Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah bertujuan


untuk melengkapkan murid-murid dengan ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
perhubungan sosial dan urusan harian.

Selaras dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah(1983), memberi penekanan kepada kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid-murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa
ilmu untuk pembelajaran seumur hidup dan bagi perhubungan sosial,
pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.

Kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur diberi penekanan


dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Kepentingan kemahiran
mendengar dan bertutur dinyatakan melalui aspek komunikasi yang perlu
diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu penggabungjalinan kemahiran
bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

1.2 Objektif Kajian

Melalui penghasilan kerja kursus ini, terdapat beberapa objektif dan matlamat
utama yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah: -

1.2.1 Menambahkan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah dan


teknik pengajaran dalam Bahasa Melayu yang berfokuskan kemahiran
mendengar dan bertutur .
1.2.2 Mengenal pasti dan menghuraikan jenis kaedah dan teknik yang
digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan kemahiran
mendengar dan bertutur.
1.2.3 Mengaplikasi kaedah dan teknik kemahiran mendengar dan bertutur
daripada aspek penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1.3 Kaedah Kajian

Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji menggunakan


perpustakaan sebagai wadah ilmu untuk mencari bahan-bahan rujukan
sebagai input bagi menghasilkan kerja tugasan yang berkualiti dari segi isi
kandungan dan olahan idea yang bernas. Antara bahan yang telah gunakan
oleh pengkaji ialah buku-buku rujukan, majalah dan beberapa bahan media
cetak yang lain. Jaringan internet juga dijadikansebagai sumber rujukan
tambahan.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan penelitian secara terperinci kepada nota


grafik yang berkaitan dengan fungsi, kaedah dan peringkat pengajaran dalam
Bahasa Kemahiran Mendengar dan Bertutur Melayu yang berhubung kait
dengan kemahiran mendengar dan bertutur. Selain itu, kajian ini turut
memberi fokus kepada persediaan satu pengajaran harian yang mengandungi
kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar
dan bertutur. Penelitian secara terperinci juga dilaksanakan dalam
mengaplikasikan kaedah dan teknik kemahiran mendengar dan bertutur
daripada aspek penggabungjalinan dalam satu pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah dalam bentuk grafik. Di samping itu, pembinaan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian serta mengaplikasikan rancangan pengajaran
harian yang telah dibina juga turut dilaksanakan kepada murid-murid sekolah
rendah.

1.5 Definisi Kajian

Kajian ini hanya difokuskan kepada penganalisian aspek-aspek


berkaitan kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang berfokuskan
kemahiran mendengar dan bertutur.
1.6 Rumusan

Berdasarkan penyediaan beberapa perkara asas dalam tugasan projek


ini termasuklah pengenalan, objektif kajian, kaedah kajian, batasan kajian dan
definisi kajian, sedikit sebanyak ianya telah memberikan gambaran awal
berhubung isi dan kandungan yang ingin disampaikan berhubung kemahiran
mendengar dan bertutur yang merupakan proses bagi pemerolehan bahasa
dalam kanak-kanak. Hal ini juga turut menggariskan panduan dan langkah
yang perlu dipatuhi agar dapat mengasilkan satu projek yang benar-benar
baik dan berkualiti terutamanya dari segi

2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling


penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid
yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya
berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan
lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang
memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga
seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan
seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini
bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi
menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan
mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses
membaca dan menulis.
.
c
s
b
k
lh
t
g
id
r
m
n
y
a
p
u
e
K
2.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran

Kaedah adalah satu set siri tindakan guru yang sistematik bertujuan
untuk mencapai objektif pelajaran yang tertentu dalam jangka masa yang
pendek. Malah, kaedah juga yang penyampaian langkah-langkahnya disusun
dengan rapi dan teliti adalah satu cara untuk mendekati sesuatu objektif
pelajaran. Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah ditakrifkan sebagai
satu ikhtiar keseluruhan, terbentuk dalam satu set prosedur yang tersusun dan
berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih.

Teknik dari aspek pendidikan dapat ditakrifkan sebagai kemahiran guru


dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berdasarkan pendapat Edward M.
Anthony (1963), teknik merujuk kepada satu muslihat atau strategi yang
digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum.
Antaranya, teknik bercerita, teknik berbincang, teknik latih tubi, teknik
penyoalan, simulasi dan banyak lagi.

