Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditafsirkan sebagai penggunaan potensi
minda untuk menangani cabaran baru dan KBAT juga merupakan salah satu
komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini
boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar
mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian.
Seperti mana kita tahu, idea dihasilkan menerusi berfikir. Penghasilan sesuatu idea
memerlukan pemikiran yang kompleks iaitu kemahiran-kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) seperti kemahiran menyelesaikan masalah, mereka, menganalisis,
menilai dan sebagainya untuk memproses maklumat yang diperolehi. Sehubungan
ini, satu idea baru yang kreatif dapat dicetuskan dengan lebih berkesan. Maka,
KBAT merupakan elemen yang sangat penting dalam pencetusan idea.
Kemahiran berfikir khususnya aras tinggi amat diperlukan untuk diintegrasikan dan
diterapkan ketika kita berusaha memahami sesuatu maklumat yang akan
digunakan bagi pencetusan idea. Pemikiran aras tinggi mencabar pelajar untuk
menginterpretasi, menganalisis atau memanipulasikan maklumat. Hal ini kerana
suatu idea yang kreatif dan logik tidak dapat dicetuskan melalui pengaplikasian
harian terhadap pengetahuan yang pernah dipelajari. Pemikiran aras tinggi
meminta seseorang individu untuk menggunakan maklumat baru atau pengetahuan
sedia ada serta memanipulasikan maklumat sehingga memperoleh jawapan yang
munasabah bagi situasi baru.
Pemikiran aras tinggi sering digunakan di sekolah dan juga di Institusi Pengajian
Tinggi. Penjanaan idea-idea baru juga ditekankan pada peringkat sekolah kerana
tugasan ataupun kerja kursus adalah berbentuk lebih kompleks dan mencabar.
Pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan akademik yang
memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif.
Hampir kesemua aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah mempunyai
unsure-unsur kemahiran berfikir. Tidak boleh dinafikan bahawa pelajar menguasai
kemahiran berfikir hasil daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
sekolah. Oleh kerana itu,
4
pelajar harus mempelajari dan menggunakan KBAT dalam penjanaan idea supaya
tugasan kerja kursus dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.
2.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KBAT memainkan peranan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Matematik. Ia telah menjadi satu elemen yang penting dalam PdP Matematik. Hal
ini kerana Matematik merupakan satu subjek yang memerlukan murid-murid
membuka minda secara meluas dengan perlu mentafsir, menganalisis atau

memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang


dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih
awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin
tidak akan membuahkan hasil. Sebenarnya KBAT telah lama berada dalam dunia
pendidikan menerusi Taksonomi Blooms oleh Banjamin Blooms, namun apa yang
berbeza sekarang ialah peringkat Blooms telah disemak kembali oleh Anderson dan
Krathwal pada tahun 2001 dan memberikan beberapa istilah baru untuk peringkat
yang sedia ada.
Selain itu KBAT yang melibatkan soalan aras tinggi dapat menggalakkan
pembelajarn sebab soalan jenis ini memerlukan murid-murid mengaplikasi,
menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat secara kendiri ataupun menerusi
perbincangan antara kumpulan. Soalan aras tinggi ini berbeza dengan soalan aras
rendah yang mana hanya menguji kebolehan murid-murid untuk mengimbas
kembali fakta yang telah dihafal oleh mereka. Maka soalan aras tinggi yang
melibatkan KBAT ini mampu melahirkan murid-murid yang bukan menurut segala
apa yang diajar oleh guru malah menganalisis dan membina idea mereka sendiri
secara aktif untuk mendapatkan penyelesaian.
Seterusnya, kita semua sedia maklum bahawa Negara kita Malaysia kian hari
mengalami anjakan paradigma yang ketara dalam bidang Sains dan Teknologi.
Selaras dengan kemajuan Negara kita, kita memerlukan bakal pemimpin dan
tenaga kerja yang arif dan sedia menghadapi cabaran abad ke-21 . Maka untuk
melahirkan warga yang sedia menghadapi cabaran abad ke-21 kita memerlukan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan
tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan, seperti
yang
5
digariskan dalam Wawasan 2020 : Prinsip 6). Maka tidak hairanlah jika dikatakan
KBAT yang diimplimentasikan menerusi soalan aras tinggi mampu melahirkan
generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.
Selain itu KBAT juga penting dalam melahirkan dan menjana minda kreatif dan
inovatif. Kita semua sedia maklum bahawa minda kreatif dan inovatif merupakan
komponen yang diwarwarkan kian hari. Hal ini kerana Segala inovasi dalam
kurikulum dan kokurikulum sistem pendidikan dan pembelajaran negara perlu
memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Ini adalah satu daripada 31 usulan yang diterima pada
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke empat anjuran Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Pengajian
Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) awal bulan ini di
sini. Seminar itu berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang

pada masa yang sama tetap utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa
Malaysia. Minda yang kreatif dan Inovatif hanya dapat dilahirkan apabila minda itu
sentiasa diberi tugasan yang mencabar. Maka disinilah KBAT memainkan peranan
yang penting dimana soalan-soalan aras tinggi dalam KBAT mampu mencabar dan
menggalakkan penggunaan minda yang meluas dan seterunya melahirkan individu
yang kreatif dan inovatif.
Penggunaan KBAT dalam PdP Matematik juga mampu menggalakkan murid-murid
membuat refleksi kendiri. Dalam konteks ini Refleksi Kendiri mampu memberikan
ruang kepada murid-murid untuk menilai dan mengenal keupayaan diri sendiri.
Membuat refleksi kendiri selepas setiap kali slot PdP menjamin murid-murid
memahami 100% apa yang diajar oleh guru. Maka cara yang terbaik untuk
menggalakkan reflektif kendiri ialah memberikan murid-murid soalan aras tinggi
dan memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menstrukturkan jalan
penyelesaian bagi soalan yang diberi.
Seterusnya KBAT juga penting dalam PdP Matematik kerana ia mampu menjadikan
murid-murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Ini
bermaksud, murid-murid perlu berkerja untuk mendapatkan ilmu. Hal ini kerana
murid-murid perlu meneroka sendiri dan membuat pembacaan sendiri bagi
mendapatkan penyelesaian sama ada
6
dalam bentuk individu atau dalam bentuk kumpulan. Maka KBAT melahirkan warga
yang lebih bertanggungjawab yang dilatih sejak dari bangku sekolah lagi.
Tidak dapat dinafikan jika dikatakan KBAT juga mampu menjadikan sekolah satu
tempat yang menarik dan seronok kerana murid-murid diberikan peluang
menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Hal ini dapat membantu muridmurid untuk bersikap berani dalam menyuarakan pandangan mereka dengan
mengemukakan bukti-bukti yang kukuh dan rasional. Maka untuk mendapatkan
sokongan idea kepada pendapat yang dikemukakan secara tidak langsung muridmurid perlu menjalankan pembacaan yang meluas.
KBAT juga memainkan peranan yang penting dalam merapatkan hubungan yang
positif antara guru dengan murid-murid. Hal ini kerana apabila murid-murid
diberikan masalah yang melibatkan KBAT, mereka perlu berbincang dengan guru
untuk menstrukturkan idea mereka. Melalui KBAT, guru bukan lagi memberi semua
langkah-langkah dalam penyelesaian sesuatu masalah, malah tugas guru bertukar
sebagai fasilitator yang mana guru hanya menunjukkan cara untuk menyelesaikan
masalah dan murid-murid perlu melakukan percambahan idea (Brain Storming)
untuk mendapatkan jawapan. Maka semasa perbincangan murid-murid akan aktif
berkomunikasi dengan guru ukntuk meluaskan lagi idea mereka untuk
mendapatkan penyelsaian.

KBAT juga mampu membimbing murid-murid untuk menggabungkan cebisancebisan idea mereka sehingga mereka mereka dapat menyelesaikan sesuatu
masalah. Maka boleh dikatan bahawa KBAT mampu melatih murid-murid untuk
melakukan seuatu tugas secara sistematik menggunakan urutan yang betul.
KBAT juga mampu merealisasikan aspirasi Pendidikan Negara. Apabila kita mengkaji
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 . Pada Oktober 2011, Kementerian
Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia
secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian
meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian,
Kementerian
7
telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan
yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam
Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin
sekolah, guru, ibu bapa,orang ramai dan murid di seluruh negara.( PIPP 2013-2025).
Daripada 5 aspirasi 2 aspirasi berkait terus dengan pelaksanaan KBAT yakni Kualiti
dan Kecekapan dimana kedua-dua aspirasi ini memerlukan Malaysia memerlukan
KBAT untuk mencapainya. Seterusnya KBAT juga penting dalam memartabatkan
imej Negara dalam persada antara bangsa. Hal ini kerana, KBAT merupakan
penanda aras dalam TIMSS dan PISA. Seperti yang kita semua sedia maklum TIMSS
( Trends In International Mathematics and Sciences) ialah pentaksiran yang
dijalankan untuk menilai kedudukan sesebuah Negara dalam kemahiran Sains dan
Matematik. TIMSS dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of
Educational Achievement (IEA). Malaysia mula menyertai TIMSS sejak tahun 2009.
Kajian ini melibatkan murid Tingkatan 2 yang dipilih dari Sekolah KPM menerusi
kaedah Standard Stratified Multiple Clustering. PISA pula merupakan akronim bagi
Programme for International Student Assessment yang dianjurkan oleh Organisation
for Economic Cooperation and Development. Objektif pentaksiran ini adalah untuk
menilai tahap pencapaian murid-murid dalam Matematik. Kajian yang melibatkan
murid-murid lebih dari 15 tahun ini disertai oleh Malaysia sejak tahun 2009. Hasil
dapatan TIMSS dan PISA mendapati bahawa Malaysia kedudukan Malaysia terus
merundum sejak tahun 2009 hingga kini. Antara 74 buah Negara yang telibat
Malaysia berada pada kedudukan 57 dalam PISA dan purata skornya iaitu 404
adalah dibawah nilai min yang dicatatkan oleh Negara-negara OECD. Apabila dikaji
mengapakah keadaan ini berlaku, sebab mutlaknya adalah murid-murid yang
dilibatkan dalam pentaksiran ini kurang didedahkan dengan KBAT yang melibatkan
soalan-soalan aras tinggi. Contoh soalan-soalan TIMSS dan PISA dilampirkan di
belakang penulisan ini (LAMPIRAN1). Maka bagi mengubah kedudukan Malaysia dan

menjaga imej Negara Malaysia adalah penting bagi menghidupkan KBAT di


kalangan murid-murid sejak bangku sekolah lagi secara perlahan-lahan (SoftLanding).
8
Memandangkan kesemua anjakan yang berlaku dalam dunia pendidikan berkait
secara langsung dengan KBAT, adalah penting bagi semua pihak bagi memahami
kepentingan KBAT dan mengaplikasikannya dengan efektif.
3.0 Kesan dan Isu Berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya
fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif,
kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan
kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan
seimbang dan harmonis. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk
melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar
matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan
mempunyaikomitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.
Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran seperti
yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet
2013 yang lalu menggambarkan keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan
kualiti pendidikan. Peruntukan tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan
latihan, kursus atau penambahbaikan kepada guru berfokus kepada kemahiran
berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.
3.1 Kesan KBAT kepada murid
Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras
rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh
kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta
atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka.
Kemudian,meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan
jawapan mereka.Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan
kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir
sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara
mudahnya murid mencerap sesuatu
9
data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan
semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai
berfikir secara kritis dan kreatif.

Kesan mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah murid bebas
untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti
sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata
diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk,
idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya
pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid. Justeru ini,
proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan
bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan
mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat ideaidea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan
tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.
3.2 KESAN KBAT KEPADA GURU
Kesan apabila penggunaan KBATdalam mata pelajaran matematik ialah dapat
meningkatkan tahap kecekapan mereka apabila item untuk murid-murid. Melalui ini,
guru-guru akan menggunakan teknologi yang canggih untuk mendapat banyak
maklumat. Selain itu, guru akan lebih bersedia sebelum mula sesuatu kelas. Melalui
ini, guru dapat meningkatkan tahap pembacaan mereka. Mereka akan merujuk
beberapa bahan rujukan untuk menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin.
Justeru ini, guru-guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru
akan meluangkan lebih masa untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan
soalan KBAT.
Melalui ini, guru dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid-murid. Ini
adalah kerana, guru-guru akan menerokai pelbagai sumber untuk mendapat
maklumat yang bertaraf tinggi. Di samping itu, guru akan mula untuk menggunakan
inovasi dala pengajaran dan pembelajaran harian. Melalui ini, dapat pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok dan dapat menarik minat murid. Guru-guru
juga akan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
10
3.3 KESAN KEPADA NEGARA
Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in
International Mathematics and Science Studies (TIMSS) sejak 1999, dan Programme
for International Student Assessment (PISA) sejak 2009 untuk mengetahui prestasi
murid di Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik berbanding dengan negara
lain di seluruh dunia. Berdasarkan dapatan daripada pentaksiran tersebut,
pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran Sains dan Matematik menunjukkan
kadar penurunan pencapaian murid yang sangat ketara dan membimbangkan.Bagi
menangani masalah tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 2025, mensasarkan agar menjelang tahun 2025, Malaysia berada di tahap
satu pertiga teratas bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA. Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan sebagai pemegang


tanggungjawab terhadap beberapa inisiatif penting yang merupakan antara usaha
untuk menangani masalah kemerosotan ini
Kesannya penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah bagi
meningkatkan pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran berkenaan, dan
seterusnya melonjakkan pencapaian Malaysia agar berada di kedudukan satu
pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025.
3.4 ISU-ISU PELAKSANAAN KBAT
Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik
dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk
memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi
pendidikan negara.
Tetapi, dengan penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik, timbulnya
beberapa isu-isu. Antaranya ialah, kefahaman guru di mana guru kurang jelas
dengan makna KBAT. Ini menyebabkan mereka tidak mengutamakan atau tidak
mengambil berat tentang penggunaan
11
KBAT dalam mata pelajaran matematik. Ini memberi kesan yang buruk kepada
seseorang murid. Selain itu, penyediaan bahan untuk soalan KBAT adalah sukar.
Maka, ini mereka kesukaran kepada guru. Selain itu, guru tidak mencukupi masa
untuk mencari maklumat kerana soalan KBAT memerlukan masa untuk menerokai
pelbagai maklumat.
Justeru ini, isu yang timbul apabila penggunaan KBAT ialah sesetengah guru kurang
mahir dalam pembinaan item KBAT. Ini adalah kerana, pembinaan item memerlukan
maklumat yang banyak. Isu yang timbul terhadap murid adalah murid-murid
kurang mampu untuk menjawab soalan KBAT. Ini adalah kerana, mereka perlu
menggunakan kemahiran berfikir untuk menjawab sesuatu soalan. Ada sesetengah
murId yang malas untuk berfikir menyebabkan mereka tidak dapat menjawab
soalan yang berunsur KBAT. Kajian menunjukkan bahawa, hampir 30% murid tidak
menjawab soalan jika soalan itu berunsur bukan rutin.
3.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU ISU
Pertamanya ialah, perlu memberi latihan atau keterangan kepada guru-guru untuk
membina manual item-item KBAT. Ini akan memudahkan guru untuk membina item
dengan sendiri. Selain itu, mempelbagaikan persembahan item-item KBAT.
Contohnya melalui powerpoint atau persembahan di atas pentas. Guru-guru juga
perlu kerap menujukkan itemitem KBAT kepada pelbagai tahap murid. Ini akan
menyesuaikan murid untuk menjawab soalan yang berbentuk KBAT.

