Anda di halaman 1dari 28

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
SMP PPG SEPTEMBER 2015

Name : LAY MOI CHU


Matric number : 690615015542001
NRIC : 690615-01-5542
E-mail Address : mclay020506@gmail.com

Tutors name : MANAN BIN SARBANI


Learning Centre : Batu Pahat Learning Centre

ISI KANDUNGAN
M/S
1.0

PENGENALAN............................................................

2.0

PENGALAMAN..........................................................

Minggu Pertama........................................................................

Minggu Kedua..........................................................................

Minggu Ketiga.........................................................................

Minggu Keempat......................................................................

11

EKSPRESI.....................................................................

12

3.1 Ekspresi Lahir Dari Pemerhatian..........................................

13

3.2 Ekspresi Lahir Dari Kesan Warna........................................

14

3.3 Ekspresi Lahir Dari Rupa dan Bentuk..................................

15

3.4 Ekspresi Lahir Dari Bahan, Alat, Media dan Teknik...........

16

MAKLUMAT SOKONGAN (Sorotan Kajian)............

17

3.0

4.0

4.1 Pandangan Tokoh-tokoh Mengenai Kreatif


Dalam Seni Visual ..............................................................
4.2 Pandangan Tokoh Terhadap Kecerdasan
Pelbagai ...............................................................................

5.0

17
18

4.3 Gambar-gambar Berkaitan Aktiviti.....................................

19

KESIMPULAN..............................................................

21

RUJUKAN....................................................................

23

KERTAS CADANGAN

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR


PERINGKAT SEKOLAH 2015
TEMA:

Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari

Aktiviti:
Mereka Cipta Mainan Kanak-kanak Kreatif
Barangan Terbuang

ANJURAN:
KELAB SENI VISUAL SJK (C) PALOH
JALAN IBRAHIM, 86600 PALOH, KLUANG

DENGAN KERJA SAMA


PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)
SJK (C) PALOH

18
1.0

PENGENALAN
Kertas cadangan ini merupakan salah satu program yang akan dilaksanakan

selepas peperiksaan akhir tahun sekolah serta sempena Bulan Alam Sekitar Malaysia
(MASM) Tahun 2015. Program ini akan berlansung mulai 25 /10/15 hingga 19/11/2015
selama 4 minggu. Kumpulan sasaran yang terlibat dalam program ini sebanyak 349 orang
yang terdiri daripada murid-murid Tahap Satu dan Dua SJK (C) Paloh. Sebanyak 12
orang guru Pendidikan Seni Visual juga akan terlibat dan mereka merupakan guru
penasihat Kelab Seni Visual di sekolah. Dalam program ini, murid-murid digalak
menggunakan daya kreativiti mereka dengan menggunakan bahan buangan di
persekitaran mereka untuk mencipta dua mainan kanak-kanak. Objektif program ini
adalah untuk:
1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di setiap warga sekolah
2. Menggalakkan kerjasama di antara sekolah dan PIBG dalam usaha pemuliharaan
alam sekitar
3. Meningkatkan daya kreativiti, inovasi serta kemahiran pelajar dalam seni visual
yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan
4. Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi pelajar dalam proses
penghasilan.
Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh suasana dan
persekitaran yang mereka dibesarkan. Persekitaran memainkan peranan yang penting
bagi seseorang kanak-kanak. Ini adalah kerana persekitaran yang sihat akan
memperkembangkan kognitif mereka dengan cara yang positif. Walaupun kanak-kanak
mempunyai imaginasi yang tinggi dan perasaan yang ingin tahu serta lakukan, tetapi daya
kreativiti dan kemahiran berfikir mereka perlu juga dipupuk dan dipertingkatkan melalui
latihan atau aktiviti. Muhamad Tamyez Bajuri (1996) berkata bahawa kreativiti adalah
berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya ini akan
membawa mereka ke satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia boleh dibentuk,

18
dilatih menerusi rangsangan tertentu. Kreativiti ialah satu semangat yang tidak boleh
diajar tetapi boleh disemai serta dipupuk di kalangan murid. Kreativiti adalah satu kuasa
yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi mereka dengan sepenuhnya.
Maka, sebagai seorang guru PSV adalah bertanggungjawab menyuntik rangsangan yang
bersesuaian untuk melipatgandakan daya imaginasi mereka agar pembelajaran mereka
menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak akan lebih bermotivasi dan melibatkan diri dalam
segala aktiviti-aktiviti yang kreatif untuk mereka cipta benda-benda yang baru dengan
bantuan media yang baru. Dalam program ini, murid-murid akan diberi peluang untuk
membuka minda idea kreativiti mereka dengan menggunakan bahan buangan di
persekitarannya. Selain itu, mereka juga dapat menyedari bahan terbuang juga bernilai.
Mereka akan lebih memahami kepentinganya mengitar semula bahan-bahan terbuang dan
menjadikan bahan-bahan tersebut kepada bahan-bahan yang bermakna serta berfungsi
dengan kreativiti mereka.
Ekspresi seni memerlukan medium, seperti seorang pelukis memerlukan berus,
warna dan kanvas. Begitu juga murid-murid, mereka akan diperkenalkan bahan-bahan
dan peralatan untuk merangsang daya imaginasi mereka. Dalam hal ini, guru PSV akan
membimbing murid-murid mengumpul bahan buangan di persekitaran mereka,
membezakan dan mengasingkan jenis-jenis bahan tersebut mengikut kesesuaian ciptaan
mereka.