Kedua-dua perkara ini penting terutamanya dalam proses pengajaran


dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Guru akan menggunakan
kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan murid-murid agar
pencapaian mereka menjadi lebih baik dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Kaedah dan teknik yang
salah mampu memberi kesan yang buruk dan merosakkan tahap pencapaian
murid-murid tersebut. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan setiap kaedah dan
teknik tersebut haruslah dilakukan dengan teliti dan teratur.

Kaedah

Kaedah natural  penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif


 bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan
makna dan mesej
Kaedah tugasan  menekankan cara pembelajaran bahasa
berdasarkan kepada sesuatu tugas
 membolehkan pelajar berkomunikasi serta bertutur
secara meluas dan bertukar-tukar pendapat
Kaedah humanistik  menekankan kepada kepentingan dorongan emosi
dan naluri
 membina keakraban ahli-ahli kumpulan serta
menyuburkan perhubungan interpersonal dan
intrapersonal para pelajar
Kaedah terus  mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak
 sama dengan kaedah tentera kerana pernah
digunakan untuk melatih pegawai tentera dan
diplomat dalam Perang Dunia Kedua
Kaedah  memberi pengalaman serta dilakukan melalui
Aaudiolingual pengantara deria ulangan dan latih tubi

Kaedah linguistik  mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu


dengan membandingkan antara dua bahasa di
samping lebih mendahului bentuk daripada makna.
Kaedah oral-aural  membolehkan murid-murid memperkembang
keempat-empat kemahiran bahasa
 kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca
dan menulis

Teknik

Teknik drama  melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang


atau lakonan lengkap penerangannya dengan melibatkan
gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau
keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang
skrip
Teknik bercerita  suatu jalinan dan susunan yang merujuk kepada
kejadian yang berlaku sama ada benar atau
khayalan pencerita semata-mata
Teknik berbincang  teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan
di antara murid-murid dan guru di bawah penyeliaan
serta pengawalan aktiviti oleh mereka.
Teknik  satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
main peranan murid tanpa menggunakan sebarang skrip
berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah
yang timbul
Teknik  aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk
penyelesaian perkataan, teka-teki, kuiz dan pelbagai lagi
masalah
Teknik latih tubi  pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
diajar untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau
untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya
menjadi kekal
Teknik permainan  satu aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan
bahasa kesan yang sangat baik dalam pengajaran bahasa
2.2 Kaedah

2.2.1 Definisi dan konsep

Kaedah merupakan sesuatu cara atau peraturan dalam membuat


sesuatu aktiviti terutamanya dalam proses P&P, iaitu satu siri tindakan guru
yang bersistematik bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan
serta lebih bercorak kepada jangka masa pendek. Selain itu, kaedah juga
merupakan langkah bagi mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
penyampaian setiap langkah tersebut disusun dengan teliti, kemas dan
bersistematik. Oleh yang demikian, pelaksanaannya melibatkan langkah-
langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu
dituruti secara saksama bagi memastikan objektif pengajaran tercapai.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1982: 72), kaedah adalah bersifat


prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang
teratur serta harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.
Ishak Ramly (2006) pula mendefiniskan kaedah sebagai satu rancangan
tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, kaedah
ialah satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam sesuatu prosedur yang
tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Hal ini menunjukkan bahawa kaedah juga merupakan satu usaha


keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan
yang dipilih selain digunakan bagi mendokong pendekatan itu. Secara tidak
langsung, perkara ini membuktikan bahawa sesuatu kaedah itu tidak boleh
bercanggah sama sekali dengan pendekatan yang telah dipilih. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa misalnya, kaedah meliputi
penganalisaan bahasa itu.

Bukan itu sahaja, sesuatu kaedah yang dipraktikkan oleh guru dapat
memberi kesan yang mendalam terhadap proses pembelajaran di samping
mengakibatkan kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam pelajaran dan
pendidikan mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam proses
pengajaran bahasa di dalam bilik darjah, antaranya ialah kaedah natural,
kaedah tugasan, kaedah terus, kaedah ajuk-hafaz, kaedah linguistik, kaedah
humanistik, kaedah oral-aural dan banyak lagi. Secara keseluruhannya,
ternyatalah bahawa kaedah itu adalah bersifat prosedur.

2.2.2 Jenis-jenis kaedah

Kaedah Natural
Kaedah natural adalah satu kaedah yang berasaskan kepada
penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam
pedekatan-pendekatan tradisional tetapi kurang dalam menekankan rujukan
kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa
tertentu. Menurut Krashen dan Terrell (1983), pendekatan ini disebut sebagai
natural, psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik,
tiruan (imitative) , dan sebagainya. Selain itu, kaedah ini juga merujuk kepada
bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Hal ini
menunjukkan bahawa sesuatu penguasaan itu hanya akan berlaku apabila
seseorang itu berjaya memahami mesej dalam bahasa sasaran.

Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai


penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat. Teori pembelajaran
bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara bagi
memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition)
dan pembelajaran (learning). Penguasaan merupakan cara yang semula jadi
dan terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama
mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai dengan
melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan
bahasa untuk komunikasi yang bermakna.

Pembelajaran pula ialah satu proses yang melibatkan peraturan-


peraturan secara sedar tentang bagaimana bahasa itu diperkembangkan.
Proses ini akan diakhiri dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk
sesuatu bahasa itu dan berkeupayaan untuk merealisasikan pengetahuan
yang sedia ada ke dalam bentuk lisan. Walau bagaimanapun, pengajaran
yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku serta
pembetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan
yang telah dipelajari.

Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah


dan penekanannya adalah lebih tertumpu kepada persembahan input
pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru akan berfokus kepada barang-
barang yang ada di dalam kelas dan menggunakan kandungan gambar
seperti yang dilakukan dalam kaedah terus semasa proses P&P itu dijalankan
serta bagi mengurangkan rasa tertekan dalam kalangan murid membuatkan
mereka tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehinggalah mereka
sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian.

Dalam kaedah ini, guru merupakan sumber utama bagi membolehkan


sesuatu input pemahaman itu berlaku dalam bahasa sasaran manakala masa
kelas pula adalah secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input
untuk penguasaan. Malah, guru juga diminta menerbitkan arus input bahasa
yang konstan (tekal), sambil memberi klue non linguistik untuk membimbing
murid-murid mentafsir input tersebut. Di samping itu, bahan pengajaran yang
digunakan untuk pendekatan natural ini pula ialah skedul, brochures, iklan,
peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar serta
permainan secara umum.

Kaedah Tugasan
Kaedah tugasan merupakan satu kaedah yang menekankan cara
pembelajaran bahasa berdasarkan kepada sesuatu tugas. Berdasarkan
kaedah ini, kanaka-kanak akan dilatih untuk berkomunikasi dengan baik
disebabkan wujudnya jurang maklumat antara mereka. Jurang maklumat itu
secara tidak langsung akan menggerakkan mereka untuk bercakap dan
berkomunikasi sesama sendiri. Berjaya atau tidaknya pembelajaran itu
biasanya bergantung kepada tugasan yang diberikan.
Melalui tugasan seperti ini, setiap pelajar itu akan mempunyai sebab-
sebab tertentu untuk berkomunikasi serta bertutur secara meluas dan
bertukar-tukar pendapat mengenai tugasan yang diberikan dengan pelajar
yang lain. Kadang kala mereka diberi satu masalah melalui tugasan tersebut,
dan pelajar itu dikehendaki bersama-sama berusaha untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan cara yang terbaik. Tugasan yang diberikan itu
mestilah yang benar-benar menarik dan memikat serta tidak perlu terlalu
susah. Hal ini kerana tugasan yang baik biasanya dapat mencabar keupayaan
dan kebolehan pelajar dan setiap kali aktiviti dilakukan pelajar dapat
melibatkan diri dengan sepenuhnya.

Kaedah Humanistik
Kaedah ini lebih menekankan kepada pentingnya dorongan emosi dan
naluri yang menetukan perlakuan manusia. Kaedah ini digunakan bertujuan
membina keakraban ahli-ahli kumpulan secara saling bekerjasama dan bantu
membantu antara satu sama lain. Pelajar-pelajar diasuh untuk saling
mematuhi dan menghargai. Oleh yang demikian, mereka perlu disedarkan
yang mereka perlu memberi sesuatu kepada orang lain dan menghargai
mereka serta rela pula berkongsi pandangan atau pendapat pada bila-bila
masa yang diperlukan. Dalam kumpulan itu mereka adalah sama dengan
bersaudara. Mereka adalah guru dan mereka juga adalah pelajar.