Justeru ini, persembahan item KBAT mesti dalam bentuk yang menari supaya dapat
menarik minat murid untuk menjawab sesuatu soalan. Murid-murid perlu dibiasakan
dengan pelbagai bentik item KBAT. Melalui ini, mereka tidak berasa susah untuk
menjawab soalan yang berbentuk KBAT. Di samping itu, perlu menambahbaik reka
bentuk instrument pentaksiran supaya menarik minat murid untuk menjawab
soalan tersebut.
12
4.0 Langkah Mngimplimentasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam PdP Matematik
Terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di
kalangan pelajar. 4.1 Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui
penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai
hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab
dan berdikari atas pembelajaran mereka.
Menurut Gardner dan Mille(1996), murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif
untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Murid perlu
pro-aktif dalam proses pembelajaran (Autonomy 2000 Paper Catering for Individual
Learning Styles by Fitzerald Morral and Morrison). Pemikiran baru dalam bidang
pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran
dan pembelajaran berpustkan guru kepada pembelajaran sendiri.
Objekti program pembelajaran akses kendiri ialah murid akan: Berusaha
memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Belajar untuk belajar
Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajran sendiri.
Belajar berasaskan keperluan dangaya sendiri. Bertanggungjawab mentaksir
pencapaian sendiri. Ciri-ciri pembelajaran akses kendiri. Enviromen pembelajaran
fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. Mudah akses kepada bahan pembelajaran
dan bantuan fasilitator Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
Belajar secara bersendirian/kumpulan Belajar mengikut kadar dan kemampuan
individu
13
Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri. Bahan-bahan PAK merangkumi cara
penyimpanan dan penyusunan bahan-bahan atau peralatan PAK untuk menjamin
ketahanan dan jangka hayatnya. a. Bahan bercetak Lembaran Kerja -disusun
mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah
-disusun di dalam kotak (browser boxes) -kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
-dibalut dengan plastic(laminate) untuk ketahanan/keselamatan Buku/ majalah/

surat khabar -disusun di sudut bacaan -disusun di ats rak b. Bahan bukan bercetak
Pita kaset/video/cakera padat -disusun di atas rak -disusun secara menegak
supaya mudah dikenal pasti tajuk.
4.2 Modal Pembelajaran interaktif
Model pembelajaran interaktif ini dirancang agar pelajar akan bertanya dan
kemudian menemukan jawaban persoalan mereka sendiri (Faire & Cosgrove dalam
Harlen, 1992). Meskipun pelajar-pelajar mengajukan pertanyaan dalam kegiatan
bebas, pertanyaan-pertanyaan tersebut akan terlalu melebar dan seringkali kabur
sehingga kurang terfokus. Guru perlu mengambil langkah khusus untuk
mengumpulkan, memilah, dan mengubah pertanyaanpertanyaan tersebut ke dalam
kegiatan khusus. Model pembelajaran interaktif memiliki lima langkah. (1)
persiapan, (2) kegiatan penjelajahan, (3) pertanyaan
14
(4) penyelidikan, (5) refleksi 4.3 Projek
Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif
dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam penyiasatan yang berterusan dan
berkerjasama (Bransford & Stein, 1993). Merujuk kepada model pembelajaran
berasaskan projek yang diperkenalkan oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah
dalam model Merill untuk melaksakan projek. Antara langkah-langkahnya adalah:
1. Menentukan tajuk 2. Perancangan pelaksaan projek 3. Pembiaan jadual dan
penentuan prosedur projek 4. Pembimbingan 5. Penilaian dan refleksi Projek akan
meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan
prinsip. Prestasi murid-murid ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan
penyediaan butirbutir serta hujah yang tepat. (Newmann & Wehlage 1995). Kaedah
pembelajaran berasaskan projek telah menukarkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.
4.4 Modal penyelesaian masalah
Menurut The Conditions of Learning (3nd.ed), Gagne membincangkan tentang
peranan guru diperluaskan dalam mendidik pelajar menyelesaikan masalah (Gagne,
R.M. 1977). Di dalam perkara ini ini masalah juga perlu dikenalpasti dan dalam
situasi tertentu perlu ada matlamat untuk menyelesaikan. Perlu ada keinginan
untuk mencari titik kesudahan dan mempunyai laluan untuk mencapai matlamat
yang diidamkan. Pakar yang menyelesaikan masalah selalunya menentukan
subgoal/ matlamat kecil apabila dia bergerak untuk penyelesaian terakhir (Schunk
1991).
15
Heuristik berasal daripada perkataan Greek Heurisco yang bermaksud SAYA
CARI , SAYA JUMPA. Ia juga merupakan satu kaedah meneroka dan salah satu alat