2.0

PENGALAMAN
Pengalaman dalam seni visual akan menjana pembelajaran kanak-kanak dalam

pelbagai bidang. Melalui seni, kanak-kanak akan meluahkan fikiran dan idea bagi
memperkembangkan kognitif mereka. Pengalaman yang diperoleh dalam seni visual
boleh melibatkan kepintaran menggunakan kemahiran berfikir kanak-kanak. Kemahiran
berfikir merupakan satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna sesuatu
dan memahaminya serta menyelesaikan masalah tersebut. Kemahiran ini melibatkan
pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran ini
biasanya digunakan dalam mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau

18
membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini
diaplikasikian dalam pendidikan Seni Visual dengan menggunakan pemikiran secara
kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Di samping itu,
murid-murid juga boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu
menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.
Kanak-kanak yang di lorong berfikir secara kreatif menunjukkan peringkatan
dalam motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang berinovatif,
kemampuan menyelesaikan masalah serta mahir dalam komunikasi. Keyakinan diri
merupakan elemen yang amat penting yang dipupuk melalui pemikiran kreatif. Kreativiti
dipercayai mempunyai peringkat-peringkat tertentu. Sebagai seorang guru PSV haruslah
mengambil perhatian untuk mengetahui pringkat kreativiti agar pengetahuan ini dapat
dijadikan panduan bagi merancang aktiviti seni visual. Menurut Fisher (1943), terdapat 5
peringkat dalam pemikiran kreatif iaitu:
1) Peringkat Rangsangan

Meransang pemikiran kreatif dengan variasi kata tanya


seperti

apa,

siapa,

bagaimana,

mengapa

dan

sebagainya.
Murid dibimbing berinteraksi secara aktif dan
menjelaskan rasa ingin tahu. Guru perlu merangsang
minda pelajar dengan persoalan kriktikal.

2) Peringkat Penerokaan

Pendedahan latihan seperti eksperimentasi, kajian dan

latihan menyelesaikan masalah boleh membantu.


Kanak-kanak akan mencari jawapan penyelesaian
masalah dengan pelbagai cara, gaya dan teknik
memgikut krativiti mereka.

Sumber: cikguzamrud.com

3) Peringkat
Perancangan

Perancangan melalui interaksi secara verbal seperti

perbincangan, pemerhatian dan sebagainya.


Perancangan melalui visual seperti graf, carta, imej
lukisan dengan pemikiran kreatif.

Sumber:

18
sulangbulletin.wordpress.com

4) Peringkat Aktiviti

Melahirkan pemikiran kreatif dengan melakukan

tindakan terhadap aktiviti yang telah direncanakan.


Bertindak
berdasarkan
persoalan
seperti
Bagaimana dan apa yang harus kita lakukan

Sumber: epochtimes.com

5) Kajian semula

terhadap cadangan berkenaan?


Di beri masa untuk melihat hasil-hasil diri dan

rakan-rakan.
Membuat refleksi

dan

penilaian

ke

atas

keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi


Sumber: ipgktb.edu.my

tujuan penambahbaikan.

Semperna Bulan Rakan Alam Sekitar yang berobjektif memberi kesedaran di


kalangan pelajar tehadap kepentingan alam sekitar sebagaimana yang di ujarkan oleh
Pegawai NREB Sarawak Mohd Jefrin Azlan Kita percaya dengan mendidik dan
membimbing generasi muda tentang kepentingan alam sekitar pada peringkat awal, ia
dapat melahirkan masyarakat masa depan yang mempunyai kesedaran tinggi tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan bertindak secara lestari dalam kehidupan
seharian, Maka, untuk menarik minat para pelajar dalam melibatkan diri secara aktif
dalam program ini, satu aktiviti iaitu Mereka Cipta Mainan Kanak-kanak Kreatif Barang
Terbuang akan diadakan. Melalui aktiviti dalam program ini, bukan sahaja dapat
memberi kesedaran menghargai sumber alam sekitar malah murid-murid akan dilorong
mengetahui potensi dan kecenderungan diri dan cuba membangunkan potensi mereka
agar memberi manfaat kepada diri dan mahluk sekelilingnya. Kreativiti mengguna
barangan terbuang amat menarik

dan memberi idea dan ilham untuk mereka

menggunakan bahan terbuang ini dijadikan satu permainan yang berlainan fungsi yang
bermakna.
Yang berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan selama Empat
minggu ini:

