Anda di halaman 1dari 53

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

1.0: Pengenalan Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial Konsep 1 Malaysia
Konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 3 April 2009. Konsep ini berpaksikan kepada prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep Satu Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Dalam pada itu, konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing sebagai satu bangsa Malaysia. Konsep ini juga menyarankan pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Aspek-aspek utama 1 Malaysia Konsep 1 Malaysia di gagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utmama seperti berikut: Aspek Pertama Penerapan Teras-teras Perpaduan Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Tras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dikalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni ynag seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Aspek Kedua Penerapan Nilai-nilai Aspirasi Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Aspek Pertama Teras-teras Perpaduan 1. Penerimaan 1 Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 2. Prinsip kenegaraan yang berasaskan: a. Perlembagaan Persekutuan b. Rukun Negara
2

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

3. Keadilan Sosial Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Ketiga-tiga teras ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai yang berikut:

Penerapan Nilai-Nilai Murni 4. Hormat-menghormati : Hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan sensitiviti kaum. 5. Rendah Hati (Tawadhuk) : Rasa rendah hati atau tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri dan seharusnya kita memanfaatkan kelebu=ihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara. 6. Kesederhanaan : Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbankit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidak-stabilan sosial yang lebih parah. peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

7. Berbudi-bahasa : Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

Aspek Kedua Nilai-nilai Aspirasi Jika diperhalusi ke semua lapan nilai dalam konsep Satu Malaysia ini iaitu, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, integriti dan pendidikan, sememangnya bertepatan dengan hala tuju negara pada ketika ini. 1. Budaya Kecemerlangan Y.A.B. Perdana Menteri percaya bahawa demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi, Budaya Kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini kerana jika seseorang mempunyai nilai-nilai yang mempraktikkan Budaya Kecemerlangan dalam hubungan sosial, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.Secara dasar, ia merupakan satu usaha berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkaraperkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, seseorang itu akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan. Y.A.B. Perdana Menteri berharap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan sosial berasaskan prestasi. Sekiranya mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna matlamat-matlamat khusus, dan prestasi seseorang boleh diukur oleh masyarakat dan komuniti sosial tersebut. Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan membuat sebarang perubahan jika perlu boleh juga dilaksanakan.

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2. Ketabahan Seseorang itu akan berjaya menghadapi rintangan dan dugaan sekiranya beliau kerja keras, berdedikasi, dan tabah menghadapinya serta perlu menghargai dan memahami waktu semasa menghadapi kesukaran tersebut. Begitu jugalah Malaysia yang berhadapan dengan berbagai krisis seperti krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun apa jua keadaan kita akan berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut.

3. Rendah Hati Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang

memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dengan memberikan contoh ketika bertugas sebagai ahli parlimen, jika berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasannya, beliau akan memastikan tingkah lakunya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar, ada kalanya perlulah menunjukkan kekuatan dan keyakinan kerana apabila dilihat seperti rendah diri akan dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Beliau menyatakan seseorang itu mestilah menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan dan kejayaan, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.

4. Penerimaan a) Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi Y.A.B. Perdana Menteri berasakan terdapat perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabila menyebut toleransi, kita tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana tiada pilihan. Tetapi jika bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada beliau adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan bermaksud bersedia untuk menerima sebarang perkara dan sekiranya sanggup menerima sebarang perkara dengan kerelaan, maka beliau berasakan untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata. Padanya, itu adalah penting kerana seseorang tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu melihat kemampuan terbaik yang boleh diberikan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada semua bangsa sama ada Melayu, Cina, India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.

b) Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan Semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

mengira jantina. Sistem sedia ada seperti sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, menunjukkan tiada had yang ditentukan kerana latar belakang etnik seseorang tetapi berdasarkan keupayaan peribadi sendiri.

5) Kesetiaan Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu komited kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Beliau akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina dan kritikan yang diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan.

Pada beliau kesetiaan yang membuta tuli adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.

6) Meritokrasi Prinsip meritokrasi tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritokrasi

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritokrasi. Jika penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut.

Tentang langkah Kerajaan ke arah meningkatkan meritokrasi. Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Misalnya dalam pemerolehan, Kerajaan sewajarnya memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerajaan berpeluang memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Pada masa ini lebih baik mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang hendak diswastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan.

7) Pendidikan Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak mampu bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

8) Integriti Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat.

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Konsep Satu Malaysia terbahagi kepada 4 aspek utama untuk dibangunkan dalam merealisasikan gagasannya.

SOSIAL

PENDIDIKAN

KONSEP 1 MALAYSIA

EKONOMI

POLITIK

10

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial


Aspek sosial merupakan prinsip teras dalam konsep 1 Malaysia menuntut bahawa setiap kaum di negara ini harus diberi keadilan yang sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang ataupun agama. Semua kaum harus menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Nasib semua kaum harus dibela dan tiada mana-mana pihak harus dipinggirkan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran kerajaan supaya melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan untuk membela golongan yang memerlukan. Prinsip keadilan sosial dalam konsep 1 Malaysia adalah disokong oleh Perkara 8 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 dengan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini dan ia dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Fasal (2) Perkara 8 membenarkan diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profession, kerjaya atau pekerjaan jika dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, konsep kesamarataan dalam prinsip keadilan sosial mestilah sejajar dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan diskriminasi dalam keadaan tertentu.

