Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pen

Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis

Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku

berwarna merah. Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk

dihantar ke sebuah kedai alat tulis.

Perjalanan itu mengambil masa dua jam untuk tiba ke kedai itu. Sebaik

sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama

barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-

pen yang berjenama yang lain. Di situ, aku telah berkenalan lagi dengan kawan

baru.

Pada suatu hari seorang wanita bernama Linda datang membelili aku. Rupa-

rupanya Linda merupakan seorang guru. Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku

digunakan untuk menanda buku-buku latihan murid-muridnya. Linda sangat

menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas aku digunakan,

aku akan disimpan dengan baik.

Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda

berasa sedih kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau

bagaimanapun, Linda telah menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas

pensel. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Linda. Kini

tuanku Linda telah mempunyai pen yang barn.

Anda mungkin juga menyukai