18
Minggu Pertama: Pemerhatian Secara Aktif

Aktiviti pada minggu pertama ini ialah pemerhatian secara aktif seumpama
Peringkat Rangsangan yang dikatakan oleh Fisher . Murid-murid memerlukan
pemerhatian yang aktif sebelum satu proses kerja dijalankan. Laura Chapman (1986), di
mana pemerhatian merupakan pokok utama sebelum menghasilkan sesuatu karya seni
itu. Dengan kefahaman ini, murid-murid akan diperkenalkan masalah pencemaran alam
sekitar dan kesedaran kepentingannya serta memahami objektif program ini terlebih
dahulu. Melalui video ini, satu sesi soal jawab akan diadakan untuk membantu murid
meluahkan perasaan serta pendapat tentang masalah pencemaran yang dialami.

Rajah 1: Pelancaran Rakan Alam Sekitar


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=KbvrCzfWo4g
Selepas murid-murid memahami objektif program ini, guru akan terus menunjuk
dan memberi penjelasan tentang apa itu barangan terbuang melalui tayangan video.
Dalam tayangan video ini juga akan menunjukkan hasil-hasil yang menarik dan kreatif
daripada barangan terbuang.

Rajah 2: Pelajar mengumpul barangan terbuang


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=x9Ay7v5Mvio

18

Rajah 3 : Pengelasan barangan terbuang


Sumber :cn.depositphotos.com

Rajah 4 : Kreatif bahan terpakai


sumber: zhongliuyou.zgyey.com

Dalam aktiviti ini, murid-murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek
alam dan objek buatan manusia. Pemerhatian seperti ini sangat penting kerana ia dapat
membantu dalam mengembangkan emosi dan imaginasi murid. Murid- murid digalakkan
membuat pemerhatian terhadap alam sekeliling, benda-benda yang berada di persekitaran
mereka dari segi rupa, bentuk, ruang, struktur, saiz dan imbangan serta kestabilan. Ini
adalah bertujuan memberi kesedaran kepada murid mengenai pentingnya pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi mereka sebelum sesuatu
kerja seni dimulakan. Ianya juga dapat melatih murid memperkembangkan deria
penglihatan dan pancaidera lain melalui kajian perbandingan yang dibuat terhadap apa
yang telah diperhati. Di samping itu juga membolehkan murid merasai secara konkrit
bagi mendapatkan imej mental. Dengan kegiatan ini juga membantu murid terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak. Aktiviti mereka cipta mainan daripada barangan terbuang ini adalah
melatih dan memperkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dan membantu
mereka memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu
permainan dengan barangan terbuang.
Brown (1980) berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati
ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam
pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap
objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Selain itu, jika kanak-kanak diberi lagi
pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang lebih kritis dan karya binaan yang dihasilkan akan
dalam pelbagai bentuk yang kreatif. Ini terbukti bahawa melalui pemerhatian secara aktif

18
terhadap di sekeliling secara teperinci akan membantu murid mendapat idea dan
imaginasi dalam menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif.

Minggu Kedua : Interaksi Yang Kritis dan Kreatif


Dengan Alat Dan Bahan

Pada minggu kedua ini, murid-murid digalakkan membuat penerokaan dan


percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.
Mereka akan meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melalui pelbagai aspek.
Melalui sentuhan bahan dan alat ini, murid-murid akan mengalami proses kemahiran
berfikir yang melibatkan pemikiran kritis dengan meganalisis dan menilai idea.
Contohnya apabila mereka membuat pengelasan, menyusun atur barang-barang buangan
yang dikumpul seperti logam, kertas, plastic, kotak, penutup botol dan barang-barang lain
yang boleh dipakai guna lagi. Mereka boleh meneroka bahan terbuang ini dari segi
warna, garisan, bentuk atau elemen-elemen corak. Selain itu, mereka juga akan
membanding atau membezakan, menentukan kriteria, menentukan keutamaan dan lainlain lagi.

Jenis Bahan Buangan

Bentuk

Warna

Saiz

18

Rajah 5 : Barangan terbuang dikelaskan


Proses ini akan memperkembangkan murid-murid daripada aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi bahan dan alat serta teknikteknik yang mudah. Apabila berinteraksi dengan bahan dan alat, murid akan membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat olehnya.
Kegiatan bahagian ini sangat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung dan dapat mengenali segala perubahan yang mereka boleh lakukan
dalam penghasilan seni pada masa akan datang. Selepas aktiviti penerokaan, guru akan
membimbing dan mengingatkan murid membuat penghasilan dengan menggunakan alat
atau bahan serta teknik yang tepat, sesuai juga betul. Demikian juga bagi guru yang
menjadi fasilitator juga akan menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan
cara yang betul agar murid tidak lari daripada objektif.

