Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dan evolusi berkaitan sistem
dan kurikulumnya dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan di Malaysia sebagai salah
satu pendidikan terbaik di dunia. Dalam konteks Bahasa Melayu pula, pelbagai insiatif telah
diikhtiarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) bagi memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lebih seronok
dan ceria (Ayob Jantan, 2018, m/s 249). Perubahan zaman meliputi aspek budaya dan
teknologi khususnya juga telah memberi kesan terhadap kaedah pengajaran oleh para guru
di dalam kelas. Oleh itu, KPM telah menggubal dan membina Dokumen Standard Kemahiran
dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan utama untuk menyelaraskan sistem pendidikan
dan kurikulum sekolah rendah.

Dokumen Standard Kemahiran dan Pentaksiran (DSKP) merupakan sebuah kurikulum


yang mengintergrasikan kurikulum dan pentaksiran. Di samping berperanan sebagai
penyelaras sukatan dan kurikulum untuk setiap mata pelajaran mengikut tahun, DSKP juga
menyediakan panduan penting elemen-elemen yang harus diterapkan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran pada masa kini. Hal ini adalah penting bagi memastikan kaedah dan teknik
Pdp yang dilaksanakan oleh para guru adalah sesuai dan berkesan serta memudahkan
pelajar untuk memahami sesuatu perkara seiring dengan peredaran zaman.

2.0 Modul Kemahiran Bahasa

Dalam konteks Pdp mata pelajaran Bahasa Melayu, DSKP Bahasa Melayu Sekolah
Rendah menekankan beberapa elemen penting yang menjadi teras utama kepada
pembentukan kurikulum Bahasa Melayu iaitu modul kemahiran berbahasa. Menurut Awang
Sariyan (2014, m/s 80) antara modul kemahiran bahasa yang telah digariskan di dalam DSKP
Kurikulum Standard Bahasa Melayu termasuklah modul kemahiran membaca, menulis,
mendengar dan bertutur.

2.1 Modul Kemahiran Membaca

Modul kemahiran membaca adalah berfokuskan kepada keupayaan murid untuk


membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Aspek
pemahaman dan penaakulan memainkan peranan penting agar murid dapat
memahami dan menghayati teks bacaan berdasarkan kepelbagai bahan bacaan. Guru
boleh menyesuaikan murid menggunakan teknik membaca yang tertentu berdasarkan
tahap pencapaian murid di samping mewujudkan penggabungjalinan kemahiran
bahasa yang lain agar sesi Pdp menjadi lebih ceria, kreatif dan berkesan.

1
2.2 Objektif Kemahiran Membaca

Objektif utama dalam memantapkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-


murid ialah agar mereka dapat memahami dan membaca bahan bacaan dengan
lancar, sebutan yang jelas dan betul (Yahya Othman, et.al, 2009, m/s 61). Namun
begitu, kemahiran ini dapat dipertingkatkan lagi dengan membolehkan murid untuk
membaca dan memahami maksud yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
bacaan. Hal ini sekaligus memberi dorongan kepada mereka untuk meningkatkan
daya berfikir secara lebih kreatif dan kritis berpandukan bahan bacaan sastera dan
bukan sastera.

2.3 Pengaplikasian Teknik dan Kaedah Kemahiran Membaca dalam Pdp

Terdapat beberapa kaedah dan teknik Pdp yang sesuai diterapkan di dalam kelas
berpandukan kepada kemahiran membaca. Antara kaedah yang sering digunakan
oleh para guru ialah Kaedah Pandang Sebut. Kaedah tradisional ini dijalankan
menggunakan beberapa perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian
murid-murid. Di samping melatih murid-murid membunyikan perkataan berasaskan
suku kata nya, guru juga meletakkan gambar atau bahan maujud sebagai alat
tambahan agar murid dapat memahami maksud perkataan yang diujarkan tersebut.
Kaedah pengulangan sebutan perkataan dan pengesanan ransangan gambar ini
seiring dengan penggunaan bahan bantu mengajar kad imbasan pada masa kini
(Zulkifley Hamid, 2012, m/s 140). Manakala, teknik pengajaran kemahiran membaca
yang sesuai pula ialah seperti Teknik KWLH. Teknik ini memainkan peranan penting
dalam membolehkan murid-murid mengenal pasti maklumat dari bahan bacaan dan
kaitkan dengan pengalaman sedia ada dalam Pdp.

2
Rajah 1.1 Penerangan Teknik KWLH

3.0 Modul Kemahiran Menulis

Sulaiman Masri, et. al (2006, m/s 114) menjelaskan kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid untuk menzahirkan idea yang tersimpan secara mentalis kepada suatu
bentuk penulisan berkonsepkan ilmu pengetahuan mahupun pengalaman lampau murid itu
sendiri. Antara aspek penting yang terkandung di bawah modul kemahiran menulis ini
termasuklah penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas, kemas dan difahami. Untuk menghasilkan suatu penulisan yang menarik dan
berkualiti, murid-murid digalakkan untuk menghasilkan karya berpandukan kepada kreativiti
dan imaginasi tersendiri agar lebih menarik dan bervariasi. Penguasaan kemahiran ini mampu
dipupuk berdasarkan situasi dan konteks pelbagai bahan prosa, puisi, grafik di samping
menggabungkan kemahiran berbahasa yang lain agar sesi Pdp lebih menarik dan berkesan.

