Anda di halaman 1dari 23

HBAE 2203

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2013

HBAE 2203
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
TUTOR : EN. YEW KO WOO

NAMA

NORMAN BIN SAMION

NO. MATRIKULASI

700614135565002

NO. KAD PENGENALAN

700614135565

NO. TELEFON

0198572670

E-MEL

mansam70@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU LEARNING CENTRE OUM

HBAE 2203

ISI KANDUNGAN

Muka

Kandungan

surat

1.0 Pengenalan

3-4

2.0 Aspek-aspek Perkembangan Kanak-kanak Melalui Pemilihan

Aktiviti Diorama.
2.1 Aspek Kognitif

2.2 Aspek Afektif

2.3 Aspek Sosial

2.4 Aspek Komunikasi

2.5 Aspek Psikomotor

3.0 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Melalui Aktiviti Diorama.


3.1 Kekuatan, cabaran dan kelebihan diorama dalam pdp

8-11

4.0 Pendekatan Bertema Melalui Aktiviti Diorama.


4.1 Tema Komunikasi, Masyarakat dan Persekitaran

11-12

4.2 Rancangan Pelajaran Harian

13-15

5.0 Lakaran Idea


5.1 Tema

16

5.2 Koleksi Gambar Sumber Ilham

16

5.3 Lakaran Lukisan Realistik

17

5.4 Lakaran Kajian Reka Letak

18

5.5 Lakaran Kajian Warna

19

5.6 Lakaran Akhir Kajian Warna yang dipilih

20

6.0 Kesimpulan

21

7.0 Rujukan / Organisasi

22

HBAE 2203

1.0 PENGENALAN
Apa itu diorama ? sebenarnya, ada pelbagai definisi tentang diorama. Menurut
Mohd.Zairi Husain (2011) Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan
persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya.Catan ini digantung di dinding-dinding
bangunan untuk bahan tontotan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan
belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga
dimensi. Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan
laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama
dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2D dan 3D
dalam konteks diorama.
Merujuk sumber daripada laman web http://miediza.blogspot.com/2010/05/definisiDiorama.html menjelaskan diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi
situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu
hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang
hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding
kotak/bekas

tersebut.

Bahagian

dinding

kotak

dilukis

latar

belakang

untuk

menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama bahagian tapak kotak
pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Keterangan tersebut dijelaskan seperti contoh di bawah :
1.1 Diorama yang bertemakan hutan :

Dinding kotak dilukis pemandangan hutan

Tapak kotak dihias dengan tanah, pasir, batu-batu kecil, ranting pokok dan daundaun kering.

Bentuk burung digantung dengan benang.

Bentuk harimau, beruang, gajah dan kancil didirikan pada tapak kotak.

Gambar ular dan serangga dilukis pada latar belakang dinding kotak.

HBAE 2203

1.2 Alat :
Gunting, pisau, alat tulis, pensel warna dan poster warna.
1.3 Bahan :
Kotak kosong, gam, pengokot, pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,
benang, dan bahan hiasan yang sesuai.
1.4 Contoh Model Diorama

2.0 ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MELALUI


PEMILIHAN AKTIVITI DIORAMA,
Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal.
Perkembangan juga ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Santrock
(2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir
hayat. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna
bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat
kematangan tetapi perkembangan juga berlaku secara berterusan. Perkembangan kanakkanak melalui aktiviti diorama boleh dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut :
4

HBAE 2203

2.1 Aspek Kognitif


Perkembangan kanak-kanak dalam aspek kognitif ini sebenarnya mempunyai
hubungan dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan
memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax
1980), kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi. Di sekolah rendah,
hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana
caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji
keupayaan perkembangan kognitif mereka.
Jika kita lihat contoh aktiviti dalam membentuk dan membuat binaan iaitu aktiviti
membuat diorama, jelas menunjukkan bahawa murid-murid dapat mengaplikasikan apa
yang telah diajar dan difahami dalam menghasilkan lukisan iaitu dengan mewarna
gambar-gambar binatang atau hidupan. Murid mampu berfikir tentang proses kerja
seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah binaan indah dan kreatif berdasarkan
kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktiviti- aktiviti seni yang
tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan.
2.2 Aspek Afektif
Perkembangan kanak-kanak melalui aspek afektif merupakan sesuatu yang berkaitan
dengan sikap dan nilai. Dalam Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi
perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam penghasilan sesuatu karya seperti
diorama, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai perasaan
terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang
bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya
tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang

HBAE 2203

baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan
kepada kepentingan emosi dan perasaan.
Justeru, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam
Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya
adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap karya visual yang dihasilkan,
disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang
tinggi terhadap penghasilan sesuatu karya dan penghargaan terhadap alam sekitar dan
kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan.
Fokus utama murid-murid dalam aktiviti penghasilan diorama adalah meluahkan
perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan
diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan
dengan matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan
menunjukkan penghargaan terhadap keindahan ciptaan tuhan.
2.3 Aspek Sosial
Dalam pendidikan seni visual, murid diberi peluang berinteraksi dan meningkatkan
keupayaan bersosial. Interaksi dan keupayaan bersosial ini dapat meningkatkan
keyakinan diri murid-murid. Aktiviti penghasilan diorama memberikan peluang kepada
murid untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan
bertoleransi. Perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial juga boleh diperhatikan
melalui semangat berkerjasama yang terdapat dalam kumpulan
Perkembangan sosial murid- murid secara positif dapat dibentuk dengan perkongsian
ilmu melalui gerak kerja berkumpulan dan apresiasi seni. Murid- murid bukan sahaja
berkongsi idea malah dapat menambahbaik penghasilan seni mereka. Hubungan sosial
yang dibentuk di antara rakan sebaya semasa proses kerja seni yang dijalankan secara
tidak langsung dapat menyemai nilai menghormati, kerjasama dan saling bantumembantu. Aspek sosial ini adalah selaras dengan matlamat dan objektif pendidikan
visual kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang mempunyai nilai
sosial yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
6

HBAE 2203

2.4 Aspek Komunikasi


Kepelbagaian teknik seperti yang terdapat dalam aktiviti membuat diorama
khususnya aktiviti melukis adalah satu aspek perkembangan kepada seseorang kanakkanak. Lukisan memainkan peranan sebagai alat komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka pandai bertutur. Melukis sebagai satu cara untuk mencapai kepuasan diri.Kanakkanak akan meluahkan perasaan mereka melalui lukisan.Aktiviti melukis mampu
memberi kepuasan kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan emosi sebenar di
samping menguatkan otot.
Aktiviti melukis dalam penghasilan diorama juga dapat membantu menajamkan daya
intuisi kanak-kanak. Melukis dapat meningkatkan daya penguasan kendiri (self Esteem).
Aktiviti melukis boleh memberi kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa
yang dilihat dan dipindahkan semula dalam bentuk rupa atau imej yang unik mengikut
tahap pemahaman masing-masing. Melaluinya kanak-kanak dapat meningkatkan daya
sensitiviti pancaindera. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera mereka ,meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Guru boleh menjadikan hasil kerja kanak-kanak sebagai perantara untuk
berkomunikasi dengan mereka. Kanak-kanak boleh menggunakan hasil kerja diorama
mereka untuk berkomunikasi iaitu dengan menceritakan atau mengapresiasi hasil karya
mereka kepada rakan-rakan dan guru.Hasil seni kanak-kanak adalah berbeza kerana
setiap orang mempunyai kreativiti masing-masing. Mereka melukis dan melakar
mengikut imaginasi , pengamatan , pengalaman dan daya kognitif mereka sendiri
penilaian sesuatu hasil seni adalah sesuatu yang amat tersendiri.
Setiap hasil kerja kanak-kanak merupakan hasil yang asli mengikuti kebolehan dan
kreativiti masing-masing. Tidak ada sesiapa yang dapat menyatakan nilainya dengan
betul. Hasil kerja seni kanak-kanak tidak semestinya cantik dan kemas yang penting
mereka diberi ruang dan kebebasan untuk berkarya.
7

