Anda di halaman 1dari 2

Nuaimah binti Ahmad Zaiki@Ahmad Zaki

D12203347

Tugasan :

Berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Tingkatan 4, huraikan bagaimana anda mengajar aspek
seni bahasa (peribahasa) dalam kelas tersebut. huraian dalam bentuk karangan ( bukan RPH)

Cara saya mengajar aspek seni bahasa (peribahasa) dalam kelas ialah dengan menggunakan
teknik DeSIR. Teknik ini saya pelajari daripada salah seorang guru cemerlang bahasa Melayu
dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Mulia, Cheras, iaitu cikgu Haslindar Nor binti
Ismail. Saya telah mengikuti beberapa siri seminar yang dianjurkan oleh beliau bagi
memahirkan teknik mengajar menggunakan teknik ini kepada pelajar-pelajar saya.

Teknik DeSiR merupakan satu kaedah pemudah cara untuk pelajar memahami dan
menghayati maksud peribahasa Melayu dengan cepat dan mudah. Teknik ini dapat
merangsang pemikiran kognitif pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Teknik DeSiR
menggunakan pendekatan pembelajaran konstektual iaitu pelajar dapat memproses
pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baharu dengan cara bermakna dalam rangka minda
mereka.

Dengan menggunakan pendekatan teknik DeSiR ini, pelajar dibantu untuk mentafsir
maksud sesuatu peribahasa dan secara tidak langsung pelajar dapat menghayati nilai murni
yang ingin disampaikan dalam peribahasa tersebut. Teknik DeSiR menggariskan langkah-
langkah yang mudah diingat bagi mencari maksud peribahasa. Akronim yang digunakan
berdasarkan konsep yang terlibat dalam setiap langkah yang diberikan seperti di bawah:

Kata kunci Huraian


De Definisi sifat kata nama dalam peribahasa
Si Situasi yang digambarkan dalam peribahasa
R Rasional situasi yang digambarkan dalam peribahasa lalu
dikaitkan dengan sifat dan perilaku manusia atau keadaan
manusia itu sendiri.

Hal ini demikian kerana, generasi muda sekarang kurang diberi pendedahan tentang
peribahasa Melayu. Melalui teknik ini, pelajar dapat mengenali dan mencintai peribahasa
Melayu seterusnya dapat mengaitkan peribahasa dalam kehidupan seharian.

Melalui teknik DeSiR ini, peribahasa Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.
Apabila tercetusnya inovasi ini, secara tidak langsung pemahaman terhadap maksud tersirat
peribahasa Melayu dapat ditafsir dengan mudah oleh sesiapapun akan berminat mempelajari
peribahasa Melayu.

Selain itu, inovasi ini memberi pendedahan kepada murid-murid cara


mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) apabila mereka mencari maksud
sesuatu peribahasa. Rumusnya, teknik ini memberi pendedahan kepada pelajar bahawa
peribahasa Melayu merupakan cerminan falsafah, peraturan sosiobudaya, keperibadian dan
nilai murni masyarakat Malaysia yang harus difahami dan dihayati makna tersiratnya

Anda mungkin juga menyukai