Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PELANTIKAN & PENYERAHAN WATIKAH


PENGAWAS & PENGAWAS PSS TAHUN 2015
Bissmillahirrahmanirrahim........................
Assalamualaikum Wrt. Wbt.,Salam Sejahtera & Salam
1 Malaysia, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri
Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Salam
Melaka Maju Fasa 2
Yang dimuliakan Tuan ASP Ramly Bin Mahad, Pegawai
Polis Perhubungan Sekolah, Ketua Bahagian Narkotik, IPD
Jasin....
Yang dihormati En. Madzlan Bin Mahat, Pengetua SMK
Seri Mahkota....
Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran , En
Ishak bin Hasshim....
Guru Penolong Kanan Hem, En Zulkifli Bin Md Daud.....
Guru Penolong Kanan KoKu, Puan Rabiah Binti
Ahmad.....
Guru-guru wacana kegemilangan sekolah
Barisan Pengawas Tonggak Kecemerlangan Aspirasi
Kepimpinan
Seterusnya para pelajar warga SMK SM sekalian.......
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi
atas limpahan taufik dan perlindungan-Nya.... dapat kita
berkumpul pada pagi yang penuh indah ini untuk
menjayakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua
Tingkatan & Pembimbing Rakan Sebaya peringkat sekolah
bagi Tahun 2015
Guru2 serta para pelajar sekalian,
Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan
keberkatan,..marilah bersama2 kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh En Zamri Bin
Ismail......majlis dengan sukacitanya mempersilakan...

_____________________________________________________________
___________
Bersinar mentari di alam maya
Cantik cahaya penuh berserakan
Pengawas cemerlang teraju sekolah
Gemilang sekolah kebanggaan negara
Guru2 dan para pelajar sekalian,
Pengawas adalah NADI sekolah, mereka merupakan
pelajar2 yang dipilih kerana akhlak dan ketrampilan yang
baik dan cemerlang. Secara amnya, Organisasi Pengawas
tidak akan berjaya merealisasi visi & misi tanpa sokongan
dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang dedikasi dan
berwibawa...
Justeru, Majlis Perlantikan & Penyerahan watikah kepada
pemimpin2 pelajar hari ini merupakan agenda tahunan
sekolah bagi mengiktiraf Barisan Kepimpinan Pelajar.
Guru2 dan para pelajar sekalian,
Meneruskan acara pada pagi ini, marilah kita dengarkan
ucapan daripada tuan pengetua yang kita kasihi... Ucapan
ini merupakan ucapan sulung beliau selaku Pengetua yang
baru di sekolah kita... Justeru itu, majlis dengan sukacita
mempersilakan En. Madzlan Bin Mahat Pengetua SMKSM
untuk menyampaikan ucapan... Majlis dengan hormatnya
mempersilakan
_____________________________________________________________
_________________________
Guru2 dan para pelajar sekalian,
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada tuan
pengetua atas ucapan sebentar tadi... moga kita semua
warga sekolah dapat mengambil perhatian dan tindakan
atas apa yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.
Kain Berlipat Dari Istana
Buat Puteri Raja Kayangan

Secebis Nasihat Insan Berguna


Secubit Budi Jadi Kenangan
Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan
sekolah sekaligus menjadi role model yang mampu
merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin
unggul...generasi syumul.
Majlis perlantikan dan penyerahan watikah kepada .23.
orang pengawas sekolah
5 orang pengawas Pusat
Sumber, ..... orang ketua tingkatan , 5 orang pembimbing
rakan sebaya dan 5 orang pengawas program pendidikan
khas integras (PPKI)
pada hari ini diharap dapat
menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada
pelajar2 lain...

Guru2 dan Pelajar sekalian,


Siapakah PENGAWAS? YA,.....ingin saya kemukakan di sini
akronim kehebatan istilah PENGAWAS.
Prihatin terhadap persekitaran
Elok terhadap manusia dan alam sekitar
Nilai murni sentiasa diamalkan
Gigih dalam pelajaran
Awas terhadap najis dadah
Waspada terhadap gejala negatif
Amalkan yang baik tinggalkan yang mungkar
Sedia berkhidmat untuk sekolah

