Anda di halaman 1dari 1

BULI DI SEKOLAH

Gejala buli boleh didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina,

mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.

Kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan faktor utama kepada berlaku

gejala negatif seperti ini. Kesibukan ibu bapa bekerja menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka

terhadap anak. Hal ini menyebabkan seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang

daripada ibu bapa mereka.

Selain itu, kekurangan pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya

gejala buli ini. Kekurangan penghayatan nilai–nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam

gejala buli ini. Seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah terpengaruh

untuk melibatkan diri dalam gejala yang negatif.

Antara langkah untuk membendung masalah buli ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam

usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka

supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka..

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung

gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan

diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat

mungkin demi kesejahteraan semua.

Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi

perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan peraturan sekolah juga

perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan

tidak membuat kesalahan seperti penglibatan dalam gejala buli.

Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan aktif dalam membendung gejala ini. Kerajaan juga perlu

bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang

gejala buli. Melalui cara ini, remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala

membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.

Anda mungkin juga menyukai