Anda di halaman 1dari 11

PENGUASAAN MAKNA PANTUN : SATU ANALISIS PRAGMATIK

Mazura binti Sulaiman


Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
08000, Sungai Petani, Kedah
mazura@ipsah.edu.my
mazura_sulaiman@yahoo.com
Abstrak
Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadikannya sebagai mata
pelajaran teras pada semua peringkat persekolahan. Bahasa merupakan satu entiti yang
terdiri daripada dua komponen pengetahuan, iaitu tatabahasa dan penguasaan berbahasa
yang merujuk kebolehan para pengguna bahasa memilih dan menggunakan unsur-unsur
bahasa dengan betul dan bersesuaian dengan keadaan bagi memungkinkan pelbagai
tujuan komunikasi mendapat kesan yang diharapkan. Semantik merupakan bidang yang
mengkaji makna dalam sesuatu bahasa manakala pragmatik merupakan bidang yang
menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian yang berbentuk abstrak.
Pantun merupakan satu artifak yang bukan sahaja digunakan dalam kehidupan orang Melayu
tetapi mempunyai berbagai-bagai makna dan fungsi dalam budayanya. Menterjemah pantun
memerlukan pengajian dan pengetahuan yang secukupnya. Justeru perlu ada gabungan
semantik dan pragmatik untuk menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang
mendalam. Kajian ini merupakan tinjauan untuk mengetahui sejauh mana penguasaan
menghuraikan makna pantun dalam kalangan guru. Responden kajian ini terdiri daripada 44
orang guru Program Pensiswazahan Guru Semester 6 yang telah mengikuti kursus BMM3112
Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu pada semester tersebut. Instrumen kajian ini
memerlukan responden menghuraikan makna pembayang dan maksud kepada empat buah
pantun yang telah diketahui umum. Dapatan kajian mendapati lebih 70 peratus responden
tidak dapat memberi huraian yang tepat berkaitan keempat-empat pantun tersebut
terutamanya untuk huraian pembayang. Kajian ini membuktikan perlunya para guru diberi
pengetahuan pragmatik yang lebih mendalam agar mereka dapat memberi huraian yang jelas
dan jitu kepada murid-murid mereka tentang makna berdasarkan konteks tersebut khususnya
dalam memperihalkan makna pantun yang sememangnya cukup tersirat.
Kata kunci : penguasaan, makna pantun, analisis pragmatik

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Pantun Melayu merupakan hasil rakyat tertua yang disebarkan secara lisan. Pantun
tergolong dalam corak sastera yang berbentuk non-narrative atau bukan cerita. Pantun
merupakan bentuk puisi tradisional. Pantun itu ialah hasil daya cipta masyarakat Melayu lama
yang tinggi, asli dan mempunyai nilai estetika selain merupakan pancaran hidup masyarakat
Melayu lama. Hal ini kerana pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia,
memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat manusia.

Pragmatik merupakan suatu ilmu penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang


melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor kedua-duanya
(linguistik dan bukan linguistik). Bidang pragmatik ini dapat membantu para guru untuk
memperolehi makna yang lebih berkesan seterusnya mampu menyampaikan kepada anak
murid mereka tentang makna tersebut dengan tepat, jelas dan jitu.

Sebagai seorang guru bahasa Melayu, penguasaan ilmu pragmatik amatlah perlu
sebagai wahana untuk memastikan mereka dapat menyampaikan makna yang tersirat di
samping yang tersurat apabila pelbagai kemahiran berbahasa Melayu.

Dalam konteks

pendidikan Malaysia aplikasi ilmu pragmatik ini amat signifikan dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang bermatlamat untuk membolehkan murid berketerampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh
pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam
kehidupan harian.

Pernyataan Masalah

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama,
nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau
kegunaannya sendiri. Sebagai seorang guru khususnya guru bahasa Melayu adalah menjadi
keperluan untuk dapat menhuraikan dan menjelaskan makna pantun kepada anak muridnya.
Guru bahasa Melayu yang baik bukan sahaja sekadar memguasai kecekapan menguasai
rumus linguistiknya, tetapi sepatutnya dilihat juga kecekapan para guru ini dalam menguasai

bahasa Melayu melalui pengetahuan bukan linguistiknya. Hal ini kerana, penguasaan dalam
sesuatu bahasa itu bukanlah diukur daripada kecekapan tatabahasa semata-mata, tetapi turut
diukur melalui kemahiran individu tersebut menggunakan bahasa mengikut konteks yang
bersesuaian.