11

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Menggalakkan interaksi sosial 1 Malaysia Beberapa program dan projek telah dilaksanakan untuk menggalakkan integrasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia, mencerminkan komitmen jangka panjang negara sepanjang beberapa dekad yang lalu. Program dan projek itu telah mencapai tahap hasil yang berbeza dan oleh hal yang demikian ia memerlukan penambahbaikan selanjutnya setelah kajian semula yang lebih mendalam dilakukan. Program dan projek tersebut termasuk:

a. Rukun Tetangga (RT), yang diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai sebuah pasukan kawalan untuk membanteras sentimen anti-kenegaraan, telah sejak itu menumpukan pada penggalakan semangat kejiranan, membantu dalam kawasan kejiranan dan menggalakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, alam sekitar, ekonomi dan sosiosivik. Terdapat pengembangan yang pesat sebanyak hampir 10% setahun dalam tempoh empat tahun yang lepas, dengan lebih daripada 4,500 unit RT di seluruh negara, terutamanya di skim perumahan bandar dan separa bandar, melibatkan lebih daripada 100,000 ahli jawatankuasa dan dengan penyertaan tahunan melebihi 3 juta ahli Rukun Tetangga. Syor bagi masa hadapan merangkumi penyediaan lebih banyak aktiviti untuk memperkukuh lagi rangkaian komuniti dan melatih para pemimpin untuk mempelajari kemahiran komunikasi dan pengantaraan yang lebih baik.

b. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan pada Disember 2003 dan telah melibatkan lebih 400,000 belia dari semua latar belakang etnik, sosioekonomi dan wilayah dalam perkhemahan dan persekitaran kerja sosial selama tiga bulan dengan hasilhasil yang secara umumnya adalah positif. Syor bagi masa hadapan merangkumi cara-cara untuk meningkatkan lagi keberkesanan program dalam menyemai esprit de corp (semangat berpasukan), pengembangan untuk melibatkan lebih banyak belia pada satu-satu masa dan

12

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

pelanjutan tempoh latihan selain pembentukan sebuah Alumni PLKN untuk mengekalkan rangkaian dan menyalurkan alumni kepada Rukun Tetangga dan RELA (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) supaya mereka dapat terus memainkan peranan yang positif dan produktif dalam kehidupan dewasa mereka.

c. Pelbagai program untuk sukan, pembangunan belia dan wanita yang boleh menyumbang kepada integrasi yang lebih kukuh dalam kalangan pelbagai komuniti. Pencapaian atlet Malaysia dalam arena sukan antarabangsa tidak hanya membawa kegemilangan buat negara tetapi juga meningkatkan rasa bangga, kesetiaan dan perpaduan yang dikongsi bersama. Program Sukan untuk Semua (Sports for All) menggalakkan penyertaan yang lebih meluas daripada pelbagai kumpulan umur dalam masyarakat tempatan. Pelbagai program pembangunan belia dan wanita juga telah membawa peserta daripada pelbagai kumpulan etnik secara bersama untuk bekerja dalam projek yang sama. Syor bagi masa hadapan meliputi cara bagaimana menjadikan program ini lebih berkesan dalam menarik penyertaan yang lebih meluas dan mampan, terutamanya dalam memanfaatkan media baru yang menyediakan pilihan yang menarik untuk hiburan dan rekreasi.

d. Pelbagai program di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk menggalakkan kesedaran mengenai kenegaraan dan juga rasa muhibah, persefahaman dan integrasi dalam kalangan penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Program-program tersebut termasuk pertukaran pelajar, homestay, khemah kerja, kelab Rukun Negara di sekolah menengah dan sekretariat Rukun Negara di IPT. Cadangan bagi masa hadapan merangkumi pengembangan dan penambah baikan kualiti, terutamanya dalam memberikan penekanan

13

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

yang lebih berat terhadap aspek-aspek berkesan mengenai perubahan sikap dan bukan semata-mata pembelajaran kognitif tentang maklumat dan pengetahuan.

e. Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 untuk menggalakkan aktiviti kurikulum tambahan bersama dalam kalangan pelajar daripada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan dengan penglibatan guru dan ibu bapa. Syor bagi masa hadapan termasuk pelancaran program yang lebih berkesan dan agresif untuk melibatkan lebih banyak sekolah dan memanfaatkan sokongan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Rukun Tetangga dan NGO tempatan, kajian semula metodologi untuk menyemai pandangan positif yang lebih berkesan terhadap pelbagai kumpulan etnik selain pelancaran projek e-Integrasi yang memanfaatkan Internet dan permainan laman web yang membawa kepada penambahan interaksi.

f. Program dalam seni dan budaya termasuk penggalakan persembahan bersama tarian dan seni pertunjukan, terutamanya yang berkaitan dengan pelancongan budaya (contohnya program Homestay, Tarian Cuti-cuti 1Malaysia and Food Fabulous Food 1Malaysia) di bawah slogan Malaysia Truly Asia dan juga di majlis awam dan persendirian, untuk menyerlahkan warisan budaya Malaysia yang kaya dan pelbagai serta menggalakkan rasa bangga dan kekitaan. Cadangan bagi masa hadapan termasuk tema dan jalan cerita pelbagai etnik dalam produksi teater dan muzikal, promosi muzik Malaysia menggabungkan instrumen muzik tradisional semua kumpulan etnik dan memberi galakan kepada penulis Malaysia untuk menulis karya fiksyen dan bukan fiksyen dalam pelbagai bahasa bagi pembaca tempatan dan antarabangsa.

14

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.0: Bidang-bidang Utama Dalam Aspek Sosial :

KEBAJIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT

SUKAN

PERTANIAN

WANITA DAN KELUARGA

PENGANGKUTAN

PELANCONGAN

KESIHATAN

BELIA

15

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.1: KEBAJIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT


SOSIAL Pengenalan Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilainilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Matlamat Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Terdapat 2 objektif

Objektif Umum 1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

16

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Objektif Khusus 1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilainilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya: - Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi - Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat; - Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial - Menjana sinergi multisektor. Strategi Strategi-strategi bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti yang berikut:

Terdapat beberapa objektif antaranya ialah:

Objektif 1: Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Strategi: 1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara. 2. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
17

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

3. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.

Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat Strategi: 1. Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu

tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadapkeperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.

Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan Perkhidmatan Sosial Strategi: 1. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza.

2. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem
18

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama.

3. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.

4. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas social serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas.

5. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat social mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar.

Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor Strategi 1. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat.
19

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.

3. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan social dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik.

4. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat kepada masyarakat.

5. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.

6. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti

20

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

KEBAIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT 1- untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan

2- mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat (slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan)

3- menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk Negara

4- meningkatkan kefungsian sosial sama ada individu, keluarga, kumpulan mahupun komuniti.

5- perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan

6- penerimaan dan toleransi

7- menerapkan nilai Meritokrasi

8- menerapkan nilai integriti antara kerajaan dan rakyat

21

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

9- mewujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum.

10- untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara.

11- Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan Negara

Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

22

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.2 : SUKAN
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sukan memainkan peranan sangat penting sebagai penghubung dalam menjalin hubungan antara pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama yang membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara. (Utusan Malaysia, 2012) Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. (Wikipedia) Perdana Menteri berkata sukan juga bertindak sebagai sebahagian daripada proses mencari sahabat di kalangan asing. Dalam penerapan nilai aspirasi 1 Malaysia, melalui sukan pembinaan budaya sukan di Malaysia bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat elit. Ini dibuktikan diperingkat sekolah lagi dengan aspirasi 1 Murid 1 sukan. Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut: a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun Latihan Rumah Sukan* Merentas desa Sukan / permainan Balapan dan padang Pertandingan Merentas Desa* Sukantara* Kejohanan Balapan dan Padang

23

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah Latihan pelbagai permainan dan Modified Games c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun Pertandingan antara rumah sukan Pertandingan antara tingkatan / kelas Pertandingan antara dorm di asrama d) Pertandingan Lain Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Pertandingan Peringkat Antarabangsa e) Aktiviti Sukan Lain (Kementrian Pelajaran, Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan) Penyertaan bagi sukan adalah terdiri daripada semua murid tidak kira kaum dari peringkat kelas hinggalah ke peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Realisasi konsep 1 Malaysia melalui bidang sosial ini dirangkumkan dengan sebegitu menyeluruh supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberi interaksi sosial antara individu. Apabila individu berkumpul dengan campur-aduk dari pelbagai kaum, kemesraan akan terjalin dan inilah yang mahu diterapkan dalam hubungan antara kaum. Konsep 1 Malaysia dari segi sosial melalui sukan ini dapat diterjemahkan di dalam kehidupan pelajar atau murid sekolah apabila bermasyarakat semasa di dalam kelompok komuniti mereka di kejiranan masing-masing. Sekaligus tidak dapat tidak implimentasi konsep 1 Malaysia melalui sukan akan berjaya.

24

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Melalui slogan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak diperkatakan dan dibahaskan. Secara umumnya, konsep 1 Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat dan paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan. Malah setiap rakyat sama ada daripada kelompok kecil atau besar tidak akan dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan sama rata. Melalui konsep ini, menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu sebagai satu bangsa. Rakyat pelbagai kaum, agama dan latar hidup disatukan bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, konsep atau gagasan 1 Malaysia ini wajar disokong dan didokong oleh semua pihak. Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia ini masih berlandaskan atau berpaksikan kepada Perlembagaan dengan memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.

25

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.3 : PERTANIAN
Dalam Konsep 1 Malaysia, Kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik supaya ia mampu menghasilkan bahan pertanian yang baik untuk kepentingan rakyat, selaras konsep gagasan 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Langkah ini sesuai dengan misi dan dasar kementerian itu untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha mentransfomasikan sektor ini merupakan suatu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan saja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malah ia memerlukan anjakan minda masyarakat untuk menepis anggapan bidang pertanian yang merupakan aktiviti mundur dan berkemahiran rendah, Dalam konsep 1Malaysia pertanian juga adalah dianggap sebagai perniagaan. Konsep ini adalag merupakan satu usaha Jabatan Pertanian untuk menarik minat pelanggan bergiat di dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar Untuk Merealisasikan konsep pertanian adalah perniagaan kerajaan telah

memperuntukkan modal yang besar dalam bidang ini .Pada tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan modal sebanyak 6 Billion untuk memajukan bidang pertanian di seluruh negara menerusi pelbagai sektor di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dari segi teknologi pula kerajaan telah memperkenalkan teknologi yang terkini dan boleh digunapakai dengan mengikut kesesuaian tempat, modal yang mencukupi dan pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul. Dari segi teknologi tanaman pula petani boleh mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan. Bagi menjamin pengeluaran hasil tani yang memberansangkan kerajaan telah memperkenalkan Teknologi Benih yang berkualiti. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia
26

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

boleh didapati di MARDI. Selain daripada teknologi yang dinyatakan terdapat banyak lagi teknologi yang sedia ada dan dipertingkatkan mutunya seperti Teknolgi Kejenteraan Pertanian, Teknologi dan Inovasi. Dalam membentuk konsep pertanian adalah perniagaan, langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, tred dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Secara logiknya, semua perniagaan mengutamakan keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi. Aliran tunai bagi setiap komodoti tanaman yang disenaraikan disini dapat membantu untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan. Dalam Konsep 1 Malaysia, keberhasilan dalam pengeluaran adalah amat diutamakan. Selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan kerajaan

menyediakan prasarana yang baik dalam semua bidang. Dalam bidang pengeluaran makanan dan produk pertanian kerajaan memberi penekanan yang serius terhadap bidang ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan masyarakat luar bandar.