untuk kita menyelesaikan masalah. Kaedah Heuristik boleh melibatkan gambar


rajah, jadual, dan model. Ini membolehkan kita memilih cara yang efektif untuk
menyelesaikan masalah. Strategi dalam kaedah Heuristik 1. Lukis Gambar atau
Gambarajah 2. Cari Pola 3. Teka, Semak & Ulang 4. Guna Objek 5. Buat Senarai
Semak 6. Guna Jadual 7. Guna Ayat Matematik 8. Penyelesaian ke Belakang 9. Guna
Kaedah Logik 10. Permudahkan
Menurut polya (1957), penyelesaian masalah yang baik mengandungi empat fasa.
Beliau mendefinisikan sebagai fasa pertama sebagai memahami masalah. Tanpa
memahami maksud masalah tersebut, mereka seterusnya dapat merancang
langkah seterusnya. Contoh bagi masalah rutin seperti berikut: polya
mencadangkan pada fasa ketiga dengan melaksanakan rancangan tersebut.
Penyelesaian yang diambil bagi mengesahkan ketepatan penyelesaian. Prinsip
empat langkah adalah proses yang George Polya telah mencadangkan dalam
bukunya. Tiada jalan cepat dalam menyelesaikan bukan rutin atau aplikasi masalah
tetapi empat langkah ini berguna sebagai panduan mencari penyelesaian. Masalah
bukan rutin tidaklah mudah sebagaimana ia perlukan kemahiran, strategi dan
pengalaman bersama penganalisaan masalah sebahagian sebelum mencapai
matlamat atau jawapan bagi masalah.
16
4.5 Program i-Think Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat
berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti
kemahiran aras tinggi. Program i-THINK telah mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi
perlaksanaan whole-school approach dimulakan pada tahun 2012.
Ringkasnya, pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di
bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah
bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di
Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan
seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Objektif program i-Think Murid dan Guru dapat berfikiran kreatif dan kritis
Murid berupaya membuat refleksi kendiri Murid lebih bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka. Menjadikan sekolah tempat yang seronok
belajar dan murid bebas memberikan pandangan yang positif Merapatkan
hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator
Terdapat lapan peta pemikiran dalam program i-think 1. PETA BULATAN 2.
PETA POKOK 3. PETA BUIH 4. PETA BUIH BERGANDA 5. PETA ALIR 6. PETA
ALIR BERGANDA 7. PETA DAKAP 8. PETA TITI
17
4.6 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu
sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa
melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan
(jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang
mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan
keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar
pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan
negara Malaysia ke aras negara maju.
5. Kesimpulan
Keberkesanan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi melalui pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada beberapa factor, antaranya ialah guru,
pendekatan yang digunakan dan bahan yang dipilih. Guru harus mempunyai
pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengajar. Guru juga harus
peka terhadap keperluan mengajar kemahiran berfikir. Pendekatan yang digunakan
oleh guru harus memastikan bahawa terdapat penglibatan pelajar yang aktif di
mana pelajar mempunyai peluang yang cukup untuk melalui proses pemikiran aras
tinggi. Oleh kerana itu, semua pihak harus berganding bahu untuk
mengimplikasikan kemahiran KBAT di kalangan masyarakat.
18
Rujukan
Ahmad, E., Razali, H., Jamaludin, H. dan Mohd Yusop, H. (2009). Cabaran
Pemdidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Di Malaysia: Peranan UTHM Dalam
Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Kertas Institusi seminar Jawatankuasa
Penyelarasan Pendidikan Guru 2009. Impiana Casuarina, Ipoh: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Ainon & Abdullah (1994). Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Baharom, M., Ahmad, E. & Husin Junoh (2008). Psikologi Pendidikan Dalam PTV.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Penerbit UTHM.
Bess, J. L. (1998). Teaching Well: Do You Have To Be Schizophrenic? The Review of
Higher Education. 22(1). 1-15.
Beyer, B. K. (1988). Developing A Thinking Skills Program. Boston, Mass: Allyn &
Bacon.
Dewey, J. (1933). How We Think: A Restatement Of The Relation of Reflective
ThinkingTo The Educative Process. D.C: Heath And Co. Mass

Ewing, J. C. (2006). Teaching Techniques and Cognitive Level of Discourse,


Questions and course Objectives, and Their Relationship to Student Cognition in
College of Agriculture Class Session. The Ohio State University: Ph.D Dissertation.
Kuh, G. D. (2001). Assessing What Really Matters To Student Learning: Inside The
National Survey of Student Engagement. Change: The Magazine of Higher
Learning. 33(3). 131-137.
Lewis, A. & Smith, D. (1993). Defining Higher Order Thinking Theory Into Practice.
32. 131-137.
Marzano, R. J. (1992). A Different King of Classroom: Teaching with Dimension of
Learning. Alexandria, VA: ASCD.
19
Marzano, R. J., Pickering, D. J. & McTighe, J. (1993). Assessing Student Outcomes:
Performance Assessment Using The Dimension of Learning Model. Alexandria, VA:
ASCD.
Marzano, R. J., Pickering, D. J., arredondo, D. E., Blackburn, G. J., Brandt, R. S.,
Moffett, C. A., Paynter, D. E., Pollock, J. E., & Whisler, J. S. (1997). Dimensions Of
Learning: Teachers Manual. Alexandria, VA: ASCD.
Mayer, R. E. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. San Francisco: Freeman.
Mohd, A. & Hassan, A. (2001). Pemikiran Lateral : Teknik-Teknik Berfikir Cara Baru
Untuk Menerbitkan Idea-Idea Kreatif. BentongPTS Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Newmann, F. M. (1990). Higher Order Thinking In Teaching Social Studies: A
Rationale for The Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of Curriculum
Studies. 22. 41-56.
Nickerson, R. S., Perkins, D. N. & Smith, E. E. (1985). The Teaching Of Thinking.
Hillsdale, N. J.: Lawrence Erlbaum.
Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). Creating More Thoughtful Learning
Environment. in J. Mangieri & C. C. Blocks (Eds.). Creating Powerful Thinking In
Teachers And Students Diverse Perspectives. Forth Worth: Harcourt Brace College
Publishers.
Philips, A. J. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir Teori dan Amalan. Selangor:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Smith, E. E. & Medin, D. L. (1981). Categories And Concepts. Cambridge, Mass:
Harvard University Press.

Som, Hj. N. & Mohd Dahalan, M. R. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif (KBKK). Malaysia: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Stahl, R. J. (195). Cognitive Information Processes And Processing Within A
Uniprocess And Processing Within A Uniprocess Superstructure/ Microstructure
Framework: A Practical Information-Based Model. Unpublished Manuscript.
University of Arizona, Tucson.
20
Weimer, M. E. (2003). Focus On Learning, Transform Teaching. Change: The
Magazine of Higher Learning. 35(5). 49-54.
Whittington, M. S. (2003). Improving The Cognitive Capacity Of Students By fully
Engaging Professors In The Teaching And Learning Process. Unpublished
Manuscript. The Ohio State University.
Yee, M. H., Jailani, M. Y.,Noraini, O., Suzanna, I., Tee, T. K. (2010b). The Perception
Of Student On Mastering The Level Of Higher Order Thinking Skills In Technical
Education Subjects. Proceeding The 3rd Regional Conference On Engineering
Education & Research In Higher Education 2010. Skudai, Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Anderson, S. E. (2010). Moving change: evolutionary perspectives on educational
change. Second International Handbook of Educational Change, 23: 65-84.
Baharudin Yaacob. (2003). Pemikiran pendidik guru terhadap hasrat dan
pelaksanaan inovasi kurikulum di maktab perguruan: satu kajian kes. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan pada
Berg, B. L. (2007). Qualitative research methods for the social sciences. 6th Edition.
Boston: Pearson Education Inc. 19 - 20 Ogos 2003.
Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th
George, A. A., Hall, G. E. & Stiegelbauer, S. M. (2006). Measuring implementation in
schools: the stages of concern questionnaire. Austin, TX: SEDL. Edition. New York:
Teachers College, Columbia University.
Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2008). Globalisasi dan
cabaran pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31 (1): 91-100.
Hall, G. E, Dirksen, D. J. & George, A. A. (2006). Measuring implementation in
schools: Levels of use. Austin, TX: SEDL

Anda mungkin juga menyukai