Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Kereta

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku


dilahirkan di kilang proton di Shah Alam. Tubuh
badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa
pengguna di Malaysia. Setelah siap
diproses menjadi sebuah kereta, aku dan
rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran
kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, aku


dan rakan-rakan telah mendapat sambutan
hangat daripada para pengunjung. Mereka
memandu ujiku dan rakan-rakan. Para
pengunjung yang datang ke majlis pelancaran
kereta itu sangat berpuas hati dengan
kehebatan kami.

Aku dan rakan-rakan umpama pisang


goreng kerana kami telah habis ditempah oleh
para pembeli. Seorang guru sekolah bernama
Ali telah menjadi tuan aku. Aku berjanji
memberi perkhidmatan yang terbaik buat
tuanku.

Setiap pagi, Ali akan membawa aku ke


sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka
bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku.
Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya
ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada
hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku
menjadi seperti baharu semula. Ini membuat
aku semakin lama semakin disayangi oleh
tuanku.

Pada suatu hari, tuanku telah terlewat


bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia
memanduku dengan laju sekali. Malang tidak
berbau aku telah terbabit dalam kemalangan
ngeri dengan sebuah lori. Aku rosak teruk dan
tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja
sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib
tuanku.

Anda mungkin juga menyukai