Anda di halaman 1dari 22

HDPS 1403

Amalan berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak : membina asas


SEPTEMBER 2023 SEMESTER 3

NAMA : Yeh Zi Xuan (Zoey)

NO MATRIKULASI : 041204-12-0508

E-TUTOR / PENSYARAH : DR. Hawa Rahmat

PUSAT PEMBELAJARAN : Open Universiti Malaysia , Sabah , Kota Kinabalu

NO TELEFON : 010-963 2442

1
ISI KANDUNGAN

Soalan 1 :

Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan (ABP)

Pengenalan ---------------------- 3

Prinsip – prinsip ABP ---------------------- 4 – 6

Pembelajaran bertujuan (pengenalan) ---------------------- 7

Peranan guru dalam pembelajaran bertujuan ---------------------- 8 – 9

Kesimpulan ---------------------- 10

Rujukan Tugasan 1 ----------------------- 11

Soalan 2 :

Esei penyelidikan otak mengubah amalan pengajaran

Pengenalan pendidikan awal kanak-kanak ---------------------- 12 - 13

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ----------------------- 14 – 15

Penyelidikan otak kanak-kanak ---------------------- 16 – 18

Rujukan tugasan 2 ---------------------- 19

OCP FORUM ---------------------- 20 – 22

2
PENGENALAN :

Apakah itu Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) ?

Amalan bersesuaian dengan perkembangan atau ABP ialah satu pendekatan


yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta
minat murid.

Melalui amalan bersesuaian dengan perkembangan dalam pengajaran dan


pembelajaran (P&P) , kanak-kanak dapat berkecekapan berbahasa dan
berkomunikasi, mempunyai kemahiran berfikir, berakhlak mulia dan beretika,
berkeyakinan dan berdislipin, badan sihat dan cergas serta menjadi maginatif,
kreatif dan ekspresif.

Sebagai guru yang bertanggungjawab dan kreatif, kita mestilah menyediakan


pelbagai aktiviti yang sesuai kepada kanak atau perancangan sehari dengan
tema-tema yang bertujuan agar kanak-kanak dapat belajar sesuatu daripada
aktiviti itu dan tidak akan sia-siakan masa mereka.

3
PRINSIP-PRINSIP (ABP)

Terdapat beberapa prinsip dalam Amalan Bersesuaian dengan perkembangan


kanak. Antaranya adalah ,

Perkembangan Domain Kognitif, Afektif dan psikomotor saling berkaitan


dan mempengaruhi antara satu sama lain:

Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif


yang saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain
akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain.

Perkembangan kanak adalah berlaku dengan mengikut urutan :

Perkembangan kanak-kanak adalah berlaku dengan mengikut urutan dengan


diikuti oleh kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk
kemudiannya.

Kadar perkembangan kanak-kanak adalah berbeza :

Kanak-kanak adalah unik antara satu sama lain. Tidak kira dari segi minat,
keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman dan
latar belakang keluarga.

Kita perlu faham bahawa semua kanak adalah unik. Namun, untuk memastikan
semua kanak dapat mempelajari sesuatu di tadika atau taska, guru haruslah
mencipta kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan bermakna untuk
membuatkan kanak-kanak jatuh cinta dengan pembelajaran.

Perkembangan adalah berperingkat :

Perkembangan kanak-kanak adalah berlaku dalam konteks sosiobudaya dengan


mengikut arah yang lebih kompleks.

4
Perkembangan adalah berlaku secara berterusan :

Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memberi kesan kepada


perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting. Ini melibatkan sama ada
mereka akan suka dengan belajar atau tidak pada masa hadapan. Disebabkan
itu, guru haruslah mencipta atau menggunakan kepelbagaian kaedah
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak agar mereka
tidak akan berasa boring semasa belajar dan hilang minat dengan belajar.

Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran :

Berlaku dalam konteks sosiobudaya yang berbeza, komuniti dan Masyarakat


setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Guru harus menyediakan persekitaran yang lengkap kepada kanak. Contohnya


dari segi bahan bacaan, mainan, meja dan kerusi. Bukan itu sahaja, alat-alat
pembelajaran pada hari tersebut juga harus disediakan dengan keadaan
mencukupi dan lengkap.

Persekitan bilik darjah yang tersusun, lengkap dan bersih memudahkan guru
untuk menjalan aktiviti sehari serta memberikan faedah kepada perkembangan
kanak-kanak. Dalam persekitaran sebegini, kanak-kanak akan berasa selasa
untuk belajar dan membuat aktiviti.

Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif :

Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif untuk memahami persekitaran dunia


mereka daripada pengalaman di dalam rumah, tadika dan juga dalam komuniti.

5
Konsep main adalah penting kepada perkembangan kanak-kanak :

Konsep main sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan
perkembangan sosial, emosi, rohani dan kognitif seseorang kanak.