Bahasa merupakan satu entiti yang terdiri daripada dua komponen pengetahuan,
iaitu tatabahasa dan penguasaan berbahasa. Istilah tatabahasa merujuk peraturan-peraturan
yang diguna pakai dalam menyusun pelbagai unsur dalam sesuatu bahasa agar bersesuaian
dengan kaedah penyusunan secara sintagmatik atau secara mendatar (Zulkifley Hamid, Ramli
Md Salleh & Rahim Aman, 2006). Manakala penguasaan bahasa pula merujuk kepada
pemahaman para pengguna bahasa tentang pelbagai kekangan sosial yang wujud dalam
pelbagai wacana atau situasi berbahasa. Dengan perkataan lain, penguasaan berbahasa
merupakan kebolehan para pengguna bahasa

memilih dan menggunakan unsur-unsur

bahasa dengan betul dan bersesuaian dengan keadaan bagi memungkinkan pelbagai
tujuan komunikasi mendapat kesan yang diharapkan. Seseorang yang mengetahui sesuatu
bahasa mempunyai pengetahuan yang lebih daripada hanya yang membolehkan beliau untuk
memahami, bertutur, membaca dan menulis ayat-ayat. Dia juga tahu bagaimana ayat-ayat
digunakan

untuk

mendapatkan kesan komunikasi yang dikehendaki. Justeru dalam

pengajaran pantun semua aspek ini perlu diambil kira. Justeru penguasaan bidang pramatik
ini mampu mengisi kekosongan ruang tersebut.

Pentafsiran yang salah terhadap penggunaan ayat yang berbagai-bagai dalam bentuk
perbualan dan penulisan memberi implikasi terhadap ketepatan maksud (Hashim Fauzy
2001). Sesuatu bahasa mempunyai makna untuk berfungsi dalam masyarakat penggunanya.
Penerokaan tentang makna tidak terhenti setakat mengkaji makna yang dibawa oleh
perkataan-perkataan tertentu dalam konteks tertentu semata-mata. Pengkajian yang
berasaskan bidang pragmatik dirasakan akan menjawab persoalan tentang makna,. Teori dan
prinsip asas bidang pragmatik dijadikan kerangka dasar bagi menganalisis makna sesuatu
ujaran, termasuklah ujaran yang terdapat dalam karya-karya bertulis. Prinsip pragmatik
berjaya menghuraikan makna yang bersifat implisit atau yang mempunyai maksud lain.
Dalam agihan kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah juga dalam Program Pensiswazahan Guru, bidang pragmatik ini ada diajar dalam
kursus Pengantar Linguistik Bahasa Melayu (BMM3107). Walau bagaimanapun agihan masa
untuk bidang ini amatlah sedikit. Dalam kursus BMM3107, tajuk Pragmatik diletakkan di

bawah tajuk Struktur Linguistik bersama-sama dengan tajuk kecil lain semantik dan analisis
wacana, dan cuma diperuntukkan jumlah waktu 2 jam interaksi. Meskupun terdapat kursus
Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111) ia masih belum tentu memastikan para
guru dan bakal guru ini dapat menjelaskan makna pantun ini kepada anak murid mereka
tanpa bantuan dan penguasaan ilmu pragmatik.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk:


1.

mengenal pasti tahap penguasaan makna pantun dalam kalangan guru berdasarkan
analisis pragmatik.

2.

membuktikan kepentingan bidang pragmatik perlu dikuasai oleh para guru bahasa
Melayu khususnya untuk menjelaskan makna pantun.

Kepentingan Kajian

Kajian ini selain dapat memberi sumbangan kepada proses PdP kecekapan berbahasa
Melayu juga dapat :

1.

mencadangkan bidang pragmatik sebagai satu aspek pengajaran kemahiran


berbahasa bahasa Melayu.

2.

dapat mengaplikasikan bidang pragmatik semasa pengajaran dan pembelajaran


kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu

3.

memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkembangan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu

4.

memenuhi hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk melahirkan insan yang
seimbang , berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,
sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Batasan Kajian

Kajian ini cuma dijalankan kepada 42 orang guru PPG Semester 6 Major BM di IPG
Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Hanya empat rangkap pantun yang

digunakan dalam kajian ini. Skala yang digunakan untuk mengukur tahap penguasaan makna
pantun juga terbatas pada kajian ini sahaja.

KAJIAN LITERATUR

Nor Hashimah Jalalalludin dan Julaina Nopiah(2011) telah menjalankan kajian bertajuk
Penguasaan tatabahasa remaja Malaysia: satu analisis pragmatik yang melibatkan 300 orang
murid tingkatan 4 di seluruh Malaysia menunjukkan menunjukkan bahawa remaja Malaysia
masih lemah dalam menguasai soalan yang memerlukan maklumat pragmatik. Secara
keseluruhannya, tahap penguasaan pragmatik remaja Malaysia masih pada tahap kurang
memuaskan (memperoleh peratusan) betul antara 50-69 peratus bagi berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul, bermuka-muka dan terkemuka.

Zaitul Azma (2000) juga telah menjalankan kajian bertajuk penguasaan bahasa dalam
pertuturan kanak-kanak Melayu: Satu analisis pragmatik mendapati terdapat kekaburan
penggunaan kata ganti nama diri dia dan kita dalam kalangan responden. Di sarnping itu,
dapatan kajian juga rnenunjukkan kanak-kanak Melayu.dapat rnembina konsep yang rnereka
amati daripada konteks, kemudian dilahirkan melalui kata bandingan semacam. Penggunaan
kata bandingan semacam yang terdapat dalam pertuturan kanak-kanak Melayu rnenyerlahkan
tahap kernatangan, kognisi, input pengalarnan, alam persekitaran, dan sosiobudaya
penutumya. Hasil kajian juga menunjukkan konteks berfungsi menetapkan makna bagi
perkataan yang kanak-kanak gunakan dalam pertuturan mereka.

Ahmad Mahmood Musanif dan rakan-rakan (2010) yang telah membuat kajian
berkaitan penguasaan makna peribahasa dalam kalangan 209 pelajar sekolah menengah
menggunakan teori pragmatik Sperber Wilson (1995) mendapati kebanyakan pelajar luar
bandar masih mengamalkan dan mengetahui makna peribahasa berbanding pelajar di bandar.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah
tinjauan yang menggabungkan antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang kukuh untuk

memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya. Kuantitatif merujuk dapatan borang soal
selidik analisis markah pencapaian penguasaan makna yang dijawab oleh responden manakala
kualitatif berdasarkan huraian kepada dapatan analisis.

Sampel Kajian

Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 42 orang guru Program
Pensiswazahan Guru (PPG) Major Bahasa Melayu semester 6 tahun 2014

yang telah

mengikuti kursus Pengantar Linguistik Bahasa Melayu (BMM3107) pada semester 4 dan
Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3112) pada semester 6.

Instrumen Kajian

Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah:


i)

Borang maklumat demografi responden dan 4 Soalan huraian makna empat rangkap
pantun yang digunakan. (Lampiran 1)

ii)

Skema pemarkahan holistik makna huraian pantun. (Lampiran 2)

Prosedur Pengumpulan Data

Soal selidik diberikan dan dijawab oleh responden (Bahagian A). Responden
kemudiannya menjawab soalan berkaitan huraian makna 4 rangkap pantun empat kerat yang
diberikan (Lampiran 1). Jawapan responden kemudiannya disemak berdasarkan penilaian
secara holistik mengikut skala yang telah dibina khusus untuk kajian ini.

Analisis Data

Data yang dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara manual memandangkan
analisis hanya menggunakan statistik deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan.
Huraian makna pantun yang dijawab oleh responden disemak oleh penyelidik dan
berdasarkan skor yang diperolehi, tahap penguasaan responden dikategorikan mengikut skala
yangbtelah ditetapkan. Skala yang diguna pakai dalam kajian ini hanya sah untuk kajian ini
sahaja. Berikut ialah skala penguasaan makna pantun yang digunakan.

