Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohamad Daud bin Ahmed ,
Yang Dihormati, Guru Penolong Kanan, En Shahrudin bin Subari ,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Muhammad Zidhuan bin Abd Rahman ,
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum En Faisal bin Othman ,
AKP, barisan para guru, seterusnya anak- anak murid SK Monfort yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt, dan selamat pagi  

Bersongkok bersampin segak berseri


Ayu sopan berkebaya nyonya
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan Terbuka SK Monfort yang ceria  ini untuk  meraikan majlis Sambutan hari
raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2023.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Garam ada gula pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Adifazrun bin Mohamad
bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis kita pada hari ini berlangsung dengan jayanya.

(5)UCAPAN GURU BESAR


Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Yang miskin dan yang kaya


Salam dihulur maaf dipinta
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan Guru Besar bermadah kata
Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berusaha, Tuan Haji Mohamad bin Ahmed, Guru Besar SK Monfort untuk memberi
ucapan alu-aluan.  Dipersilakan.

(Selepas Ucapan )
Terima kasih diucapkan atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan, Ustaz Mohd Saari bin
Mohd Salleh, untuk mengetuai acara marhaban SK Monfort pada hari ini. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Ustaz Saari atas kesudian memimpin majlis marhaban kita
sebentar tadi.

Pokok anggur disiram dibaja


Tumbuh menjalar melilit para
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang
telah sedia dihidangkan.

Sambil kita menimati hidangan, apakata kita nikmati juga persembahan dari anak-
anak, putera SK Monfort.

(7)
PERSEMBAHAN:

Untuk persembahan pertama, marilah kita sama-sama


mendengar ...................................................................

1. persembahan parodi raya dari adik Fateh, Aqid dan Iman Sufie
2. Persembahan lagu raya bertajuj pejam celik raya dari adik Khairil Daiyan
3. Persembahan lagu raya duet bertajuk bersama di hari raya dari adik Iqbal
dan Amirul
4. Persembahan Sketsa raya dari wakil kelas 3 UMS...
5. Persembahan terakhir tarian raya dari wakil kumpulan zapin sekolah

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi


diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

Majlis juga menjemput dan meraikan kedatangan ibu bapa yang baru sampai untuk
sama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi ini. Pihak ibu bapa dijemput untuk
bersama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan.
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Anda mungkin juga menyukai