27

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.4 : WANITA DAN KELUARGA


1Malaysia adalah berdasarkan kepada konsep keadilan kepada semua. Ini bermakna tidak ada kumpulan yang akan dipinggirkan, dan bantuan serta peluang akan diberikan berdasarkan kepada keperluan dan merit. Namun demikian, hak yang termaktub dalam Perlembagaan akan dipatuhi dan pembangunan pada tahap yang berbeza bagi kumpulan yang berlainan harus diambil kira. Justeru itu, wanita dan keluarga adalah kumpulan yang turut mendapat perhatian dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Wanita Pembangunan negara menyaksikan kehebatan wanita masa kini dengan hampir 70 peratus tenaga kerja negara sekarang bergantung kepada wanita khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam melestarikan konsep 1 Malaysia golongan wanita mendapat perhatian melalui bajet 2012. Antaranya adalah seperti: 1) RM50 juta bagi menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi Human Papilloma Virus (HPV).

2) Hospital untuk wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur dengan kos RM700 juta.

3) RM10 juta untuk melaksanakan program-program bagi menarik wanita masuk ke pasaran pekerjaan.

4) RM2.1 bilion untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita.

28

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Keluarga Kita perlu menangani isu isirumah berpendapatan rendah ini dalam aspek ekonomi dan sosial. Mengurang dan menguruskan keadaan yang menyumbang kepada kemiskinan, dapat menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini memastikan sumber manusia produktif senang didapati dan bersedia mengeksploitasikan peluang dan juga memperluaskan pasaran asas pengguna sedia ada yang mampu berbelanja untuk barangan dan perkhidmatan. Tambahan lagi, pengurangan tahap kemiskinan yang berkesan, dapat membawa kepada kualiti hidup yang lebih tinggi secara keseluruhan kepada rakyat, seterusnya memastikan perpaduan sosial dan keharmonian, apabila terdapatnya kekurangan kadar jenayah dan kegelisahan sosio-politik. Oleh itu, di dalam mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah, pelbagai inisiatif dilaksanakan secara berperingkat di antara tahun 2010 dan 2012 melalui tiga langkah berikut: 1) Menyeragamkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah, bagi memastikan bantuan disasarkan kepada orang yang sesuai.

2) Melaksanakan beberapa inisiatif berimpak tinggi dengan segera dan membuat persediaan bagi tindakan jangka panjang. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki kebajikan serta membina potensi pendapatan bagi memastikan kemampanan.

3) Menetapkan penggerak (enablers) bagi memastikan program pembasmian kemiskinan adalah berkesan dan lancar.

29

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Bajet 2012 terhadap golongan berpendapatan rendah: 1) RM1.4 bilion bagi program Kebajikan Rakyat 1Malaysia @ KAR1SMA -24 Ogos 2011, KAR1SMA dilancarkan sebagai usaha berterusan Kerajaan, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KAR1SMA akan mentransformasikan perkhidmatan kepada kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, balu tentera dan polis dan komuniti melalui penstrukturan semula skim bantuan kewangan, perkhidmatan institusi, insentif OKU produktif, TASKA 1Malaysia, Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Program Pemulihan Dalam Komuniti dan ziarah dan bantu kepada kumpulan sasar tersebut.

30

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2) Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah (BR1M-Bantuan Rakyat 1 Malaysia)

3) Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Disamping itu, mulai tahun 2012, bulan November akan diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara selaras dengan Dasar Keluarga Negara. Kesejahteraan Keluarga yang menyeluruh diutamakan menerusi penerapan nilai kekeluargaan. Pelbagai aktiviti kekeluargaan boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta dan NGO seperti Karnival Keluarga, Pasar Tani Keluarga dan Galakan Percutian Keluarga. Gerakan 1 Malaysia Utamakan Keluarga (1MFF-1 Malaysia Family First) telah dilancarkan pada 17 Jun 2012 yang lalu. 1MFF merupakan salah satu inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Elemen 1Malaysia Utamakan Keluarga (1MFF) diharap akan mencetuskan ikatan kasih sayang yang berpanjangan dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.

31

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.5 : PENGANGKUTAN
Memperkasakan Pengangkutan Awam: Kepentingan bandar-bandar sebagai pusat aktiviti yang mana ekonominya semakin menjurus kepada aktiviti berorientasikan perkhidmatan kini semakin meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti (termasuk pelancongan). Telah terbukti di peringkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif adalah penyumbang penting kepada kemakmuran ekonomi.

Kesesakan lalulintas bukan sahaja menyukarkan penumpang; ia juga mengakibatkan kerugian besar dari segi produktiviti dan mempengaruhi kebolehan bandar-bandar Negara ini untuk bersaing di peringkat global. Dalam mengatasi masalah kesesakan lalulintas, terdapat kecenderungan bagi bandar-bandar untuk membina lebih banyak jalan raya. Walau bagaimanapun, kosnya dari segi kewangan, sosial dan alam sekitar akan kian meningkat apabila tahap perkembangan bandar telah mencapai suatu tahap.

Justeru itu, terdapat keperluan untuk suatu anjakan dari mengutamakan pergerakan kenderaan bermotor, kepada pergerakan kumpulan-kumpulan orang melalui cara yang efisien dan menjimatkan kos, iaitu anjakan dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, dengan mengambil sistem pengangkutan awam di Lembah Klang sebagai contoh, sistem pengangkutan awam di Negara ini pada ketika ini menghadapi isu perkhidmatan yang tidak efisien (dengan kadar kelewatan dan pembatalan perjalanan yang kerap), jaringan perkhidmatan dan kesinambungan antara mod pengangkutan awam yang terhad, serta isu kesesakan yang serius (terutamanya aliran rel utama- KTM Komuter, aliran LRT Kelana Jaya). Masalah-masalah ini antara lainnya menyebabkan penggunaan sistem

32

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

pengangkutan awam yang kurang memberansangkan, yang seterusnya membawa kepada isu kesesakan yang lebih serius.

Sekiranya kita gagal menangani masalah sistem pengangkutan awam di Lembah Klang, jalanraya di bandar-bandar akan menjadi terlalu sesak, dan seterusnya mempengaruhi daya produktiviti bandar-bandar utama, kualiti hidup penduduk kawasan bandar, serta kebolehan Negara untuk melonjakkan taraf bandar-bandar Malaysia ke taraf dunia. Berpegang kepada permasalahan ini, dan memandangkan pengangkutan merupakan faktor penting bagi capaian ke pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial, kami amat komited bagi mempertingkatkan taraf sistem pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang tahun 2012 bagi menggalakkan lebih ramai orang meninggalkan kenderaan masing-masing di rumah dan sebaliknya menggunakan pengangkutan awam.

Inisiatif Untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, Kementerian Pengangkutan telah merancang pelaksanaan 11 inisiatif merentasi 4 kategori utama, yang mana merangkumi penambahbaikan terhadap perkhidmatan bas, perkhidmatan rel, integrasi antara mod-mod pengangkutan awam, dan juga rangkaian pengangkutan awam itu sendiri. Beberapa inisiatif yang dirancang tersebut kini telah dilaksanakan dan telah banyak menyumbang ke arah pencapaian sasaran yang ditetapkan.

33

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Bas -Menyediakan laluan khas bagi Bas -Peningkatan Kualiti serta liputan hentian bas -Penambahbaikan Perkhidmatan sedia ada meluaskan liputan perkhidmatan.

Rel -Meningkatkan kapasiti system KTM Komuter -Mengurangkan kesesakan system KL monorail -Meningkatkan kapasiti system RapidKL LRT.

34

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Intergrasi -Mewujudkan terminal-terminal pengangkutan dan hab-hab bandar -Memperkenalkan sistem tiket pintar bersepadu melibatkan bayaran tanpa tunai -Penambahbaikan intergrasi antara mod di stesen-stesen utama.

Program Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia Program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah dilahirkan dari cetusan buah fikiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan serta keselesaan penumpang teksi.
35

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu perkhidmatan teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan Rakyat terhadap perkhidmatan teksi.

36

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.6 : PELANCONGAN
Sektor pelancongan akan kekal menjadi peneraju utama pembangunan ekonomi Malaysia. Sektor yang mampan dan menjana pulangan tinggi ini akan terus memacu ekonomi Malaysia dengan, menyediakan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada Rakyat. Hari ini, Malaysia mencapai kedudukan yang kukuh dalam pelancongan global. Kami merupakan negara ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia dan memperoleh RM1 bilion penerimaan daripada pelawat asing setiap minggu. Menyedari kelebihan dan kedudukan kukuh yang dimiliki kami dalam industri pelancongan pada peringkat global, Kerajaan bersama-sama dengan sector swasta adalah komited untuk memajukan lagi sektor ini untuk manfaat seluruh Rakyat. Kita telah meletakkan sasaran untuk mencapai 2020:36:168, iaitu pada tahun 2020, Malaysia akan menerima 36 juta ketibaan pelancong dengan penerimaan sebanyak RM168 bilion. Ini bermaksud bahawa industri pelancongan akan berkembang sebanyak tiga kali ganda dan pelancongan akan menyumbang penerimaan berjumlah RM3 bilion setiap minggu kepada Negara pada tahun 2020. Hasrat yang strategik ini bakal dicapai menerusi 12 inisiatif yang dicadangkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan. Sebagai Menteri Pelancongan, saya merasa amat teruja untuk menyaksikan kejayaan penyampaian dan pelaksanaan NKEA Pelancongan. Justeru, saya memohon semua warga Malaysia agar memberikan sokongan padu dan berganding bahu bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan untuk memastikan kejayaan agenda negara yang penting ini.

YB Dato Sri Dr. Ng Yen Yen

37

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Secara ringkasnya terdapat dua belas projek permulaan (EPP) bagi merealisasikan transformasi 1 malaysia yang merangkumi lima tema luas yang memenuhi keperluan pelbagai segmen pelancong, iaitu dari penggemar membeli-belah hinggalah kepada pencinta alam semulajadi, pengembara perniagaan dan juga percutian seisi keluarga. Lima tema dan 12 projek berimpak tinggi yang dikenal pasti termasuk: Tema 1: Barangan mewah mampu milik EPP 1: Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah bebas cukai bagi barangan pelancongan EPP 2: Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City Centre - Bukit Bintang sebagai Presint Membelibelah yang meriah EPP 3: Membuka tiga ruang perniagaan premium baharu di Malaysia Tema 2: Kembara Alam Semula Jadi EPP 4: Memartabatkan Malaysia sebagai hab biodiversiti global. Tema 3: Keseronokan Seisi Keluarga EPP 5: Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi (eco-nature integrated resort) di Sabah EPP 6: Mewujudkan Straits Riviera Tema 4: Acara, Hiburan, Spa dan Sukan: EPP 7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa EPP 8: Mewujudkan zon hiburan khas EPP 9a: Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dengan lebih baik EPP 9b: Meluaskan tawaran pelancongan sukan di Malaysia tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara

38

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Tema 5: Pelancongan Perniagaan EPP 10: Memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang terutama Projek merentas tema: Kesalinghubungan jarak sederhana; Hotel berkualiti lebih baik. EPP 11: Meningkatkan kesalinghubungan dengan pasaran jarak sederhana yang penting EPP 12: Menambah baik kadar, jenis dan kualiti hotel

Antara program program yang telah dijalankan ialah: a.Water Festival b. KL Sunday 1 Malaysia Family Fair c. Bazar Ramadhan d. Jualan Mega (Mega Sale) e. Fabulous Food Malaysia pada bulan Oktober, November dan Disember f. Karnival Pelancongan Pelajar (3P) g. Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia h. Blueprint Pelancongan Langkawi i. 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean

j. Program Homestay 1 Malaysia @ Go2Homestay k. Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)

39

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.7 : KESIHATAN
Dalam Konsep 1Malaysia, Kerajaan telah menyediakan infrastruktur supaya ia mampu memberi perkhidmatan kesihatan yang baik untuk kepentingan rakyat, selaras konsep gagasan 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Langkah ini sesuai dengan misi dan dasar Kementerian Kesihatan itu untuk memperkenalkan Klinik 1Malaysia dan Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP 1Malaysia). Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan, 50 buah klinik 1Malaysia telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flat Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah. Sebanyak 48 daripada 50 buah klinik 1Malaysia telah beroperasi. Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah. Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

40

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

KLINIK 1 MALAYSIA OBJEKTIF Untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. SKOP PERKHIDMATAN Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain. Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetis, Darah Tinggi dan Asma. Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan. Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi. Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.

MASA OPERASI Tujuh hari seminggu 10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)

BAYARAN

Warganegara - RM1 Bukan Warganegara - RM15

41

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

UMP 1Malaysia

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan melalui PosLaju ke lokasi pilihan anda seluruh Malaysia. Perkhidmatan UMP 1Malaysia boleh diperolehi di semua Hospital Utama negeri seluruh Malaysia. Ia merupakan satu perkhidmatan baru Farmasi Pesakit Luar yang mengambil bahagian. Ubat yang perlu diambil oleh pesakit boleh dipos terus ke rumah mereka dengan syarat, ubat tersebut adalah bekalan susulan ubat kepada pesakit tersebut. Pertama kali sudah diambil di farmasi pesakit luar. Pesakit juga faham tentang cara mengambil ubat tersebut. Ubat tersebut juga perlulah dari jenis yang boleh dipos iaitu jenis pil atau tablet, tidak mudah rosak dengan kepanasan atau haba. Apa yang penting, pesakit perlu tahu, caj perlu dibayar kepada posmen setelah mendapat kiriman ubat tersebut di rumah. Harga bergantung kepada tempat (semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak), dan juga berat bungkusan ubat tersebut.

Faedah UMP 1Malaysia Ubat dihantar terus ke lokasi pilihan Jaminan kesinambungan bekalan ubat Selesaikan masalah kesuntukan masa Jimat kos perjalanan Tiada masalah meletakkan kenderaan

Cara Mendapatkan UMP 1Malaysia Pergi ke kaunter farmasi bagi mendapatkan borang tawaran UMP 1Malaysia Semak kriteria UMP 1Malaysia

42

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Kriteria UMP 1Malaysia 1. Pesakit a. Patuh dan faham terap pengubatan b. Memahami cara penggtinaan ubat c. Stabil 2. Ubat a. Bentuk dos jenis tablet/kapsul b. Bukan jenis ubat psikotropik c. Tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan 3. Preskripsi a. Penyakit kronik b. Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi c. Tempoh melebihi 1 bulan Kadar UMP 1Malaysia Bil. Kawasan Pengantaran Dari Kawasan 1. 2. 3. 4. Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak Ke Kawasan Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak Sabah/Sarawak Semenanjung Malaysia Caj (RM) < 500gram 5.00 5.00 8.00 8.00 <1000gram 6.00 6.00 10.00 10.00

Bagi berat kurang daripada 500gm Bagi berat Iebih 500gm sehingga 1000gm

43

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

2.8 : BELIA
Dalam konteks perpaduan banyak yang boleh kita huraikan, antara salah satunya adalah melalui belia. Oleh itu peranan merekalah yang dapat menyatukan perpaduan Negara daripada perbalahan perkauman. Maka dengan itu perlu ada seseorang atau badan yang dapat membantu nengetengahkan peranan belia ini. Justeru itu wujudlah satu Program Latihan Khidmat Negara [PLKN] yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lepas merupakan satu pendekatan yang baik untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar. Di dalam program ini selain dapat meningkatkan keyakinan para pelajar, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Dalam usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar, mereka juga harus menghayati Rukun Negara. Hal ini adalah kerana, menghayati Rukun Negara juga salah satu pendekatan terbaik untuk para pelajar supaya dapat memacu Malaysia sebagai sebuah negara maju bagi merealisasikan wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam menjaga hubungan baik antara kaum merupakan satu lagi minhaj yang boleh dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Para pelajar dapat menjaga hubungan yang baik antara kaum dengan kerap mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain. Untuk menjaga hubungan yang harmoni antara kaum, para pelajar bukan sahaja perlu membantu bangsa lain yang dalam kesusahan bahkan perlu berusaha mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain. Kesimpulannya, cara yang terbaik untuk membina negara bangsa 1Malaysia ialah para pelajar menggunakan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain supaya konsep 1Malaysia menjadi realiti kerana bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan seterusnya secara langsung dapat meningkatkan semangat cinta akan tanah air.
44

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Objektif menjadikan Belia masyarakat yang berkualiti pada masa hadapan. Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020. Masyarakat belia yang wujud pada masa kini akan mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara. Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan. Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang. Akhir sekali, mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia. Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia. Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda.
45

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

Minda: Memperkasa pembangunan belia Pembangunan belia ke arah gaya hidup positif dapat ditakrifkan sebagai satu proses untuk menyediakan golongan muda dan remaja menghadapi cabaran keremajaan dan kedewasaan melalui aktiviti yang diselaraskan kerajaan bagi mencapai satu tahap keupayaan sosial, moral, emosi, fizikal dan mental yang seimbang. Memperkasa generasi belia negara memerlukan sokongan semua pihak ke arah membabitkan diri dalam aktiviti positif yang dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dalam kepemimpinan, gaya hidup, mencungkil bakat, potensi diri dan kebolehan yang ada pada seseorang belia atau remaja. Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan pihak kementerian serta pertubuhan belia wajar menarik lebih ramai golongan ini untuk menyertai persatuan dan mengikuti program yang dijalankan. Ini menyebabkan belia yang tidak mendaftar dengan pertubuhan menyukarkan mereka mengikuti pelbagai program anjuran kementerian berikutan kebanyakan mereka tidak tahu aktiviti yang diadakan. Mereka ini golongan terpinggir yang tidak harus dibiarkan tanpa hala tuju. Adalah disarankan, bekas ahli Rakan Muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah melepasi had umur menyertai pertubuhan dan pergerakan yang menjadi perintis kepada pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Menurut tokoh belia, Datuk Sheikh Badar Sheikh Embong, bilangan belia dan remaja di negara ini memang ramai, namun minat kepada kerja sukarela hanya mengikut musim. Apa yang penting minat mendalam mesti disemai di kalangan belia untuk menyertai persatuan mengikut minat masing-masing. Menurutnya, kebanyakan mereka yang terbabit dengan persatuan belia adalah berdasarkan minat mendalam yang bermula di peringkat daerah, negeri dan seterusnya peringkat
46

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

kebangsaan, tetapi sekarang kebanyakan belia akan bertanya apa yang mereka boleh dapat jika menganggotai sesebuah persatuan belia di negara ini. Selain itu katanya, ada pemimpin belia kini hanya ingin mencari pengaruh dan sokongan untuk berjaya dalam bidang lain seperti politik dan sanggup membuat atau membiayai aktiviti dijalankan. Setiap aktiviti hanya bermusim yang seharusnya dilakukan sepanjang tahun. Setiap belia atau remaja yang ingin aktif dalam sesebuah persatuan belia mesti melihatnya dari sudut nilai seni dan kebajikan. Kepemimpinan belia adalah seni melalui kerja sukarela seperti sumbangan khidmat masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan banyak membentuk nilai murni dan gaya hidup serta sikap yang baik dalam diri golongan belia. Melihat persatuan belia dan kegiatan belia wajar diperkasakan semula sebagai pembentuk pemimpin pelapis negara pada masa depan. Belia tidak akan menjadi pemimpin sebelum belajar menurut dan dipimpin. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh persatuan belia meliputi sukan, kebudayaan, keilmuan, ekonomi, sosial dan politik. Jika dulu persatuan belia mengadakan forum, seminar dan kursus penulisan mendapat sambutan hangat daripada belia, aktiviti itu harus dihidupkan semula pada masa kini. Kepemimpinan belia dapat diwujudkan melalui pelbagai program dan aktiviti bagi menarik belia menyertai pertubuhan belia seperti Program Satu Komuniti Satu Persatuan Belia bagi menarik 10 juta belia dan remaja di negara ini yang belum mendaftar dengan pertubuhan belia. Kecenderungan belia di desa pada masa kini lebih kepada bidang pertanian, keusahawanan dan penternakan. Bidang ini jika diusahakan secara bersungguhsungguh akan menjamin pendapatan dan kehidupan di desa. Oleh itu, persatuan belia di desa wajar mengadakan aktiviti seperti kursus penternakan ikan air tawar, ikan sangkar, kambing biri-biri, lembu, ayam kampung dan sebagainya. Mereka juga inginkan pendedahan kepada bidang perniagaan kecil-kecilan seperti terbabit dalam pertanian sebagai perniagaan. Contohnya perniagaan runcit, usahawan tani, peniaga pasar malam dan pasar tani yang dapat

47

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

memberikan pulangan bagi menjamin kehidupan di desa dan di pinggir bandar. Selain itu, mereka juga berminat dalam lapangan sukan seperti bola sepak bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah. Sementara belia di bandar dan di kota lebih berminat kepada bidang perniagaan yang berskala sederhana, seperti bidang francais, bidang kemahiran dan bidang keusahawanan. Mereka juga mengisi masa lapang dengan sukan lasak dan sukan lain seperti go-kart, papan luncur dan sebagainya. Pertubuhan dan persatuan belia di desa dan bandar mesti mengadakan aktiviti seperti kursus dan program yang menjurus kepada minat belia di mana sesebuah persatuan itu diwujudkan. Pemimpinnya mesti faham kehendak dan ke arah mana belia itu akan dibawa di bawah kepemimpinannya. Bagi memperkasa dan menjana semula pendekatan baru melalui aktiviti berfaedah dan dapat menarik minat golongan belia menyertai sesebuah persatuan. Tanggungjawab pembangunan belia bukan terletak pada kerajaan semata-mata. Ia boleh digerakkan melalui kepemimpinan setempat. Aktiviti keilmuan seperti kursus kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan mesti dipertingkatkan. Justeru, Majlis Perundingan Belia Nasional tidak lama dulu meluluskan dan menyenaraikan 11 perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan belia nasional. Antaranya teras pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, pembangunan sumber manusia, program Rakan Muda, sistem penyampaian, peranan media dan komunikasi, peranan pertubuhan belia, pembangunan belia tidak berpersatuan, pembangunan

kepemimpinan, penyelidikan dan pembangunan, politik dan integrasi nasional. Pelan tindakan ini dengan sendirinya menunjukkan semua pihak ingin membangunkan belia dengan perkara positif sekali gus akan menghindarkan mereka daripada terjerumus dalam gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan belia sebagai pemimpin negara. Pembangunan belia menghadapi banyak cabaran dalam alaf ke-21 ini. Realiti yang berlaku kepada golongan

48

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

belia hari ini, mereka wajar merancang untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup pada masa depan. Selain itu, kepemimpinan belia mesti diterajui belia yang faham terhadap minat dan kehendak golongan itu Kesimpulannya, bagi memperkasa pembangunan belia di negara ini, setiap pemimpin belia harus memasuki perspektif baru yang lebih dinamik dan saintifik. Majlis Perundingan Belia Negara wajar mengadakan penyelidikan tentang kehendak belia merangkumi minat, arah dan tujuan, serta gaya hidup.

49

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

3.0 : KESIMPULAN

Secara ringkasnya, 1Malaysia adalah satu gagasan yang diilhamkan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ia berteraskan beberapa nilainilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan konsep 1Malaysia ini menyarankan bahawa kemajuan negara dapat direalisasikan dengan memberi tumpuan atau fokus keatas memajukan rakyat terlebih dahulu. Ini dapat dilakukan dengan memupuk sikap saling hormat menghormati dan penerimaan diantara kaum bagi membentuk perpaduan yang utuh. Ini sudah pasti akan membantu dalam kelancaran urusan pembangunan negara. Demi memastikan kesemua rakyat dapat menikmati kemajuan dengan sama-rata, keadilan sosial diterapkan dan menjadi teras kepada pembentukan perpaduan dalam konsep 1Malaysia. Keadilan sosial ini berfungsi untuk tidak meminggirkan mana-mana pihak dalam usaha negara mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. Ini selaras dengan definasi kebajikan sosial yang bersifat holistik dimana segala program, aktiviti dan pembangunan manusia yang dijalankan adalah untuk masyarakat itu sendiri. Kebajikan sosial merupakan aspek yang penting dalam pembangunan manusia. Menurut Johnson et al. (1997) yang menyatakan kebajikan sosial meliputi perancangan dan proses yang berkaitan dengan kaedah dan program yang mencegah dan memulihkan masalah sosial, membangunkan sumber manusia dan meningkatkan cara gaya hidup masyarakat. Pembangunan manusia yang dijalankan memberi penekanan terhadap institusi sosial dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada institusi keselamatan, institusi keluarga, institusi pendidikan, dan institusi agama. Kesemua intitusi ini diberi tindakan dan ditangani masalahnya secara adil dan holistik kerana tiap-tiap institusi ini mempunyai ciri yang

50

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

tersendiri dan institusi-institusi ini berkait diantara satu sama lain dalam mewujudkan model insan yang berkualiti tinggi. Dengan mempertingkatkan dan menjayakan sistem sosial negara, ia secara tidak langsung dapat membuatkan rakyat mampu bersaing dalam pasaran global serta menaikkan status ekonomi negara. Secara kesimpulannya, dalam menjalankan sesuatu program mahupun aktiviti pembangunan, kerajaan haruslah mengambil kira konsep kebajikan sosial serta melibatkan semua bangsa bagi membentuk perpaduan yang jitu lagi tulin dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ini selaras dengan asas kepada 1 Malaysia, dimana ia dilihat sebagai satu pra-syarat dalam usaha memajukan negara. Oleh yang demikian, akan terbuktilah bahawa kebajikan sosial mampu diterapkan dan cirinya juga menepati konsep 1 Malaysia yang akan menerajui negara kearah kemajuan.

51

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

4.0 : RUJUKAN
Internet 1.Portal 1 Klik Untuk Semua, http://pmr.penerangan.gov.my 2. 1 Malaysia, http://1malaysia.com.my 3. Program Transformasi Kerajaan, http://www.pemandu.gov.my 4. Jabatan Penerangan Malaysia, http://www.penerangan.gov.my 5. Institut Sosial Malaysia, http://www.ism.gov.my 6. Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, http://www.kbs.gov.my 7.Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, http://www.moa.gov.my 8. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, http://www.kpwkm.gov.my 9. Kementerian Pengangkutan Malaysia, http://www.mot.gov.my 10. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, http://www.spad.gov.my 11. Kementerian Pelancongan Malaysia, http://www.motour.gov.my 12. Kementerian Kesihatan Malaysia, http://moh.gov.my 13. MyMetro, http://www.hmetro.com.my 14. BERNAMA, http://www.bernama.com 15. Utusan Malaysia Online, http://www.utusan.com.my

Risalah/Bahan Bacaan 1. Risalah 1 Ubat Melalui Pos (1UMP), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 2. Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia

52

UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK

Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial

5.0 BIBLIOGRAFI
1. Mahirah Ishak 3 Berlian, Peranan Remaja Dalam Membina Negara 1 Malaysia 2. YB Dato Sri Dr Ng Yen Yen, Jejak Makanan Fabulous Food 1 Malaysia 3. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi PEMANDU, Pelan Hala Tuju GTP-Bab 1: Memperkenalkan Transformasi 4. Tun Dr Mahathir Mohamad, Kertas Kerja The Way Forward disampaikan kepada Majlis Perdagangan Malaysia, 28 Februari 1991 5. Dr Mahani Zainal Abidin, anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Membangunkan Model Malaysia bagi Ekonomi Global dalam Readings on Development: Malaysia 2057 (2009)

6. Prof Datuk Dr Shamsul A.B., Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Managing a Stable Tension: Ethnic Relations in Malaysia Reexamined dalam Readings on Development: Malaysia 2057 (2009) 7. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ucapan di Asia 21 Young Leaders Summit, 20 November 2009 8. Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri 198186. The Challenge of Managing Change Inside and Outside Malaysia dalam Readings on Development: Malaysia 2057 (2009) 9. Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Pelan Hala Tuju GTP-Bab 6:Mengurangkan Jenayah 10. Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, Pelan Hala Tuju GTP-Bab 8: Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar 11. Dato Sri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan, Pelan Hala Tuju GTP-Bab 11: Mempertingkatkan Perkhidmatan Awam di Bandar
53

Anda mungkin juga menyukai