18

Minggu Ketiga : Perancangan dan Tindakan

Aktiviti dalam minggu ketiga ini akan melibatkan pelbagai kecerdasan seperti
verba-linguistik, logijmatematik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Murid-murid akan digalakkan membuat perancangan secara verbal semasa membuat
perbincangan, pemerhatian dan interaksi sesama ahli kumpulan masing-masing.
Kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dapat dikembangkan melalui sumbang saran
idea antara ahli kumpulan. Dalam menjana idea, ahli kumpulan harus menetapkan haluan
dan tujuan antara mereka. Untuk menghasilkan satu karya yang tepat dan menarik,
murid-murid perlu mahir dalam membuat jangkaan, cekap menggunakan alat dan bahan
serta teknologi dalam mereka cipta karya mereka. Selain itu, murid-murid juga akan
memahami bentuk, garisan, warna dan sebagainya semasa mereka cipta alat mainan
mereka. Kesemua unsur ini perlu dibuat pertimbangan dalam perbincangan. Semasa
perbincangan, segala idea murid-murid akan dicatat secara visual sama ada dalam graf,
imej lukisan ataupun lain-lain bentuk. Tujuan ini adalah memberi rujukan atau
menambahbaikan tindakan nanti.

Rajah 6 : Perbincangan dalam kumpulan


Sumber: phone.todayonline.com

18
Selepas itu, murid-murid akan menjalankan aktiviti cuba idea kreatif permainan
mereka dalam kumpulan masing-masing. Murid-murid akan menggunakan kemahiran
dan kreativiti mereka untuk mengubah bahan-bahan terbuang kepada permainan kanakkanak yang berguna dan bernilai. Dalam aktiviti ini, kemahiran memilih bahan dan teknik
jelas dilihat kerana ia akan memberikan kesan-kesan tertentu, contohnya masa yang
diambil bagi menyiapkan sesuatu hasil, warna yang menarik perhatian para penonton,
senang susah pemasangan dan sebagainya. Aktiviti ini mampu membuka minda serta
meningkatkan kemahiran mereka.
Yang berikut merupakan beberapa idea barangan terbuang boleh dijadikan permainan
yang kreatif sebagai panduan:
Mainan daripada kertas terbuang

Mainan daripada logam terbuang

Mainan daripada plastik terbuang

18

Minggu Keempat : Aspresiasi Seni Visual dan


Menghargai Nilai Baik Dalam Semua aspek Kehidupan

Aktiviti dalam minggu keempat ialah Apresiasi hasil karya para pelajar. Satu
pameran hasil karya murid-murid diadakan. Murid-murid diberi peluang dan masa untuk
melihat hasil karya rakan-rakan daripada kumpulan lain. Guru akan memilih hasil karya
murid dan membimbing murid membuat apresiasi. Apresiasi seni visual merupakan aspek
penting dalam pendidikan seni visual. Ia adalah satu proses penghayatan yang
merangkumi pengetahuan, menyataan diskriminasi, membuat pertimbangan dan
penghargaan terhadap karya seni. Ecker (1966) berpendapat bahawa apresiasi seni dapat
memberikan keseronokkan dan penghargaan terhadap seni, dilakukan secara naratif dan
tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Maka, dalam program ini, selepas melihat
persembahan karya kumpulan lain, murid-murid boleh memberi pendapat atau
menyenaraikan

elemen-elemen

kekuatan

atau

yang

perlu

diperbaiki

dan

penambahbaikan. Melalui apresiasi murid-murid akan dapat melihat perkaitan antara


sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi
alatan dan teknik yang digunakan. Justeru, murid juga akan dapat menghargai hasil kerja
masing-masing serta menghormati dan mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau
dicipta. Murid akan diberi penerangan perkaitan antara aspek bahasa yang dapat
dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton,
rupabentuk dan bentuk. Melalui aktiviti aspresiasi ini, murid juga boleh membuat refleksi
terhadap hasil kumpulan mereka masing-masing serta menyerap pengetahuan dan
penerapan nilai yang hendak disampaikan dalam program ini. Apabila seseorang murid
berkomunikasi dengan rakan atau gurunya, secara langsung dia telah menggunakan
inguistik dan ekspresi visual dalam aktiviti hariannya. Ini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama dengan aktiviti seni ini.
Menghargai nilai murni juga akan diterapkan kepada murid-murid pada akhir aktiviti ini
agar mereka dapat menilai dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Sebagai contoh, murid harus melihat dari sudut pandangan positif terhadap setiap hasilan

18
seni. Ini adalah kerana ia berkaitan nilai yang hendak disampaikan dengan kehidupan
yang sebenar seperti alam sekitar dalam program ini.

3.0

EKSPRESI
Perkataan ekspresi merupakan satu konsep yang susah hendak dihuraikan.

Berdasarkan teori ekspresi visual yang diutarakan oleh Tolstoy, ekspresi adalah satu
bentuk komunikasi, seumpama bahasa. Setiap orang melukis atau mencipta sesuatu
sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk
kepada daya tafsiran individu yang berbeza. Ini bermakna sebarang ungkapan yang
terpancar melalui hasil karya yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pengkarya itu
sebagai satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi visualnya. Maka, terdapatlah
pelbagai rupa dan corak hasil karya dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan oleh
seseorang pengkarya.

Rajah 7: Bulan dan Muka


Sumber : dcbbs.zol.com.cn

Rajah 8: Gadis dan Nenek Tua


Sumber : tomattoo.pixnet.net

Collingwood pula melihat ekspresi sebagai perhubungan yang rapat antara


perasaan pelukis dengan hasil karyanya. Menurut Collingwood, karya seni yang sama

18
mempunyai kualiti ekspresi yang berlainan. Sebagai contoh, hasil seni yang sama boleh
berkongsi kualiti ekspresi tentang keriangan, kebimbangan dan kemurungan juga boleh
digambarkan sebagai ketenangan. Konsep ekspresi visual pada sesuatu hasil karya
umpamanya boleh membawa kepada pelbagai pengertian bergantung kepada pengkarya
tersebut. Contohnya pada Rajah 7 dan Rajah 8, apa yang dapat kita ertikannya terpulang
pada apa yang kita lihat. Jika kita lebih memberi penumpuan atas warna hitam pada
Rajah 7, maka kita akan nampak gambar muka, sebalik pula, kita akan nampak gambar
bulan. Begitu juga dengan Rajah 8 yang menunjukkan gambar gadis yang cantik dan
nenek tua. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh manusia bagi
tujuan ekspresi. Ekspresi boleh dilakukan secara lisan, perasaan dan emosi , bukan lisan
dan idea, penciptaan dan penghasilan pergerakan.
Aktiviti seni visual merupakan salah satu cara yang paling biasa bagi kanak-kanak
memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual. Ekspresi dapat
dijadikan satu media bagi kanak-kanak untuk mengekspresikan diri dan seterusnya
mengisterpretasikan ekspresi itu kepada hasil kerja yang kreatif. Sebagaimana yang kita
tahu, suka bermain merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kanak-kanak yang sedang
membesar, bermain adalah satu keperluan bagi mereka. Menurut Froebel (1782-1852),
proses pembelajaran yang paling berkesan adalah mengadakan

aktiviti yang

menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang dapat mengembirakan serta
membawa keseronokan. Maka, melalui aktiviti penghasilan mainan kanak-kanak dengan
menggunakan barangan terbuang dalam program ini , para pelajar dapat

menemui

potensi ekspresi diri mereka. Murid-murid akan meluahkan pandangan, perasaan, emosi,
idea yang kreatif dengan cara-cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan
difahami. Elemen-elemen ekspresi dalam aktiviti mereka cipta permainan kanak-kanak
dengan barangan terbuang adalah terdiri daripada pemerhatian, kesan warna, bahan, alat ,
media dan teknik
3.1

Ekspresi Lahir Dari Pemerhatian

Sebagaimana yang kita ketahui, proses interaksi dengan alam sekitar amat
berguna sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengalaman dan kefahaman bagi

18
kanak-kanak dalam membina sesuatu konsep. Selepas sesi penjelasan daripada tayangan
video yang berkaitan maklumat alam sekitar, murid-murid digalak mengamat alam di
persekitaran mereka. Menerusi akativiti ini, murid-murid akan melahirkan perasaan cinta
akan alam sekitar. Ini akan memberi kesedaran bagi murid-murid memahami betapa
pentingnya setiap orang bertanggungjawab menjaga alam sekitar.

Mereka akan

meluahkan ekspresi diri mereka dengan mencebur diri dalam menyertai program ini
secara aktif seperti berniat ingin mereka cipta mainan daripada barangan terbuang.
Dengan kesedaran ini, mereka akan menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga
mereka serta jiran-jiran dan cuba mengumpul barangan terbuang daripada masyarakat
tempatan. Selain itu, untuk menghasilkan karya yang kreatif, mereka juga akan lebih
memberi tumpuan pada barang-barang yang dikumpul dari segi bentuk, warna, saiz,
jenis, garisan, jalinan dan lain-lain lagi. Bagi kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang
dinamik dan unik. Melalui pengamatan alam sekitar, simbol-simbol tambak persekitaran
akan melahirkan perasaan mereka dan perasaan ini kemungkinan besar akan disampaikan
kepada karya yang akan dicipta nanti. Setiap manusia mempunyai cara yang berbeza
dalam meluahkan perasaan. Akhirnya, murid-murid akan mencipta sesuatu yang dapat
melambangkan perasaan mereka terhadap alam sekitar ini masing-masing.

3.2

Ekspresi Lahir Dari Kesan Warna


Dunia kanak-kanak merupakan satu dunia yang penuh berimiginasi dan indah.

