Anda di halaman 1dari 7

Aku sebuah komputer.

Aku sebuah komputer. Aku bernama Acer. Aku diperbuat daripada kaca,plastik,komponen-
komponen elektronik, besi dan sebagainya. Aku berwarna putih dan bentuk aku ialah segi empat.
Aku juga mempunyai beberapa anak seperti tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku
dilahirkan di Tokyo, Jepun.
Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala
Lumpur, Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai beberapa kawan seperti
Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku adalah RM 2500.00.
Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah dia
melihat-lihat komputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia
pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia bekerja sebagai seorang
akauntan.
Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung minggu,
tuan aku melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan menonton video dengan
menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana aku cantik dan
berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap oleh tuan aku pada hujung minggu.
Oleh itu aku kelihatan bersih selalu.
Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki virus.
Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih semula.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selama-lamanya.
Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.

Aku sebuah Komputer Riba


Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang
terletak di Johor Bahru.Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.Aku merupakan hasil
ciptaan canggih pada era kemajuan sains dan teknologi.
Selepas siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak.aku dan rakan-rakan dihantar ke
sebuah kedai komputer dengan lori yang besar.Aku dipamerkan di dalam almari kaca.Aku
diletakkan tanda harga RM 2499.Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku
yang berjenama lain.Kami mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian
pelanggan.
Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin
membeli komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan
penjual komputer ,dia tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku
dibeli dan dibawa pulang ke rumah.Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan
tangan terbuka.
Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku
menggunakan aku untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan
komputer atas talian dan sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira
bersama tuan aku.
Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali
selepas menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku
pada setiap hujung minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.
Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku.Aku berjanji akan
terus berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.
Saya Sebuah Komputer
Aku sebuah komputer. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Jepun. Nama
aku ialah Acer. Badanku diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi. Badanku berwarna
biru.
Setelah siap dipasang dan dibungkus dengan plastik, aku dimasukkan ke dalam kotak.
Aku dan rakan-rakanku dihantar ke sebuah kedai komputer di Kuala Lumpur dengan lori. Sebaik
sampai di sana, aku dipamerkan di tempat khas. Begitu juga dengan rakan-rakanku.
Pada suatu hari, seorang wanita datang ke kedai tersebut untuk membeli komputer.
Wanita itu tertarik dengan kelebihan aku. Hal ini demikian kerana aku merupakan model
komputer yang terkini. Aku juga dilengkapi dengan pelbagai perisian dan program.
Setelah membayar hargaku sebanyak RM2000, wanita itu membawa aku pulang ke
rumahnya. Rupa-rupanya aku dibeli untuk dihadiahkan kepada anak sulungnya sempena hari
jadinya. Aku berasa gembira kerana mempunyai tuan baharu.

Aku sebuah Komputer


Aku berasal daripada sebuah keluarga yang termasyhur di dunia, iaitu ADHESI. Tubuh aku
diperbuat daripada gabungan aluminium, plastik, dan besi. Kebanyakan anggota badanku
diperbuat di Taiwan tetapi aku dipasang di Malaysia. Aku diberi nama “Adhesi 486 DX2”.
Setelah diriku dilengkapi peranti disket, monitor, papan, kekunci, dan tetikus, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian, aku dihantar ke sebuah kedai komputer di
Taiping dengan sebuah lori. Selepas dua hari dipamerkan, aku telah dibeli oleh seorang lelaki
sebagai hadiah hari lahir untuk anaknya yang bernama Balan.
Setibanya di rumah tuan aku, aku telah disambut mesra oleh Balan. Dengan mudah
sahaja, Balan sudah memahami perangai dan kehendak aku. Dia memberikan layanan dan
belaian yang istimewa kepadaku. Dia telah menjadikan aku sebagai teman istimewanya. Akulah
penghibur dan pembantu setia dalam pelaksaan tugas-tugas sekolahnya. Balan amat berpuas hati
dengan khidmat aku. Layanan istimewa yang aku terima seing membuatkan kawan-kawanku
yang lain seperti televisyen, radio, dan kipas berasa iri hati.
Namun begitu, kebahagiaan yang aku kecapi tidak kekal lama. Pada suatu hari, Balan
memaksa aku menerima satu program yang amat berat. Aku terpaksa menolak permintaan
tuanku kerana tubuhku ini tidak terdaya menggerakkan program tersebut. Tindakan aku itu telah
membuatkan Balan marah dan tidak mempedulikan aku lagi.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari, bapa Balan telah membawa aku ke kedai untuk
dinaikkan taraf. Aku berasa lebih kuat dan bersemangat, lantas aku diberi nama baharu, iaitu “
Pentium III”.
Balan berasa gembira dengan diriku yang baru dan dia kembali menjadikan aku sebagai
teman setianya. Aku berasa amat gembira dan bangga kerana Balan meneruskan khidmatku.
Aku Sebuah Telefon Pintar
Aku sebuah telefon pintar. Aku bernama Oppo Reno. Badan aku berwarna hitam dan diperbuat
daripada plastik yang berkualiti tinggi.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Setelah siap dipasang, aku
dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai menjual telefon pintar di Skudai. Di sana, kami
dipamerkan di dalam almari kaca untuk dijual kepada para pelanggan.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai itu untuk membeli sebuah telefon pintar
yang baharu. Selepas membuat pilihan, pemuda itu tertarik dengan kecantikanku. Akhirnya, dia
membeliku dengan harga RM 2300.
Selepas itu, pemuda itu membawa aku pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya, tuan aku
bernama Jia Jie. Setiap hari, tuan aku membawa aku pergi ke tempat kerjanya. Tuan aku
menggunakan aku untuk menghubungi kawan-kawan dan keluarganya. Kawan-kawannya
memuji aku sangat cantik dan canggih.
Tuan aku akan mengelap badanku setiap hari. Oleh itu, aku sentiasa kelihatan bersih dan
berkilat. Selepas dibersihkan, badanku berasa sangat selesa. Tuan aku sangat sayang akan diriku.
Aku berasa sangat bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang baik hati
dan bertanggungjawab. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Aku
juga berharap agar tuan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Aku Sebuah Telefon Bimbit


Aku sebuah telefon bimbit yang canggih.Aku bernama Samsung Galaxy S5 dan aku
berwarna hitam.Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Senai, Johor.
Setelah siap dibuat,aku diletakkan di dalam sebuah kotak.Selepas itu, aku dihantar ke
sebuah kedai telekomunikasi di Skudai.Aku berharga RM1800.Aku berkenalan dengan rakan-
rakan seperti Oppo,Sony,Iphone dan sebagainya.Aku dan rakan-rakan dipamerkan di dalam
almari kaca.Kami menunggu tuan kami dengan sabarnya.
Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai tersebut.Beliau ingin membeli telefon
bimbit untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Beliau membelek-belek aku dan mencuba
beberapa fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh keanggunan aku lalu membeli aku.Aku
dibawa pulang ke rumahnya.
Tuan aku bernama Anis.Dia pemuda yang rajin dan bertanggungjawab.Anis menjaga aku
dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Anis membawa aku ke pejabat semasa
bekerja.Rakan Anis memuji kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku suka akan tuan aku.
Anis menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya.Aku juga digunakan untuk
melayari Internet.Anis selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas kepada
kawan-kawannya.Dia juga bermain permainan komputer atas talian untuk melapangkan
fikirannya.
Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.Aku bersyukur kerana mempunyai tuan yang
baik.Aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.

Aku Sebuah Telefon Bimbit


Aku Sebuah Telefon Bimbit. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terkenal di Shah Alam,
Selangor. Aku berwarna biru. Kawan-kawanku terdiri daripada pelbagai warna, saiz danbentuk.
Aku diberi nama Nokia..Setelah siap, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Aku dihantar
keMuar, Johor. Setibanya di sana, aku dipamerkan di dalam sebuah almari kacabersama-sama
rakanku yang lain. Aku berasa bangga.
Pada suatu hari seorang gadis menghampiriku. Agak lama diamembelek-belek tubuhku.
Dia tertarik dengan keistimewaan diriku. Akudibelinya dengan harga RM 480.00 daripada
pemilik kedai itu. Diamembawaku pulang ke rumahnya.
Kini aku berkhidmat untuknya tanpa mengira masa. Setiap hari akudigunakan untuk
menghubungi rakan, menghantar pesanan ringkas danmerakam gambar. Kadang kala tuan aku
menggunakan aku untuk melayariinternet dan mendengar lagu.
Masa terus berlalu. Tanpa disedari, sudah empat tahun akubersamanya. Walaupun begitu,
tuan aku masih menyayangi dan menjagakudengan baik. Aku akan setia kepadanya untuk
mencurahkan bakti hingga keakhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai