Anda di halaman 1dari 19

HBML 2203

PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2013

HBAE 2103

CORAK DAN REKAAN

NO. MATRIKULASI

700614135565002

NO. KAD PENGENALAN

700614135565

NO. TELEFON

0198572670

E-MEL

mansam70@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU LEARNING CENTRE OUM

HBML 2203

ISI KANDUNGAN
Kandungan

Muka surat

1.0 Pengenalan

2.0 Corak dan Rekaan

45

3.0 Tujuan Membuat Corak dan Rekaan

3.1 Perlakuan Seni

3.2 Persepsi Seni

3.3 Pengetahuan Budaya

4.0 Perbincangan berkaitan hasil karya murid dari sudut Perlakuan,


Persepsi dan Pengetahuan Budaya.

4.1 Hasil Karya 1

8 10

4.2 Hasil Karya 2

11 12

4.3 Hasil Karya 3

13 14

5.0 Sorotan Kajian

15 16

6.0 Penutup

17

7.0 Rujukan

18

LAMPIRAN

1.0 Pengenalan
2

HBML 2203

Sistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan


keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan
yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha
kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don,
2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visual bertujuan
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang,
menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini,
guru akan dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang
celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa. Sebagai guru Pendidikan Seni peranan
yang boleh dimainkan adalah seperti berikut :
Peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui
Pendidikan Seni.
Menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dan remaja dalam mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Meningkatkan kenyakinan diri dalam pengajaran dan pembelajaran secara kreatif
dan sistematik.
Menyedari adanya pelbagai pendekatan pengajaran Pendidikan Seni
Berketrampilan terhadap pendekatan dan kaedah pengajaran.
Menanam sifat adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan pentaksiran.
Menyedari kepelbagaian kaedah dan melihat seni sebagai rangsangan untuk
membuat apresiasi, refleksi dan metakognitif.
Memperkayakan semangat patriotisme melalui proses penghayatan warisan
budaya bangsa.
Mengawal kemahiran proses berfikir dalam situasi dan dan kehidupan harian ke
arah pembentukan insan murni.
Meningkatkan keupayaan melihat kemungkinan-kemungkinan dalam membuat
jangkaan.
3

HBML 2203

Meningkatkan kenyakinan diri dalam berkarya untuk mewujudkan suasana kerja


yang berdisiplin, terancang dan tersusun.
Menyuburkan sifat sabar dan dedikasi untuk membantu dalam menghasilkan kerja
yang lebih kreatif dan bermakna.
Membina dan memperkayakan sifat kreatif dan inovatif untuk menolong
merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0

Corak dan Rekaan


Bidang mencorak dan membuat rekaan adalah sebahagian daripada pengetahuan asas
dalam subjek seni visual. Bidang ini secara umumnya memberi ruang dan peluang
kepada

pelajar

memahami

pelbagai

cara

untuk

menghasilkan

corak

dan

mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang berlainan. Manakala mencorak pula ialah
proses menghasilkan struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara
terkawal atau bebas. Dalam bidang seni visual, corak kerapkali meliputi aspek semulajadi
seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. Dari segi bahan yang dihasilkan, objek
yang kerapkali dihasilkan adalah seperti kerusi, meja, rumah dan sebagainya. Pada
kebiasaannya, bahan-bahan yang dihasilkan berbentuk geometri yakni seperti bulat, segi
tiga dan segi empat.
Corak Teknik Resis
Corak Garisan Grid
Corak Teknik Anyaman
Corak Terancang

Corak Cetakan Tai


Corak Teknik Cerminan
Corak Teknik Pualaman
Corak Tidak Terancang

Berkenaan dengan jenis dan susunan corak, terdapat corak-corak yang lazimya
digunakan seperti berselang-seli, batu bata, berusat, beralun, berpusat dan sebagainya.
Dalam menghasilkan corak bagi sesuatu karya ianya boleh dilakukan secara terancang
dan tidak terancang. Corak secara terancang meliputi corak seperti lukisan, catan,
cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Manakala corak tidak
terancang pula seperti titisan, renjisan, ikatan dan celup, tiupan, pualaman, lipatan dan
tarikan. Dalam menghasilkan sesuatu karya seni lazimya pengkarya menggunakan