HBAE 2203

2.5 Aspek Psikomotor


Perkembangan dalam aspek psikomotor dalam aktiviti membuat diorama adalah
merujuk kepada ketrampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak
setelah menerima pengalaman belajar. Dalam aktiviti membuat diorama, kanak- kanak
diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka. Perkara ini juga kita dapat lihat
dalam aktiviti seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam,
membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan sebagainya.
Aktiviti- aktiviti seni banyak menggunakan psikomotor dalam penghasilannya.Kita
ambil

contoh

aktiviti

membuat

melakar,melukis,menampal,membentuk,mengantung

diorama
dan

.Aktiviti

sebagainya

adalah

seperti
jelas

menunjukkan perkembangan psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001)


Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam
pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot
dan mental.
Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke
arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta
barangan kraf, binaan dan produk seni visual yang berkualiti.

3.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI


DIORAMA.
3.1 Kekuatan, cabaran dan kelebihan diorama dalam pdp

HBAE 2203

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu


yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,
mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa
kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap
gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan
satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua
orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk
melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat
atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu
karya. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka
segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran
dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.
Aspek perkembangan kreativiti pula merujuk kepada proses yang berterusan dalam
menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Murid- murid sekolah rendah mempunyai nilai
imaginatif yang tinggi tidak kiralah murid tersebut di tahap satu mahupun di tahap dua.
Masing- masing akan mempunyai kreativiti yang berbeza dalam meluahkan penghasilan
seni. Ini bermakna melalui aktiviti membuat diorama murid- murid mampu berfikir
dengan kreatif dan kritis dalam memperkembangkan hasil seni mereka.
Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat
semasa kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semulajadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual
seperti penghasilan hasil kerja diorama iaitu berbentuk lukisan dan pergerakan amat
mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan
pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti tersebut kanak-kanak dapat melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam
penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kesenangan sekaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam
komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak
9

HBAE 2203

dan sentuh dapat dikenal pasti melalui penilaian semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam Pendidikan Seni Visual, murid- murid di sekolah dapat melibatkan diri dengan
pelbagai proses kerja seni yang banyak melibatkan aktiviti kreatif dan proses
mengembangkan idea dalam diri mereka. Projek seperti membuat diorama dari bidang
membentuk dan membuat binaan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual ini telah
membantu murid ini mengembangkan domain kreativitinya.
Aktiviti memghasilkan diorama mengutamakan proses dan hasilan akhir. Oleh yang
demikian, proses kerja ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal murid di dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti membuat diorama ini
menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi agar murid mempunyai pengalaman luas
dalam bidang penghasilan karya. Aktiviti ini berupaya mengembangkan naluri ingin tahu
secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui
ekspresi diri mereka.
Perkembangan Aspek kreativiti adalah sejajar dengan matlamat Pendidikan Seni
Visual dalam melahirkan generasi Malaysia yang imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan
inventif. Melalui karya seni mereka, murid dapat berimaginasi, berfikir secata kreatif dan
kritis, berdaya inovatif dalam menghasilkan karya yang bermutu dan inventif. Ini semua
adalah sejajar dengan objektif ke tiga pendidikan seni visual iaitu meningkatkan
pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual
yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

Sehubungan itu, guru mata pelajaran Pendidikan Seni perlu kreatif dan
melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu
dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid menggunakan kelebihan diri
mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluang
10

HBAE 2203

mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan


persekitaran yang menginspirasikan.
Selain daripada itu,aktiviti membuat diorama juga dapat merangsang minda
pelajar supaya lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya diorama, murid-murid diberi
peluang mencuba pelbagai teknik yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas
menggabungkan pelbagai gambar atau bahan binaan berdasarkan tema yang sesuai
dengan

karya.

Kesimpulannya aktiviti membuat diorama dapat memberikan satu lagi teknik


pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para
pelajar. Guru dapat kenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar
memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan
memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar
yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan
diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif.

4.0 PENDEKATAN BERTEMA MELALUI AKTIVITI DIORAMA


4.1 Tema Persekitaran, Masyarakat dan Komunikasi
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran
bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti
pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat
membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang
lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan
dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka
kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran
kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur
kanak-kanak.
4.1.1 Tema Persekitaran

11

HBAE 2203

Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal merujuk


kepada penggunaan pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa serta
mampu memberi kesan ke atas perkembangan.Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya
penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan pelbagai pihak.
Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup ialah
alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi
alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan yang
disebabkan oleh perbuatan manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan,
tapak pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan terhadap kehidupan
manusia secara positif atau pun negatif.
.
4.1.2

Tema Masyarakat
Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.

Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu
seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang
masyarakat bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelbagai budaya yang
wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar
tema masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
4.1.3

Tema Komunikasi
Komunikasi merupakan perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk

menghantar dan menerima mesej dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit
peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang
mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal
sosial dan temporal. Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh
menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organorgan deria.
Walaupun anda biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal,anda juga boleh
berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya melalui pakaian yang dipakai, cara
12

HBAE 2203

berjalan,berjabat tangan,menyisir rambut,duduk dan senyum atau menghantar mesej.


Kesemuanya adalah mengenai anda berkomunikasi.

4.2 Rancangan Pelajaran Harian.


SEKOLAH
KELAS
WAKTU
MATA
PELAJARAN
TOPIK
TEMA
KONSEP UTAMA

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

SK. Camporan
Tahun 4B
8.00 9.00
Pendidikan Seni

TARIKH
SAIZ KELAS
TEMPOH

BIDANG
Visual
Diorama
Hidupan Laut
Berintegrasi
Pada akhir pembelajaran :

22.10.2013
22 Orang
1 Jam
Membentuk dan
Membuat Binaan

1. Mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual


yang ada pada diorama.
2.Mengaplikasi pengetahuan bahasa seni visual, media, serta
proses dan teknik dalam penghasilan diorama.
Aras 1 : Memerhati Contoh Diorama

HASIL

Aras 2 : Menyatakan Media

PEMBELAJARAN

Aras 3 : Meneroka Media

PENGETAHUAN

Aras 4 : Mempamer Hasil Kerja


1.Murid mengenali hidupan laut

LEPAS MURID
KEM.SAINTIFIK

2.Murid mempunyai pengetahuan membuat lakaran.


1.Membanding dan membeza

& BERFIKIR

2.Menjana Idea
1.Menghargai keindahan alam ciptaan tuhan

SIKAP/NILAI
SUMBER
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

2.Bekerjasama
1.Rujukan
2.Alat
3.Bahan

Sukatan pelajaran, Buku kerja, Internet


Papan putih, marker, contoh hasil kerja guru,
komputer, pembesar suara,gunting
Kotak,gam,benang,lidi,polisterana,gambar,kad

PENDEKATAN

manila,kertas,plastik,bahan lain yang sesuai.


Perbincangan, Projek, Nyanyian

PENGAJARAN

Teknik : montaj, kolaj, lukisan


13

HBAE 2203

LANGKAH/

ISI

MASA

PEMBELAJARAN

Set Induksi

Menayangkan
gambar-gambar
hidupan laut

AKTIVITI P & P
Guru meminta murid untuk
menyebut nama hidupan laut
yang ditunjukkan
Murid memerhati dan
bersoaljawab dengan guru

(5 minit)

Menerangkan
konsep diorama
Langkah 1

(35 minit)

Membuat tunjuk
cara.

Meneroka media

Aras 1
Guru menunjukkan contoh
diorama.

Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal linguistik

Guru menerangkan definisi


diorama kepada murid.

ABM/BBM
Hasil kerja guru,
gambar hidupan
laut, gambar batu
karang,tali,kotak,
Plastik,pelekat,
dawai,batu-batu,
pasir.

Aras 2
Menyatakan media yang
digunakan.
Aras 3
Guru menunjuk cara
penghasilan diorama.
Guru meminta murid
meneroka media untuk
menghasilkan diorama.

Menghasilkan
diorama.

Verbal linguistik,
inter/
intrapersonal
Sains

Guru mengarahkan murid


membentuk 5 kumpulan.
Langkah 2

Kecerdasan
Pelbagai

Guru mengaitkan set induksi


dengan pembelajaran hari ini.

Guru membincangkan bahasa


seni visual yang terdapat
pada contoh diorama.

(10 minit)

CATATAN

Murid memanipulasi bahan


secara kreatif dengan
bimbingan guru.

Murid menghasilkan diorama


14

Persepsi Estetik
Kecerdasan
Pelbagai
Kinestetik,
KBKK :
Membanding
beza dan
menjana idea.
ABM/BBM
kertas A4, warna
air dan berus
warna.
Nilai :
Keselamatan
Ketelitian
kerjasama
Pendidikan Seni

HBAE 2203

Aplikasi Seni

Peneguhan dan
penilaian
Langkah 3
(5 minit)

Aras 4
Murid mempamerkan hasil
kerja
Murid menceritakan
pengalaman sendiri dalam
menghasilkan diorama

Espresi Kreatif
Kecerdasan
Pelbagai
Intra/
interpersonal,
verbal linguistik
Bahasa Melayu
Apresiasi Seni

Guru menegaskan nilai-nilai


dalam menghasilkan karya.

Penutup
Murid menyanyikan lagu
secara beramai-ramai sambil
membuat pergerakan.
Lirik Lagu
Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai
Penutup
(5 minit)

Tenang-tenang air di laut


Sampan golek mudik ke
tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa
dijunjung
Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai

5.0 LAKARAN IDEA


5.1 Tema
Tema yang dipilih untuk lakaran idea ini ialah Hidupan Laut.
15

Nilai:
Kerjasama
Keyakinan,
keberanian
Kecerdasan
pelbagai:
Muzik
Pendidikan
Jasmani

HBAE 2203

5.2 Koleksi Gambar Sumber Ilham

5.3 Lakaran Lukisan Realistik

16

HBAE 2203

5.4 Lakaran Kajian Reka Letak

17

HBAE 2203

5.5 Lakaran Kajian Warna

18

HBAE 2203

5.6 Lakaran Akhir Kajian Warna

19

HBAE 2203

6.0 KESIMPULAN
Membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi pelajar
tehadap aspek seni dari segi bentuk,ruan ,struktur,imbangan dan kestabilan.Berpandukan
20

HBAE 2203

aspek tersebut,pelajar dapat memahami denngan lebih jelas apabila mereka membentuk
dan membuat binaan sesuatu model.Bidang kegiatan ini juga

mendedahkan pelajar

dengan penggunaan pelbagai bahan,alat dan teknik penghasilan.Ini memberi peluang


kepada pelajar berinteraksi secara aktif dengan alat dan bahan semasa menjalankan
proses penghasilan seni.
Bidang membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi arca
timbul,arca

asemblaj,arca

bergerak,arca

stabil,model,diorama,boneka,topeng

dan

origami.Tema dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi,perasaan dalaman,khayalan


dan imaginasi si pelukis,aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman harian.
Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya tidak dapat
disangkal lagi.Ianya bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti muridmurid malahan mampu memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan
menghasilkan ramai tenaga profesional seperti jurutera,arkitek,doktor,saintis atau
seniman yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Tambahan pula,dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai
bakat serta efektif,proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik
darjah.Keterampilan,kewibawaan dan komitmen guru merancang,mengurus,
melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya
Seni Itu Indah.

7.0 RUJUKAN / ORGANISASI


Mohd.Zairi Husain (2011). Hbae2203 Membentuk dan Membuat Binaan. Selangor :
Meteor Doc.Sdn. Bhd.
21

HBAE 2203

Rousliluddin Ambia e.t.c (2011). Hbae1103 Pendidikan Seni Visual.Selangor : Meteor


Doc.Sdn. Bhd.
Prof Dr Haji Abdul Shukor hashim e.t.c (2011). Hbae1203 Perkembangan Seni
Kanak-

kanak .Selangor : Meteor Doc.Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop,Mohd Jamel Ismail (2010). Hbef1403 Seni dalam Pendidikan.Selangor :


Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR.
Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013) .Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun 4 : Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Indah. (2008) Pendekatan Bertema : dicapai pada 20.10.2013, daripada :
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-bertema.html
Ummi Diyana Izati. (2010). Blog Lenyap Sudah : dicapai pada 21.10.2013, daripada :
http://miediza.blogspot.com/2010/05/definisi-diorama
http://www.youtube.com/watch?v=6Fb1Xv9mZl4
http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lagu-kanak-kanak-ikan-kekek.html

22

HBAE 2203

23

Anda mungkin juga menyukai