Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF PSYCHOLOGY WITH HONOURS

YEAR 2021

MPU 3112

HUBUNGAN ETNIK
APENDIKS

PENGENALAN …………………………………………...……………...….…. 2

PERANAN DRAMA/FILEM ANIMASI UPIN DAN IPIN DALAM


MENYATUPADUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
………………………………………………………...……………………….…… 3 - 4

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN KESEPADUAN


SOSIAL DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA
……………………………………………….…………………………...……..…… 5 - 6

IMPAK WATAK DALAM DRAMA/FILEM ANIMASI UPIN DAN IPIN BAGI


MEMBENTUK KESEPADUAN SOSIAL MASYARAKAT
………………………………………………….…………………………………….. 7 - 8

FAKTOR-FAKTOR YANG BERUPAYA MEMBAWA KEPADA


KERUNTUHAN PERPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA
………………………………………………………….…………………………... 9 - 10

KESIMPULAN …..………………...……………………………………………….. 11

IKTIBAR-IKTIBAR YANG DAPAT DIPELAJARI DARI TOPIK 10


HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA
…………………………………..…………………………………………………. 12 - 13

Rujukan / Referensi ……………………………………………………………….. 14

1
PENGENALAN

Belajar melalui metodologi yang menyeronokkan seperti bermain, melalui media


atau mengikut kretiviti dalam bidang pendidikan adalah amat disyorkan pada masa kini.
Ini adalah kerana belajar melalui kaedah ini senang untuk menerangkan bagaimana
seorang kanak-kanak dapat belajar memahami dunia di sekitar mereka. Melalui bermain
dan belajar dalam keseronokan, kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran sosial
dan kognitif, dewasa secara emosional dan memperoleh keyakinan diri yang diperlukan
untuk terlibat dalam pengalaman dan persekitaran baru. (Zeckry,2016)
Kaedah ini bukanlah perkara baharu di alam pendidikan kerana ianya telah lama
dipraktikkan sehingga kini. Tahun demi tahun penambahbaikan telah dibuat oleh pihak
berkaitan demi keberkesanan sesi pembelajaran dan pengajaran sama ada secara langsung
dan tidak langsung. Sebagai contoh yang ingin saya petik dalam tugasan ini adalah filem
animasi Upin dan Ipin yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Copaque pada tahun
2007 dimana pada ketika itu filem animasi Upin dan Ipin hanya di tayang khas semperna
bulan Ramadhan di saluran TV9 (Malaysia). Pada ketika itu, objektif animasi ini di
tayangkan adalah untuk memperkenalkan bulan Ramadhan kepada kanak-kanak melalui
saluran kartun sebagai mekanisma menarik perhatian kanak-kanak. Selaras dengan itu,
filem animasi Upin dan Ipin telah diperluaskan hingga 15 musim yang terkini.
(Zeckry,2016)
Diantara sebab-sebab Upin dan Ipin memperluaskan karya mereka adalah kerana
hasil pembelajaran dari animasi tersebut menyokong pihak kerajaan merealisasikan
dasar-dasar yang perlu dilaksanakan demi keharmonian masyarakat dan menyedarkan
kepentingan amalan nilai moral dalam kehidupan bermasyarakat pelbagai kaum. Perkara
ini akan diperjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan peranan drama/filem animasi Upin &
Ipin dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Sehubungan itu, mengetahui
peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak termasuk salah satu watak dalam animasi
Upin dan Ipin kearah pembentukan kesepaduan sosial dalam masyarakat. Semua negara
menyeru rakyatnya menghormati antara satu sama lain walaupun berbilang kaum dan
agama, oleh itu saya juga akan menjelaskan faktor yang boleh meruntuhkan perpaduan
sosial di Malaysia sekiranya perkara ini tidak di berikan perhatian. (Zeckry,2016)

2
PERANAN DRAMA/FILEM ANIMASI UPIN DAN IPIN DALAM
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

Dua tiga biji limau, baju kamu banyak silau, inilah antara koleksi pantun dari
Jarjit dalam animasi Upin dan Ipin Musim Ketujuh bertajuk Gong Xi Fa Chai. Jarjit
seorang pelajar berbangsa India, dikenali sebagai penggemar pantun dan sering mencuit
hati penonton. Selain daripada Jarjit, animasi ini juga disertai dengan watak yang lain
berbilang bangsa seperti Mei-Mei, Devi, Susanti, Ehsan, Fizi dan tidak lupa watak
utamanya Upin dan Ipin. Kemunculan animasi Upin dan Ipin ini sedikit banyak telah
mempengaruhi alam pendidikan dan pengajaran. Terutamanya bagi budak-budak di
peringkat pra sekolah sehinggalah sekolah rendah. Ini adalah kerana setiap episod
animasi Upin dan Ipin ini mempunyai nilai moral dan mampu membantu dalam
memperkembangkan minda kanak-kanak yang boleh dipraktikan. Animasi ini bukan
sahaja berfokus kepada kanak-kanak kerana animasi ini juga mempunyai watak dewasa
seperti Opah, Kak Ros, Tok Dalang, Pak Cik Ah Tong, Pak Cik Muthu Dan Cikgu di
Tadika Mesra. Setiap watak dalam animasi ini memainkan peranan yang berlainan untuk
menghidupkan lagi nilai amalan moral dalam kehidupan masyarakat. (Zeckry,2016)
Merujuk kepada kenyataan diatas, Upin dan Ipin telah diiktiraf sebagai Filem
Animasi Nombor 1 Malaysia adalah berkaitan. Dek kerana Upin dan Ipin berjaya
melebarkan sayapnya ke Indonesia dan China dan merai pelbagai peminat dari negara
yang berlainan selain daripada peminat utama Upin dan Ipin di Malaysia. Animasi ini
telah diterima dengan hati yang terbuka oleh setiap lapisan masyarakat dan mengakui
animasi ini merupanya medium yang terbaik untuk memperkenalkan Malaysia dan
menyatupadukan masyarakat di Malaysia. (Zeckry,2016)
Diantara peranan dalam animasi Upin dan Ipin ini yang menggambarkan
menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini adalah seperti yang berikut :
1. Animasi Upin dan Ipin ini terdiri daripada pelbagai kaum yang turut
menceritakan amalan agama, adat, kepercayaan dan cara hidup yang berbeza.
Maka, sudah semestinya amalan hidup pelbagai kaum ini perlu dihormati.
Contohnya Upin dan Ipin yang sentiasa bersama sahabat dia tanpa mengira
bangsa, malah perasaan hormat antara satu sama lain untuk menyesuaikan diri

3
dengan keadaan telah mewujudkan hubungan yang baik. Pergaulan mesra
tanpa sempadan, dengan itu ianya telah melahirkan masyarakat yang harmoni
dan aman dalam animasi tersebut. (Zeckry,2016)
2. Marvelous ! Marvelous ! Banyaknya perayaan dalam setiap musim Upin dan
Ipin. Gong Xi Fa Chai, Mulanya Ramadhan, Tibanya Syawal, Deepavali,
New Year / Christmas Special dan lain-lain adalah antara episod yang Upin
dan Ipin tidak ketinggalan. Masyarakat Malaysia dikenali dengan Citrawarna
Malaysia kerana ini adalah diantara perayaan penting untuk setiap kaum
meraikannya. Apabila tiba sesuatu perayaan, Upin dan Ipin bersama rakan-
rakan yang lain akan turut sama meraikan perayaan ini. Contohnya, ziarah-
menziarahi dan kunjung-mengunjung sewaktu perayaan dan menjamu selera
bersama.
3. Animasi Upin dan Ipin juga mendedahkan penonton kepada cinta akan
negara. Diantaranya di episod Kami 1 Malaysia atau ketika dipilih menjadi
ikon dan berpeluang membuat persembahan pembukaan Hari Kemerdekaan
Ke – 57. Upin dan Ipin telah menunjukan perasaan sayang dan bangga kepada
negara, memupuk sikap masyarakat untuk menyumbang kearah kemajuan
negara. Secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan dengan
mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. (2014, Ogos 28 mstar)
4. Amalan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan harian juga memainkan
peranan penting dan yang setiasa dititik berat dalam animasi ini juga. Sebagai
contoh mereka sentiasa menunjukkan sikap hormat menghormati ahli
keluarga, cikgu, kawan dan juga yang lain-lain. Untuk berbudi bahasa dan
sopan santun, mereka menggunakan kata-kata yang sesuai ketika menyapa
orang lain. Jika Upin dan Ipin bertegur sapa dengan seseorang yang lebih tua
seperti Tok Dalang, maka mereka akan memanggilnya Atuk, nenek Upin dan
Ipin pula, Opah dan kakaknya mereka panggil Kak Ros.
Sikap yang diterangkan seperti di atas adalah sikap terpuji yang dapat
menjalinkan hubungan mesra dalam kalangan anggota masyarakat apatah lagi dalam
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. (Zeckry,2016)

4
USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN KESEPADUAN SOSIAL DALAM
MASYARAKAT DI MALAYSIA

Keunikan negara kita adalah walaupun penduduk terdiri daripada pelbagai kaum,
budaya dan agama tetapi dapat hidup dalam keadaan harmoni dan aman bersama.
Meskipun di negara kita, terdapat pelbagai kebudayaan dan upacara keagamaan,
perbezaan dari segi pakaian, kesenian, meraikan perayaan yang berlainan seperti Tahun
Baru Cina, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Krismas, Deepavali, Hari Gawai dan Kaamatan
namun kita tetap masih kukuh sebagai satu Negara. Sehingga ke hari ini, kita dapat
mempertahankan kedaulatan negara, menjamin keharmonian dengan mengamalkan cara
hidup bertoleransi dan menjaga kemerdekaan serta turut sama membangunkan negara.
Namun demikian, semua ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjsama orang ramai.
Keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Semua mempunyai peranan masing-
masing untuk mengusahakan pembentukan kesepaduan sosial dalam masyarakat di
Malaysia. Antara contoh usaha dari pelbagai pihak dalam menyatupadukan rakyat kearah
keharmonian negara adalah seperti melalui individu, agensi kerajaan dan agensi bukan
kerajaan. Antara peranan yang paling penting untuk pihak yang bertanggungjawab
mewujudkan kesepaduan sosial dalam Malaysia ini adalah dimulai dari kategori “rakyat”
sendiri. Ini adalah kerana, inidividu sememangnya telah dilatih sejak di bangku sekolah
lagi untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan kaum. Kita
harus bijak dalam setiap pergaulan, tidak melampaui batas yang boleh melanggar
undang-undang, norma masyarakat, tata susila, adat resam dan agama masyarakat sekitar.
Pembangunan insan adalah pembangunan manusia merangkumi penerapan nilai-nilai
murni, aspek-aspek rohani serta ilmu pengetahuan. (Zeckry,2016)
Kategori kedua pula adalah melalui agensi kerajaan. Kerajaan sering mewar-
warkan kepentingan menghormati dan menghayati identiti negeri dan negara. Perkara ini
sering disebut dan semestinya tidak pernah lupa diterangkan di sekolah agar dapat
mempertingkatkan dan menimbulkan kesefahaman serta semangat harmoni di kalangan
pelajar. Kementerian Pendidikan juga menggalakkan pihak sekolah untuk meraikan
setiap perayaan supaya pelajar dapat berinteraksi dan faham kepada sahabat berlainan
agama dan bangsa. Dengan itu, mereka juga dapat mempertingkatkan rasional cara hidup

5
dan budaya yang berbeza. Selain daripada itu juga, kerajaan juga akan memastikan
setiap Kementerian / Jabatan mengamalkan Rukun Negara. Rukun Negara merupakan
ideologi negara yang menjadi pegangan hidup rakyat dan menjadi teras perpaduan
masyarakat di Malaysia. Prinsip dan kepentingan rukun negara adalah seperti berikut :
 Kepercayaan kepada Tuhan – melahirkan masyarakat yang berpegang teguh pada
ajaran agama masing-masing dan mempunyai peribadi yang baik.
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara – memupuk semangat patriotik dan perpaduan
antara kaum.
 Keluhuran Perlembagaan – menjamin keadilan dan keamanan negara.
 Kedaulatan Undang-undang – mengekalkan keamanan, keharmonian dan
kemakmuran negara.
 Kesopanan dan Kesusilaan – membentuk masyarakat yang bertata tertib, mulia,
berbudi pekerti, berbudi bahasa dan harmoni.

Peranan dari katergori ketiga pula adalah melalui agensi bukan kerajaan. Ini boleh
didapati dari pertubuhan persatuan, badan berunifom, organisasi kebajikan dan
pertubuhan perkhidmatan. Diantaranya adalah, Polis Bantuan, RELA, JCI (Junior
Chamber International), Bulan Sabit Merah, St. John Ambulan, PBSM (Persatuan Bulan
Sabit Merah), organisasi sukarelawan/kebajikan dan lain-lain yang berobjektifkan
membantu golongan kurang bernasib baik, rumah orang tua dan rumah orang kurang
upaya. (Zeckry,2016)
Kita boleh menyertai organisasi kesukarelawan untuk berbakti kepada masyarakat
negara. Faedah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan ini boleh meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan diri. Sedia mengorbankan masa dan tenaga dalam kerja-kerja
amal ini boleh mempertingkatkan kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat.
Kesediaan dan kesanggupan individu membantu menjayakan pelbagai kempen negara
secara tidak langsung membantu meningkatkan keselamatan dan keamanan negara.
Kerana melalui aktiviti ini, telah melahirkan masyarakat yang bersikap prihatin dan
mewujudkan masyarakat yang penyayang.

6
IMPAK WATAK DALAM DRAMA/FILEM ANIMASI UPIN DAN IPIN BAGI
MEMBENTUK KESEPADUAN SOSIAL MASYARAKAT

Animasi Upin dan Ipin ini adalah sangat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak
kerana setiap episod animasi ini membawa tema yang baik dan sentiasa ada nilai moral
untuk dijadikan teladan. Ianya turut membantu dalam pembentukan kretiviti kanak-
kanak. Ini adalah kerana animasi ini bukan sahaja menerapkan pendidikan moral sebagai
panduan salsiah diri, animasi ini juga menerapkan seni budaya bangsa, tema
kekeluargaan dan episod yang boleh meransangkan pemikiran kanak-kanak contohnya
daya menyelesaikan masalah serta penggunaan Bahasa yang betul.
Animasi ini ternyata sekiranya kita memupuk nilai-nilai baik ini dari kecil ianya
amat berkesan untuk mengukuhkan kesepaduan sosial antara masyarakat. Watak dalam
animasi ini banyak ide-ide yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak untuk
dijadikan teladan. Antaranya adalah seperti, watak utamanya Upin dan Ipin. Berdasarkan
watak adik-beradik kembar ini, mereka sering menunjukkan nilai hormat – menghormati
antara satu sama lain. Diantaranya adalah ketika mereka sentiasa memberi salam kepada
yang lebih dewasa, Tok Dalang, Opah, Kak Ros dan gurunya. Selain daripada itu juga,
mereka juga tidak lupa untuk menyapa yang berlainan agama dengan memanggil mereka
dengan gelaran yang sesuai sebagai contoh Uncle, Pak Cik, Mak Cik atau abang dan
kakak. Seterusnya mereka akan ucapkan terima kasih atas pemberian dari jiran atau
kawan-kawan mereka. Dan apabila mereka telah melakukan sesuatu kesilapan atau
kesalahan, mereka berdua akan mengakuinya serta meminta maaf. (Zeckry,2016)
Nilai seterusnya yang memberi impak dalam sosial masyarakat ini adalah nilai
baik hati. Upin dan Ipin sering menunjukkan sikap yang sentiasa mengambil berat
terhadap ahli keluarga serta kawan-kawan mereka secara tulus ikhlas. Sebagai contoh, di
episod Ikhlas dari hati di musim Kelima. Episod ini mengambarkan usaha Upin dan Ipin
keliling kampung untuk mengutip derma bagi membantu Izat kerana rumah Izat terbakar.
Nilai baik hati ini sangat penting dalam mendidik masyarakat. Peka dengan masalah
kawan-kawan dan jiran. Dalam pada itu, antara adengan yang saya tidak dapat lupakan
juga adalah Episod Pesta Cahaya di musim 10 episod kelapan. Mereka amat mengambil
berat terhadap Uncle Muthu yang sedang bersedih kerana mangkuk pelitanya pecah.

7
Seterusnya mereka telah memohon bantuan dari Uncle Ah Tong dan Tok Dalang untuk
menyerikan lagi Pesta Cahaya Uncle Muthu. (Zeckry,2016)
Nilai yang ketiga yang saya ingin mengetengahkan adalah tentang amanah. Sikap
amanah perlu dijadikan pegangan hidup seharian kita seperti mana yang dituntut dalam
semua agama. Namun demikian ayat amanah ini agak berat bagi kanak-kanak yang
belum cukup matang umurnya, Oleh itu animasi ini adalah sesuai untuk menyalurkan
maklumat tersebut setaraf dengan umur kanak-kanak agar mudah difahami. Diantara
amanah yang boleh dicontohi dari Upin dan Ipin adalah ketika mereka diberikan tugas
maka mereka bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab tersebut. Contohnya,
mereka patuh dengan arahan cikgu dengan menyiapkan kerja atau tugasan yang
diberikan. (Zeckry,2016)
Ada banyak lagi nilai-nilai yang lain boleh kita dapati dalam animasi ini. Nilai
yang baik amat penting diterapkan dari kecil agar mereka membesar dengan cukup ilmu
didada. Masyarakat yang bersatu padu dapat dibentuk dengan tertanamnya benih-benih
nilai murni ini dari bangku sekolah lagi. Oleh hal yang demikian dengan harapan
penjelasan ringkas saya tentang hormat-menghormati, baik hati dan amanah ini boleh
menerangkan dengan jelas bagaimana peranan watak Upin dan Ipin boleh membantu
dalam kesepaduan sosial masyarakat.

8
FAKTOR-FAKTOR YANG BERUPAYA MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN
PERPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA

Kesepaduan sosial bermaksud jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan


kelompok, berkongsi aktiviti atau amalan harian secara langsung dan tidak langsung
secara berterusan. Ianya sering di kait rapat dengan hubungan saling terkait dan saling
bergantungan. Contohnya, Mohd Naim seorang anggota polis berbangsa Melayu. Mohd
Naim ingin menambah kemahiran dalam bidang Bahasa, seperti Bahasa Mandarin
sebagai kredit memudahkan tugasannya berurusan dengan orang awam berbangsa Cina.
Dia memerlukan guru Mandarin untuk mengajar dan membantu dia menguasai Bahasa
tersebut. Selain daripada itu, Mohd Naim juga akan memerlukan kawan yang boleh
bertutur bersama dalam Bahasa Mandarin bagi tujuan praktis. Semua ini adalah proses
ringkas yang boleh saya usulkan untuk memahami konteks kesepaduan sosial di
Malaysia.
Akan tetapi matlamat mencapai kesepaduan sosial ini tidak akan tercapai tanpa
adanya kerjassama dari orang ramai. Ini adalah kerana faktor utama yang paling ketara
yang boleh menyumbang kepada keruntuhan kesepaduan sosial di Malaysa adalah dari
aspek pergaulan. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia ini indah dengan pelbagai
kaum dan bangsa. Oleh itu, kita digalakkan untuk bergaul dengan semua bangsa dan
etnik tidak kira umur dan pangkat. Jika satu bangsa hanya bergaul sesama sendiri dan
tidak memperluaskan rangkaian hubungan sosial tersebut makanya pergaulan itu akan
terhad pada kolompok mereka sahaja. Jika satu bangsa itu memilih untuk tidak
bercampur gaul, beramah mesra atau memahami bangsa lain, ini akan menyukarkan
mereka untuk mengenali dan menghormati bangsa-bangsa lain. (Zeckry,2016)
Ketidaksefaman ini akan berterusan dan akan melibatkan krisis agama. Ianya
akan mendorong kepada keruntuhan sosial jika rakyat memilih untuk tidak mengambil
berat tentang agama-agama yang lain. Misalnya, dalam agama Islam melarang umatnya
mengambil alkohol atau memakan haiwan tertentu seperti khinzir. Akan tetapi aktiviti ini
tiada halangan bagi agama lain untuk minum minuman atau makan memakan seperti
yang dinyatakan. Dengan ini pencagah pendapat akan terjadi dan seterusnya akan
menjadi isu semasa atau ejekan dan orang ramai akan memandang remeh terhadap

9
perkara ini walaupun inilah yang dituntut dalam agama iaitu menghormati dan saling
memahami agama dan bangsa lain. (Zeckry,2016)
Makanya dengan itu seterusnya peperangan media akan berlaku dek kerana dunia
kini yang kian maju dan teknologi semakin canggih, akan ada sesetengah pihak yang
akan menyumbang perkara sensitf ini di media sosial. Seterusnya, akan berlaku media
rasis dan pergaduhan antara kaum. Adalah salah di sisi undang-undang jikalau dapati
unsur hasutan dalam kenyataan dilakukan dalam media. Oleh itu, kita sentiasa diingatkan
untuk berhati-hati ketika membuat kenyataan berunsur bangsa dan agama. Kita tidak
mahu melihat perpecahan kaum dan sepatutnya menyokong kerajaan untuk memelihara
kesepaduan sosial di Malaysia agar kita dapat sentiasa hidup secara aman dan harmoni.
(Abdullah, 2016)

10
KESIMPULAN
Media elektronik khususnya menerusi animasi ini ternyata dapat mempengaruhi
kanak-kanak. Oleh ini, animasi Upin dan Ipin ini pada mulanya hanya sebuah animasi
filem sekadar ingin menunjukkan keindahan Bulan Ramadhan kepada kanak-kanak,
namun sekarang telah lebih kepada nilai-nilai murni tempatan kerana peranan animasi ini
amat dekat di hati Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, animasi ini
mengisahkan dua adik-beradik kembar yang dibesarkan di kampung dan dikelilingi
kehidupan kampung serta berbilang kaum. (Abdullah, 2016)
Animasi Upin dan Ipin ini lebih menekankan cara hidup di Malaysia ini yang
mempunyai pelbagai, rasa, warna dan suara. Upin dan Ipin telah banyak menyalurkan
maklumat secara tidak langsung berkaitan nilai-nilai murni dari segi peranan, watak dan
episod yang boleh membantu dalam kesepaduan sosial masyarakat. Melalui animasi ini,
kanak-kanak mempelajari mengenai perbezaan pada setiap individu tidak kisah dari segi
warna kulit dan konteks masyarakat berbilang kaum.
Walaupun sekadar animasi, tetapi fakta dan nilai moral yang ditayangkan dalam
wayang ini juga sedikit banyak menyedarkan kita betapa pentingnya kesepaduan sosial
ini dan jikalau keharmonian tidak dipraktikkan ianya akan menyebabkan keruntuhan
kesepaduan sosial negara. Oleh itu tidak kisah muda atau tua, kita seharusnya turut serta
memahami dan menghayati masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman dan
sentosa. Perpaduan berbilang kaum ini dapat mengukuhkan dan mengekalkan
kemerdekaan ini ke generasi seterusnya.

11
IKTIBAR-IKTIBAR YANG DAPAT DIPELAJARI DARI TOPIK 10 HUBUNGAN
ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Setelah saya selesai membaca topik 10, iktibar yang telah saya pelajari dan ingin
saya tekankan di sini adalah keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Malaysia
adalah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai bangsa dan etnik. Oleh itu,
walaupun penduduk terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama, tetapi dapat
hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Itulah keistimewaan kita yang dibanggakan
sehingga dijadikan contoh kepada negara lain untuk mencapai keamanan negara. Oleh
itu, kita harus menghargai dan memelihara Malaysia, menjaga identiti negara dan imej
bangsa.
Ciri keunikan masyarakat majmuk Malaysia yang dibanggakan adalah terdapat
pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti kerana kebebasan beragama diperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia walaupun agama Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Dari segi sambutan perayaan yang diraikan oleh berbilang bangsa pula, perayaan adalah
diraikan secara terbuka tanpa sekatan dan tidak melanggar mana-mana undang-undang
yang telah ditetapkan agar tidak menyebabkan perbalahan kaum. Memandangkan kita
kaya dengan budaya, apa yang disarankan untuk memperluaskan jaringan sosial antara
bangsa adalah dengan mengadakan “rumah terbuka” semasa perayaan dan kunjung-
mengunjungi antara kaum. Tujuan kongsi perayaan ini bukan sekadar menjamu selera
tetapi juga untuk melatih rakyat Malaysia menerima baik sambutan perayaan pelbagai
kaum, menghormati budaya dan upacara keagamaan pelbagai kaum. Keamanan negara
hanya dapat dicapai apabila kesepaduan sosial ini meresap dalam jiwa rakyat Malaysia.
Tidak dinafikan, adalah benar di berita Malaysia kini masih ada sedikit
perselisihan kefahaman kaum, bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, inilah sebab
individu-individu yang prihatin atau agensi bukan kerajaan sering menyokong aktiviti
kerajaan dalam usaha menjamin keamanan negara. Masyarakat harus sentiasa dididik dan
berulang kali diingatkan jika ada pengetahuan dan ilmu yang kuat, di latih sejak kecil
lagi, mereka akan tahu isu mana yang hendak ditepis seta tidak mempolitikkan isi sensitif
ini.

12
Ini adalah kerana tragedi 13 Mei 1969 pernah berlaku dan bukti rusuhan kaum
boleh berlaku jika tidak kekalkan keharmonian dan perasaan cinta terhadap negara.
Rusuhan ini telah mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan harta benda walaupun
kita telah mencapai kemerdekaan pada ketika itu. Pada waktu yang sama, disebalik
kejadian ini maka wujudnya Rukun Negara untuk dijadikan pegangan hidup rakyat.
Rukun Negara adalah punca rujukan untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di
negara kita. Ini adalah kerana Rukun Negara ini menerapkan nilai berpegang teguh pada
agama masing-masing supaya berkelaluan baik setiap masa. Mematuhi peraturan dan
undang-undang negara. Tidak menimbulkan kekakacauan/ persengketaan, berkelakuan
sopan, berbudi pekerti mulia dan berbudi Bahasa. Menunjukkan kesetiaan kepada raja
dan negara serta saling menghormati agama, budaya dan cara hidup berbaik-baik antara
satu dengan yang lain. Rakyat Malaysia disarankan untuk mengutamakan dan sentiasa
bekerjasama menyokong dasar kerajaan kearah kesepaduan sosial di Malaysia. (Hamid,
2017)

13
RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah, M. I. U. (2016, December 25). Pengaruh media sosial ancaman baharu

perpaduan - Musa. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-

sosial-ancaman-baharu-perpaduan-musa

Hamid, M. A. B. (2017, July 15). Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969.

http://peacezsemutapi86.blogspot.com/2017/07/peristiwa-13-mei-1969.html

Upin Dan Ipin Antara Tarikan Utama Sambutan Kemerdekaan Ke-57. (2014, August

28). MStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/28/upin-ipin-

kemerdekaan

Zeckry, M. S. (2016a, August 30). Peranan Besar Upin Dan Ipin. Wacana Az-Zeckry.

http://zeckry.net/2016/08/28/peranan-besar-upin-dan-ipin/

14

Anda mungkin juga menyukai