HBML 2203

gabungan kedua-dua corak ini supaya hasil seni yang dihasilkan lebih menarik dan
cantik.
Susunan Ulang Sekata
Susunan Berselang Seli
Susunan Batu Bata

Susunan Bertimbal
Susunan Beralun
Susunan Berpusat

Berkenaan dengan tujuan membuat corak dan rekaan, selalunya guru akan
mempertimbangkan aspek perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya. Dari segi
perlakuan, kriteria pemilihan warna untuk tujuan tertentu amat penting supaya bentuk
asas yang dihasilkan memperlihatkan perbezaan yang jelas.
Dalam bidang seni visual kepentingan membuat corak dan rekaan adalah perkara
yang sewajarnya berlaku. Secara prinsipnya, kepentingan aspek ini adalah bersandarkan
citarasa dan keinginan seseorang pengkarya seni ingin melihat hasil seninya cantik dan
menarik. Sebagai seorang manusia biasa, kita suka akan sesuatu yang cantik, menarik dan
menghiburkan. Begitu jugalah hakikatnya dengan hasil seni yang akan bakal kita
hasilkan. Mengikut Mohd. Zaihidee (2007) (dalam modul) kepentingan membuat corak
dan rekaan adalah bertujuan mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek.
Kedua, corak yang dihasilkan turut bertindak sebagai elemen hiasan yang menarik.
Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai estetik yang tidak ada tolok bandingnya dalam hasil
karya seni.

3.0 Tujuan Membuat Corak dan Rekaan


5

HBML 2203

Hasilan karya corak dan rekaan boleh diterjemahkan melalui ketelitian dan kepekaan
pengamatannya dalam menghasilkan karya seni. Aspek Perlakuan Seni, Persepsi Seni dan
Pengetahuan Budaya akan diambil kira dalam perbincangan.Aspek tersebut meliputi :
3.1 Perlakuan Seni
Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu
Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan
gubahan seni.
Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
Membezakan jenis corak tertentu.
Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
Mengatur corak.
Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan
tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara
terperinci terhadap ciptaan tersebut.
3.2 Persepsi Seni
Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding,
penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
6

HBML 2203

Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.


Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan
kaitannya dengan kehidupan mereka.
Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan
menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.
3.3 Pengetahuan Budaya
Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf
tradisional.
Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat
kegunaan harian.
Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf
tradisional.
Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan.

HBML 2203

4.0 Perbincangan Hasil Kerja Murid dari Segi Perlakuan Seni , Persepsi Seni dan
Pengetahuan Budaya.
4.1 Hasil Karya 1

Jenis Corak

: Corak Terancang

Teknik Corak dan Rekaan : Capan


Hasil Karya

: Murid Tahun 5 ( 11 tahun)

Perlakuan, Persepsi dan Pengetahuan Budaya


Berdasarkan hasil karya di atas dan ditafsir dari sudut perlakuan didapati murid
didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui penggunaan daun, batang pisang dan
warna.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang dihasilkan dengan
menggunakan daun dan keratan batang pisang yang dibuat secara berulangan. Corak yang
berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing dan ianya telah menghasilkan
satu corak yang menarik.
Penggunaan daun dan keratan batang pisang dalam menghasilkan corak ini adalah
mengambil kira akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun dan pokok.
Persekitaran murid tidak terpisah dengan daun dan pokok pisang kerana di sekolah atau
di rumah terdapat banyak tumbuhan yang berdaun sama ada daun bunga atau sebagainya.
Murid mudah memperolehi daun dan keratan batang pisang untuk menghasil capan ini.
Melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaan warna yang sesuai bagi
8

HBML 2203

menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi kebebasan dalam memilih warna
yang disukai untuk menghasilkan capan yang menarik.
Penghasilan capan ini adalah mudah dimana murid hanya memerlukan daun, keratan
daun pisang dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu menyapu warna air
pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan. Bagi menghasilkan capan ini.
ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang menarik dan bermotif. Di samping
itu, guru boleh menunjukkkan corak capan yang terdapat pada benda lain seperti tikar
getah dan kertas pembalut sebagai pengukuhan tentang capan ini.
Dari sudut persepsi murid diberi kebebasan memilih warna dan corak yang hendak
dihasilkan sama ada susunan berasingan atau bertindih. Susunan dan warna yang
berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.
Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan
lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan sebagainya. Bahan-bahan ini
jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik. Murid akan berasa bebas
dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat
sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan
yang mereka sukai.
Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna harmoni,
penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan
corak dan rekaan yang menarik. Corak capan yang terhasil daripada penggunaan daun ini
kelihatan menarik dengan pemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna
yang digunakan dapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya
dapat dilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasan
akan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corak pada capan
supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan.
Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik. Di samping itu,
kebebasan memilih warna, corak dan susunan serta bahan dapat mencetuskan perasaan
seronok dan gembira di kalangan murid.Murid tidak terikat dengan peraturan atau
langkah-langkah yang tetap dalam menghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk
membanding beza hasil capan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan
timbul perasaan saling menghargai hasil usaha orang lain.
9

HBML 2203

Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaran terserlah dalam
kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabila murid berhati-hati dan
cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, murid juga menanam sifat sabar dan
tekun dalam menzahirkan capan yang menarik dan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan
kepada rakan-rakan dengan menampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah.
Penggunaan bahan yang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam
proses penghasilan karya ini.
Tidak dapat dinafikan, dari segi pengetahuan budaya corak-corak alam semulajadi
merupakan unsur-unsur corak tradisional yang selalu menjadi pilihan pengkarya.
Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perlu ditekankan oleh guru. Sebagai
penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawab semua menjaga alam ini. Kepentingan
daun perlu diperjelaskan dalam proses kehidupan serta kehijauan bumi ini. Secara tidak
langsung murid akan lebih menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur
kebudayaan kebangsaan.

10

HBML 2203

4.2 Hasil Karya 2

Jenis Corak

: Corak Terancang

Teknik Corak dan Rekaan : Lipatan dan Guntingan


Hasil Karya

: Murid Tahun 5 ( 11 tahun)

Perlakuan, Persepsi dan Pengetahuan Budaya


Perlakuan dalam penghasilan karya corak terancang menggunakan teknik lipatan dan
guntingan dan dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam susunan
tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk
penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak..Bidang ini membolehkan murid
mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang
dihasilkan dengan melipat dan memotong kertas yang dibuat secara berulangan. Corak
yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing dan ianya telah
menghasilkan satu corak yang menarik.
Persekitaran murid tidak terpisah dengan alam semulajadi atau flora dan fauna.
Melalui pemerhatian pada hasil karya murid didapati kebanyakan mereka lebih
cenderung menghasilkan corak berasaskan fauna iaitu bentuk corak serangga seperti
rama-rama dan pepatung.Daripada aktiviti ini juga murid dapat mempelajari teknik
lipatan dan guntingan yang betul.Pengamatan yang tajam akan dapat meningkatkan daya
koordinasi mata dan tangan yang baik.
11

HBML 2203

Penghasilan karya ini agak mudah kerana murid hanya perlu menyediakan kertas
warna,kertas putih, pensil, gam dan gunting. Murid perlu melakar bentuk terlebih dahulu
pada kertas warna yang dilipat kepada dua bahagian, hanya satu bahagian kertas yang
dilipat sahaja yang perlu dilakar.Setelah dibuat lakaran kertas akan digunting mengikut
bentuk yang dilakarkan. Kertas yang telah digunting perlu dibuka dan kemudian ditampal
pada kertas putih dan disusun atau diatur mengikut bentuk corak yang digemari murid.
Dari sudut persepsi murid diberi kebebasan untuk merujuk alam semulajadi sebagai
sumber idea. Murid juga bebas memilih kertas warna dan membentuk corak yang hendak
dihasilkan. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik
mengikut kreativiti masing-masing. Corak serangga yang terhasil daripada guntingan dan
lipatan kertas warna ini kelihatan menarik dengan pemilihan warna dan motif yang
sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakan dapat melahirkan jalinan corak yang
menarik.
Susunan corak dalam hasil karya menunjukkan kesedaran tentang prinsip-prinsip seni
seperti imbangan, penegasan, kesatuan dan sebagainya.Daya kreativiti murid dapat
ditonjolkan melalui pemilihan ,susunan corak dan kekemasan hasil karya. Unsur-unsur
seni juga ditonjolkan melalui pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar
dan hasil karya berharmoni dan bermakna.
Dilihat dari segi pengetahuan budaya corak-corak alam semulajadi seperti unsur
flora dan fauna juga merupakan unsur-unsur yang terdapat dalam corak tradisional.
Penegasan tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar diberi penekanan dalam
hasil karya murid ini. Kepelbagaian corak fauna yang terdapat dalam hasil karya ini
menjadikan corak yang terhasil sangat menarik dan secara tidak langsung
menggambarkan kreativiti murid itu sendiri serta penghargaannya terhadap kecantikan
flora dan fauna yang terdapat di negara kita.

12

HBML 2203

4.3 Hasil Karya 3

Jenis Corak

: Corak Tidak Terancang

Teknik Corak dan Rekaan : Titisan dan Renjisan


Hasil Karya

: Murid Tahun 5 ( 11 tahun)

Perlakuan, Persepsi dan Pengetahuan Budaya


Perlakuan dalam penghasilan karya corak tidak terancang ini menggunakan teknik
titisan dan renjisan . Karya ini akan menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis
bentuk abstrak. Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak
abstrak yang terdapat dipersekitaran dan biasanya agak sukar untuk ditafsirkan dari segi
makna yang tersirat.
Teknik titisan dalam hasil karya corak ini menggunakan lilin untuk dititiskan keatas
permukaan rata atau kertas untuk menghasilkan corak, kemudian dilapis dengan sapuan
warna untuk menampakkan kesan titisan. Manakala Teknik renjisan dan percikan pula
menggunakan pewarna air yang disapu pada berus warna dan kemudian direnjis atau
dipercik pada kertas lukisan.Kepelbagaian bahan dan alat untuk membuat corak akan
menghasilkan karya yang menarik.
13

HBML 2203

Dari sudut persepsi murid diberi kebebasan memilih warna dan corak abstrak yang
hendak dihasilkan . Susunan dan warna berlainan yang ditindihkan serta diselangkan
boleh menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Corak yang
menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan lain seperti
straw, lidi. Ranting dan sebagainya.
Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik.
Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat pada
sesuatu corak atau alat tertentu sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan
penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka sukai.
Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna harmoni,
penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan
corak dan rekaan yang menarik. Corak abstrak yang terhasil daripada penggunaan
perlatan dan bahan ini kelihatan menarik .Kepelbagaian warna yang digunakan dapat
melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapat dilihat bila ia
diterjemahkan dalam hasil karya.
Susunan corak dalam hasil karya menunjukkan kesedaran tentang prinsip-prinsip seni
seperti penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dan sebagainya. Daya kreativiti murid
dapat ditonjolkan melalui pemilihan warna ,susunan corak dan kekemasan hasil karya.
Daripada hasil karya juga pastinya murid akan menyedari adanya corak-corak tertentu
Pada sesuatu bahan dan tidak hanya terikat dengan corak-corak tradisional
sahaja.Disamping itu, murid juga menyedari adanya jalinan dan perkaitan antara warna
dan rekaan corak.Aspek estetika juga ditonjolkan melalui karya ini.
Dilihat dari segi kebudayaan, corak-corak abstrak merupakan unsur-unsur yang
moden.Walau bagaimanapun kalau diperhatikan dalam penghasilan karya sekarang
kebanyakan melibatkan penggabungan unsur-unsur tradisional dengan moden contohnya
corak kain batik.Tidak dapat dinafikan gabungan unsur tradisional dengan unsur moden
ini akan menjadikan sesuatu karya itu lebih menarik dan menambahkan lagi nilai
komersial iaitu dengan syarat tidak meminggirkan unsur-unsur tradisional yang sudah
sedia ada dalam sesuatu karya.Penggubahsuaian dalam sesuatu karya akan menjadikan
sesuatu karya itu lebih indah dan menarik.

14

HBML 2203

5.0 Sorotan Kajian


Dalam menyediakan kerja kursus ini, penulis telah merujuk beberapa teori yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang mengkaji tentang perkembangan artistik kanakkanak. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan
suasana mereka dibesarkan. Persekitaran kanak-kanak dan perkembangan mereka boleh
menentukan kualiti dan pemilihan corak yang akan dihasilkan.
Menurut Hurwitz dan Day (2001) merumuskan peringkat perkembangan artis
kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat tersebut ialah seperti berikut :
a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)
b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
c) Pra Remaja (10-13 Tahun)
Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik
kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 14 tahun. Peringkat
perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi
enam peringkat utama iaitu seperti berikut :
a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
e) Peringkat Psedonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luguet(1926)
bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti
melukis kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan
15

HBML 2203

diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka.Namun secara ringkasnya terdapat tiga


peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet iaitu
seperti berikut :
a) Peringkat Fortuitous Realism
b) Peringkat Failed Realism
c) Peringkat Intelectual Realism
d) Peringkat Visual Realism
Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan
subjek dan environment pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan
untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak,perkembangan kreatif dan
mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui
cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah
menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan
dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif di aktifkan,
persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semula jadi.
Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental,
sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan
pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian,perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak
akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.
Teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas menjadi panduan yang amat
berguna kepada guru dalam mengenalpasti dan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
dan bakat pelajar khususnya dalam menentukan perlakuan seni, persepsi seni dan
pengetahuan budaya yang terbentuk daripada corak dan rekaan yang dihasilkan.

16

HBML 2203

Penutup
6.0

Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat

memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Rekaan corak terancang
dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.
Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas
rekaan dan prinsip rekaan.Reka corak terancang dan tidak terancang dan tidak terancang
juga mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran
dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
7.0

Walau bagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan

untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses
latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi
seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlukan untuk
menguasai kemahiran. Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu lebih kreatif
dalam menghasilkan sesuatu karya seni.
8.0

Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan

insan yang celik seni dan berbudaya. Pendidikan Seni juga memainkan peranan
memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi
dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai
jenis visual seperti menghasilkan corak dan rekaan akan membolehkan murid
menyatakan idea dan ekspresi diri. Sesungguhnya SENI ITU INDAH

17

HBML 2203

RUJUKAN / REFERENSI
Mohd Zaihidee Hj Arshad (2011).Hbae2103 Corak dan Rekaan. Selangor: Meteor Doc.
Sdn.Bhd.
Rousliluddin Ambia e.t.c (2011). Hbae1103 Pendidikan Seni Visual.Selangor : Meteor
Doc.Sdn. Bhd.
Prof Dr Haji Abdul Shukor hashim e.t.c (2011). Hbae1203 Perkembangan Seni
Kanak-

kanak .Selangor : Meteor Doc.Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop,Mohd Jamel Ismail (2010). Hbef1403 Seni dalam Pendidikan.Selangor :


Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR.
Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn.Bhd.
Mozais Blog.Seni itu Indah : dicapai pada 02.03. 2013, daripada http://mozais53.
Blogspot.com
Mohamad Haziq Abdul Haris : Peranan Guru Pendidikan Seni Visual : dicapai pada
03.03.2013 daripada http://www.scribd.com/doc/53016778/Peranan-Guru-Psv

18

HBML 2203

Sepating Bungai : Pendidikan Seni Visual Mencorak dan Rekaan : dicapai pada
04.03.2013 daripada http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikanseni-

visual-mencorak-dan-html

19

Anda mungkin juga menyukai