Anda di halaman 1dari 1

Aku Seekor Kucing

Aku seekor kucing. Aku bernama Si Comel. Aku


berwarna hitam. Aku tinggal di rumah tuan aku yang
bernama Mei Ling.

Apabila tuan aku pergi ke sekolah, aku akan menunggu


tuan aku di depan pintu. Semasa dia pulang ke rumah, dia
mesti akan membelai badan aku dan bermain bersama-
sama aku.

Mei Ling seorang yang baik hati. Dia selalu menjaga aku
dengan baik. Setiap hari, dia akan memberi makanan dan
minuman kepada aku. Dia juga rajin mandikan aku supaya
aku bersih.

Apabila ada masa lapang, tuan aku akan membawa aku


ke taman untuk bermain. Apabila aku sakit, tuan aku mesti
akan membawa aku berjumpa dengan doktor haiwan
supaya saya cepat sembuh. Dia sangat sayang akan aku.

Aku amat bertuah kerana mempunyai tuan yang begitu


baik. Aku berharap agar hidup di samping tuan aku selama-
lamanya.

Anda mungkin juga menyukai