Kaedah humanistik seperti ini biasanya menyuburkan perhubungan


interpersonal dan intrapersonal para pelajar. Oleh itu, mereka dapat
melahirkan keperluan dan kemahuan mereka, menerbitkan perasaan ingin
tahu, mencetuskan minat, berupaya menilai diri sendiri dan ahli-ahli dalam
kumpulan, bekerjasama dalam melakukan aktiviti tugasan serta berkongsi
pandangan dan pendapat dengan orang lain. Tambahan pula, kebiasaannya
faktor-faktor ini secara tidak langsung dapat meninggikan tingkat prestasi dan
kecekapan berkomunikasi pelajar-pelajar.
Kaedah Terus
Kaedah terus mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer
antara tahun 1920-1935. Kaedah ini juga dikatakan sama dengan kaedah
tentera kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat
dalam Perang Dunia Kedua. Selain itu, kaedah terus turut mengutamakan
prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Tambahan
pula, kaedah ini amat sesuai sekali untuk pengajaran bahasa kedua dan
segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui
oleh murid-murid.

Tujuan kaedah ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak menguasai


kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan
bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini
disampaikan berdasarkan empat asas iaitu perhubungan secara langsung
antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya
serta pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah
sedia ada. Selain itu, kaedah ini juga harus menimbulkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. Asas yang
terakhir pula ialah pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-
kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

Kaedah Audiolingual
Kaedah audiolingual atau dengar-tutur bermula apabila terdapat
perhatian serius terhadap pengajaran bahasa asing yang berlaku di Amerika
pada akhir abad ke-50 bagi mengekalkan rakyat Amerika dengan
pengetahuan dan kemajuan saintifik yang dilabelkan oleh rakyat di negara
asing. Kemunculan audiolingual merupakan hasil kombinasi teori linguistik
struktural, analisis konstrastif, prosedur aural-oral dan psikologi behaviuris.

Terdapat beberapa aspek penting dalam kaedah audiolingual ini.


Pengajaran dalam kaedah audiolingual bertujuan untuk memberi pengalaman
dan dilakukan melalui pengantara deria ulangan dan latih tubi melampau
dilakukan secara kerap bagi membentuk habit atau kebiasaan. Bertutur
merupakan hasil pembelajaran dan dikuasai sepenuhnya di bawah bimbingan
guru. Dalam proses menguasai bahasa, habit yang negatif hendaklah
dihindari dan mengutamakan habit yang baik untuk diperkembangkan.

Terdapat beberapa prinsip yang digunakan dalam kaedah ini bertujuan


memberikan pembelajaran yang berkesan. Antaranya ialah pembelajaran
hendaklah pada asasnya yang dianggap sebagai satu proses mekanikal
pembentukan habit. Pembentukan habit berbahasa yang baik dapat dibuat
dengan memberikan tindak balas yang beul. Dengan menghafaz dialog dan
melebihkan pelbagai latih tubi, kecenderungan membuat kesilapan adalah
kecil.

Bahasa adalah tingkah laku verbal, iaitu penghasilan automatik dan


bertutur berdasarkan pemahaman. Selain itu, kemahiran bahasa akan menjadi
lebih berkesan untuk dikuasai sekiranya item-item bahasa yang hendak
dipelajari dalam bahasa sasaran dipersembahkan dalam bentuk lisan sebelum
dilakukan secara tulisan. Latihan dengar-tutur diperlukan sebagai penyediaan
asas yang kukuh bagi memperkembangkan kemahiran bahasa yang lain.

Kaedah Linguistik
Kaedah linguistik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden
secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa di samping
lebih mendahului bentuk daripada makna.

Bagi seseorang murid, pengetahuan bahasa mereka haruslah tertumpu


kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek yang lain seperti
bunyi, susuk ayat, makna, dan pelbagai lagi. Dalam pemilihan bunyi-bunyi, ia
dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa itu
manakala dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran haruslah
berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda
mereka terdahulu. Setelah itu barulah bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau
tiada dalam bahasa ibunda mereka dipilih.

Tujuan dalam pembelajaran kaedah linguistik ini adalah untuk


membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya
untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, mereka juga akan
didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara
tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kaedah Oral-Aural
Kaedah oral-aural diajar bertujuan untuk membolehkan murid-murid
memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa. Kaedah ini merupakan
kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Selain itu,
kaedah ini juga membolehkan murid-murid memahami kebudayaan asing
melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah pengajaran Oral-Aural ini ialah menggunakan dialog untuk


dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara
realistik dengan diberi perhatian kepada intonasi yang betul, sebutan penutur
jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan
penutur jati bahasa yang diajar. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan
diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal
oleh bahan-bahan yang telah dipelajari dan kemudiannya barulah latihan
menulis bebas dibenarkan.

