Anda di halaman 1dari 10

PENEGASAN

Pengenalan

Sesuatu objek yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila dibandingkan dengan objek lain. Bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu serta mengelakkan kebosanan. Dihasilkan melalui :

Penggunaan unsur seni yang kontra atau berlawanan Asingkan objek yang hendak ditegaskan Besarkan objek yang hendak ditegaskan
Meletakkan objek tertentu pada satu titik atau fokus.

Prinsip Penegasan
1.

2.
3. 4. 5.

6.

Penegasan warna olahan sesuatu warna yang menjadi fokus. Penegasan jalinan olahan sesuatu jalinan yang menarik perhatian. Penegasan garisan olahan sesuatu garisan yang menjadi tarikan. Penegasan rupa olahan sesuatu rupa yang menjadi fokus dalam karya. Penegasan bentuk olahan sesuatu bentuk yang menjadi tumpuan pemerhati. Penegasan ruang olahan unsur ruang yang ketara dalam sesuatu gubahan.

Penegasan pada Alam Semulajadi

Dilihat daripada aspek bentuk, rupa, warna, jalinan, garisan dan ruang. Contoh :

Sebatang pohon yang bentuknya bersaiz besar akan lebih menonjol berbanding pokok-pokok lain yang bersaiz lebih kecil di sekitarnya. Buah-buahan yang masak biasanya berwarna kuning atau merah. Warnawarna tersebut menunjukkan penegasan pada pokok tersebut yang berwarna kehijauan. Alunan ombak merupakan unsur penegasan di tengah-tengah lautan yang luas.

Penegasan pada Objek Buatan Manusia

Ditunjukkan dengan olahan unsur-unsur bentuk, garisan, rupa, jalinan, ruang dan warna objek tertentu. Contoh :

Batu permata yang berwarna dan berbentuk cantik biasanya menjadi penegasan kepada sebentuk cincin.

Penegasan pada Karya Seni Visual

Unsur-unsur seni menjadi elemen utama untuk menimbulkan kesan penegasan dalam karya seni visual. Penggunaan unsur jalinan dan garisan tebal semasa membuat lakaran akan menjadi fokus pada keseluruhan hasil lukisan tersebut. Contoh :

Penggunaan warna-warna kontra pada bendera Malaysia menjadikan bendera tersebut dilihat gagah, mengandungi makna dan dihormati. Sebuah pasu karangan bunga diletakkan di tengah sebuah meja makan akan menjadi penegasan kepada keseluruhan meja tersebut.

Latihan (PBS B1D2E1)


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.
Motif Keseragaman Bertentangan Pondok Penegasan
1.

2.

3.
4. 5.

____ pada alam semula jadi, benda buatan manusia, dan hasil seni visual dapat menarik perhatian orang. Penegasan dapat ditunjukkan melalui rupa, objek, atau warna yang ___. Dalam proses penghasilan barangan kraf tekat, penegasan terdapat pada ___. Unsur penegasan di kawasan penanaman sawah padi ialah sebuah ___ di tengah sawah. Penegasan tidak wujud sekiranya terdapat ___ dalam sesuatu karya seni visual.

Anda mungkin juga menyukai