Anda di halaman 1dari 3

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Daud bin Ahmed

Guru Besar SK Monfort

Yang Dihormati En Shahrudin bin Subari

Guru Penolong Kanan 1

Yang Dihormati En Muhammad Zidhuan bin Abd. Rahman

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati En. Faisal bin Othman

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru, para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya,
pengawas SPBT serta ketua kelas murid tahap 2 SK Monfort yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun di Dewan
Terbuka SK Monfort ini bagi menjayakan Kursus Kepimpinan Pimpinan Muda SK Monfort
bagi tahun 2023.

Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan bertujuan sebagai platform untuk memupuk
daya kepimpinan dalam kalangan murid bagi melahirkan pemimpin yang berwibawa untuk
menjadi aset kecemerlangan sekolah.

Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan bertujuan sebagai platform untuk
meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid, membentuk jati diri yang teguh
serta melahirkan seberapa ramai murid yang mampu membina budaya cemerlang dalam
kalangan pelajar lain untuk menjadi aset kecemerlangan sekolah.
Seterusnya bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput
…………………………………………………. bagi memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Amin...amin ya rabbal a’lamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ........................................... atas bacaan


doa itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Daud bin Ahmed,
Guru Besar SK Monfort untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Pergi bertani di Tanjung Rokan,

Simpang ke Medan belah kanan,

Kehadiran En. Najib kami alu-alukan,

Untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan.

Untuk pengetahuan murid-murid sekalian, En Mohd Najib bin Rahmat merupakan guru
kaunselor di SMK Tun Ismail. Beliau yang juga merupakan graduan dari UITM Jengka,
Pahang dan UIAM Gombak telah memulakan perkhidmatan sebagai guru di MRSM Kuala
Berang, kemudian menyambung perkhidmatannya di SMK Taman Mutiara Rini 2 dan kini
berkhidmat di SMK Tun Ismail.

Oleh itu, tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan En.Mohd Najib bin Rahmat,
Kaunselor SMK Tun Ismail untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Mohd Najib bin Rahmat atas
perkongsian yang amat bermakna itu tadi. Semoga dengan perkongsian tersebut, kita dapat
merealisasikan apa yang kita impikan.
Seterusnya,majlis menjemput taun guru besar Tuan Haji Mohamad Daud bin Ahmed bagi
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Pimpinan
Muda SK Monfort bagi tahun 2023.Dipersilakan.

Terima kasih tuan guru besar atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput tuan guru besar sekali lagi diiringi oleh
…………………………….. bagi menyampaikan cenderahati kepada tuan penceramah.

Dijemput En.Mohd Najib bin Rahmat  bagi menerima cenderahati sebagai tanda
penghargaan atas kesudian beliau menyampaikan ceramah hari ini. Dipersilakan.

Terima kasih tuan guru besar atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Sebelum majlis berakhir dijemput tuan penceramah bersama guru besar serta hadirin
sekalian untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Seterusnya pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis pada hari ini dapat
dilanksanakan dengan jayanya. Sekian,Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum
warrahmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai