahun ke atas - menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN - remaja yang terdiri daripada
berbilang kaum hidup di bawah satu bumbung - belajar berinteraksi dan bergaul terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia - bersama-sama
menjalankan pelbagai aktiviti yang bertunjangkan nilai kerjasama - memupuk
perpaduan nasional
Aktiviti kokurikulum
Selain mendidik dan melatih pelajar agar lebih berdisiplin - menanam sikap
saling menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli memupuk semangat bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan
kebiasaannnya memerlukan penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi menjayakan sesuatu aktiviti
Penggunaan bahasa kebangsaan
Penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai wadah perhubungan
dan komunikasi - membentuk persefahaman di antara semua kaum di Malaysia
Perlaksanaan Konsep 1Malaysia
diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib - memberi aspirasi untuk memperbaiki
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan
yang lebih erat - rakyat tidak lagi diklasifikasikan mengikut kaum/bangsa - semua
membawa identiti Malaysia - perlu belajar menerima antara satu sama lain sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh.

FAKTOR YANG MENYUMBANGKAN KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN


KAUM
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini
demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan
menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah
tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar
bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada
bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang
gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa
mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di
negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi
semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu
dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru yang dilancarkan pada 1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei
1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang
negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali
keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya
mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali
Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18
Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum,
mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham,
membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah
digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang
kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk
masyarakat yang berbilang kaum
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila
kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris
di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk
membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula
ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan
antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju
kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai
1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya
perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan

damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.


Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaansebagai landasan
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang
demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara
strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan
sebagainya.
CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
Berbeza Dalam Sistem Pendidikan Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu
langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman
pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang
berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini
mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada zaman penjajahan ini,
dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk
perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British
pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan
sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular
Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah
menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem
persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang.
Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap
kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi
bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil,
terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan
memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari
dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti
usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula
kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang
dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang
majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh
dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan
kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan
memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat majmuk
merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal

dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.


Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan
sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan
telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi
impak yang besar kepada dasar pendidikan. Bermula tahun 2010, sistem
pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan
masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan
globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem
persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali
dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang
dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini
sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan
persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan
kepentingan yang berbeza. Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah
menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk
digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara
masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana
sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali. Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia
menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang
diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem
tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satusatu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin
menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada
rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum
bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem
sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan
sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda
mereka dan menjamin hak-hak mereka. Namun pada pendapat saya, idea
menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana
melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk.
Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum
tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di
kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih
boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka
belajar di sekolah yang sama aliran.
Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara
hidup, adat, dan kepercayaan yang berlainan antara satu kaum dengan kaum
yang lain tidak dinafikan mempunyai cabarannya yang tersendiri disebalik
keharmonian masyarakat yang kita lihat pada masa sekarang ini. Proses

mengasimilasikan pluraliti budaya seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hal
ini demikian kerana, setiap aspek perbezaan antara kaum perlu diambil kira
supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
Cabaran yang pertama dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di
Malaysia adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang
amat penting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan
adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan
pentadbirannya. Di Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya
persefahaman antara rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa (2000:288-289).
Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang
teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan
kaum itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial juga
merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman
penjajahan British, tidak ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan
masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British bertindak mengasingkan kaumkaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Tindakan
British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara satu
sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India seterusnya
mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan antara
etnik-etnik ini.
Selain perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan satu daripada
cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan
istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan
lambang keperibadian sesuatu bangsa (2010:613) atau dalam bahasa
mudahnya jati diri adalah identiti sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, jati diri
bangsa ini boleh kita terjemahkan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Antara
cabaran dalam memupuk dan membina jati diri bangsa Malaysia ini adalah
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mencerminkan
bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itu masih belum memiliki budaya atau
jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru, adalah menjadi cabaran buat semua
untuk menyemai jati diri bangsa Malaysia dalam memelihara serta mengekalkan
keharmonian hubungan etnik di Malaysia.
Cabaran seterusnya adalah wujudnya pemisahan petempatan yang dilakukan
oleh British semasa zaman kolonial. Situasi ini dilihat amat tidak positif terhadap
perkembagan pembentukan masyarakat majmuk di negara ini kerana situasi ini
bukan sahaja mengehadkan interaksi pelbagai etnik malahan memperkuatkan
lagi perasaan kekitaan dan etnisentrisme dalam kalangan sesuatu etnik. Perkara
ini seterusnya akan membawa natijah yang lebih serius seperti menimbulkan
prasangka, stereotaip serta mengekalkan kejahilan sesebuah etnik terhadap
sebuah lagi etnik yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini telah menjadi suatu
cabaran besar dalam usaha mewujudkan hubungan etnik yang harmoni dalam
usaha meraikan pluraliti budaya secara bersama.

Berikutnya, yang menjadi cabaran seterusnya adalah adanya pemisahan dalam


sistem pendidikan. Seperti pengasingan petempatan juga, pemisahan dalam
sistem pendidikan telah menyebabkan interaksi hanya berkisar dalam kalangan
etnik yang sama sahaja. Sebagai contoh, orang Melayu pada waktu belajar di
sekolah-sekolah pondok, orang Cina pula belajar di sekolah-sekolah Cina,
manakala bagi orang india belajar di sekolah-sekolah Tamil (Ismail bin Said,
2012:16-17). Perkara ini jelas sekali menyekat integrasi antara kaum kerana
kaum-kaum ini hanya hidup dalam kelompok masing-masing sahaja. Secara
tidak langsung, situasi ini telah mewujudkan kesan sama seperti kesan
pengasingan petempatan iaitu mewujudkan masyarakat yang berprasangka
serta stereotaip terhadap kaum yang lain.
Dalam pada itu, kewujudan pengkhususan pekerjaan mengikut kaum oleh British
juga merupakan satu daripada cabaran yang perlu kita hadapi. Pengkhususan ini
wujud ekoran dari revolusi perindustrian yang berkembang dengan rancaknya
sehingga memaksa British untuk mengambil buruh-buruh dari luar negara untuk
mengusahakan perusahaan mereka. British telah menetapkan bahawa orang
Cina berkerja di lombong-lombong bijih timah manakala orang India berkerja di
ladang-ladang bagi mengusahakan tanaman getah untuk memenuhi keperluan
industri automobil suatu ketika dahulu. Keadaan ini telah mengasingkan kaumkaum imigran ini daripada hidup bergaul antara satu-sama lain. Hal ini telah
mendatangkan keuntungan kepada pihak British kerana, dengan tidak
bersatunya kaum-kaum ini, maka akan lebih mudah untuk British kekal menjajah
Tanah Melayu. Hal ini begitu jelas sekali menggambarkan bahawa untuk
memperoleh kedaulatan sesebuah negara itu, rakyat perlulah memainkan
peranan selaras dengan prinsip negara bangsa. Bak kata pepatah, bersatu teguh
bercerai roboh. Oleh yang demikian, perlulah untuk kita sentiasa bersatu padu
untuk mempertahankan kedaulatan negara kita ini.
Akhir sekali adalah cabaran globalisasi. Cabaran globalisasi ini boleh kita
rumuskan sebagai satu anasir luar yang mampu untuk memecahbelahkan
perpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi ini boleh terdiri dari
bermacam-macam perkara, antaranya secara fizikal iaitu ketenteraan atau
serangan, seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga wujudnya
hasutan supaya berpaling tadah terhadap negara sendiri. Antara ketiga-tiga
perkara ini, serangan pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana,
kebanyakkan dari kita lebih suka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang
paling ketara sekali adalah dari segi pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen
rambut. Disamping itu juga, rakyat negara ini suka terikut-ikut tanpa mempelajari
dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara. Contohnya, dalam budaya Punk
yang dibawa oleh barat sebenarnya wujud satu falsafah yang boleh kita adaptasi
bagi meningkatkan semangan patriotik, akan tetapi menyedihkan bagi rakyat
Malaysia terutamanya golongan muda, mereka hanya mengikut penampilan
Punk itu sahaja tanpa mengikuti falsafah dalam Punk itu sendiri. Bak kata
pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tidak salah

kita menjadikan barat sebagai rujukan kita, namun perlulah melihat kepada
aspek yang berkait dengan nilai-nilai murni bangsa Malaysia.
Konklusinya, kesemua cabaran ini perlulah ditangani secara berhikmah kerana
kita tidak mahu ada antara kaum yang akan terluka hasil daripada tindak tanduk
kita dalam usaha mengatasi masalah-masalah tersebut. Bak kata pepatah, ibarat
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak terurai. Justeru kita
perlulah mencari jalan penyelesaian yang paling relevan tanpa wujud sebarang
penindasan atau berat sebelah terhadap mana-mana kaum.

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi
sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini
boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara
sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor
lain.Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula
perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup
dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.Dalam nada
yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut
bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang
saya boleh saya rungkaikan .Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini
menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana
perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya.
Selain umat Islam hari lebaran juga disambut oleh seluruh penduduk negara ini
tanpa mengira anutan agama semasa sambutan peringkat kebangsaan diadakan
. Ianya begi menandakan bahawa tidak terdapat jurang yang besar semasa
perayaan ini disambut dalam Negara yang berbilang kaum ini.
Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan
yang ada di Malaysia ini.Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan
disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu,
Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di
Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan
bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa
perayaan.Hakikatnya detik kegembiraan dikongsi bersama oleh penduduk
negara ini.
Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara
ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Ianya menyebabkan keadaan
Negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik
yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah dan rasa
perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara
Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada
pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan

menyerap sebarang perbezaan baik agama , budaya , bahasa dan adapt


kepercayaan .
Saya amat menyayangi negara Malaysia.Dalam kepelbagaian masyarakat
negara ini ia mencerminkan satu jiwa bangsa yang bersatu dibawah satu
bendera bernama Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai