Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A ( 20 markah)

Pilih jawapan yang betul.

Soalan 1 hingga soalan 16

1. " Titah ke bawah duli _______ junjung," kata HangTuah kepada Sultan Ismail.
A beta C patik
B hamba D tuanku

2. Selepas makan ubat, pesakit itu tetap tidak sembuh, ___________


keadaannya bertambah tenat.
A atau C malah
B agar D selagi

3. __________ di belakang rumah itu belum dipotong.


A Bukit-bukau
B Simpang-siur
C Semak-samun
D Gunung-ganang

4. __________ diletakkan di tengah sawah padi oleh para petani


untuk menghalau burung.
A Daun-daun
B Kayu-kayu
C Orang-orang
D Kacau-kacau

5. Beberapa orang peniaga telah disaman kerana terdapat __________ di


dalam tin kosong di kawasan gerai mereka.
A jejentik
B rerama
C kekelip
D kekupu

6. Rambutnya kelihatan __________apabila terkena hujan lebat.


A herot-berot
B kusut-masai
C lintang-pukang
D compang-camping

1
7. Jalan yang __________ itu terang-benderang apabila dihiasi dengan lampu
sempena Hari Malaysia yang bakal tiba.
A hiruk-pikuk C lekak-lekuk
B gelap-gelita D warna-warni

8. Cikgu Zul menjadi __________ dalam pertandingan perbahasan itu.


A diadil C pengadil
B mengadil D teradil

9. Tasik Kenyir adalah __________ buatan manusia yang digunakan untuk


menjana kuasa elektrik selain daripada bertindak sebagai kawasan takungan air .
A jalanan
B jambatan
C teduhan
D empangan

10. Pemain bola sepak berlari __________ padang stadium setiap pagi.
A menaiki C mengelilingi
B menuruni D menghalangi

11. Ramai siswazah gagal mendapat pekerjaan kerana tidak dapat berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris semasa __________ itu.
A temu duga C atur cara
B segi empat D bulat besar

12. Siva__________ untuk menyara kehidupan keluarganya yang miskin.


A mandi hujan C mandi peluh
B mati katak D berat tulang

13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Wan menjadi __________ pasukan bola sepak negeri Pahang kerana kehandalannya
menjaringkan gol.
A nasi kucing
B buah tangan
C ayam tambatan
D pembasuh mulut

14. Polis menyaman pemandu kereta cuai itu di persimpangan jalan.


Pilih perkataan antonim bagi cuai.
A cermat C segan
B lengah D asyik

2
15. Dalam Pertandingan Matematik itu, Daniel mendapat markah terbaik.
Pilih perkataan sinonim bagi terbaik.
A bagus C buruk
B manis D sesuai

16. Pilih ayat yang betul.


A Songkok berwarna hitam ini adalah untuk abang saya .
B Perlawanan akhir bola sepak di antara Sarawak dan Sabah ditangguhkan kerana
hujan lebat.
C Pendapatan Ramli tidak disokong oleh setengah ahli persatuan yang lain.
D Harga motosikal mewah itu sungguh mahal sekali.

17. Soalan 17 hingga 20


Baca petikan dibawah ini, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Aku sebuah alat komunikasi yang canggih. Aku bernama Samsung Galaxy S5. Badanku
berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Senai, Johor.
Setelah siap dibuat, aku diletakkan di dalam sebuah kotak. Selepas itu, aku dihantar
ke sebuah kedai telekomunikasi di Skudai. Aku berharga RM1800. Aku berkenalan dengan
rakan-rakan seperti Oppo, Sony, Iphone dan sebagainya. Aku dan rakan-rakan dipamerkan
di dalam almari kaca. Kami menunggu tuan kami dengan sabarnya.
Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai tersebut. Beliau ingin membeliku
untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi. Beliau membelek-belek aku dan mencuba beberapa
fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh keanggunan aku lalu membeli aku. Aku dibawa
pulang ke rumahnya.
Tuan aku bernama Aizat. Dia pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Aizat
menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Aizat membawa aku ke
pejabat semasa bekerja. Rakan Aizat memuji kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku
suka akan tuan aku.
Aizat menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya. Aku juga digunakan
untuk melayari internet. Aizat selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas
kepada kawan-kawannya. Dia juga bermain permainan komputer atas talian untuk
melapangkan fikirannya.
Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Aku bersyukur kerana mempunyai tuan
yang baik. Aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.

17. Aku ditempatkan__________ untuk dijual.


A di rumah
B di pasar raya
C di kedai telekomunikasi di Skudai
D di kilang elektronik yang terletak di Senai

3
18. Aku berfungsi untuk tuan aku dengan semua di bawah kecuali
A dapat menghubungi kawan kepada tuan aku.
B dapat melayari internet dengan mudah.
C dapat dipamerkan di dalam almari kaca.
D dapat menghantar pesanan ringkas kepada kawan tuan aku dengan pantas.

19.Tuan aku adalah seorang yang ______________.


A prihatin B pemalas
B pemalu D pelaris

20. Pada pendapat kamu, siapakah “aku” ?


A Komputer C Telefon
B Jam tangan D Telefon bimbit

Anda mungkin juga menyukai