Jadual 1 : Skala Tahap Penguasaan Makna Pantun


Skala Penilaian/
Tahap Penguasaan
Sangat menguasai

Skor Peratus (%)


85 ke atas

Menguasai

70-84

Kurang menguasai

50-69

Tidak menguasai

0-49

Untuk memudahkan kefahaman, analisis data dipersembahkan dalam bentuk jadual


dan graf bar.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Responden Kajian

Jantina

Bilangan

Peratusan

Lelaki

19

45

Perempuan

23

55

Jumlah

42

100

Jadual 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

Umur

Bilangan

Peratusan

46 - 50 tahun

38

90

40 - 45 tahun

10

Jumlah

42

100

Jadual 2: Bilangan Responden Mengikut Umur

Analisis dan Perbincangan Jawapan Huraian Makna Pantun

25
20
Sangat Menguasai

15

Menguasai
10

Kurang Menguasai
Tidak Menguasai

5
0
Pantun 1

Pantun 2

pantun 3

Pantun 4

Rajah 1 : Penguasaan Makna Pembayang Pantun

Analisis menunjukkan untuk huraian makna pembayang kepada pantun 1, cuma 4


responden sangat menguasai makna pembayang manakala 10 orang menguasai , 13 orang
kurang menguasai dan 15 orang tidak menguasai. Dapatan untuk huraian makna pembayang
pantun 2 pula menunjukkan cuma 2 responden sangat menguasai makna pembayang pantun
2, 7 menguasai manakala selebihnya 23 responden berada pada tahap kurang menguasai dan
10 tidak menguasai. Analisis dapatan Pantun 3 menunjukkan sebanyak 10 orang berada pada
tahap sangat menguasai dan jumlah yang sama pada tahap menguasai, manakala 16 pada
tahap kurang menguasai dan 6 tidak menguasai. Pantun 4 pula, sebanyak 5 pada tahap
penguasaan sangat baik , 10 menguasai, 17 kurang menguasai dan 10 pada tahap tidak
menguasai.

20
15
Sangat Menguasai
Menguasai

10

Kurang Menguasai
5

Tidak Menguasai

0
Pantun 1

Pantun 2

Pantun 3

Pantun 4

Rajah 2 : Penguasaan Maksud Pantun

Analisis menunjukkan untuk huraian maksud kepada pantun 1, cuma 5 responden


berada pada tahap sangat menguasai manakala 15 orang menguasai, 15 orang kurang
menguasai dan 12 orang tidak menguasai. Dapatan untuk huraian maksud pantun 2 pula
menunjukkan 10 responden membuat huraian maksud pada tahap sangat menguasai , 15
menguasai manakala selebihnya 17 responden berada pada tahap kurang menguasai dan 10

tidak tidak menguasai. Analisis dapatan Pantun 3 menunjukkan sebanyak 10 orang berada
pada tahap penguasaan sangat baik dan 15 menguasai , manakala 17 pada tahap kurang
menmguasai dan 10 tidak menguasai.

Pantun 4 pula, sebanyak 5 pada tahap sangat

menguasai , 10menguasai, 17 kurang menguasai dan 10 pada tahap tidak menguasai.

Dengan meneliti huraian-huraian yang diberi juga penyelidik mendapati kebanyakan


responden cuma mampu memberi makna secara harfiah sahaja kepada makna pembayang
mahupun maksud keempat-empat pantun tersebut. Tidak terdapat usaha untuk mengaitkan
pantun-pantun itu dengan sisi budaya masyarakat, agama mahupun konteks masa dan situasi
pantun itu digunakan. Kesimpulan yang dapat dibuat responden hanya mampu menjelaskan
makna pantun-pantun ini dengan mudah dan tidak mendalam.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Rumusan Dapatan dan Perbincangan

Hasil daripada analisis data, jelas sekali bahawa kebanyakan responden iaitu para guru
gagal memberikan huraian makna pantun yang diberikan dengan tepat dan mendalam. Hal ini
paling ketara pada huraian makna pembayang untuk keempat-empat pantun yang diberikan.
kebanyakan responden cuma memberi huraian secara literal dengan melihat makna ayat
semata-mata tanpa mengaitkan dengan sosiolinguistik. Paling ketara pada makna pembayang
pantun yang kedua iaitu :
Berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki.

Walau bagaimanapun dari segi huraian maksud pantun jelas ada peningkatan pada
tahap penguasaan dalam kalangan responden. Kemungkinan besar kerana selama ini kita
lebih memberi tumpuan kepada maksud dan mengabaikan makna pembayang pantun.
Meskipun begitu, huraian yang diberikan juga masih bersifat huraian secara literal.