Pembelajaran sehari guru boleh dikaitan dengan cara bermain. Contohnya


pembelajaran hari ni adalah mengenali huruf besar dan huruf kecil. Guru boleh
menyediakan pelbagai kraf atau aktiviti seperti membentuk abjad dengan
menggunakan pasir seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Gambar dari https://www.weareteachers.com/alphabet-activities/

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar :

Proses perkembangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka


diberi peluang untuk melatih kemahiran baru dengan menjalankan aktiviti yang
lebih mencabar.

Perkembangan kanak-kanak berlaku dengan cepat. Namun begitu, guru harus


sentiasa bertukar-tukar kaedah mereka untuk mengajar kanak-kanak dan perlu
berfikir aktiviti yang sesuai dan lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya
kanak dapat belajar kemahiran yang baru dan tidak takut kepada cabaran.

6
PENGAJARAN BERTUJUAN :

Peranan guru dalam pendidikan abad ke-21 ialah sebagai pemudahcara dalam
proses Pembelajaran dan Pengajaran yang berkesan dan berkualiti. Hal ini
bertujuan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
pencapaian murid pada tahap optimum dan secara berterusan.

Dengan pengetahuan saya pengajaran bertujuan bermaksud menyediakan


sebuah tema yang bermakna dan mudah untuk aktiviti seharian. Pembelajaran
kaedah ini boleh membantu guru untuk mengajar kanak dengan lebih mudah.
Kanak juga akan mempelajari sesuatu di sekolah.

Aktiviti-avtiviti atau tema pembelajaran guru perlulah mencabar , mudah


difaham dan banyak menggunakan kaedah main supaya kanak-kanak tidak
berasa bosan atau kehilangan minat dalam pendidikan.

7
Peranan Guru :

Peranan guru dalam bilik darjah pula perlu memainkan peranan semasa
melaksanakan proses PdPc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) seperti berikut.
Peranan tersebut dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

1. Guru sebagai Perancang

Guru bertindak sebagai perancang pelaksanaan PdPc secara professional dan


sistematik. Guru perlu menyediakan penyediaan Rancangan Pelajaran Harian
(RPH) yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran
yang sesuai, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan
(ABM/BBM/BBB/TMK) mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan
mematuhi arahan yang berkuat kuasa.

2. Guru sebagai Pengawal

Guru sebagai pengawal bertindak untuk memastikan kelancaran proses


pembelajaran mengikut perancangan. Guru mengawal proses pembelajaran
secara professional dan terancang. Guru perlu mengelola isi Pelajaran atau skop
pembelajaran yang dirancang, mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti
pembelajaran dan memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan
menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan
dalam PdPc.

Guru juga bertindak untuk mengawal suasana pembelajaran secara profesional


dan terancang. Guru perlulah mengawasi komunikasi dan perlakuan murid
dalam PdPc, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan mengikut kesesuaian dan keperluan, secara
berhemah, menyeluruh dan berterusan.

8
3. Guru sebagai Pembimbing

Guru sebagai pembimbing bertindak untuk membolehkan murid menguasai


pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.
Guru membimbing murid dengan memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi
pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah. Selain itu, guru membimbing murid dengan
menggunakan sumber pendidikan serta menggabung jalin isi pelajaran dengan
kemahiran atau mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid
dengan betul, tepat, secara berhemah dan bersungguh-sungguh.

4. Guru sebagai Pendorong

Guru sebagai pendorong bertindak mendorong minda murid untuk


melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang. Guru
perlu juga mendorong murid untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran
insaniah murid. Selain itu, guru perlu merangsang murid berkomunikasi dan
berkolaboratif mengemukakan soalan menjurus ke arah pemikiran kritis dan
kreatif serta menyelesaikan masalah. Guru juga perlu memberi pujian, galakan,
penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara
berhemah, menyeluruh dan berterusan.

5. Guru sebagai Penilai

Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.


Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang. Guru perlu
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan
pengayaan, memberi tugasan. membuat refleksi serta menyemak hasil kerja
murid.

Dengan hal ini, guru perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi
melahirkan kemenjadian murid yang berkemahiran dari segi kemahiran berfikir
aras tinggi, berhemah dan berkomunikasi dengan baik.

9
Kesimpulan :

Saya dapat melihat bahawa pengajaran bertujuan sedang menajdi amalan biasa
di prasekolah Malaysia dengan perlahan. Prasekolah swasta di Malaysia
mungkin telah menekankan pengajaran bertujuan kepada kanak-kanak tetapi
prasekolah yang lain masih belum lagi. Saya percaya bahawa amalan ini akan
ditetapkan pada masa yang akan datang.

10
Rujukan Tugasan 1 :

https://www.slideshare.net/normalaprasekolah/amalan-bersesuaian-dengan-
perkembangan-kanakkanak

https://kidsloveus.blogspot.com/2012/06/amalan-bersesuaian-dengan-
perkembangan.html

https://app.pandai.org/teacher/lesson/peranan-guru-dalam-pembelajaran-dan-
pengajaran-pdp-abad-ke-21-1633580556/start#:~:text=peranan%20guru
%20dalam%20pendidikan%20abad,tahap%20optimum%20dan%20secara
%20berterusan.

11
Soalan 2 – PENGENALAN

Apakah itu Pendidikan Awal Kanak-kanak ? Pentingkah ?

Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting


untuk perkembangan otak mereka. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak,
pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial
adalah amat kritikal. Disebabkan itu, pendidikan awal kanak-kanak dianggap
sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.

Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk


menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan
membina daya keintelektualan. Pembinaan bangsa dan tamadun juga bermula
dengan pendidikan. Oleh itu, pendidikan sejak kecil haruslah ditekankan.

Apakah maksud pendidikan awal kanak-kanak?

Pendidikan awal kanak-kanak didefinisikan sebagai program berkualiti tinggi


yang direka khas untuk kanak-kanak dari sejak mereka lahir hingga usia lapan
tahun.

Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak menggunakan istilah prasekolah,


taska, tadika atau tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam
tahun. Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang
mahir dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

Persepsi ibu bapa dulu dan sekarang

Ini adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas
yang terbaik dan kukuh kepada anak-anak mereka. Jika dahulu, pendidikan asas
untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu sebelum mula
bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik
mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga
lima tahun.

12
Berbeza dengan keadaan kini, di mana senario menghantar anak berusia empat
dan lima tahun ke prasekolah adalah perkara yang normal. Malah, kesedaran ibu
bapa tentang pendidikan awal kanak-kanak juga semakin meningkat di mana
seusia bayi lagi ada ibu bapa yang memasukkan anak ke playgroup, pusat
pengayaan dan prasekolah.

13
Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pakar kanak-kanak. Dan hasil


membuktikan bahawa kanak-kanak yang memulakan sesi pembelajaran di
prasekolah dapat mempelajari banyak perkara, lebih daripada mereka yang terus
ke sekolah rendah.

Di prasekolah juga, kanak-kanak ini turut didedahkan dengan pembelajaran


nombor, huruf dan bentuk sama seperti apa yang mereka akan pelajari di tadika.

Selain itu, kanak-kanak juga akan belajar cara bersosial dengan rakan sebaya,
mahupun orang yang lebih besar dari mereka iaitu guru. Lazimnya, di
prasekolah, kanak-kanak akan belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan, belajar
berkongsi dan bertolak-ansur.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang lain
dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Prasekolah menyediakan
tempat untuk kanak-kanak mengenal diri mereka, mengembangkan karakter
positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri.

Malah, jika kita perhatikan, kanak di usia empat hingga lima tahun mempunyai
sifat ingin tahu, dan akan sering bertanyakan perkara-perkara di sekeliling
mereka seperti mengapa burung terbang atau bagaimana ikan boleh hidup di
dalam air.

Kesimpulannya, banyak perkara yang kanak-kanak akan pelajari di prasekolah


terutama yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri.

Kemajuan perkembangan otak kanak-kanak

Memiliki anak yang pintar, cergas dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa.
Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan perkembangan otak
anak mereka berfungsi dengan baik. Ada yang memberikan makanan tambahan
yang boleh merangsang perkembangan otak, ada juga yang menggunakan

14
pelbagai teknik pembelajaran semata-mata untuk memastikan otak anak-anak
mereka bekerja dengan baik.

Namun di sebalik semua itu, ada yang mengatakan bahawa kepintaran seorang
kanak adalah bergantung kepada ibu bapa atau keturunan. Jadi, sejauh manakah
kenyataan tersebut benar?

15
Penyelidikan otak kanak-kanak mempunyai tempoh puncak

Menurut Richard, seorang pakar yang mengkaji tingkah laku di Universiti


Harvard, telah meneliti selama bertahun-tahun dan mendapati bahawa dalam
seumur hidup kanak-kanak, mereka memiliki tempoh puncak perkembangan
otak untuk menjadi pintar sebanyak tiga kali.

Pada 0-3 tahun, adalah tempoh keemasan pertama perkembangan otak

Sebelum umur 3 tahun, otak kanak-kanak berada dalam tempoh perkembangan


fisiologi yang pesat. Menurut kajian saintis otak, isipadu otak bayi baru lahir
hanyalah 25% daripada orang dewasa, dan pada usia 3 tahun, isi padu otak akan
berkembang kepada 85% otak orang dewasa.

Selain itu, pada masa ini, neuron dalam otak kanak-kanak berhubung pada 700-
1000 neuron sesaat, dengan kelajuan untuk berhubung adalah sekitar 700
hingga 1000 bergantung sepenuhnya pada rangsangan luar. Boleh dikatakan
lebih banyak neuron dalam otak kanak-kanak disambungkan, lebih kuat
keupayaan kanak-kanak untuk bertindak balas, berfikir, dan menumpukan
perhatian.

Jadi, ketika fasa ini adalah penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak kecil
mereka mendapat rangsangan dari luar supaya otak mereka lebih berkembang.

Pada 3-6 tahun, adalah tempoh puncak kedua perkembangan otak

Pada masa ini, synapse iaitu tempat pertemuan antara dua saraf atau suatu saraf
dengan suatu tisu pada otak kanak-kanak akan meningkat. Jika tidak digunakan
ia akan beransur-ansur merosot. Ketika fasa ini karakter kanak-kanak juga mula
berkembang secara beransur-ansur. Selain itu, kebolehan tumpuan dan
pemerhatian mereka juga akan mula berkembang pesat.

16
Sekiranya ibu bapa boleh menggunakan kaedah yang betul untuk merangsang
kebolehan anak-anak mereka, ia akan menjadi sangat bermanfaat untuk
perkembangan otak anak-anak mereka.

Menurut kajian, kanak-kanak yang memiliki penglihatan, pendengaran dan


sentuhan yang baik mempunyai otak 20% lebih ‘padat’ daripada kanak-kanak
biasa. Dengan kata lain, mereka lebih banyak pendedahan dalam melihat,
mendengar dan menyentuh dan hal ini adalah sangat baik untuk perkembangan
otak.

Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu dibimbing secara sistematik untuk


menerima pelbagai latihan contohnya buku permainan yang direka khas untuk
merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

Pada 7-10 tahun, adalah puncak terakhir pembangunan

Pakar psikologi, Piaget memanggil puncak terakhir perkembangan otak sebagai


“peringkat operasi konkrit” di mana pada fasa ini adalah penting untuk
memupuk logik kanak-kanak serta keupayaan pemikiran kritis.

Para saintis otak melalui penyelidikan mendapati bahawa neuron dalam otak
kanak-kanak yang berkaitan dengan penglihatan, pendengaran, bahasa dan
kognisi lanjutan pada dasarnya siap sebelum umur 7 tahun. Selepas umur 12
tahun, ia mula berkurang.

Kumpulan umur ini juga merupakan tempoh keemasan untuk memupuk


ekspresi bahasa kanak-kanak, pemerhatian kognitif, imaginasi dan penciptaan,
ingatan dan tumpuan. Ibu bapa dinasihatkan merebut peluang mengembangkan
otak anak-anak ketika fasa ini. Jika ibu bapa merebut peluang ini,
perkembangan otak anak-anak akan menjadi lebih baik.

Menurut American Academy of Pediatrics, usia kanak-kanak 3-6 tahun,


adalah “1000 hari kritikal perkembangan otak”.

17
Pada peringkat ini, selain memberikan nutrisi yang kaya kepada anak, ibu bapa
juga boleh memberi lebih “stimulasi” kepada anak untuk membantu
perkembangan otak anak dengan lebih baik.

Setiap penerokaan kanak-kanak sebelum umur 6 tahun merangsang hubungan


neuron di otak, dan hubungan ini akan merangsang perkembangan keupayaan
kognitif, tumpuan dan imaginasi kanak-kanak.

Bagi ibu bapa yang tidak tahu bagaimana caranya untuk merangsang
perkembangan otak anak-anak mereka, mereka disarankan untuk melakukan
beberapa aktiviti bersama seperti menemani anak-anak membaca buku tentang
buku pendidikan dan bermain pelbagai permainan.

Profesor Harvard telah mengkaji tempoh puncak perkembangan otak kanak-


kanak, dan sangat berharap setiap ibu bapa dapat merebut peluang keemasan ini
bagi merangsang perkembangan otak anak seterusya membolehkan mereka
mempunyai tahap IQ yang tinggi.

18
Rujukan Tugasan 2 :

https://preschool.klceducation.asia/ms/blogs/why-early-child-education-is-
important%3F#:~:text=Kepentingan%20pendidikan%20awal%20kanak
%2Dkanak&text=Selain%20itu%2C%20anak%20anda%20juga,belajar
%20berkongsi%20dan%20bertolak%2Dansur

https://www.erabaru.com.my/2022/06/17/kajian-perkembangan-otak-kanak-
kanak-menjadi-pintar-berlaku-3-kali-dalam-hidup/

19
Tugasan 3 : OCP FORUM

20
21
22

Anda mungkin juga menyukai