3.1 Objektif Kemahiran Menulis

Asas bagi kemahiran menulis adalah untuk membolehkan murid-murid


memindahkan lambang-lambang bunyi bahasa ke dalam bentuk grafik untuk
menzahirkan idea mereka. Namun, kemahiran ini boleh dipertingkatkan sehingga
membolehkan mereka mencapai tahap menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan dan menulis ayat lengkap dalam perenggan menggunakan tanda baca dan
format penulisan yang betul dengan kemas dan jelas.

3
3.2 Pengaplikasian Kaedah dan Teknik Kemahiran Menulis dalam Pdp

Antara teknik kemahiran menulis yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas
ialah seperti teknik peta minda. Teknik peta minda digunakan untuk memandu pelajar
ke arah penghasilan isi yang tersusun dalam penulisan. Teknik ini juga mampu
meningkatkan kemahiran berfikir dan menghubung kait dalam kalangan pelajar
(Yahya Othman, 2005, m/s 175). Hal ini kerana peta minda sesuai sebagai medium
untuk mewujudkan kesinambungan isi atau sesuatu perkara dengan tajuk. Manakala
pendekatan yang sesuai diguna dalam sesi Pdp berteraskan kemahiran menulis ialah
seperti pendekatan proses. Pendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan
sesebuah karangan daripada permulaan sehinggalah terhasilnya sebuah karangan
lengkap.

Penghasilan

Draf •Membincangkan
•Memahami •Menghasilkan
arahan •Memilih isi-isi yang sebuah ayat /
format berkaitan karangan
soalan
Semaka penulisan lengkap
n yang sesuai
•Pemeriksaan
Perbincangan tanda baca dan
tatabahasa

Rajah 1.1 Perkembangan pendekatan proses

4
4.0 Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul kemahiran mendengar dan bertutur dilaksanakan berpandukan kepada proses


mendengar dan respon oleh murid itu sendiri. Untuk memberikan respon yang terbaik, murid
perlu mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada
keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan, idea dengan sebutan dan intonasi yang betul, sopan dan bertatasusila.

4.1 Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Asas dalam kemahiran mendengar dan bertutur ialah mendengar, memahami dan
menyebut pelbagai ragam ayat oleh murid-murid. Namun begitu, murid-murid juga
boleh mencapai tahap yang lebih tinggi seperti memberi respons dengan
menyampaikan pesanan menggunakan laras bahasa yang betul, intonasi yang sesuai
dan bertatasusila. Ishak Ramly (2012, m/s 153) berpendapat bahawa kemahiran
mendengar dan bertutur juga membolehkan murid-murid mengembangkan kemahiran
kognitif mereka untuk berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis
berkenaan sesuatu perkara yang diujarkan kepada mereka dengan menggunakan
ayat yang gramatis.

4.2 Pengaplikasian kaedah dan teknik Kemahiran Mendengar dan Bertutur


dalam Pdp

Sesi pengajaran dalam bilik darjah berpandukan kemahiran mendengar dan bertutur
dapat dipelbagaikan dalam pelbagai situasi mengikut tahap perlajar itu sendiri. Dahlia
Janan dan Sri Lanang Jaya (212, m/s 38) menegaskan bahawa kaedah komunikatif
juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa) dan
mengggunakan unsur bahasa yang dipelajari dalam komunikasi harian. Manakala
teknik soal jawab secara lisanjuga sesuai untuk digunakan dalam sesi Pdp kerana
menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur pada tahap yang lebih tinggi.
Murid-murid perlu mendengar dan memahami soalan yang diutarakan sebelum
memberikan jawapan yang tepat dan kritis melalui komunikasi-komunikasi tertentu.

5
•pengajaran •melibatkan diri
berpandukan dalam
proses kognitif perbincangan,
dan interaksi penyelesaian
bahasa masalah
Menguasai
Proses
makna
Kognitif
dahulu

Berpandukan Membenarkan
bahan teks kesilapan
dan wacana

•Bahan dalam •menggunakan


suatu wacana, hipotesis
bukan ayat dalam
pencilan berbahasa

Rajah 1.2 Penerangan Proses Kognitif

5.0 Kesimpulan

Ketiga-tiga kemahiran yang telah dibincangkan memainkan peranan penting dalam


mencorak dan merancang Rancangan Pengajarah Harian (RPH) yang akan dilaksanakan
pada waktu Pdp. Kemahiran-kemahiran ini telah menjadi teras utama bagi para guru untuk
mempelbagaikan aktiviti Pdp agar lebih berkesan dan menarik sekaligus mewujudkan
murid yang lebih seimbang dan harmoni dalam pelbagai aspek .

Anda mungkin juga menyukai