Mereka akan melihat persekitaran mereka dengan pelbagai imiginasi yang menarik begitu
juga warna. Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Setiap warna mempunyai maklumat individu yang boleh memberi kesan yang berbeza
kepada mereka. Kemahiran dalam membuat pilihan warna menerusi barang ciptaan akan
menimbulkan kesedaran estetik bagi murid-murid. Pemilihan warna antara peringkat
yang berbeza adalah berlainan. Bagi kumpulan murid Tahap 1, kebanyakkan antara
mereka akan menggunakan warna yang berbagai-bagai dan kontra. Kemungkinan besar,
warna yang dipilih tidak mempunyai kaitan dan tiada makna dengan hasil karyanya.
Mereka hanya memilih apa warna yang diminati. Mereka lebih cenderung kepada warna

18
terang seperti warna asas iaitu merah, kuning, biru dan sebagainya. Bagi pelajar Tahap 2
pula, imaginasi mereka lebih tinggi serta pengalaman yang lebih, penggunaan warna atas
ciptaan akan lebih mendekati objek. Kreativiti pemilihan warna di kalangan muird dapat
dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Penggunaan warna dalam aktiviti ini
dapat merangsang minda muird-murid dengan lebih kreatif. Curahan perasaan akan
timbul apabila muird-murid menghasilkan karya seni dengan menggunakan perasaannya
dengan sepenuhnya. Mereka boleh bebas menggabungkan warna pilihan mereka untuk
menghasilkan karya gemari mereka secara kreativiti. Melalui penghasilan karya, pelajar
tersebut mampu meluahkan ekspresi diri mereka Kemungkinan besar, guru dan ibu bapa
tersedar emosi yang terbenam di dalam hati seseorang pelajar itu melalui warna yang
digunakan.

3.3

Ekspresi Lahir Dari Rupa dan Bentuk


Seni menekan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah lebih kreatif dan aktif. Ini

akan membantu mereka gemar membuat sesuatu dan mencipta sesuatu yang baru. Kanakkanak akan lebih aktif jika diberikan kebebasan dalam menyatakan isi hatinya menurut
persepsinya sendiri. Melalui hasil mainan, ekspresi murid-murid dapat dilihat dari segi
reka dan bentuk karya mereka. Reka dan bentuk karya amat berkait dengan pengalaman
dan keupayaan bagi seseorang atau kumpulan tersebut. Eksrpresi antara murid Tahap 1
dengan Tahap 2 adalah berbeza, begitu juga antara murid lelaki dan perempuan. Bagi
murid Tahap 1, mereka tidak dapat menggambarkan idea dalam susunatur dan komposisi
dengan baik .Gambaran yang dibuat tidak menepati bentuk dan rupa keadaan sebenar
objek yang hendak disampaikan. Idea yang dilakarkan adalah dalam keadaan berselerak
hanya mengikut pengalaman mereka. Bagi murid Tahap 2, mereka akan dapat
menggambarkan hasil karya dalam keadaan yang teratur kerana pengalaman membawa
mereka mengenali objek-objek disekeliling mereka. Mereka mempunyai keinginan untuk
mengolah bentuk dan rupa yang mempunyai kaitan yang dilakarkan dalam suasana yang
lengkap. Penghasilan idea nampak lebih terkawal pada akhir hasilan mereka.

18
Untuk menghasilkan karya yang baik, idea yang di hasilkan merupakan titik-tolak
sesuatu imej yang akan di ambil kira dalam penghasilan. Tiada imej tentu tiada objek
yang akan menjadi subjek utama. Curahan idea hasil daripada idea semulajadi merupaka
salah satu faktor yang memyebabkan seseorang murid menggunakan ekspresi dalam
dirinya untuk menghasilkan sebuah karya. Contohnya, sekumpulan murid lelaki yang
aktif dan minat dalam permainan robot, secara tidak langsung imej robot telah simpan di
dalam hatinya, maka mereka akan menggunakan benda-benda yang keras seperti logam
untuk menghasilkan karya yang berbentuk robot. Bagi sekumpulan perempuan yang suka
benda-benda yang comel, tentu mereka akan mencari bahan yang lebih lembut seperti
kertas atau plastik untuk mereka cipta mainan yang lembut seperti patung atau binatang
kecil. Melalui reka bentuk hasil karya mereka , mereka telah meluahkan ekspresi mereka
yang bersikap aktif atau lembut.

3.4

Ekspresi Lahir Dari Bahan, Alat , Media dan Teknik


Setiap murid mempunyai sikap dan kemampuan yang berbeza terhadap sesuatu

mainan yang akan dihasilkan. Penggunaan alat dan bahan, media dan teknik dalam
mencipta mainan amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan
bermutu. Murid akan berasa seronok jika menghasilkan kerja-kerja seni dengan
menggunakan pelbagai jenis media. Ekspresi murid juga dapat dilihat daripada media
yang digunakan untuk menghasilkan mainan mereka. Selain daripada minat dan perasaan
untuk menhasilkan mainan, kemahiran dan keupayaan menggunakan media juga akan
mempengauhi hasil karya. Murid Tahap 1 biasanya akan menggunakan bahan atau media
yang ringkas dan mudah seperti kertas, plastik, gam pensil wama dan sebagainya. Media
yang dianggap rapuh dan berat tidak sesuai dengan kemampuan kanak-kanak tidak
digalakkan dalam tahap ini, ini mungkin akan menghadkan penyampaian hasil mereka.
Manakala, murid Tahap 2 mereka lebih berani dan yakin, maka menggunaan media
terpulang kepada kreativiti mereka sendiri. Menerusi penggunaan peralatan dan media,
mereka akan menunjuk perasaan mereka. Sebagai contoh, bagi pelajar yang gagah dan
berani, mereka akan lebih cencerung kepada bahan logam

seperti skru, rod besi,

18
kepingan aluminium dan sebagainya untuk menghasilkan helikopter atau motosikal
impiannya. Bagi pelajar yang berteknologi tinggi, mereka akan menggunakan media yang
berkaitan untuk menghasilkan karya yang high Tech .
4.0

MAKLUMAT SOKONGAN (Sorotan Kajian)

4.1

Pandangan Tokoh-tokoh Mengenai Kreativiti Dalam Seni Visual


Penglibatan kanak-kanak dalam segala aktiviti seni dapat memberikan ransangan

pembangunan kreativiti individu. Yang berikut ialah pandangan daripada beberapa


tokoh:
Tokoh-tokoh
June King McFee

Pendapat
mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta
sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk
mengolah idea.

Patricia

(Sumber :http://www.academia.edu)
James Pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni. Seni juga

(1999),

dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga


seperti sastera yang dalam bentuk tulisan. Bagi mendapatkan
kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan
pengetahuan, pengalaman dan perasaan.
( Sumber: https://www.blogger.com)

Winner

Kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Seni

visual dari segi

(1986 & 2007)

pemikiran visual adalah merujuk kepada kebolehan individu untuk


memahami dan mentafsir maklumat berkaitan seni seperti kesedaran
estetik. Ia juga termasuk keupayaan melihat dan mengkritik unsurunsur artistik berdasarkan kepada sebuah karya seni yang berkaitan
pengubahan organisasi dalam bahagian seni seperti menggaris,
mewanai dan melukis tekstur.

Chetelat (1981)

(Sumber:http://documents.tips/documents/105672266)
Kreativiti termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Ini adalah

Haroutonium(1995)

kerana melalui maklumat seni, individu yang berkreativiti berupaya

Cowenfeld(1947)

menghasilkan karya yang menarik dengan idea dan imaginasi pada

18
sendirinya.
( Sumber :http://docslide.net/documents)
Wakefield(1992)

Kreativiti sangat berkait rapat dengan step pemikiran, orientasi


artistik dan aspirasi kerjaya.
(Sumber :https://ml.scribd.com)

Victor Lowenfeld

menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur


melalui empat komponen iaitu :

kelancaran,( secara spontan serta pantas )


fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan

dan situasi )
keaslian (mencari idea baru dan asli )
kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara
sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

4.2

Pandangan Tokoh Terhadap Teori Kecerdasan Pelbagai


Dalam penghasilan sesuatu mainan kanak-kanak daripada barangan terbuang juga

melibatkan Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner sebagaimana yang dikatakan oleh


Howard Gardner (1983)
Gardner telah mengenal pasti lapan jenis kecerdasan yang diperlukan oleh
individu untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Antaranya ialah
kecerdasan logik- matematik, verbal-linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, kinestatik
badan, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner menjelaskan bahawa setiap
kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung. Seseorang mungkin lemah
dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi mungkin cemerlang dalam bidang kecerdasan
yang lain. Beliau berkata lagi bahawa setiap individu juga mungkin mempunyai kelapanlapan kecerdasan tetapi pada kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran.
Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan melalui pendidikan, pengalaman dan

18
persekitaran.
(Sumber :https://ml.scribd.com)

4.3

Gambar-gambar Yang Berkaitan Dengan Aktiviti

Bahan Terbuang

Botol plastic

Tin-tin aluminium

Surat kahabar lama

Kotak

Tiub tisu tandas

Tayar

Kreatif Bahan Terbuang- Mainan Kanak-kanak

18

Contoh : Langkah-langkah Membuat Boneka Dari Sarung Tangan Bekas

18
(Sumber :fachrisuryari.wordpress.com)

5.0

KESIMPULAN
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bermakna dan bernilai kepada

kesejahteraan kehidupan kita. Tuhan telah mencipta alam ini dengan seimbang demi
kemakmuran munusia. Malahnya tahap kesedaran di kalangan masyarakat mengenai
aspek penjagaan alam sekitar masih rendah. Antara cara yang dapat meningkatkan
kesedaran ialah melalui kempen seperti Hari Rakan Alam Sekitar yang diadakan di

18
negara kita setiap tahun. Pelbagai aktiviti dapat dirancang sempena Hari RAS. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan seperti yang dicadangkan iaitu Mereka Cipta Mainan
Kanak-kanak Kreatif Barangan Terbuang. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memupuk
kesedaran para pelajar terhadap alam sekitar malah juga dapat meningkatkan daya
kreaitivi pelajar melalui mereka cipta mainan kanak-kanak. Pemikiran kreatif dan
inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu yang harus diterapkan kepada para pelajar.
Sekolah sebagai organisasi berperanan memberikan peluang kepada pelajar untuk
mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea, para pelajar yang berfikiran
kreatif, kompeten serta inovatif dapat dilahirkan. Melalui program ini, para pelajar akan
terasa pengalaman seni secara aktif. Pengalaman dalam melakukan aktiviti yang
berkaitan seni seperti menghasilkan karya secara berkesan, kanak-kanak dapat peluang
meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka juga dapat membina
pengalaman yang baru yang hasil daripada pegamatan, penerokaan, interaksi dengan
bahan dan media dalam kehidupan seharian. Mereka akan berasa seronok apabila dapat
mencipta sesuatu yang mereka gemari. Untuk meluahkan perasaan atau suara hati
mereka, mereka akan mencipta sesuatu dengan cara atau teknik tersendiri dalam pelbagai
bentuk. Kaedah-kaedah inilah mencerminkan kreativiti kanak-kanak.
Pengambilan daripada pandangan tokoh-tokoh seni yang terkenal adalah penting
kepada guru PSV. Ini adalah kerana melalui pandangan mereka, guru PSV dapat
mengetahui aspek-aspek yang penting dan perlu diambil kira serta diketengahkan untuk
memperkembangkan kreativiti para pelajar. Guru PSV bukan sekadar sebagai tenaga
pengajar malah lebih sebagai seorang pembimbing. Guru PSV yang bersifat pembimbing
tentulah dapat melahirkan anak murid yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan
inovatif

yang penuh estetik. Dengan mematuhi lima peringkat Perkembangan

Perkkembangan Pemikirabn Kreatif Fisher (1943), kanak-kanak tentu akan mencapai


objek mereka dengan idea-idea masing-masing. Aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang
pemikiran kreatif amat perlu dan penting dalam aktiviti seni agar mendapat hasil karya
yang menarik. Dalam proses melaksanakan aktiviti dalam program ini, para pelajar juga
terlibat dalan kecerdasan pelbagai. Dengan menggunakan barangan terbuang merupakan
salah satu kecerdasan iaitu naturalis. Selain itu, kecerdasan verbal inguistik jelas dilihat

18
melalui perbincanagan antara ahli kumpulan. Ekspresi pelajar dapat dilahiran menerusi
aktiviti pemerhatian alam sekitar, penggunaan warna atas karya, reka dan bentuk karya ,
dan media yang digunaka.

6.0

RUJUKAN

Buku
Abdul Shukor.H., Badrul.I., Khairezan.R.,Zuraimi. Z. (2011). HBAE Perkembangan Seni
kanak-kanak (12nd ed). Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd

18
Gardner,H.(1983).Frames of mind:The theory of multiple intelligences.New York:Basic
Books.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan.
Kuala Lumpur:PPK.
Lowefeld,V.&Brittain,W.L.(1986).Creative and mental growth,New York:Macmillan.
Mohd zairi Husain.(2011). HEAE2203Membentuk dan Membuat Binaan(11st ed).
Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd
Penny,S.Ford,R.Price,L.&Young,S.(2002).Teaching arts in the primary schools. United
Kingdom: Learning Matters Ltd.
Zulkifli.Y, Mohd Jamel.I & Jamilah.O. (2014). HEBF1403 Seni Dalam pendidikan
(3rd ed). Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd

Laman Web
Pemikiran Kreatif, inovatif dan kompeten. Dicapai pada 25 Oktober, 2015, daripada
https://dhanapalblog.wordpress.com/2013/03/10/pemikiran-kreatif-inovatif-dankompeten/
Peranan Seni Dalam Pendidikan. Dicapai pada 28 Oktober 2015, daripada
http://www.scribd.com/doc/21216934/Seni-Dalam-Pendidikan
Peranan Guru Dalam Pendidikan Seni Visual. Dicapai pada 6 November,2015, daripada
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html
Kreativiti Kitar Semula. Dicapai pada 6 November,2015, daripada
http://relakssminda.blogspot.my/2013/07/kreativiti-kitar-semula-botolplastik.html#ixzz3qxDtQGa8
Tiga Komponen Seni Dalam Pendidikan. Dicapai pada 6 November,2015, daripada
http://www.scribd.com/doc/25522816/Peranan-3Komponen-Seni-DalamPendidikan-Dalam-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Masa-Kini
5 peringkat fisher. Dicapai pada 6 November, 2015, daripada
http://www.slideshare.net/AnneGd1/hbae1203-kreativiti

18
Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak. Dicapai pada 6 November,2015, daripada
http://www.academia.edu/4530816/PSV3103

Anda mungkin juga menyukai