Anda di halaman 1dari 32

KOMUNITI DAN

MASYARAKAT
DEFINISI

 Masyarakat sebagai kumpulan orang yang


mempunyai persamaan.
 Mereka berhubung rapat antara satu sama lain
dan menduduki sesuatu wilayah tertentu
bersama-sama.
 Masyarakat juga boleh dimaksudkan sebagai
suatu himpunan umum pengetahuan yang
dimiliki bersama oleh sekumpulan masyarakat
sama ada pada masa silam atau zaman sekarang.
 Masyarakat adalah kumpulan manusia yang
menganggotai satu organisasi yang
mempunyai beberapa kriteria tertentu
 iaitu terdapat proses penggantian anggota
masyarakat melalui pembiakan genetik,
manusia saling berinteraksi, terdapat perasaan
kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai
sistem komunikasi (bahasa) yang berlainan
daripada masyarakat.
  
 Masyarakat juga merupakan satu kelompok
manusia yang mempunyai perkaitan secara
tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan
merasakan bahawa mereka akan hidup
bersama. Bukanlah individu yang sama sahaja
yang menjadi anggota baru tetapi akan terus-
menerus lahir di dalamnya dan ada pula yang
mati.
 Masyarakat merupakan kelompok setempat
-Menduduki satu wilayah yang sama yang
mempunyai sempadan atau dibataskan
dengan sempadan tertentu. Misalnya,
masyarakat Malaysia dan masyarakat
Indonesia dibataskan dengan sempadan
antarabangsa
 Masyarakata Merupakan Kelompok Membiak

-Membiak melalui jantina yang sah dan diakui.


Masyarakat juga adalah kelompok yang sentiasa
bertambah, dan dengan adanya proses
penggantian anggota masyarakat melalui proses
pembiakan biologi, manusia yang mati akan
diganti dengan yang akan lahir. Ini menentukan
bahawa masyarakat itu terus wujud.
  
Masyarakat Mempunyai Budaya Yang menyeluruh

 Budaya yang dimiliki oleh sesebuah


masyarakat itu adalah menyeluruh dan
berbeza dengan kebudayaan lain. Masyarakat
tertentu mempunyai pandangan cara hidup
yang berbeza dengan masyarakat lain
 . Ahli sesebuah masyarakat mempunyai
pengetahuan, seni, kepercayaan, sikap,
undang-undang dan adapt resam yang dimiliki
bersama tetapi aspek-aspek ini tidak
semestinya sama dengan pegangan atau
pandangan dengan masyarakat lain. Misalnya,
daripada segi kebudayaan, masyarakat Barat
dan masyarakat Timur mempunyai
kebudayaan yang jauh berbeza.
Masyarakat saling bergantung antara satu
sama lain
 
 Masyarakat merupakan kelompok yang
berpanjangan dan saling bergantung antara satu
sama lain. Ahli dalam masyarakat tidak boleh
hidup bersendirian dan mereka memerlukan
pertolongan atau perlu berinteraksi sesame
mereka. Keadaan hubungan seperti ini
menyebabkan wujudnya unsur sense of belonging
atau semangat kekitaan dalam sesebuah
masyarakat.
  
MASYARAKAT ADALAH KELOMPOK
YANG BEBAS
 Masyarakat itu bukan sebahagian daripada
kelompok lain. Masyarakat adalah kelompok
yang tersendiri, yang mempunyai cirri-ciri
tersendiri dan bebas daripada campur tangan
masyarakat lain. Dengan perkataan lain,
sesebuah masyarakat bukanlah sebahagian
daripada masyarakat lain walaupun
masyarakat yang wujud dalam masyarakat
majmuk. Misalnya, masyarakat majmuk di
Malaysia.
  
Masyarakat adalah kelompok yang berubah

Masyarakat adalah kelompok manusia yang


sentiasa mengalami perubahan dan
kemajuan. Misalnya, daripada masyarakat
tradisional zaman dahulu kini telah berubah
kepada masyarakat moden.
 Perubahan dalam masyarakat ini termasuklah
perubahan cara dan pandangan hidup,
perkembangan ekonomi, teknologi,
pendidikan ataupun kebudayaan. Perubahan
dalam masyarakat ini merupakan satu aspek
penting yang menjamin sesebuah masyarakat
it uterus wujud dan berkembang.
Masyarakat Sebagai Satu Organisasi

 
 Masyarakat merupakan satu organisasi yang
mempunyai struktur yang bertindan lapis.
 Di dalam masyarakat, terdapat
pembahagian masyarakat kepada ras,
bangsa, kelas, status dan sebagainya.
Misalnya, ada masyarakat Bandar dan
masyarakat luar Bandar, golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah.
 
JENIS-JENIS MASYARAKAT
 Masyarakat boleh dikelaskan berdasarkan
sember ekonomi atau fahaman, sama ada
feudal, kapitalis, sosialis atau komunis. Ia juga
boleh dikelaskan mengikut agama seperti
Islam, Kristian, Hindu dan Budha; mengikut
bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
dan bahasa Mandarin. Mengikut ahli sosiologi,
masayarakat dikelaskan berdasarkan cara
pencarian nafkah seperti memburu, bertani,
berniaga dan masayarakat industri.
  
MATLAMAT MASYARAKAT
 Masyarakat mempunyai matlamat yang
dicatatkan secara formal.
 Matlamat tersebut sama ada politik, sosial
atau ekonomi sangat bermakna dan hanya
boleh dilaksana sekiranya ia menyatakan nilai
bersama bagi kebanyakan ahli
 . Maka setiap individu mestilah sama-sama
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Setiap ahli mesti sanggup bekerjasama untuk
mencapainya. Misalnya, masyarakat Malaysia
memberi keutamaan kepada perpaduan
kaum. Nilai tersebut hendaklah boleh dilihat
dalam semua bidang, sama ada dalam
bidang politik, ekonomi, agama atau
pendidikan. Kebanyakan dasar kerajaan
perlu mencerminkan nilai tersebut.
 Dua jenis iaitu, komuniti tradisional atau desa
dan komuniti moden atau Bandar
  Komuniti tradisional

 Ciri-cirinya;

 Bilangan penduduk tidak ramai dan

interaksinya rapat dan mesra


 Aktiviti ekonomi tradisional, tiada

pengkhususan kerja
 Kepentingan utama ialah agama
 Komuniti Moden
-Tidak kenal antara ahli Kerana bilangan ramai
-Masalah tempat tinggal
-Masalah sosial tinggi
-Jenis pekerjaan luas dan pengkhususan
 
 Matlamat Komuniti

 Matlamat utama komuniti adalah berkaitan


dengan kegiatan ekonomi.
 Dalam masyarakat moden dan mantap,
matlamat ekonomi yang berkaitan dengan
industri dan perniagaan menjadi gagasan.
 Pola Interaksi
 Pola interaksi berbeza mengikut saiz komuniti.
Dalam komuniti kecil, interaksi di kalangan
ahli adalah lebih kerap dan rapat, terutama
sekali di kalangan sahabat handai dan saudara
–mara.
 Rumah dalam kawasan tersebut berhampiran
antara satu sama lain dan ini membolehkan
interaksi yang kerap itu.Wujud keadaan seolah-
olah setiap orang mengenali semua orang. Setiap
orang seolah-olah terlibat dengan kehidupan
orang lain dalam kawasannya. Perkara-perkara
yang sering dijadi bahan gossip ialah berkaiatan
dengan perkahwinan, kematian dan pekerjaan.
Ini berbeza mengikut tempat dan keadaan.
  
 Masyarakat dari perspektif Islam melihat agama
memainkan peranan penting dalam pembentukan
masyarakat yang stabil. Setiao agam berperanan
menstabilkan sesebuah masyarakat dan diakui oleh
sesuatu masyarakat. Contohnya, agama Islam yang
begitu menekankan perdamaian, kesejahteraan dan
hubungan yang berkekalan antara manusia. Prinsip-
prinsip yang diamalkan dalam Islam menjamin
manusia menuju kea rah kebahagian di dunia dan
di akhirat berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
  
 Islam merupakan gerakan yang menekankan
pentingnya kehidupan sosial lebih daripada
kehidupan kolektif. Dalam Islam, hidup
bermasyarakat adalah suatu yang diharuska.
Oleh yang demikian Islam boleh menyatukan
setiap masyarakat yang berlainan
berdasarkan kepada Tuhan( Allah
 ). Sumber pembentukan masyarakat Islam
yang kedua ialah al-Sunnah iaitu segala
yang dating daripada Nabi Muhammad
( s.a.w) sama ada dalam bentuk
perkataan(hadis), perbuatan, teladan atau
pengakuan daripada dirinya. Dari sudut
hadis misalnya gambaran Rasulullah s.a.w
tentang galakan silaturahim, persaudaraan
dan perpaduan daripada dirinya.
 . Hadis-hadis Rasulullah ada yang
mnegaskan jika ada anggota masyarakat
yang dalam kesusahan maka anggota
masyarakat yang lain hendaklah sama-sama
menanggung kesusahan tersebut agar
penderitaan individu tersebut dapat
diringankan. Ini menunjukan betapa Islam
mengambil berat tentang persaudaraan dan
perpaduan dalam masyarakat.
 Ibnu Khaldun menyatakan manusia mempunyai
sifat yang lemah maka ia memerlukan hidup
berkelompok agar dapat tolong menolong dan
bergotong royong dalam menyempurnakan
keperluan mereka secara kolektif. Kewujudan
masyarakat adalah bermula daripada kewujudan
individu-individu. Maka terbentuklah satu
organisasi masyarakat yang terikat kepada satu
norma yang dipatuhi oleh setiap anggota manusia.
Hidup bermasyarakat adalah tabiat semula jadi
yang ada pada manusia.
  
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT
ISLAM
 Menurut Islam masyarakat yang pertama di
dinia adalah diasaskan oleh Nabi Adam.
Hidup bermasyarakat dan bergaul antara
satu sama lain dinyatakan dalam al –Quran
sebagai naluri yang dibekalkan oelh Allah
S.W.T kepada setiap diri manusia. Ini kerana
manusia merupakan khalifah di muka bumi.
Hidup bekerja sama dan tolong menolong
adalah iradat Allah ke atas manusia bagi
memenuhi keperluan hidup mereka.
 Al-Quran mengandungi prinsip untuk mengatur dan
menggariskan secara terperinci bagaimana keperluan
hidup diuruskan dan dilaksanakan oleh masyarakat
secara kolektif dan bukan secara individu.
 Sistem masyarakat yang baik mempunyai
keunggulan dan kesempurnaan. Pembentukan
masyarakat juga adalah bertunjangkan sumber-
sumber dan asas-asas yang telah ditentukan oleh
Allah S.W.T. Islam lebih menitikberatkan tentang
pentingnya tugas dan tanggungjawab tiap-tiap
anggota masyarakat. Ini bagi memelihara
masyarakat daripada sebarang masalah.
 . Islam juga tidak melihat aspek
kemasyarakatan itu secara berasingan dari
aspek kehidupan yang lain. Ia sebagai satu
kesatuan. Segala masalah yang timbul
mestilah diselesaikan dari titik asalnya iaitu
dalam diri manusia sendiri(keimanan) dan
ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Islam
melihat aspek masyarakat tidak terpisah
dari semua aspek yang lain.
 Sistem masyarakat Islam adalah bertitik
tolak daripada keimanan kepada Allah S.W.T.
Segala masalah adalah berpusat kepada diri
manusia sendiri. Islam mengganggap harta
hanyalah sekadar alat dan perantaraan untuk
mencapai kesejahteraan masyarakat. Semua
harta adalah hak milik Allah dan manusia
hanyalah pemegang amanah. Jesteru
manusia tidak boleh boros dan bakhil.
 Jesteru manusia tidak boleh boros dan bakhil
Sistem masyarakat Islam adalah bertitik tolak
daripada keimanan kepada Allah S.W.T.
Segala masalah adalah berpusat kepada diri
manusia sendiri. Islam mengganggap harta
hanyalah sekadar alat dan perantaraan untuk
mencapai kesejahteraan masyarakat. Semua
harta adalah hak milik Allah dan manusia
hanyalah pemegang amanah. Jesteru manusia
tidak boleh boros dan bakhil.
BINCANGKAN
 Huraikan sumbangan komuniti dari
perspektif Islam dalam pendidikan dan
pendidikan awal kanak-kanak
  

Anda mungkin juga menyukai