Anda di halaman 1dari 10

PENEGASAN

Pengenalan
 Sesuatu objek yang menjadi fokus dan
kelihatan lebih ketara apabila
dibandingkan dengan objek lain.
 Bertujuan untuk menarik perhatian dan
tumpuan terhadap sesuatu serta
mengelakkan kebosanan.
 Dihasilkan melalui :
 Penggunaan unsur seni yang kontra atau
berlawanan
 Asingkan objek yang hendak ditegaskan
 Besarkan objek yang hendak ditegaskan
 Meletakkan objek tertentu pada satu titik
atau fokus.
Prinsip Penegasan
1. Penegasan warna – olahan sesuatu
warna yang menjadi fokus.
2. Penegasan jalinan – olahan sesuatu
jalinan yang menarik perhatian.
3. Penegasan garisan – olahan sesuatu
garisan yang menjadi tarikan.
4. Penegasan rupa – olahan sesuatu rupa
yang menjadi fokus dalam karya.
5. Penegasan bentuk – olahan sesuatu
bentuk yang menjadi tumpuan
pemerhati.
6. Penegasan ruang – olahan unsur ruang
yang ketara dalam sesuatu gubahan.
Penegasan pada Alam
Semulajadi
 Dilihat daripada aspek bentuk,
rupa, warna, jalinan, garisan dan
ruang.
 Contoh :
 Sebatang pohon yang bentuknya
bersaiz besar akan lebih menonjol
berbanding pokok-pokok lain yang
bersaiz lebih kecil di sekitarnya.
 Buah-buahan yang masak biasanya
berwarna kuning atau merah. Warna-
warna tersebut menunjukkan
penegasan pada pokok tersebut yang
berwarna kehijauan.
 Alunan ombak merupakan unsur
penegasan di tengah-tengah lautan
yang luas.
Penegasan pada Objek
Buatan Manusia
 Ditunjukkan dengan olahan
unsur-unsur bentuk, garisan,
rupa, jalinan, ruang dan warna
objek tertentu.
 Contoh :
 Batu permata yang berwarna
dan berbentuk cantik biasanya
menjadi penegasan kepada
sebentuk cincin.
Penegasan pada Karya Seni
Visual
 Unsur-unsur seni menjadi elemen
utama untuk menimbulkan kesan
penegasan dalam karya seni visual.
 Penggunaan unsur jalinan dan
garisan tebal semasa membuat
lakaran akan menjadi fokus pada
keseluruhan hasil lukisan tersebut.
 Contoh :
 Penggunaan warna-warna kontra pada
bendera Malaysia menjadikan bendera
tersebut dilihat gagah, mengandungi
makna dan dihormati.
 Sebuah pasu karangan bunga
diletakkan di tengah sebuah meja
makan akan menjadi penegasan kepada
keseluruhan meja tersebut.
Latihan (PBS B1D2E1)
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling tepat.

Motif Keseragaman Bertentangan Pondok Penegasan

1. ____ pada alam semula jadi, benda buatan


manusia, dan hasil seni visual dapat menarik
perhatian orang.
2. Penegasan dapat ditunjukkan melalui rupa,
objek, atau warna yang ___.
3. Dalam proses penghasilan barangan kraf tekat,
penegasan terdapat pada ___.
4. Unsur penegasan di kawasan penanaman sawah
padi ialah sebuah ___ di tengah sawah.
5. Penegasan tidak wujud sekiranya terdapat ___
dalam sesuatu karya seni visual.

Anda mungkin juga menyukai