Anda di halaman 1dari 10

Jurnal Refleksi Peningkatan Kes jenayah Juvana Dari Tahun 2016 – 2018

DISEDIAKAN OLEH :

ASVINNIY A/P NADARAJAN

KOGILA A/P RAMIS

AHMAD SYAHIIR BIN HANAFIAH

1. Pengenalan

Jurnal refleksi ini ditulis adalah bertujuan untuk melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan
sepanjang menyiapkan kertas kerja kami yang bertajuk “Peningkatan kes jenayah juvana dari
tahun 2016 - 2018”

Di dalam jurnal refleksi ini kami menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang penting,
pengalaman, kelemahan-kelemahan semasa menjalankan kajian, kekuatan kami untuk
menjalankan kajian dan langkah-langkah untuk memperbaiki tugasan kami. Kajian kami ini
memerlukan beberapa langkah yang perlu dilakukan mengikut urutan. Kami akan menceritakan
peristiwa yang penting mengikut urutan supaya penceritaan kami akan lebih jelas dan dapat
disampaikan dengan mudah.

Kajian kami ini dilakukan dengan kerjasama 4 orang ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 3
perempuan dan seorang lelaki serta tidak lupa pertolongan pensyarah kami iaitu Dr Maharam
Binti Mamat yang banyak membantu kami dan mengajar kami cara yang betul dalam
menyiapkan tugasan ini. Kami juga turut menceritkan perkara yang kami pelajari semasa
menyiapkan tugasan ini. Secara jujurnya, ini merupakan kajian pertama yang kami jalankan
secara berkumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana, kesemua ahli kumpulan
kami majoritinya merupakan pelajar tahun 1 yang buat pertama kalinya melibatkan diri dalam
kerja kumpulan di Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Tugasan kami untuk subjek Kemahiran
Menulis ini dibawah kendalian Dr Maharam Mamat sedikit mencabar kerana kami ditugaskan
untuk menyiapkan tugasan di dalam semester pendek yang berjalan agak laju namun kami
berjalan agak lambat namun sentiasa bergerak.
Sudah tentu pada mulanya sukar untuk kami mencari rentak untuk bekerja berkumpulan namun
selepas beberapa kali melakukan perbincangan kami mula memahami antara satu sama lain.
Perkara tersebut menjadi kekuatan kumpulan kami.

2. Peristiwa – Peristiwa Penting Sepanjang Menjalankan Projek

Kemahiran menulis merupakan subjek yang dijadualkan kepada kami bagi semester 3 ia
merupakan salah satu subjek yang wajib diambil. Pada perjumpaan kuliah pertama kami,
pensyarah kita telah menerangkan tugasan kita yang perlu disiapkan. Tugasan kemahiran menulis
merupakan suatu subjek yang mewajibkan setiap pelajar untuk membuat suatu kajian tentang
topik terbuka. Kajian perlu dijalankan dengan membentuk suatu kumpulan dengan bilangan tiga
atau empat ahli kumpulan.

Pada peringkat pertama, kami menghadapi kesukaran untuk menentukan ahli kumpulan. Masalah
ini telah berpanjangan sehingga ke perjumpaan kuliah ketiga. Setelah kami menentukan ahli
kumpulan, pemilihan topik kajian telah menjadi satu cabaran. Kami tidak boleh menentukan topik
kajian kita yang sewajarnya dilakukan. Masalah ini pula berpanjangan hingga perjumpaan kuliah
keempat kita. . Berkaitan tugasan, pensyarah pada permulaannya sudah memberitahu mengenai
tugas-tugas yang perlu dilakukan. Oleh itu, ini memudahkan kami sewaktu perbincangan kerana
semua ahli sudah mengetahui secara umum mengenai tugasan yang perlu dilakukan

Kehadiran kami sekumpulan agaklah sukar dilakukan kerana masing-masing mempunyai kerja
yang hakiki dan perlu memberi komitmen terhadap kerjaya. Tambahan lagi, salah seorang ahli
kumpulan kami, Syahiir baru sahaja menyertai kami pada pertengahan semester yang berjalan
kerana menukar pusat pengajiannya daripada Universiti Kebangsaan,Bangi kepada Universiti
Kebangsaan,Kuala Lumpur. Proses penukaran penempatan Universiti Bangi ke Kuala Lumpur
memakan masa kerana Pihak Pengurusan Program & Rekod Pelajar perlu menyemak dengan
pensyarah di Universiti Kebangsaan, Kuala Lumpur terlebih dahulu dan beliau sahaja yang boleh
menukarkan tempat penempatan pelajar.
Pada pertemuan kali yang ke empat kami mula berbincang secara ringkas tentang tugasan yang
diberikan. Perbincangan kami merangkumi mengenai pemilihan tajuk yang hendak dilakukan dan
skop kajian yang akan kami tumpukan bagi projek ini. Perbincangan ini telah dipersetujui oleh
kesemua ahli kami tanpa sebarang pengecualian. Antara cadangan tersebut, kami telah
memperoleh beberapa idea dan cadangan yang diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan kami seperti
“Peningkatan Kes jenayah Juvana Dari Tahun 2017 – 2019” kepada “Peningkatan Kes jenayah
Juvana Dari Tahun 2016 – 2018”. Ini adalah kerana stastik data Jenayah Juvana tahun 2019 belum
dikeluarkan lagi.

Selepas kami menentukan tajuk kerja kursus kami, Kami terus membahagikan tugas diantara ahli
kumpulan, pembahagian kerja dan perbincangan berkumpulan ini hanya dilakukan didalam group
“Whatsapp” sahaja kerana kami tidak sempat berjumpa semua ahli kumpulan kerana kekangan
masa dan tanggungjawab terhadap kerja hakiki kami. Selepas siap melakukan kerja yang telah
dibahagian diantara kami, kami akan email tugasan kami kepada ahli-ahli yang lain untuk
notifikasi yang ahli telah siap melakukan tugasannya. Jika ada kesalahan, ahli tersebut mesti
membetulkan kesalahannya dan menghantarkan semula tugasannya untuk disemak oleh ketua
kumpulan dan di gabungkan bersama-sama tugasan ahli yang lainnya.

Seterusnya, kami berbincang dan mencari data di engine carian “Google” dan data yang kami
dapatkan mestilah ditapis terlebih dahalu supaya bersesuaian dengan tajuk kajian kami.
Langkah ini sangat membantu bagi kajian kami pada saat-saat akhir. Perkara ini membuatkan
kami mengalami masalah untuk mengumpul data-data yang tepat untuk agihkan tugasan kita
kepada ahli kumpulan. Perkara ini juga menyebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini
dengan cepat dan berefisien.
3. Pengalaman Pembelajaran yang Dialami

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh seseorang
pelajar. Hal ini kerana, penulisan melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan
proses kognisi yang tinggi. Oleh sedemikian, melalui strategi pembelajaran yang aktif yang
digunakan oleh Dr Maharam, perkara itu membantu proses pemahaman kami tentang penulisan
efisien dengan lebih mudah. Melalui pengajaran pensyarah kami, kami telahpun dapat idea yang
jelas untuk menjalankan kajian kami. Kemahiran menulis merupakan satu subjek yang
mengkhususkan kepada pembentukan kajian. Justeru, kami tidak hanya tertumpu kepada
pengajaran dan pembelajaran secara formal, kita telahpun didedahkan dengan teknik atau
strategi penulisan dengan penggunaan risalah dan sebagainya demi mendapat idea dan untuk
dijadikan sebagai suatu rujukan.

Sepanjang tempoh melaksanakan kajian, terdapat pelbagai perkara yang kami telah perolehi dan
pelajari. Sebagai contoh, kami telah mempelajari tentang pengurusan masa. Pengurusan masa
yang berkesan bermaksud bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan
seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan
lancar.Pengurusan masa merupakan satu kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap individu
lebih-lebih lagi pelajar yang melakukan pembelajaran sambal bekerja.Pengurusan masa yang baik
adalah sangat penting dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya kerja tersebut dapat
diselesaikan dengan sempurna dan siap pada waktunya. Kami telah berjaya membahagikan masa
kami dengan cekap supaya kami mampu untuk meluangkan masa untuk berbincang. Kami juga
tidak membazir masa atau menangguhkan perlaksaan tugasan ini. Hal ini menyebabkan kami
tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikannya dan membolehkan kami menghasilkan hasil kerja
yang bermutu.
Seterusnya, kami juga telah mempelajari kepentingan sikap toleransi dan bertolak ansur. Tanpa
toleransi, kumpulan ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana akan muncul
pertelingkahan setiap kali terdapat perbezaan pendapat di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan
mestilah belajar untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan baik dan bersedia
menerima kritikan dari orang lain juga. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan apabila
terdapat sebarang perbezaan pendapat supaya kami dapat mencari solusi yang dipersetujui oleh
setiap ahli. Toleransi juga boleh dilihat apabila ada dikalangan ahli kami yang tidak dapat
menghadiri perbincangan atau mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, akan ada ahli
yang secara sukarela membantu dengan kemampuan yang ada. Sikap ini lah yang jarang ada pada
setiap pelajar.

Selain itu juga, kami telah mempelajari tentang kepentingan kerjasama dalam sesebuah
kumpulan. Tanpa sikap kerjasama, tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik dan
menepati masa. Setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan
membolehkan kami melengkapkan tugasan ini tanpa sebarang pertelingkahan serta masalah.
Contohnya kami akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan bagi mendapatkan pandangan setiap ahli kumpulan kami seperti apabila kami mahu
membahagikan tugasan dan sebagainya. Kersama amat penting dan ini boleh didapati apabila
kami secara berkumpulan memberikan idea dalam pembinaan soalan kaji selidik kami. Jika
dilakukan oleh individu mungkin membuat soalan kaji selidik ini menjadi perkara yang susah
namun jika dilakukan secara berkumpulan pelbagai idea dapat dikongsi bersama.
4. Kelemahan – Kelemahan Sepanjang Projek Dijalankan.

Sepanjang menjalankan kajian, kami telah mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam
kumpulan kami. Kelemahan-kelemahan yang didapati adalah pada tahap minimum di mana
ianya dapat diterima secara terbuka oleh setiap ahli kumpulan. Kelemahan yang paling utama
adalah kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab masing-masing. Kesedaran yang kurang
mengenai tanggungjawab masing-masing ini kebanyakannya adalah berpunca tentang kecuaian
diri sendiri.

Kecuaian diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan kami untuk menyesuaikan
keadaan diri dengan semester pertama. Walaupun kami sudah belajar lebih kurang sebulan di
Universiti Kebangsaan Malaysia, namun kami tidak berbuat langkah yang sepatutnya dalam
gerak kerja kami. Kami seolah-olah menganggap yang kami mempunyai banyak masa lagi di mana
terdapat 7 minggu dalam satu semester. Kami gagal untuk membuat kerja-kerja dengan lebih
cepat dan efisien. Kebanyakan gerak kerja hanya dilakukan setelah mendapat desakan daripada
ahli kumpulan yang lain ataupun setelah diingatkan oleh pensyarah semasa dalam kuliah.

Kesemua ahli kumpulan menerima kelemahan ini sebagai sesuatu yang boleh diterima asalkan
kesemua tugasan masing-masing dapat disiapkan dan dikumpul di mana seterusnya ia dapat
dihantar kepada pensyarah sebelum Tarikh akhir penerimaan. Kami menggunakan pengalaman
ini sebagai pengajaran agar kami tidak lagi mengulangi kesilapan ini dan melaksanakan setiap
tugasan dengan cepat supaya tidak lagi perlu tergesa-gesa menyiapkannya.
5. Kekuatan Projek Kajian

Di samping mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kumpulan, kami juga telah
dapat menemui dan mengenalpasti kekuatan-kekuatan kumpulan kami. Kekuatan ataupun
kelebihan pertama yang dapat kami kenalpasti adalah komunikasi yang mudah diwujudkan
antara setiap ahli. Seperti yang telah dinyatakan, kesemua ahli kumpulan kami adalah daripada
jurusan yang sama iaitu jurusan undang-undang. Hal ini bermakna kami dapat bertemu satu sama
lain kerap maka masa perjumpaan dapat ditetapkan dengan mudah. Selain itu, kami juga terdapat
di tempat yang sama maka perjumpaan dapat dijalankan dengan mudah di perpustakaan
undang-undang. Tambahan pula, kami semua fasih dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Hal ini bermakna mana-mana arahan ataupun nasihat dapat difahami dengan jelas sama ada
daripada ahli kumpulan ataupun daripada pensyarah. Perkara ini amat penting kerana hal ini
bermaksud tidak berlakunya perselisihan faham antara ahli kumpulan yang akan menangguhkan
pernyiapan projek ini.

Kelebihan seterusnya ialah, sebelum ini, kami telah mempunyai pengalaman dalam membuat
kerja secara bersama. Pembelajaran dalam universiti yang banyak memerlukan pembentukan
kumpulan dalam membuat sesuatu tugasan telah memberi kami peluang membuat kerja
bersama-sama sebelum ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, hampir semua tingkah laku ataupun
kebiasaan setiap daripada kami telah dapat difahami. Hal ini banyak membantu dalam
menyiapkan kajian dalam masa yang singkat kerana kami sudahpun mengenali ahli kumpulan
kami maka semasa pembahagian tugasan, kami dapat mengoptimumkan kekuatan setiap ahli
kumpulan.
Selain itu, tabiat belajar yang sama juga menjadi salah satu kelebihan ataupun kekuatan kami.
Kami semua sebagai mahasiswa dan mahasiswi telah berkerja keras untuk memasuki universiti
maka kami semua tahu bahawa kami memang individu yang mampu mencari jalan penyelesaian
sekiranya kami bertemu dengan halangan. Sekiranya ada sesuatu permasalahan ataupun
persoalan yang timbul dalam membuat tugasan ini, kami akan berjumpa di perpustakaan bagi
menyelesaikannya. Masalah atau persoalan yang timbul bukan sahaja dapat diselesaikan, ianya
juga diselesaikan dapat masa yang singkat. Ekoran itu, sekiranya kami berdepan dengan sesuatu
masalah yang tidak kami selesaikan walaupun telah berbincang secara berkumpulan, kami akan
membuat perjumpaan dengan pensyarah kami supaya beliau dapat memberi idea-idea beliau
agar masalah kami dapat diselesaikan.

Kekuatan yang seterusnya ialah komitmen dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan yang
tidak terhingga-hingga. Kami telah berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan lain yang
mengemukakan masalah utama yang dihadapi adalah ahli kumpulan yang kurang komited. Hal ini
merupakan masalah yang besar kerana tanpa kerjasama dan komitmen yang mencukupi daripada
semua ahli kumpulan, projek besar ini tidak akan dapat disempurnakan. Selain itu, kerjasama
amat penting kerana semua ahli kumpulan patut memberi input dan idea agar idea yang paling
efektif dapat dipilih. Justeru, jika sebuah kumpulan menghadapi masalah, semua ahli kumpulan
patut berkerjasama untuk menyelesaikannya dan tidak hanya bergantung kepada beberapa ahli
kumpulan. Hal ini akan menimbulkan stres dan tekanan kepada beberapa ahli kumpulan tersebut
yang mungkin akan menjejaskan kesihatan dan prestasi akedemik mereka dalam matapelajaran
lain yang juga amat penting.
6. Langkah – Langkah Penambahbaikan

Pada pendapat kami, saya bercadang untuk menambahkan masa pembelajaran kursus ini. Hal ini
kerana, tujuh minggu perjumpaan tidak mencukupi untuk menguasai idea kursus ini, dan ia
merupakan masa yang sangat singkat. Oleh sedemikian, saya mencadangkan pihak Pusat
Perkembangan Pendidikan University kebangsaan Malaysia untuk menjadualkan masa
pembelajaran kursus ini dengan lebih daripada tujuh minggu.

Selain itu, sebagai seorang pelajar, setiap orang dalam ahli kumpulan perlu mengambil berat
tentang tugasan mereka dan perlu menyiapkan tugasan yang diagihkan dengan sempurna.
Seterusnya, pelajar kurang kesedaran tentang tanggungjawab masing-masing pada semester
pendek. Ini boleh diatasi dengan setiap ahli kumpulan saling ingat-mengingatkan antara satu
sama lain tentang tanggungjawab masing-masing. Langkah ini tidak terhad dalam semester
pendek sahaja di mana ia boleh diaplikasikan dan diamalkan dalam pembelajaran dan pembuatan
tugasan dalam semester biasa.

Bagi kelemahan yang seterusnya iaitu kekurangan ilmu pengetahuan tentang kesusasteraan
Bahasa Melayu, ia juga mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Kumpulan kami telah
mengambil jalan untuk meminta bantuan seseorang yang mempunyai pengetahuan yang lebih
mendalam tentang kesusasteraan Bahasa Melayu. Selain daripada langkah ini, kami juga telah
merujuk kembali kepada nota-nota dan bahan bacaan tentang kesusasteraan Bahasa Melayu
yang dipelajari pada bangku persekolahan dahulu.

Dengan mengambil langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas, segala masalah dan kekusutan
yang timbul dalam membuat tugasan ini telah dapat diatasi dengan jayanya. Selain itu, kerjasama
sesama ahli kumpulan adalah kunci untuk segala-galanya. Ia adalah amat penting bagi
memahami setiap ahli kumpulan kami dan saling membantu dalam menyelesaikan tugasan ini.
7. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan bagi refleksi jurnal ini, tugasan ulasan novel yang telah diberikan kami telah
banyak membantu kami dalam melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mampu untuk
bekerja dalam satu kumpulan.

Segala usaha dan penat lelah kami dalam menyelesaikan tugasan ini membuahkan hasil apabila
ianya telah lengkap dan siap untuk dihantar. Ia merupakan hasil daripada kerjasama setiap ahli
kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan daripada pensyarah
juga banyak membantu. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah sangat membantu kami
dalam menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak pensyarah.

Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami menghantar salinan awal
laporan kertas kerja juga banyak membantu. Ulasan-ulasan yang diberikan oleh pensyarah dalam
waktu kuliah kami jadikan sebagai garis panduan dalam membuat tugasan-tugasan yang diberikan.

Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua pihak yang
membantu kami dalam membuat tugasan.

Anda mungkin juga menyukai