Acara pagi ini diteruskan dengan penyerahan watikah


pelantikan kepada Pemimpin Pelajar SMK Seri Mahkota
bagi Tahun 2015....
Bagi menyempurnakan Majlis, dipersilakan GPK HEM, En
Zulkifli bin Md Daud mengiringi Tuan ASP Ramly bin
Mahad untuk menyampaikan watikah perlantikan
Kalam Tulisan Indah Seninya
Halus Buatan Sutera Andalus
Pengawas Melangkah Penuh Bergaya
Dedikasi Di Jiwa Tersemat Tulus
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan Pengawas
pada hari ini ialah :
.23 orang Pengawas mewakili 100 orang Pengawas
Sekolah. Penyerahan watikah pelantikan dimulakan
dengan :
1. Ketua Pengawas SMK Seri Mahkota 2015.... NUR
HANIS ATIQAH BINTI A.HADI... merangkap Ketua
Kumpulan 1.
2. AHMAD SYUKRI BIN HAMIRUDDIN sebagai Timbalan
Ketua Pengawas 1.
3. NUR SHAFIQAH BINTI SABERAH sebagai Timbalan
Ketua Pengawas 2.
4. Seterusnya,
Setiausaha Badan Pengawas SMK SM
AMIRAH SHAHIRAH BINTI SALIM merangkap Ketua
Kumpulan 4.
5. AIREN AQILAH
Setiausaha.

BINTI

SULAIMAN

sebagai

Naib

6. Seterusnya, FARAHIYAH SAKINAH BINTI AMAN sebagai


Bendahari merangkap Ketua Kumpulan 8.

7. Naib Bendahari Badan Pengawas SMK SM 2015,


MUHAMMAD NUR HAIZAN BIN AMAN.
8. Seterusnya, ZULHELMIY BIN ZOLKOPLI, sebagai Ketua
Biro Perhimpunan merangkap Ketua Kumpulan 9.
9. Seterusnya, SITI MARSITAH BINTI ABDUL RAZAK,
sebagai Ketua Biro Disiplin merangkap Ketua
Kumpulan 5.
10. Penerima watikah seterusnya, RAYNDRAN A/L
CHANDRAN, sebagai Ketua Biro Teknikal Badan
Pengawas SMK SM 2015.
11. Seterusnya, NURUL WAHIDAH BINTI MOHD DENI,
sebagai Ketua Biro Kebajikan merangkap Ketua
Kumpulan 6.
12. Seterusnya,NABILAH BINTI ABDUL RAHMAN, sebagai
Ketua Kumpulan 2.
13. Seterusnya, NUR SYAFIQAH BINTI AZNI, sebagai
Ketua Kumpulan 3.
14. Seterusnya, AFIQAH BINTI HASDZAHAR, sebagai
Ketua Kumpulan 7.
15. PUTERI NUR ATIQAH BINTI ROSLI, sebagai Ketua
Kumpulan 10.
_____________________________________________________________
____________________________________
Seterusnya, 5 orang Pengawas Pusat Sumber mewakili
20 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah, majlis
mempersilakan majlis tertinggi Pengawas Pusat
Sumber Al-Hikmah :
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan
pengawas pusat sumber....

1. Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Al-Hikmah ialah


ANIS NORANISAH BINTI NORDIN dari Tingkatan 5 Alfa.
2. Seterusnya, AHMAD IZZUDDIN BIN MD LAZI, sebagai
Naib Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, dari
Tingkatan 3 Bestari.
3. Seterusnya, SHAHIDAH NASUHA BINTI MOHD HASAN,
dari Tingkatan 4 Alfa sebagai Setiausaha Pengawas Pusat
Sumber SMK Seri Mahkota.
4. Seterusnya, KHAIRUNNISA UMAIRA BINTI OMAR, dari
Tingkatan 4 Alfa sebagai Naib Setiausaha Pengawas
Pusat Sumber SMK Seri Mahkota.
5. NADIA NATASHA BINTI BAHARUN, dari Tingkatan 5 Arif
sebagai Bendahari Pengawas Pusat Sumber SMK Seri
Mahkota.
Majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan Watikah
Pelantikan kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS);
mendahului senarai ialah;
1. MUHAMMAD RIDHUAN BIN MOHD HANAFI sebagai
Pengerusi,
2. MUHAMMAD AMRI BIN RAZALI sebagai Naib Pengerusi,
3. NURUL ATHIRA BINTI MOHD DIN sebagai Setiausaha,
4. Seterusnya, Naib Setiausaha, SITI HAJAR BINTI MOHD
SYUKRI
5. Bendahari, AISYAH BINTI ISMAIL
Majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan Watikah
Pelantikan
kepada
wakil2
Ketua
Tingkatan;
mendahului senarai ialah;
1. ALI IMRAN BIN SALIHIN, dari Tingkatan Satu Ibnu Sina
mewakili Ketua Tingkatan 1,
2. MUHAMMAD AIMAN NAIM BIN KAMAROZAMAN, dari
Tingkatan 2 Ibnu Sina mewakili Ketua Tingkatan 2,

3. NUR AYUNI NADHIRAH BINTI RAHIM, dari Tingkatan 3


Arif mewakili Ketua Tingkatan 3,
4. AMIR SYARIFUDIN BIN BAHARUDIN, dari Tingkatan 4
aLFA mewakili Ketua Tingkatan 4,
5. MOHD ZAIN BIN YAAKOP, dari Tingkatan 5 Alfa mewakili
Ketua Tingkatan 5,
6. ASYRAF ZAKWAN BIN ABD RAHIM, dari Tingkatan 6
Atas Munsyi mewakili Ketua Tingkatan 6,
Majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan Watikah
Pelantikan kepada 5 orang Pengawas Program
Pendidikan Khas Integrasi ;
mendahului senarai
ialah;
1. MUHAMMAD FAUZI BIN YUSOF
2. MUHD FAIZAL BIN ABDUL SHUKOR
3. NOOR HAIQAL BIN OTHMAN
4. SITI NORDIANA BINTI ABU BAKAR
5. NURUL NILAM SARI BINTI APAL.
Hd,
Demikianlah berlangsungnya acara penyampaian watikah
pelantikan kepada barisan pemimpin pelajar SMK Seri
Mahkota Bagi Tahun 2015.. Majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada Tuan ASP Ramly Bin Mahad.
Sungguh Di Barat Terbit Suria
Bintang Beribu Jua Dinanti
Sungguh Benar Bagai Dicita
Tekun Bekerja Akhlak Terpuji
Seterusnya Mari kita dengarkan Bacaan Ikrar Oleh barisan
Pengawas yang akan diketuai oleh Saudari NUR HANIS
ATIQAH BINTI A. HADI, selaku Ketua Pengawas SMK Seri
Mahkota 2015.
_________________________________________________________
Hadiri Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan
AKUJANJI daripada Ketua Pengawas SMK Seri Mahkota
2015, Saudari HANIS ATIQAH BINTI A. HADI kepada Tuan

Pengetua........Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Tuan Pengetua, En Mazlan bin Mahat diiringi oleh En Ishak
Bin Hasshim dan Tuan ASP Ramly bin Mahad menerima
akujanji daripada Pemimpin Pelajar, Dipersilakan..............
________________________________________________________
Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang
telah dilantik, harapan kami agar semua pengawas dapat
melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang
dipikul dengan sebaik mungkin......
( Pengawas beredar keluar dewan....arahan oleh Ketua
Pengawas kot )
After pengawas dah keluar.... Fathiyah bagi arahan
pelajar2 lelaki bergerak ke hadapan sedikit... sbb
pelajar akan disuruh duduk untuk dengar ucapan ASP
pula...
**** Pelajar-pelajar LELAKI SILA BERGERAK KE
HADAPAN , (SENYAP)
**** PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN, SILA DUDUK
DALAM KEADAAN SENYAP
**** PELAJAR2 LELAKI SILA DUDUK DALAM
KEADAAN SENYAP
Guru2 dan para pelajar sekalian,
Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan sedikit ucapan
daripada Tuan ASP Ramly bin Mahad, Pegawai Polis
Perhubungan Sekolah, Ketua Bahagian Narkotik, IPD
Jasin........... Majlis dengan sukacita mempersilakan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu
tadi.

Sebagai tanda penghargaan....... majlis dengan sukacitanya


mempersilakan
Tn.
Pengetua
untuk
menyampaikan
cenderahati kepada Tuan ASP Ramly bin Mahad
Kalau ada pangkin di ladang
Bolehlah hamba menumpang diri
Kalau ada peluang mendatang
Sudilah tuan menjenguk lagi
Majlis melabuhkan tirai di sini , sebelum bicara ini terhenti
.saya mewakili majlis menyusun sepuluh jari memohon
maaf andai ada kesilapan sepanjang saya mengacarakan
majlis pada pagi ini...
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan ASP Ramly
bin Mahad , barisan pentadbir dan seluruh warga smk
seri mahkota atas komitmen dan sokongan bagi menjayakan
majlis pelantikan & penyerahan watikah pemimpin pelajar
tahun 2015........
Kalau Tuan pikat cemara
Buatlah bara bakar selasih
Sudilah Tuan menjamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih
Pihak majlis mempersilakan En Mazlan Bin Mahat dan En
Zulkifli bin Md Daud mengiringi Tuan ASP Ramly bin
Mahad ke kantin untuk menikmati jamuan ringan,
Dipersilakan.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Sekian, Dengan lafaz yang mulia.............................Wabillahi


Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.......................

Anda mungkin juga menyukai