Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah telefon bimbit

Aku sebuah telefon bimbit yang canggih.Aku bernama Samsung


Galaxy dan aku berwarna hitam.Aku dilahirkan di sebuah kilang
elektronik yang terletak di Senai, Johor.
Setelah siap dibuat,aku diletakkan di dalam sebuah
kotak.Selepas itu, aku dihantar ke sebuah kedai telekomunikasi
di Skudai.Aku berharga RM1800. Aku dan rakan-rakan
dipamerkan di dalam almari kaca
Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai
tersebut.Beliau ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya
sebagai hadiah hari jadi.Beliau membelek-belek aku dan
mencuba beberapa fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh
keanggunan aku lalu membeli aku.Aku dibawa pulang ke
rumahnya.
Tuan aku bernama Anis.Dia pemuda yang rajin dan
bertanggungjawab.Anis menjaga aku dengan baik bagai
menatang minyak yang penuh.Anis membawa aku ke pejabat
semasa bekerja.Rakan Anis memuji kecanggihan aku. Aku
berasa bangga dan aku suka akan tuan aku.
Anis menggunakan aku untuk berhubung dengan
kawannya.Aku juga digunakan untuk melayari Internet .Anis
selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas
kepada kawan-kawannya.Dia juga bermain permainan komputer
atas talian untuk melapangkan fikirannya.
Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.Aku
bersyukur kerana mempunyai tuan yang baik.Aku akan terus
berkhidmat untuk tuan aku.

Anda mungkin juga menyukai