2.3 Teknik

2.3.1 Definisi dan konsep

Teknik didefinisikan sebagai satu cara yang paling berkesan untuk


mencapai objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknik merupakan
satu kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang
dan sebagainya. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), pula
menyatakan bahawa teknik ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-
benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif. Menurut pendapat Edward M. Antony (1963) pula, teknik
dalam proses P&P merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau kemahiran
yang digunakan guru bagi mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Hal ini menunjukkan bahawa teknik merupakan cara yang paling


berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan
dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa
sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Bahkan, teknik juga berlawanan
dengan konsep cuba dan ralat. Di samping itu, setiap teknik yang digunakan
atau yang diciptakan hendaklah selaras dengan kaedah yang digunakan dan
seirama dengan pendekatan yang dipilih.

Teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah suatu


kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti P&P itu sendiri. Ketika menyampaikan
pengajaran di dalam kelas, guru perlu memilih dan menggunakan teknik-
teknik pengajaran yang sesuai. Pemilihan teknik-teknik itu haruslah
berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu
pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan
sebagainya. Teknik yang digunakan tidak boleh lahir daripada gerak hati atau
intuisi guru sahaja kerana perkara ini akan menyebabkan teknik pengajaran
yang digunakan akan menjadi kurang berkesan.

Terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru
dalam pengajaran bahasa Melayu untuk menyampaikan pengajaran. Namun,
tiada teknik yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua
keadaan, atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Setiap pemilihan
teknik perlu bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid
serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

Secara keseluruhannya, teknik merupakan satu pelaksanaan kaedah di


dalam bilik darjah. Ciri-ciri yang terkandung di dalam teknik terbahagi kepada
beberapa cara seperti tunjuk cara (demonstrasi), pemudahcaraan, simulasi,
bercerita dan juga bermain. Terdapat pelbagai jenis teknik yang sering
digunakan oleh guru-guru dalam proses P&P mereka termasuklah teknik
drama, teknik latih tubi, teknik menyelesaikan permainan bahasa, teknik
bercerita dan banyak lagi.

2.3.2 Jenis-jenis teknik

Teknik Drama atau Lakonan


Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap
penerangannya dengan melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu
situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip. Teknik
ini merupakan satu cara untuk membolehkan seseorang murid itu mendapat
gambaran atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan
seolah-olah hidup untuk objektif pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan


prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak, malah membolehkan murid-murid
memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan melakonkan peranan
orang tersebut. Disamping itu juga, teknik ini turut meningkatkan kesedaran
murid-murid mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Bahkan, ia
juga dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup (realisme) serta
berbagai-bagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid.

Teknik Bercerita
Bercerita merupakan suatu jalinan dan susunan yang merujuk kepada
kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita semata-mata.
Teknik bercerita ini adalah merupakan satu teknik atau kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui bercerita.
Melaluinya juga, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Di samping itu, teknik ini merupakan
satu cara penyampaian yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran kerana
murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya suatu
pelajaran yang disampaikan itu menyentuh dan membangkitkan perasaan dan
hati nurani mereka.

Sewaktu merancang aktiviti ini, guru hendaklah memilih cerita yang


sesuai bertepatan dengan peringkat umur, minat dan kesediaan murid-murid
yang diajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada segi menghafal
cerita dan menyediakan alat bantu mengajar. Sebelum bermulanya proses
P&P, guru perlulah memastikan kesemua murid bersedia terlebih dahulu
untuk mendengar cerita yang ingin disampaikan. Bukan itu sahaja, guru juga
mestilah mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang
jelas agar penyampaian cerita tersebut dapat difahami dengan mudah.

Perkara seterusnya pula ialah guru haruslah memastikan perkataan


dan ayat yang digunakan itu sesuai dengan kebolehan murid. Apabia telah
selesai aktiviti bercerita yang disampaikan, guru perlu mengadakan satu sesi
penilaian terhadap murid bagi mengetahui setakat mana objektif yang ingin
diterapkan pada hari itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Teknik Berbincang
Teknik perbincangan merupakan antara teknik mengajar yang
melibatkan aktiviti perbualan di antara murid-murid dan guru di bawah
penyeliaan serta pengawalan aktiviti oleh mereka. Ketika aktiviti perbincangan
ini dilaksanakan, murid-murid digalakkan memainkan peranan yang aktif untuk
menyatakan pandangan atau pendapat mereka berkenaan sesuatu topik yang
dikemukakan oleh guru. Pada masa ini, guru akan hanya memberi panduan
dan bimbingan sahaja kerana segala aktiviti perbincangan tersebut harus
dijalankan oleh murid-murid dengan sendiri. Manakala, apabila mencapai
kesudahan, guru akan membimbing mereka dalam membuat keputusan pula
terhadap hasil perbincangan yang telah dijalankan.