Sesungguhnya, jika para guru mampu menerangkan makna pantun-pantun ini dengan
jelas dan mendalam, dikaitkan dengan sosio dan budaya, agama dan amalan masyarakat
pastinya matlamat melahirkan insan yang seimbang itu mampu direalisasikan, justeru peranan
bidang pragmatik ini amat penting didalami dan dipelajari.

Tujuan sesuatu program pendidikan bahasa dibentuk dan dilaksana adalah untuk
menyampaikan pengetahuan bahasa yang menyeluruh dan sempurna kepada para pelajar
Pengetahuan bahasa yang menyeluruh ialah pengetahuan bahasa yang dapat menjadikan
seseorang pelajar itu pengguna bahasa yang berkesan bagi kedua -dua aspek lakuan bahasa,
iaitu dalam proses penghasilan output bahasa dan juga dalam proses pemahaman input
bahasa. Sesuatu program pendidikan bahasa yang baik ialah program yang membekalkan
para pelajar dengan pengetahuan bahasa yang dapat memungkinkan seseorang pelajar
memahami input dan menghasilkan output bahasa dengan sempurna. Ini bermaksud, kuri
kulum yang dirancang haruslah kurikulum yang menyeluruh. Sesuatu program pengajaran
dan pembelajaran bahasa akan hanya dapat menjadi program yang berkesan, bermanfaat dan
berfungsi apabila program tersebut merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa,
iaitu sistem nahunya dan aspek keberkesanan penggunaannya. Ini disebabkan kedua-dua
bentuk pengetahuan bahasa ini diperlukan dalam proses lakuan bahasa yang berkesan, sama
ada dalam proses penghasilan output atau pemahaman input bahasa.
Hasil daripada dapatan kajian ini jelas menunjukkan para guru hanya dapat
menghuraikan makna harfiah sahaja tanpa dapat membuat huraian yang mendalam dan
dikaitkan dengan budaya dan persekitaran masyarakat penutur bahasa Melayu. Justeru apa
yang bakal dijelaskan kepada para pelajar oleh para guru ini pastinya tidak begitu tepat dan
jitu. Justeru para guru perlu mendalami bidang pragmatik ini yang jelas lebih mampu
menjelaskan tentang makna dengan mendalam serta berdasarkan konteks penggunaannya.

Semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya dan oleh itu pengkajian
bidang pragmatik akan menginterpretasikan makna yang bukan melibatkan faktor linguistik.
Pragamatik akan menghuraikan dan menjelaskan kekaburan makna yang lebih berbanding
semantik. Saling berhubungan dan memerlukan antara satu sama lain bagi meginterpretasi
ujaran. ilmu pragmatik dapat menghuraikan makna dengan tepat berbanding semantik
terutama dalam konteks ujaran.

Dari segi struktur kurikulum program PISMP dan PPG pula, diharapkan agar bidang
pragmatik ini diberi ratio kepentingan yang sama dengan aspek-aspek linguistik yang lain. Jika
selama ini bidang pragmatik cuma dijadikan tajuk kecil dalam satu kursus Pengantar Linguistik
Bahasa Melayu (BMM3107) manakala bidang semantik dan peristilahan mendapat ratio
sebagai satu kursus iaitu BMM3112

mungkin tiba masanya kini perkara tersebut

dipertimbangkan semula. Sebenarnya kedua-dua bidang semantik dan pragmatik merupakan


bidang yang berbeza tetapi saling melengkapi untuk memperoleh makna sebenar.

RUJUKAN
Awang Sariyan (2007) Santun Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Geoffrey Leech (1993) Prinsip Pragmatik, Hasil Terjemahan Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Hj. Husin (1995) Laras bahasa. Kuala Lumpur. Utusan Publications Distributors
Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hasyimah Hj. Jalaluddin (1992) Semantik dan Pragmatik: Satu Analisis Pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hasyimah Hj. Jalaluddin (1992) Implikatur: Satu Analisis Aspek Seni Berbahasa
Orang Melayu dlm Jurnal Dewan Bahasa, Ogos hlm. 676-690, Kuala Lumpur.
Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publications
Zulkifley Hamid (1991) Pentafsiran Makna: Pragmatik Sebagai Kaedah Yang Lebih
Lengkap dlm Jurnal Dewan Bahasa, Julai hlm. 570-575, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai