Anda di halaman 1dari 9

DIPLOMA DALAM PENGURUSAN

SEMESTER JANUARI TAHUN 2021

CDCT2203

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : LAHAD DATU


PENGENALAN

Pada awal tahun 2020, Malaysia telah digemparkan dengan satu wabak baru yang telah mengubah
jalan hidup seluruh rakyat iaitu wabak Koronavirus (COVID-19). Wabak ini telah membunuh
beribu-ribu manusia kerana ianya telah merebak berleluasa di seluruh dunia dimana ia dipercayai
berpunca daripada haiwan dan menjangkiti manusia bermula dari Negara China dan keadaan ini
berlarutan sehinggalah awal tahun 2021. Oleh yang demikian, banyak sektor pekerjaan telah
ditutup demi menjaga keselamatan pekerja masing-masing. Tambahan pula, wabak ini telah
memberi impak negatif yang besar terhadap pekerja swasta. Banyak syarikat terpaksa menggulung
tikar kerana prestasi ekonomi pada tahun 2020 telah jatuh merundum mengakibatkan ramai pekerja
di buang kerja rentetan daripada kes wabak ini. Namun begitu, terdapat beberapa syarikat yang
masih mampu berdiri dan kebanyakkan mereka meneruskan pekerjaan melalui kaedah ‘bekerja dari
rumah’. Dengan cara ini, setiap pekerja dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri di samping
menjana pendapatan dari rumah masing-masing. Sebagai lanjutan daripada keadaan tersebut, setiap
pekerja harus menyediakan tempat kerja yang kondusif dan selesa di rumah. Ini bermaksud tanpa
gangguan daripada suasana rumah dan kawasan kejiranan serta kelengkapan gajet yang mencukupi.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan untuk memudahkan pekerja
menyelesaikan sisa kerja yang belum diselesaikan namun ianya masih mengekalkan status kerja
yang produktif. Aras pemodenan dari segi teknologi telah banyak membantu memperkembangkan
lagi jenis komputer kini seperti mikro atau komputer persendirian. Oleh itu, tugasan ini adalah
tentang pemilihan gajet yang sesuai untuk mewujudkan suasana kondusif di mini pejabat rumah
mengikut speifikasi komputer, mempertimbangkan 3 kriteria yang penting sewaktu pemilihan
komputer dijalankan serta justifikasi untuk menyokong kriteria tersebut dan menyatakan beberapa
perkakasan, perisian dan sambungan internet yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas dalam
suatu pekerjaan terutama situasi yang diberi adalah mini pejabat di rumah.

PEMILIHAN KOMPUTER YANG TERBAIK

Pemilihan gajet yang terbaik untuk pekerjaan harus dititikberatkan bagi pekerja yang komited
dengan nilai kerja mereka. Proses pembelian computer tidak boleh di pandang enteng kerana gajet
ini akan membantu kita menyelesaikan tugas pada masa akan datang. Justeru itu, pelbagai ciri yang
perlu dilihat dengan teliti mengikut skop pekerjaan masing-masing. Komputer riba “HP SPECTRE
x360 (2021) merupakan pilihan yang paling sesuai untuk mewujudkan suasana kerja yang
kondusif. Walaupun harga komputer ini agak mahal, namun spesifikasinya amat
memberangsangkan dan jauh lebih bik berbanding komputer lain yang ada di pasaran. Model
komputer riba ini merupakan model terbaru dari syarikat Hp yang mana ia mempunyai saiz yang
sama seperti computer riba yang lain iaitu 13 inci.

Spesifikasi :
Unit Pemprosesan Pusat : 2.8GHz Intel Core i7-1165G7 (quad-core, 8MB Intel Smart
Cache, hingga 4.75GHz bersama kekuatan turbo
Grafik : Intel Iris Xe
RAM : 16GB LPDDR4 (3200MHz)
Storan : 512GB SSD (PCIe, NVMe, M.2)
Kamera : HP TrueVision HD 1080p IR Webcam
Berat : 1.3kg
Saiz : 12.08 × 7.66 × 0.67 inci (30.6 × 19.45 × 1.69cm; W × D × H)
Bateri : HP Long Life3-cell,56, Whr Li-ion

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) merupakan tunjang utama bagi semua aktiviti menukarkan
maklumat mentah kepada maklumat digital. Dalam sebuah buku berjudul “Information Systems for
Business and Beyond” di bawah penulisan Dr. David Bourgeoisa, CPU bole di samakan dengan
fungsi otak dalam badan manusia yang mana ia bertindak sebagai ketua dalam pemprosesan
maklumat dalam sesuatu komputer. Dalam komputer ini, syarikat Hp menggunakan CPU
berjenama Intel yang mengandungi empat pemproses (quad-core) mampu meningkatkan kuasa
pemprosesan dalam computer ini. Quad-Core bermaksud ia mempunyai 4 teras pemproses yang
membolehkan perisian memisahkan beban pemprosesan antara beberapa pemproses dan tidak
hanya menggunakan satu pemproses pada satu masa. Selain itu, melihat kepada spesifikasi
komputer riba ini, kelajuan pemprosesan adalah maximum iaitu 2.8GHz hingga 4.75GHz dengan
menggunakan unit gigahertz. Ini bermaksud jumlah bilangan bit atau saiz kata yang boleh diproses
dalam satu masa adalah lebih banyak berbanding computer yang yang mempunyai kuasa CPU yang
rendah. Spesifikasi ini secara tidak langsung dapat memudahkan pekerjaan melakukan tugasan
dengan mudah tanpa maslah teknikal yang lain. Selain itu juga, kelajuan sesebuah computer tidak
bergantung kepada CPU sahaja, malah kelajuan RAM juga harus diutamakan. RAM bagi computer
riba yang dipilih adalah 16GB dan menggunakan jenis storan ‘Solid State Drive’ (SSD).
Penggunaan SSD adalah jauh lebih cepat dan mempunyai kapasiti penyimpanan yang tinggi
berbanding storan biasa seperti ‘Hard Disc Drive’ (HHD). Secara hopitesisnya, semakin besar
RAM, semakin cepat komputer itu melakukan pemprosesan. Secara grafiknya, gajet ini
menggunakan Intel Iris Xe dimana ia menjanjikan grafik yang jauh lebih baik berbanding grafik
bersepadu sebelumnya. Terdapt beberapa slot disediakan untuk menyambung kabel penyambung
iaitu 3 slot USB, 1 slot penyiar mini, 1 slot HDMI, 1 slot mikrofon dan 1 slot untuk pengecas
kuasa.

Dari segi kelangsungan bateri, ia mampu bertahan selama 11 jam 22 minit tanpa henti dengan
kecerahan skrin sebanya 50%. Jangka hayat bateri amat bersesuaian bagi mereka yang bekerja 24
jam dan memerlukan penggunaan komputer tanpa henti. Pembesar suara bagi komputer ini adalah
tinggi definisi “Duo Speakers”. Ia juga menyokong aplikasi “Screen Mirroring” di televisyen atau
gajet lain. Dari segi berat komputer ini, ia adalah sederhana ringan dan tidak memberi impak
negatif terhadap pemilihan komputer. Seterusnya, dari segi kamera, resolusi yang cukup tinggi,
1080p amat terang dan jelas terutama penggunaan semasa mesyuarat dalam talian di laksanakan
kerana komputer riba ini juga menggunakan gajet “High Definition” untuk kepuasan para pengguna
terutama guru-guru yang pada masa kini lebih banyak menggunakan kamera berdefinisi tinggi
untuk mengajar anak murid dengan lebih jelas.

3 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN KOMPUTER

Perkembangan dalam dunia teknologi kini mengalami permintaan yang sangat banyak dan pelbagai
dari pengguna. Kewujudan komputer membantu manusia dalam menyelesaikan masalah dengan
lebih mudah dan memenuhi ketepatan bagi suatu pekerjaan. Banyak syarikat telah menghasilkan
komputer yang mempunyai pelbagai spesifikasi dan kelebihannya tersendiri dan kelebihan ini
menyebabkan terhasilnya pelbagai harga yang murah dan mahal di pasaran. Menurut Yunita dan
Ridunjuk (2017) mereka menyatakan bahawa semakin tinggi kualiti komputer, semakin tinggi
harga yang ditetapkan oleh syarikat. Oleh yang demikian, dalam pembelian suatu komputer,
terdapat beberapa kriteria yang harus di pertimbangkan mengikut kegunaan bagi suatu pekerjaan.
Pembelian tanpa mengambil berat kriteria ini akan membawa kepada kerugian dan tidak membantu
untuk menyelesaikan kerja seseorang. Kriteria pertama adalah penggunaan Memori Akses Rawak
(RAM) yang berkapasiti besar. RAM digunakan bagi menyimpan memori jangka masa pendek
pada komputer dan menyimpannya agar mudah di akses. Jika seorang pelajar dalam bidang
teknologi ingin membeli komputer, spesifiksi RAM akan dilihat terlebih dahulu kerana beban kerja
dalam menggunakan komputer tersebut adalah banyak. Jika beliau membeli komputer yang
mempunyai RAM yang rendah, jika ia menaik taraf gajet yang hampir mencapai kapasiti RAM
maksimum, beliau mungkin tidak mempunyai ruang yang banyak untuk meneruskan pekerjaannya
dalam komputer tersebut. Selain itu,

Untuk menghasilkan perkongsian komputer dengan bertoleransi, sistem operasi mesti menerapkan
peratursn perilaku tertentu kepada semua penggunanya. Setiap pengguna mengharapkan agar
pereka sistem operasi ini melakukan sistem yang mengikuit aras teknologi dan pada masa yang
sama cekap dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, dalam pemilihan komputer, salah satu
kriteria yang perlu difikirkan adalah sistem pengoperasian. Setiap peranti memerlukan sistem
pengoperasian di mana sistem merupakan perisian teras kepada komputer diantara perisian aplikasi,
perkakasan, sumber daya memori dan sebagainya. Sistem ini akan menentukan bagaiman suatu
peranti itu menyimpan fail, beralih kepada aplikasi yang berbeza, pengurusan memori dan
keselamtan serta berinteraksi dengan peranti luar seperti mesin pencetak. Terdapat 5 jenis sistem
pengoperasian menjadi pilihan pengguna iaitu Microsoft Windows, Apple macOS, Linux, Android
dan Apple’s Ios. Kesemua sistem ini menggunakan pendekatan yang berbeza dan tidak bole di
campur dalam satu perati yang sama. Namun begitu, pengguna Android terutama telefon mudah
alih boleh memuat turun versi khas sistem operasi kerana sebahagian daripadanya adalah bersifat
sumber terbuka. Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh mengubah secara sah dan menerbitkannya
sendiri. Ini menyebabkan Android lebih mudah digunakan dan popular di kalangan pengguna.

Harga juga merupakan salah satu kriteria yang harus di nilai. Komputer murah tidak bermaksud ia
kurang berkualiti. Sesetengah model pengeluaran komputer yang murah masih mempunyai kualiti
yang tinggi bersama spesifikasi yang lebih kurang sama dengan komputer lain yang tinggi nilai.
Dalam satu buku laporan penelitian “Penerapan Metode AHP dalam Pemilihan Komputer dengan
Menggunakan Expert Choice” karya Faisal dan Haryani menunjukkan bahawa harga menjadi salah
satu kriteria penting dalam pemilihan gajet terutama dalam bidang pendidikan. Oleh itu, penentuan
harga juga memainkan peranan penting dalam pemilihan gajet yang bersesuaian. Kriteria terakhir
adala saiz skrin komputer. Saiz skrin komputer pada ketika ini adalah berbeza-beza bergantung
kepada keperluan pengguna. Bagi pekerja grafik, mereka mungkin memerlukan saiz yang lebih
besar untuk memudahkan mereka melihat perincian grafik mereka. Bagi tugasan pengurusan, saiz
skrin kebiasannya digunakan kurang daripada 17 inci. Ini bermaksud untuk memilih komputer yang
sesuai, ia bergantung kepada pekerjaan seseorang dan mengikut tahap penggunaan mereka dalam
gajet tersebut. Jenis skrin yang berkilat mampu memudahkan penyampaian lukisan atau gambar
yang lebih baik manakala bagi skrin bersifat matte, imej terhasil agak gelap namun mampu
mengurangkan pantulan cahaya di kawasan yang terang. Selain itu, resolusi juga memainkan
peranan dalam skrin komputer sebagai contoh resolusi berdefinisi tinggi dan kebiasaaya pekerja
yang menyunting grafik akan menggunaka resolusi ini untuk menghasilkan gambar dan video yang
berkualiti.

PERKAKASAN, PERISIAN DAN SAMBUNGAN INTERNET YANG DIPERLUKAN

Untuk melengkapkan pejabat mini di rumah, terdapat beberapa perkakasan dan perisian yang boleh
di tambah. Perkakasan pertama yang kebiasaanya pengguna komputer riba gunakan adalah
penggunaan tetikus untuk memudahkan gerakan kursor. Tetikus tanpa wayar adalah pilihan terbaik
dan mudah jika pengguna ingin memindahkan komputer riba dari ruang tempat kerja lain. Tetikus
ini memerlukan bateri berkuasa 3A untuk membolehkan ia berfungsi selain daripada menyambung
USB penyambung pada slot komputer. Selain itu, pembesar suara stereo boleh di sambung ke
komputer riba untuk suasana mini pejabat lebih selesai dan santai sewaktu bekerja. Bagi pekerja
yang menggubah lagu, pembesar suara stereo besar boleh digunakan untuk kesan tindak balas bass
yang tinggi. Kedua-dua perkakasan ini boleh di dapati di kedai gajet dengan jenama terkemuka
seperti Logitech, Altec dan sebagainya. Selain itu, untuk memudahkan pekerja yang menyimpan
banyak data, mereka boleh menambah storan mereka menggunakan cakera keras luaran dan ianya
berguna jika data diperlukan di luar komputer. Cakera keras ini lebih selamat dan mudah alih.
Kapasiti pemacu cakera juga adalah besar dan bergantung kepada gajet yang ingin disambungkan.
Kebiasaanya cakera keras luaran untuk komputer adalah besar dan boleh mencapai kiraan terabit
(TB). Ini mampu mengurangkan penggunaan storan dalam komputer dan tidak melambatkan
capaian data. Terdapat beberapa input dan output yang diperlukan untuk menyambung komputer
dengan gajet lain menggunakan standard teknologi tanpa wayar yang dipanggil sebagai
“Bluetooth”. Teknologi ini mampu berkomunikasi dalam jarak 100 sehinga 150 kaki. Oleh itu,
pengguna boleh memasang cip komunikasi ini.
Dalam pekerjaan, semestinya banyak data yang perlu di dicetak untuk kegunaan pejabat. Oleh itu,
penggunaan mesin pencetak di dalam mini pejabat amat penting. Bagi pekerjaan sebagai seorang
cikgu, mesin pencetak yang diperlukan adalah yang berkuasa tinggi. Namun bagi pekerja syarikat
dan digunakan hanya di rumah, mesin pencetak yang sesuai digunakan adalah seperti HP Deskjet
Ink 2135 All in One Printer. Printer ini mesra bajet dan menghasilkan gambar yang berdefinisi
tinggi. Ia memenuhi keperluan para pengguna seperti mencetak, fotokopi dan mengimbas kertas.
Penyambungan antara mesin pencetak dan komputer riba bole menggunakan penyambung Bas
Bersiri Sejagat (USB). Dakwat bagi pencetak adalah menggunakan HP 680 dakwat hitam dan tigs
warna dakwat yang mana ink hitam mampu menampung 480 helai kertas manakala dakwat
berwarna sebanyak 150 helaian kertas. Kelajuan mesin pencetak ini ketika mencetak satu kertas
adalah 7.5ppm bagi dakwat hitam dan 5.5ppm bagi dakwat berwarna.