Terdapat banyak topik yang boleh digunakan untuk sesi perbincangan


ini terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah seperti isu semasa, peristiwa, sejarah, sastera, konsep keluarga,
kebersihan, pencemaran dan banyak lagi. Pada kebiasaannya, bentuk
perbincangan yang dijalankan hanya dua iaitu perbincangan keseluruhan
kelas yang kebiasaannya diketuai dan diarahkan oleh guru serta
perbincangan kumpulan-kumpulan kecil yang diketuai oleh murid-murid itu
sendiri.

Sewaktu menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kelas, terdapat


beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru sebagai contoh
pemilihan tajuk yang ingin dibincangkan. Tajuk-tajuk ini perlulah bersesuaian
dan berasaskan kepada pengalaman dan latar belakang murid-murid tersebut
agar kebanyakkan daripada mereka boleh menyertainya. Selain itu, aspek lain
yang perlu diambil kira dalam teknik ini ialah dari segi tujuannya, cara dan
peraturan serta kebolehan dan kecerdasan mereka.

Teknik Main Peranan


Teknik main peranan merujuk kepada salah satu teknik yang boleh
dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik
ini juga merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid
tanpa menggunakan sebarang skrip berdasarkan kepada sesuatu situasi atau
masalah yang timbul. Beberapa perkara perlu diberikan penekanan oleh guru
dalam melaksanakan teknik main peranan ini. Antaranya ialah guru perlu
merancang dengan teliti terlebih dahulu main peranan yang hendak dijalankan
selain menentukan peranan, watak, atau kelengkapan yang diperlukan dan
sebagainya lagi.

Selain itu, guru juga perlu membuat penerangan terlebih dahulu tentang
sesuatu situasi atau masalah itu sebelum memulakannya. Melalui aktiviti main
peranan ini, murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan
melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan
masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Bukan itu sahaja,
aktiviti ini juga turut membolehkan murid-murid memahami dengan lebih
mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang
sebenar.
Teknik Penyelesaian Masalah
Teknik penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka-teki, kuiz dan pelbagai lagi.
Munurut Lester (1970), seorang ahli matematik yang terkenal, masalah
merupakan sesuatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini
dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah
menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu
sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaian
masalah ituharus melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh
memberikan penyelesaiannya.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak teknik


penyelesaian masalah yang boleh digunakan seperti kaedah penyelesaian
masalah sendiri, kaedah inkuiri, kaedah dapatan, sumbangsaran dan Teknik
TOC. Dalam teknik ini juga, murid-murid dikehendaki untuk menggunakan
kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari bagi menyelesaikan
sesuatu masalah itu. Selain itu juga, guru turut bertanggungjawab dalam
membimbing mereka bagi memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah
yang dikemukakan seterusnya mengingati semula pengalaman yang lalu dan
memilih strategi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penyelesaian tersebut.

Teknik Latih Tubi


Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang diajar untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk
melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu
dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang
bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan
menggalakkan hafalan. Teknik ini hanya sesuai untuk mencapai sesuatu
kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-
fakta yang terpenting

Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik sebegini


antaranya ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreativiti murid
dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang
sangat membosankan kepada mereka. Seterusnya ialah maklumat yang
diberikan juga adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara
berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah teknik tersebut akan
menjadikan suatu pembelajaran itu sebagai satu tindakan mekanikal.

Teknik Permainan Bahasa


Teknik permainan bahasa pula merupakan satu aktiviti yang menarik
dan boleh meninggalkan kesan yang sangat baik dalam pengajaran bahasa.
Teknik ini diajar bertujuan untuk menyampaikan isi pelajaran secara tidak
langsung untuk menghilangkan kebosanan. Selain itu, teknik permainan
bahasa juga sebenarnya tidak hanya khusus untuk kemahiran lisan semata-
mata tetapi turut diaplikasikan untuk kesemua jenis kemahiran.

Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini yang sesuai digunakan


dalam proses P&P seperti permainan menyampaikan pesan, permainan
memerhati dan mengingat, permainan berpasangan, permainan membuat
bunyi dan banyak lagi. Aktiviti sebegini secara tidak langsung merupakan satu
cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu
mengekalkan minat murid-murid sepanjang tempoh pembelajaran itu berlaku.
Selain mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat memberikan peluang
kepada murid-murid untuk menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan
melibatkan diri.

2.4 Rumusan

Dalam menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)


itu berkesan dan menarik perhatian, terdapat pelbagai cara yang boleh
digunakan termasuklah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
Kaedah merupakan satu cara atau peraturan dalam membuat sesuatu aktiviti
terutamanya dalam proses P&P, iaitu satu siri tindakan guru yang
bersistematik bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan serta
lebih bercorak kepada jangka masa pendek manakala teknik pula ialah
strategi atau kemahiran yang digunakan guru bagi mencapai objektif pelajaran
secara optimum.

Kedua-dua perkara ini saling berkaitan dan penting dalam menjamin


keberkesanan proses P&P yang dijalankan. Hal ini kerana sesuatu kaedah
atau teknik yang digunakan atau dipraktikkan oleh guru itu dapat memberi
kesan yang mendalam terhadap proses pembelajaran di samping
mengakibatkan kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam pelajaran dan
pendidikan mereka. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang digunakan dalam
proses pengajaran bahasa di dalam bilik darjah, antaranya ialah kaedah
natural, kaedah tugasan, kaedah terus, kaedah ajuk-hafaz, kaedah linguistik,
kaedah humanistik, kaedah oral-aural dan sebagainya. Begitu juga dengan
teknik, terdapat pelbagai jenis teknik yang sering digunakan oleh guru-guru
termasuklah teknik drama, teknik latih tubi, teknik menyelesaikan permainan
bahasa, teknik bercerita dan lain-lain lagi.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN SATU

Butiran Am :
Tarikh : 20 Mac 2020
Masa : 8.10 pagi –8.40 pagi (30 minit)
Tahun : 1 Bestari
Bilangan murid : 12 orang (6 Lelaki, 6 Perempuan)
Umur : 7 tahun
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Keluarga Saya

Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
.Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebutkan
Iaitu abjad,suku kata, perkataan,frasa dan
ayat yang betul
Standard Pembelajaran : 1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan
mengeja perkataan yang mengandungi dua
atau tiga suku kata, diftong berganding dengan
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf,
konsonan, bergabung dengan sebutan yang
betul.
Fokus Sampingan :
Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa
dan ayat daripada pelbagai sumber
dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul.
Objektif Pelajaran : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:
i. Mendengar , menyebut dan mengeja perkataanberkaitan keluarga
yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul
dan tepat.
ii. Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua
atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan
sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Moral


Nilai – Kasih Sayang

Sistem Bahasa : i. Tatabahasa : Kata Nama Am


ii. Kosa kata : bapa, abang, kakak, ibu, adik
Media : Lirik Lagu, Kad suku kata, Persembahan Power Point

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid mempunyai ahli keluarga

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Catatan


Masa Pembelajaran

Set induksi Saya Sayang Keluarga i. Guru memaparkan senikata BBM :


5 minit Satu Satu lagu di skrin. Seni kata lagu
Saya sayang ibu ii. Murid menyanyi lagu dan rakaman
Dua dua mengikut rakaman lagu lagu
Saya sayang bapa yang dimainkan. Teknik :
Tiga tiga iii. Guru mengaitkan set induksi i. Bersoal jawab
Sayang adik kakak dengan tajuk pelajaran pada Nilai murni:
Satu dua tiga hari ini.
Kasih Sayang
Sayang abang juga
KBT:
Kemahiran
Mendengar
Langkah I Powerpoint gambar .
(5 minit) ahli keluarga i. Guru bersoal jawab dengan Teknik :
berdasarkan seni kata murid berkaitan ahli Bersoal-jawab
lagu keluarga berdasarkan lagu BBM :
bapa, ibu, abang, yang dinyanyikan. Persembahan
kakak, adik ii. Murid-murid menyatakan Power point ahli
ahli keluarga berdasarkan keluarga
(Lampiran 2) power point yang
dipaparkan.

Langkah 2 i. Murid-murid menyebut suku BBM:


8 minit Kad Suku kata kata yang dipapar. Persembahan
ii. Murid-murid mencantumkan power point ,
ba pa kad suku kata membentuk Kad suku kata
i bu perkataan bermakna.. KBT –Verbal
a bang iii Murid mengeja dan Linguistik
ka kak menyebut perkataan
a dik berdasarkan gambar dengan
sebutan yang betul.
Langkah 3 i. Guru mempamerkan gambar BBM:
7 minit Kad perkataan yang berkaitan dengan ahli Gambar ahli
bapa, ibu, bapa, abang, keluarga seperti Keluarga,
kakak, adik ibu,bapa,kakak,abang dan Kad Perkataan
adik
ii. Murid-murid mengeja dan
membaca perkataan
berdasarkan gambar.
Penutup Seni kata Lagu Saya i. Murid-murid menyanyikan BBM
5 minit Sayang Keluarga lagu Saya Sayang Keluarga. Rakaman Lagu
Saya Sayang
Keluarga
4.0 Rakaman Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
5.0 HURAIAN AKTIVITI DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(RPH) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Berdasarkan penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) yang
telah dibuat, secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa aktiviti yang
dijalankan adalah tertumpu kepada kemahiran lisan iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur sahaja. Oleh yang demikian, kedua-dua kemahiran
tersebut perlu diberi perhatian sepenuhnya agar objektif dan matlamat isi
pelajaran yang ingin disampaikan berjaya dan bermanfaat kepada murid-
murid. Walaupun demikian, berdasarkan penggunaan konsep
penggabungjalinan, kemahiran lain yang ingin turut serta digunakan boleh
digabung jalinkan bersama-sama. Dalam rancangan pengajaran yang
dijalankan saya masukkan unsur Pendidikan Muzik iaitu nyanyian. Murid-
murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Secara tidak
langsung kemahiran mendengar dan bertutur dapat dijalankan dengan
berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik apabila


menggunakan perisian komputer. Penggunaan power point dalam pengajaran
membolehkan murid-murid memberikan sepenuh perhatian. Murid-murid
boleh mendengar dan menyebut semula bunyi suku kata yang telah dirakam.

Aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan banyak latihan


menyebut dan membaca secara kuat supaya sebutannya jelas. Aktiviti ini
boleh dilakukan sama ada dalam bentuk kelas, kumpulan dan individu.Selain
itu, aktiviti yang dijalankan hendaklah bertumpu kepada murid. Contohnya
meminta murid mencantumkan kad suku kata membentuk perkataan. Aktiviti
pengayaan untuk kemahiran bertutur boleh dilakukan seperti meminta murid-
murid menceritakan tentang ahli keluarga masing-masing.Di samping itu,
guru-guru boleh menekankan kepada murid-murid untuk bertutur
menggunakan bahasa sopan dan bertatasusila.

REFLEKSI
Berdasarkan Kerja Kursus BMM 3104, Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu yang telah dijalankan, saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan
pengetahuan baru terutamanya berhubung dengan proses pemerolehan
bahasa dalam kanak-kanak iaitu melalui kemahiran mendengar dan bertutur.
Selain itu, saya juga telah menyediakan nota grafik yang menghubungkan
definisi, konsep serta jenis-jenis kaedah dan teknik pengajaran yang
berfokuskan kedua-dua kemahiran tersebut. Melalui penyediaan nota-nota
grafik tersebut, saya menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan
disebabkan kekurangan dari segi sumber dan bahan. Namun, berkat usaha
yang berterusan, saya mampu untuk melaksanakannya dengan sebaik
mungkin. Berdasarkan penyediaan nota-nota itu, saya berpeluang untuk
memahami maksud disebalik kaedah dan teknik pengajaran dalam bahasa
Melayu itu dengan lebih baik dan seterusnya mengaplikasikannya dalam
proses P&P. Bukan itu sahaja, penyediaan bahan tersebut juga
menambahkan idea dan pengetahuan yang sangat berguna kepada saya
sebagai bakal guru terutamanya dalam menghasilkan satu pengajaran yang
menarik dan berkesan. Hal ini boleh dlihat melalui kajian berhubung jenis-jenis
kaedah dan teknik pengajaran dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Hasil daripada tugasan yang dilakukan jelas menunjukkan pentingnya


kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid-murid. Sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melengkapkan murid-murid dengan
ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi yang betul untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran asas yang perlu
murid kuasai supaya mereka boleh menyampaikan maklumat dengan tepat
dan memberikan pendapat yang bernas.

Berdasarkan pengalaman saya yang mengajar murid-murid tahun 6


selalunya kemahiran mendengar dan bertutur kurang diberi penekanan. Murid
–murid bertumpu kepada aspek penulisan. Natijahnya, murid-murid tidak
boleh menyatakan idea dengan baik secara lisan. Mereka juga sukar untuk
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang betul. Berdasarkan
dapatan saya dari tugasan ini, saya akan menggabungjalinkan aktiviti
kemahiran bertutur dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya
dapat melahirkan anak didik yang petah berbicara dan mampu
mengutarakankan pendapat yang bernas.

Anda mungkin juga menyukai