Anda di halaman 1dari 3

Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah

1.

PENGENALAN Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran dan

pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lainlain. Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan pelajaran agar perlaksanaan pengajaran itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembelajaran pula didefinisikan sebagai proses m emperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Woolfolk (1980), didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakar-pakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari peringkat sekolah rendah. Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif para pelajar terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang efektif untuk memastikan para pelajar mendapat ilmu

pengetahuan yang bermakna. Masalah pembelajaran sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya.

Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah.

Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor penyebab utama mengapa para pelajar kurang meminati mata pelajaran sains di sekolah rendah. Murid-murid sering menyatakan bahawa belajar sains dan matematik adalah membosankan. Melalui kefahaman mereka, pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan.

Kesukaran menerima pengetahuan baru Pengetahuan baru merupakan sesuatu yang asing bagi murid-murid

khas. Kesukaran mereka menerima pengetahuan baru tersebut bergantung kepada keperluan individu atau kumpulan murid tersebut. Mereka seringkali menghadapi masalah dalam koordinasi badan, pengamatan, kemahiran motor, tumpuan,daya ingatan yang lemah dan sebagainya Guru perlu merancang dan membina pengetahuan baru sesuai dengan keupayaan murid agar dapat menarik minat murid ke arah sesuatu pembelajaran.

Kesukaran memahami buku teks sains Murid bermasalah pembelajaran biasanya akan menghadapi kesukaran untuk dan memahami buku teks sains. Ini disebabkan kebanyakan

membaca

mereka Mempunyai masalah menguasai bahasa terutama membaca ayat yang panjang serta memahaminya. Bahasa dan kandungan buku t eks yang agak susah tidak dapat diikuti oleh murid khas yang menghadapi berbagai masalah. Dalam mengatasi masalah sebegini guru perlu bijak memainkan peranan dengan memberi pengenalan kepada tajuk yang akan dibincangkan bersama-sama murid serta bercerita atau menggunakan strategi penyampaian pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid tersebut. Melalui kaedah bercerita , menunjukkan model dan lainlain kaedah yang sesuai-pelajaran sains dapat disampaikan kepada murid. Dengan

bantuan guru, perkara yang sukar akan dapat diatasi danini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang sains.

Kesukaran mengikut arahan Apabila sesuatu arahan diberikan, adalah sukar dari murid ini menerima dan melaksanakannya dengan sempurna. Ini adalah kerana mereka perlu diberi penerangan yang jelas serta berulang kali. Dalam hal ini guru harus mengenalpasti apa sebenarnya masalah murid bagi membantu mereka. Bagi membolehkan mereka menerima dan melaksanakan arahan dengan baik, arahan tersebut perlu disampaikan dengan penerangan yang jelas,mudah difahami serta mengambil kira keupayaan murid. Pengulangan arahan serta sentiasa memberi perhatian kepada kerja-kerja yang dijalankan akan membuatkan murid-murid ini berupaya

menjalankan tugasan dengan sempurna.

Kesukaran mengaplikasi konsep Bagi murid, memahami sesuatu konsep sains itu adalah sukar apatah lagi bagi mengaplikasikan konsep tersebut. Dengan berbagai masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran, mereka perlu diberi peluang sepenuhnya untuk melatihkan diri dalam mengaplikasikan konsep yang dipelajari. Inidapat dilakukan dengan bimbingan guru dan menggunakan langkah yang terperinci yang dipermudahkan. Selain daripada itu, guru perlulah memberi peluang kepada muridmurid mengekspresi diri mereka bagi mengaplikasikan konsep yang di pelajarinya tidak kira samada betul ataupun salah pada peringkat permulaan. Bimbingan seterusnya perlu diberikan bagi meningkatkan pemahaman murid-

murid. Pengajaran kepada murid-murid permasalah pembelajaran ini hendaklah sentiasa diperkukuhkan bagi meningkatkan motivasi serta menimbulkan minat dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai