Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer riba. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di
Tokyo, Jepun. Aku berjenama Pindo. Badanku diperbuat daripada aluminium,
plastik, dan besi. Setelah siap dipasang, aku dimasukkan ke dalam kotak lalu
dibawa ke pelabuhan dengan sebuah lori. Aku akan dieksport ke Malaysia.
Aku dibawa ke Malaysia dengan sebuah kapal laut yang besar.

Setelah sampai di Malaysia, aku telah dihantar ke sebuah kedai menjual


komputer di Pulau Pinang. Di kedai komputer ini, aku bertemu dengan ramai
kawan. Mereka ialah Pintar, Gaya, Robotik, Sani dan sebagainya. Kami
dipamerkan kepada orang ramai.

Suatu hari, seorang pemuda bernama Adeeb membelek - belek


badanku. Dia berminat untuk membeli aku. Dia bertanyakan harga kepada
tuan kedai itu. Akhirnya dia membeli aku dengan harga RM4000. Aku dibawa
pulang ke rumahnya. Adeeb seorang pelajar universiti. Aku dipasangkan
dengan kemudahan internet. Setiap hari Adeeb akan menggunakan aku untuk
melayari internet. Aku juga digunakan untuk menaip tugasannya. Aku bersyukur
kerana begitu disayangi oleh Adeeb. Aku dibawa ke kuliah, ke perpustakaan
dan ke mana saja dia pergi. Aku dijaga dengan begitu baik. Aku amat
berbangga kerana dapat berbakti kepada tuan aku.

Empat tahun berlalu, tuan aku telah tamat pengajiannya. Aku telah
diserahkan kepada adiknya. Setelah mendapat pekerjaan, Adeeb membeli
sebuah komputer riba yang baharu dan lebih canggih daripada aku. Aku
disimpan dan jarang digunakan lagi. Aku berasa amat sedih sekali namun aku
bertuah kerana dapat berjasa dengan tuan aku.

Anda mungkin juga menyukai