Untuk memenuhi keperluan mini pejabat, terdapat beberapa aplikasi perisian yang perlu ada dalam
setiap komputer. Aplikasi ini bertujuan untuk bantu pengguna menyelesaikan pekerjaan mereka
seperti jika pengguna ini menyalin sesuatu, beliau memerlukan aplikasi perisisian Microsoft Word
dan sebagainya. Pada masa kini, pengguna lebih cenderung kepada Microsoft Office kerana ia lebih
mesra pengguna dan terdapat banyak kegunaannya selain menulis, membuat slaid pembentangan,
membuat analisis, poster, sepanduk dan sebagainya. Selalunya perisian ini telah disediakan dalam
komputer dan diberikan percuma kepada pengguna. Namun jika terdapat beberapa kelebihan yang
tidak dapat digunakan. Oleh itu, pengguna di nasihatkan untuk membeli pakej lengkap perisian ini
untuk menikmati kelebihan-kelebihan lain yang terdapat dalam aplikasi perisian tersebut. Perisian
lain yang perlu diambil kira adalah penggunaan pelayar internet yang bersesuaian. Beberapa
pelayar internet yang boleh digunakan dan di muat turun dari laman-laman web internet seperti
Internet Explorer, Firefox, Chrome, Opera dan sebagainya. Bagi pengguna yang ingin
menggunakannya dalam mini pejabat mereka, Pelayar Chrome adalah pilihan terbaik dan mesra
pengguna. Dalam jurnal “Web Browser Forensics: Google Chrome” karya Dr. Digvijaysinh Rathod
menyatakan Capaian bagi Goodgle Chrome sangat popular dikalangan komuniti pengguna internet.
Menurut Sharam Rostampour (2012), terdapat 5 kategori pelayar internet yang terbaik dan salah
satunya adalah Google Chrome.

Seiring dengan kemajuan teknologi dalam era kin rangkaian berwayar dan tanpa wayar adalah
menjadi satu kewajipan dalam komuniti pengguna gajet. Setiap jenis rangkaian ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bagi rangkaian berwayar, ia memerlukan beberapa
perkakasan bagi menyambung komputer riba pengguna dengan internet. Namun bagi rangkaian
tanpa wayar, ia kurang memerlukan perkakasan tetapi perlu dipertimbangkan jarak dan
penggunaannya. Untuk pengguna yang ingin menikmati suasana pejabat, rangkaian tanpa wayar
adalah pilihan terbaik. Ia menggunakan gelombang radio berfrekuensi tinggi tanpa memerlukan
wayar penyambung. Penggunaan ini membolehkan peranti di kongsi tanpa kabel namun penjarakan
harus ditepati. Kebiasaanya rangkaian ini digunakan dalam bangunan pejabat atau kampus
bangunan. Beberapa objektif keselamatan umum dalam rangkaian ini seperti hadkan penggunaan
peranti atau individu untuk mengakses rangkaian, memastikan pihak yang tidak sah tidak dapat
membaca komunikasi pengguna lain serta dapat mengenal pasti sebarang perubahan yang
disengajakan atau tidak disengajakan pada data. Oleh itu, rangkaian ini memenuhi aspek
keselamatan umum dalam jaringan internet. Jenis rangkaian komputer rakan-ke-rakan seperti
“Wireless-Fidelity” (Wi-Fi) dapat berkomunikasi secara langsung dengan komputer lain, berkongsi
maklumat samada capaian internet mahupun pencetak. Selain itu, rangkaia kawasan setempat
(LAN) juga pilihan yang baik untuk menghubungkan pengguna dengan yang lain dan
mengendalikan komputer peribadi mereka secara bebas atau bekerjasama dengan pengguna lain.
Namun begitu, kesesuaian untuk mini pejabat adalah bergantung kepada bilangan pekerja dan
peranti yang di perlukan.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, pemilihan dunia gajet atau komputer pada masa kini adalah pelbagai dari
segi inovasi dan kreativiti setiap syarikat pengeluar komputer dan komputer riba. Suatu teknologi
mesti memenuhi syarat dan kebolehgunaan asas yang dianggap sebagai berguna oleh komuni
pengguna. Pengalaman dan latihan dalam menggunakan gajet ini memberi kesan kepada tahap
penerimaan seperti mana cara teknologi dilaksanakan dalam menyumbang kepada matlamat
organisasi dan amalan pekerjaan. Oleh yang demikian, pembelian komputer riba HP Spectre x360
ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang bekerja dalam apa jua bidang termasuk bidang
grafik dan sebagainya. Spesifikasi yang disertakan amat berpatutan terutaman pekerja grafik yang
memerlukan kualiti skrin yang jelas untuk mengubah mana-mana gambar atau video. Selain itu,
peranti ini juga amat bersesuaian bagi mereka yang kerap melaKukan mesyuarat bersemuka
melalui kamera kerana kamera yang digunakan adalah berdefinisi tinggi. Paparan yang dihasilkan
kepada rakan sekerja lain adalah terang dan jelas. Namun begitu, untuk melengkapkan suasana
tempat kerja di rumah yang kondusif, beberapa perkakasan, perisian dan sambungan internet untuk
berkomunikasi dengan rakan sekerja dalam tempat yang berbeza seperti tetikus, pembesar suara,
mesin pencetak, beberapa perisian wajib dan sambungan internet yang stabil. Contoh perisian yang
wajib diperlukan adalah Microsoft Office kerana ia padat dengan faedah-faedah yang lain.
Penambahan perkakasan ini secara tidak langsung meningkatkan semangat bekerja dalam diri
pekerja di mini pejabat rumah. Secara keseluruhannya, penggunaan peranti atau gajet pada masa
kini tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya dalam membantu pekerja menyelesaikan
tugasan mereka demi mencapai objektif syarikat tersendiri.

RUJUKAN

Muhammad Iqbal, & Agustina Simangunsong. (2020). Laptop Selection Decision Support
System Using Analytical Hierarchy Process Method. Jurnal Teknologi Komputer,
14(2), 170-175. http://login.seaninstitute.org/index.php/Login

RAM vs. Processor—Which is more important to your business? (n.d.). Intel.


https://www.intel.com/content/www/us/en/business/small-business/resources/ram-vs-
processor.html

Faisal, & Haryani Agustian Ningrum. (2013). Penerapan Metode AHP dalam Pemilihan
Komputer dengan Menggunakan Expert Choice. Universiti Bunda Mulia.
http://www.academia.edu/28470601/PEMILIHAN_KOMPUTER

Digvijaysinh Rathod. (2017). Web Browser Forensics: Google Chrome. International Journal
of Advanced Researched in Computer Science, 8(7), 896-899.
http://dx.doi.org/10.26483/ijarcs.v8i7.4433

Shahram Rostampour. (2012). An Aplication of TOPSIS for Ranking Internet Web Browsers.
Decision Science Letter, 1(2), 53-58. http://scholar.google.com/scholar

David D. Redell, Yogen K. Dalal, Thomas R. Horsley, Hugh C. Lauer, William C. Lynch, Paul
R. Mcjones, Hal G. Murray, & Stephen C. Purcell. (1980). Pilot: An Operating System
for a Personal Computer. Communication of ACM, 23(2), 81-92.
http://doi.org/10.1145/358818.358822

Anda mungkin juga menyukai